Sunday, June 5, 2016

Ramadhan 2016

ya Allah, last tulis 2014. like, for real??? kasihan betul blog ni. dengan ini aku isytiharkan bahawa aku akan menulis sekurang kurangnya sekali dalam seminggu. sekurangnya. aku nak asah balik skill menulis aku. walaupun apa yang aku tulis kadang kala rubbish. tapi aku perasan ada la orang yang minat tulisan aku. hihi. tapi nanti aku nak tulis something yang beneficial la.. macam

PHARMACY COURSE FOR DUMMIES
CHEMIST COURSE FOR DUMMIES
TEMPAT MAKAN MENARIK DI BANGI
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM SAMBUNG MASTER

oh ya, aku sekarang dah sambung master. baru nak habis sem 1. so sekarang ni aku tinggal nak hantar 3 assignments, and pass 6 paper. alhamdulillah aku dah present aku punya proposal. dah masuk lab, tapi baru 5% (kot) banyak lagi tak buat so korang doa doakan aku la eh. mungkin aku boleh tulis sikit pasal projek aku

TEKNOLOGI MEMBRAN UNTUK WATER TREATMENT
lantak lah mix bahasa pun minta maaf, tak sempat nak betul2 hasilkan post yg menggunakan bahasa yang bagus. lately otak aku agak kurang efficient dalam penggunaan perkataan. yes. aku masih belum sembuh dengan penyakit lupa perkataan ni. and yes. kadang kadang aku masih lupa perkataan pintu. tapi aku dah buat appoinment ngan klinik neuro, aku nak tanya dr nanti. jap nak sambung kemungkinan tajuk2 yang aku boleh tulis

MAKE-UP FOR GADIS NOOB BARU NAK UP
KALAU NAK KAHWIN PERLU GET READY APA

aku tau aku tak kawen lagi, tapi aku nak share benda yang kawan2 aku baru kawen share. pasal bajet kawen and stuff. sebab kadang2 aku perasan ada orang tu memang niat nak kawen, tapi dia berangan je dulu, lansung tak plan pasal harga hantaran bagai, bila aku citer baru dia terkejut haha.

bosan betul citer pasal kawen.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT SEBAGAI PELAJAR UNTUK MEMBUATKAN MAK GEMBIRA

dan pelbagai lagilah. so. please look forward kayyy sistursss!!! ok, salam ramadhan kareem. take care. bye sis! xoxo!

Monday, December 22, 2014

Jamilah

kadang rasa masa ni laju sangat, tiba2 je dah hujung sem. tiba2 je dah final year. tiba2 je dah fyp. tiba2 je esok presentation. (haha. doakan aku.)

kadang rasa masa ni lambat sangat. tak sabar nak ada duit sendiri, nak beli macam2 untuk mak. umur dah banyak pun mak tolong lagi, malu. so rasa masa ni lambat sangat, cepat la.

kadang rasa macam, apa la aku buat time sekolah dulu, apesal la tak buat betul2.

mesti rasa macam2 kan? kadang2 rasa diri ni loser gila. tapi entah kenapa family tak pernah caci, look down, mahupun tinggalkan diri aku ni.

especially mak. 

mak, for every moment you were there, for me, thank you so much. i love you, eternity. sungguh, tak tipu. semoga Allah masukkan mak dalam syurga, tak masukkan mak dalam neraka, tak biarkan mak rasa sikitpun sakitnya panasnya neraka tu. semoga mak bahagia sebahagianya. semoga Allah berkati kehidupan mak. semoga mak selalu sehat. semoga sempat mak rasa bahagia dari fatimah. i love you, sungguh. sanah helwah, ya jamilah :')





Thursday, July 24, 2014

cookies


sukses! :)

tp itu la, cepat habis. i wish my brothers love cooking as much as i do. tapi takpelah, simple je resepi ni.

cumanya tu la, mnm's ni israel punye ke eh? nak kena tukar cekelet lah. ada terfikir jugak nak letak skittles, tapi macam kelakar je bila bayangkan rasa dia. hahaha.

awak org masak biskut apa tahun ni?

btw, berita terbaru, saya dengar hamas berjaya menutupi ruang udara israel, a good news! alhamdulillah. tu la, bijak sangat serang bulan ramadhan, dia xtau umat islam paling kuat masa bulan ramadhan. jangan berhenti berdoa, teruskan mengangkat senjata kita dari sini, which is doa.

may Allah bless. salam :)

Friday, July 18, 2014

buat kakak-kakak yang dirindui

Assalamualaikum, hai :)

sebenarnya nak kemas barang ni, barang aku banyaaaak sangat, kat bilik, kat bawah, kat ruang tamu. baju especially. tapi oh well, biasalah, amek mood dulu before kemas.

lamanya tak tulis, brape bulan dah. sebenarnya aku ada blog lain hahaha. tapi blog tu aku anon, and entry dalam tu semua 'keep it ilmiah' maksudnya benda2 ilmiah jela. tapi dah lama sangat tak citer pasal pengalaman hidup, rindu pulak kat blog ni.

blog ni memang dicipta untuk aku share pengalaman hidup aku, santai2 rilek2 supaya pada masa depan nanti bile aku bukak balik blog ni aku boleh gelak2 hahaha. tapi bila tengok entry2 2014 mcm sedih pulak, sikit sungguh. takpe lah, kita try la curik jugak masa mengupdate apa yg perlu.

besok nak jumpa kak shaz, senior masa kat penang dulu. dengar citer nak kawen bulan 12 ni ;) kak shaz ajak aku pg program esok, aku fikir tak lama lagi dia nak kawen, lepas ni mesti susah nak spend time ngan dia, pegi lah:)

penting untuk kite spend time dengan someone yg close dengan kita before dia kawen. sebab, lepas kawen, kalau kau lepak dengan dia, environmentnye lain. aku tau sebab kak yuni yang dah kawen tu, hari tu aku jumpa la dia, dia kata nak jumpa aku. dia tengah mengandung. aku pun teruja la nak tengok perut dia. pehtu aku nak ajak la dia sleepover ke tak pon lepak bilik aku boleh baring2 borak2, best la kan, borak x baring xbest. ala mcm slalu kitorang lepak dulu. tapi manenye dia mau,

"i lepas kawen dengan zouj i kan, i xpernah tinggalkan dia. susahlah."

kehmain. kakyuni skang blajar, tp pjj. hujung minggu je kelas dia, so habis lambat la. aku tanya asal x amek full je cepat habis. jawabnye

"susahla, nanti x boleh same-same ngan zouj hihihi. susah la timah, xboleh berpisah, i kena dengan dia, dia kena ada dengan i"

itulah jawapan kak yuni yg bercinta lepas kawen. and kitorang lepak, ada zouj dia hahahaha. aku ni dah la kurang reti bersosial dengan lelaki yg x dikenali, eceh. tp zouj dia ok la, pandai borak. tp tetap awkward. i was like, "kak yuni~~~ xboleh ka biaq zouj akak ni p tempat lain japT_T " hanya jeritan batinku. pehtu seb bek kawan zouj dia datang, so ok la, aku borak ngan kak yuni je, zouj dia borak ngan kawan dia.

kak shaz kalau lepas kawen nak ajak aku kua mesti akan jadi benda yg sama, hahaha. kak shaz ni pun bercinta lepas kawen agaknya. aku agak je la, dia tak pernah citer pon pasal calon dia ni.

anyways, tahun ni plan nak buat biskut ceklet cip, senang. tp kita upgrade sikit, letak MnMs dalam dia haaaaa. dapnyee dapnyeee cem dlm gambo ni


buat sejenis dah lah. mak kata dia nak buat biskut ape ntah namanye, aku xtau. tp kat luar kalau jual mahal ya ampun. yg ada macam2 jenis kacang, kuaci lah ape, nipis2 je biskutnye. mak aku nak buat tu. itu lagi senang. aku dah penah buat sblm ni. kita memang jenis yg buat biskut yg senang dimasak sedap dimakan jeeee hahaha :D

btw, buat teman2 yg dah bagi alamat, nantikan kad raya, aku dah pos smalam, alhamdulillah :) kad raya yg kak shaz bagi tahun ni sedih, hampir nanges. aku dapat kak raya akak semalam. dia pegi citer kisah2 jaman diploma, manenye tak sedih :'( tp aku dah terpos kad raya yg aku nak bg kad dia before dapat baca kad dia, tak ingat aku tulis apa, rasa segan lak kalau kad raya yg aku tulis tu x sesedih cem kad raya yg dia bg kat aku haha.

ritu aku ada pg gelandangan, aku ingat nak share la, tp nanti lah, panjang sangat pulak entry ni kang. and sebelum final aku ada pg sekolah rohingya, tu pun menarik nak share. hopefully sempat untuk share.

10 malam terakhir ni, kita buat yg terbaik. semoga diberi kekuatan untuk lebihkan amalan, dan doa. doakan palestine, MH17, malaysia, dan semua negara2 islam, dan orang2 islam. moga Allah terima amalan kita, moga Allah ampunkan dosa kita, moga ramadhan ini menjadi tarbiyah hebat untuk kita agar kita menjadi muslim yg lebih hebat untuk 11bulan akan datang.

jangan lupa doakan aku. salam :)

Thursday, April 17, 2014

Aziah's Future Daughter

Salam. Hai. Namaste :)

Nak citer pasal anak letu, tak kawen lagi dah banyak berangan. lols

whatever.

so lepas study finance, aku bukak youtube, tengok nouman ali khan. hari tu aku mimpi aku masuk kelas dia. kelas yang ada 6 orang je student, masyaAllah, if only it will someday come true!

anyways, lepas tengok nouman, aku tertengok anak2 angelina jolie and brad pitt. dah la ramai, comel pulak tu, suka betul hahaha

pastu aku perasan, okey, kalau korang xkenal anak dia, dia ada yg 1st, adopt lelaki, maxim ke ape ntah, pastu 2nd adopt zahara, pastu anak sendiri lahir nama Shiloh, pastu adopt lagi sorang anak lelaki budak sepet2 muka dia nama apa ntah, pastu ada anak kembar sorang laki sorang pempuan. yang pempuan tu, nama dia vivienne.



vivienne ni muka cam azi time kecik. hahaha.




azie time kecik cemni la, suka muncungkan bibir. aku syak ni muka anak azi. hahaha

bila nak buat entry berkualiti ni asek nak citer pasal budak jeeeee

nanti aku nak buat entry, khas untuk mak2 yang ada anak perempuan sorang. nanti nanti. bila ada masa. skarang tengah bizi, cari nama anak. eh. bz cari tittle fyp. fyp next sem hoi!! xsangka dah nak final year degree, time flies laju gila, tak rasa lansung, tsk.

aku fikir fyp nak buat terus boleh sambung master la, mungkin buat orga, aku nak synthesize drugs. tp tak tau lagi, tengok lah kalau dr setuju.

have a great life!

Tuesday, April 15, 2014

Sarang

Assalamualaikum.

Semalam aku ada tweet something, aku tulis:

'sambal belacan nak tak? Harini mama masak sambal belacan power, must try.' -Aku, 6tahun akan datang.

amboih. hahaha. yes lately byk jugak la tweet berangan, dari aku 5 tahun akan datang la, 10 tahun akan datang, macam2. berangan, mesti la best ye dok.

tapi bila aku tweet semalam ada kawan aku ni tweet la kat aku, 'kalau guna umi lebih manis' katanya.

aku bukan tak suka guna umi, umi pun aku sukaaaaa sangaaaatttt. and aku pun nak anak aku panggil aku umi. comel. pastu nanti aku cam 'umi cakap apa sayang? anak bijak makan makanan yang sihat.. kita makan jajan kat syurga je okay sayang :)'

eceh.

tapi mama pun comel jugaaaaaakkkkk... they'll go like, "mama, mama"

lagi aku suka bila tengok budak ni panggil mak dia mama. gyaaaaaa, comelnyaaa ya ampunnnnn

nama dia choo sarang, and dia ada everything yang aku imagine ada kat anak perempuan aku nanti. rambut macam chibi maruko, kuat makan, suka buah-buahan, banyak cakap, bijak, pipi tembam, comelnye gyaaaaaaa!!! ni la budaknya



these are some of her great moments


kuat makan



pagi2 dah cakap2, comel pulak tu T_T

nah bagi link
http://www.youtube.com/watch?v=SyxxhMAHVR4

and byk lagi video dia yg ya ampun, rasa nak tarik2 rambut dia gigit pipi. eh kejam pulak. haha. comel sangat.

ei geram betul. dah la nak solat. nak doa banyak2 murah rezeki, jodoh datang cepat, dapat anak. haha. aku cam teruja jugak la nak tengok muka anak aku nanti, comel macam mak dia tak. hihi.

so umi ke mama ke, in the end aku akan bincang jugak la dengan hubby bunny aku nanti, aku kan isteri solehah, mendengar cakap, baik, sayang suami. hihi.

kbye.



Tuesday, April 8, 2014

Kak Mah Tulis Ape Tu?

anak: mama, semalam kite baca blog mama time dedulu. mama ni kuat berangan ehhhh??? hihihihi

mama: blog mama? zaman bile ni?

anak: ada la time mama belajar dulu, mama ada post entry untuk kite kan?? kite dah bace daaaahhhhhh

mama: ...

anak: nah tengok ni, yg ni!!! *tunjuk gune gadget yang mudah alih

mama: hahaha. terharu x? mama memang sweet, dari dulu lagi, sbb tu la abah syg mama lebih hihi :)

***

aku, 10 tahun akan datang. seorang mama yang sweet dan kool. melayan kerenah anak2 dengan tenangnye. ecewah. ehehehe..

aku ni asek berangan je.. aku nak buat belog baru lah, bagi pengisian, dapat jugak kumpul pahale, eceh.

blog ni pulak patut tukar nama, macam:

anganangankakmah.blogspot.com

atau

ceritazahrahdananakanaknya.blogspot.com


haha. aku akan tulis time stress, time stress berangan pasal masa depan, pasal anak2 ke, pasal rumah ke, aiceh, baru la semangat nak habiskan kerja2 sebagai seorang mahasiswa ni, semangat nak grad dengan cemerlang. eceh..

kbye.