Tuesday, April 23, 2013

Penyakit Pelik

assalamualaikum,

aku ada baca satu entry kat satu blog ni. cerita pasal pelupa. and dia ada cakap pasal lupa perkataan. terasanya aku. hahaha. aku memang selalu lupa perkataan bila tengah borak. kebetulan contoh dia sama, perkataan pintu. kadang2 bila borak aku boleh terlupa perkataan 'pintu' tu, instead of saying 'pintu' i said 'ala, benda yang kita akan buka tutup bila nak masuk dalam bilik tu' kadang2 worse, terlupa perkataan 'bilik' sekali gus 'ala benda yang kita akan buka tutup bila nak masuk dalam tempat tu, tempat yang slalu bentuk segi empat tu'

*facepalm

aku tak tau kuantiti sebenar semut yang berada dalam rumah aku.

tapi, dalam entry tu cakap, kalau nak improve ingatan banyak makan kismis and hafaz al-quran. saya approve perkara ini.

[tumblr]

dulu, aku sangat selalu lupa or salah guna perkataan. tak percaya, tanya jejah(ezzah) or kak shaz or kn or ajiah. or any of my closest friends. aku selalu jadi bahan gelakkan mereka.

tapi lately aku yang betulkan perkataan. sometimes i remembered littlest thing that most people don't. kadang2 bila aku refresh balik ingatan sebab nak cerita kat jejah, dia yang tak ingat

"weh, aku rasa ingatan kau dah ok la. ke ini hari kau je? hahaha"- Jejah

amboi jah, suka gelakkan kite ye.

masa aku realize yang aku dapat ingat perkara2 yg org tak ingat, i was like "masyaAllah, i'm back to normal! yeehoooo!" dalam hati melompat lompat. tapi aku tak cerita kat sesiapa la, takut Allah tarik balik nikmat tu. and aku tak tau mcm mana boleh improve, aku assume nikmat Allah je.

tapi bila baca balik entry tadi, hmmmm that makes sense!

since aku baru dapat kakak naqibah baru, dia sangat2 la strict dalam mutabaah amal. every week dia akan check. and every week at least satu surah akan kami hafaz. this week hafaz surah tu, guna terus dlm solat, including the past surahs yg dah hafaz. (naqibah baru ni mmgg strict back ang, tp bagus jugak kalau tak sifat sambil lewa la yg merajai diri anak2 usrah. sambil lewa la, dah biasa sambil lewa T__T huhu )

tapi aku belum lagi recover sepenuhnya. jangan nanti aku borak dengan korang, tiba2 aku terlupa satu perkataan korang mencebik muka. oh please, don't do that :( i'm still in the process of improving. gituh.

and lagi satu perubahan yang aku perasan bila buat hafazan, hati lebih tenang. datang la assignment last minit. gua tenang. hah hah hah. class mate aku pernah sekali cakap kat aku "kau ni terlalu tenang, sampai aku rasa takut tengok kau" time tu nak test. semua orang nevesh, dia pelik la tengok aku x nevesh. tenang kawan, mari baca Quran :D



[tumblr]

and masa MDS pun sama, "weh, kau ni memang tak boleh marah eh?" "awak ni first time join MDS kan? tapi saya tengok awak ok je kan" "zahrah time MDS tenang je, macam makcik2, matang" ambik, sampai kena panggil makcik haaaa. duh!

bukan nak puji diri sendiri, tak, nauzubillah, memang tak (mohon anda husnuzon dengan saya) tapi saya nampak banyak kebaikan bila kita cuba hafaz al-Quran. kalaupun anda rasa diri dah tua untuk start hafazan, better late than never, omputeh cakap. gituh.

at least kita usaha. at least kita tak ada sebab untuk regret di akhirat. kata yasmin mogahed, Rasulullah mengibaratkan dunia dan manusia ini, seperti seorang manusia yang mengembara. dunia hanyalah sementara. ibarat kita yang menginap di hotel. ada ke orang duduk hotel 3 hari, dia hias bilik cantik2 letak perabot mahal yang dia beli sendiri dalam bilik hotel tu? tak. now, how about home? we decorate our home, buying furniture and stuff. riaksi kita terhadap bilik hotel yang sementara itu dengan rumah yang kita duduk lama lain bukan? sama juga dunia dan akhirat.

(ini video Reclain Your Heart by Yasmin Mogahed. It was held last week on Monday at Kuala Lumpur. Bought the ticket but sadly didn't get the chance to go. :( So balik je rumah, terus cari video. Please watch :)



hidup ini terlalu sementara. kata ajiah: nak pilih susah di dunia yang sekejap, senang di akhirat yang lama atau senang di dunia yang sekejap, susah di akhirat yang lamaaaaaaaaaaaa?

 
 [tumblr]

ketuk hati tanya iman :) entry ini sekadar sharing :)

sekian,
fatimah zahrah, xoxo.

Sunday, March 31, 2013

the pengapitz

i am soooooo exhausted!
assalamualaikum everyone. yes, i'm exhausted.
went to my cousin's wedding today. i became the pengapitz hihi.
would love to upload the pictures but my camera is running out of battery.
battery kong. abih lansung.

pastu bijak, tak bawak charger.
so here i am, frustrated, tak boleh transfer gambar, dan hari esok masih ada sehari untuk dilalui, persandingan di pihak lelaki. so esok tiada gambar lah. whatever.

this is not the first time of being a pengapit, i was kak aida's pengapit a while ago. kak aida dah ada 3 anak sekarang, hahaha.
but it was different. in kak aida's wedding, i was a pengapit bidang terjun, which is, they picked me up as the pengapit* cause the real one didn't showed up. i was 15 btw. no, i can't remember the exact age, but long time ago la, masa aku masih budak hingusan.
(don't know what pengapit is? go google.)

jadah, bajet mat salleh baca blog kau ke temah? hahahahahahahahahahahahahahahahahaha

ok, stop.

so, kali ni as kak liya's pengapit, pengalamanya... lain. sebab aku jadi real pengapit. dari A-Z. dari pagi smpai ptg. dari nikah sampai berarak. ke makan beradab, ke naik pelamin.

pastu kak liya and new hasben pegi salam2 tetamu, aku dah x masuk campur hahahaha. penat, sebab kau kena jadi macam pengantin, ye la, senyuuuuuuuuum je selalu and at the same time jaga mekap dia (mak andam ni bukan nak stand by, gerrrammm i. hah! ) tapi best, sebab kau dapat rasa feeling dia bila jadi pengantin. ceeeeeeewahhhh!

saat nikah. saat tok kadi bagi khutbah. saat diingatkan bahawa pengantin perempuan akan diserahkan kepada si suami.. bukan lagi tanggungjawab ayahanda tercinta.. mak aih, sebak.

sebak weh dalam masjid tu.dulu time tak jadi pengapit pun sebak, tapi duduk betul2 tepi pengantin, dekat dengan tok kadi, sebak dia melebih lebih sikit. hahaha :DD

ok la, video aku dah berjaya di download. minggu ni kena buat homwork pasal surah al-qariah. dapat naqibah baru. strict lebih sikit. kerja lebih sikit. xpe, demi ilmu.
tapi tak sempat nak nonton semua video, xpe, download je dulu hehe.

aku penat. banyak kerja, tapi lantak lah. tidur dulu. kerja, i will handle you tomorrow as soon as my work as a pengapit slesai. cewah, gitu. haha. k babai.

salam,
fatimah zahrah, xoxo.



Thursday, March 14, 2013

cuteness overload

assalamualaikum,

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! tengok ni tengok!!!



these are seriously cute!!!! and they are all blank pages, and the covers are all hand made from fabrics, jahit sendiri, ya Allah, cute gilaaaaaa!!! found this in front of PTAR 1 (library), went there everyday this week, sebab suka sangaaaaaaaatttt!!! hahaha.


Photo: dah beli buku tu. dah conteng. hahaha

bought one, kaler merah polkadot. aku dah conteng2 dah, hahaha :DDD diorang ada jual byk lagi product hand made lain tau. comel gila, geram aku tgk. antaranya:



yg ni macam pouch la. rm15 each. kalau beli 2 percuma 1. geram betul aku. hahaha :DDD

ouh kat mawar hari tu aku jumpe beg, diorang jahit, macam bentuk burung hantu. comel gila sebab dia gabung2 fabric, owl tu punye badan dia gabungkan guna fingers kat sarung tangan.

arghh tensionnye nak terangkan mcm mana. ko tunggu ko tunggu, esok aku tangkap gamba and upload. hahaha :DDD

ni bile nak blajo jahit ni. boleh jahit semua ni, jual. hahahahaha. xjual, bagi hadiah kat orang pun cem osem je. hemm hemmm...

k dats ol, babai. and btw MDS sgt cool. nasib baik join. menyesal x join time dip. hahaha. kbai.

salam.
fatimah zahrah, xoxo.