Sunday, July 28, 2013

Caffeine

salam,


waktu tidur saya ketika ini: 2.30am-4.30am dan 8am-12.30pm

***


jet lag

bukan kerana luar negara

tapi kerana peperiksaan sahaja

mungkin akibat kopi juga

***

hai. hari tu masa final yang worst final ever tu, aku amek caffeine. hampir setiap hari aku akan beli ice blended. hari ni mocha, esok latte, pastu hazelnut pulak. tapi aku tak pesan cenggitu (macam tu) je, aku mesti suruh akak tu campor ngan vanilla. kirenye mocha + vanilla or latte + vanilla or hazelnut + vanilla.

mule2 sedap je minum. dah a time tu panas, dapat ice blended sedap la kan. and aku pun minum benda tu sebab tak nak tido. as u olls know, i olls memang kuat tido.

rupenye effect dia sampai skarang weh T___T

aku batok sampai hari ni (due to those ice blendedssss) and waktu tidur aku dah lari (sabab hari tu kan susah nak tidur so waktu tidur dah tukar)

dah lama tak amek caffeine, macam ni rupenye effect dia.

 sebenarnya dulu aku suke gile minum kopi, aku minum without gula or susu. aku minum kopi without sugar tu bukan sebab suke pun tapi sebab nak tiru plakon taiwan dalam citer Meteor Garden (if you could still remember) hahaha. tengok Ken ada habit pelik ni cam cool je. try ah. mule2 rasa tak sedap, tapi sebab cool kan, aku minum je kopi pahit tu. hahaha. pastu dah slalu minum, aku jadi suke pulak cewah~

pastu aku pun slalu la bawak kopi pahit tu pegi skolah.

time tu skolah rendah, nak amek upsr. aku slalu bawak kopi dalam tarmus, pastu roti gardenia tu sebuku, and spread satu jar n sudu. ye sudu. sudu yang kaler silver tu. aku tak sapu spread kat rumah, lipat roti letak dalam tepawer macam bebudak (budak-budak) lain buat. tak sempat nak buat semua tu kat rumah, letak smua dalam kotak, sapu kat skolah, senang. hahaha :D



bawak banyak roti, baru la boleh offer kat kengkawan (kawan-kawan) hahaha. aku slalunye pagi2 tak sempat brekfes kat rumah. so sampai skolah je terus tuang kopi. pastu bising la budak2 kelas aku

"timah, kau bawak kopi eyh????"

"haah, nak? sini a weh, minum same, aku bawak roti skali ni"

"tak nak ah kopi kau pahit!"

hahaha.

tapi aku takde la buat benda ni tiap2 hari, ada hari yang tak sempat pun nak buat kopi. pegi la skolah ngan perut kosong tu. 

bile masuk sekolah menengah aku dah tak buat cemni (macam ni) sebab takut nampak pelik sangat kang (karang/nanti) takde kawan, nanges sorang2 pulak. dah la asrama, asrama ni kawan la paleng penting. sebab tu la aku retire(berhenti) dari bawak bekal cemni (macam ni)

tapi seingat aku, aku pernah jugak la buat skali dua. cuma tak bawak kopi la. masuk sekolah menengah yg aku stop minum kopi

masuk u (universiti) pun sama. ni time dip la. time dip dulu aku blajar dalam lecture hall. mula2 kuang aja, diorang gelakkan aku. aku ingat lagi Jah. ye Jah, kau gelakkan aku dulu time aku kuakan (keluarkan) sudu dari bag. lapo kot dalam lecture hall, sejuk! skolah rendah dulu boleh la tahan kalau x brekfez (breakfast) tapi kat u (university) lecture hall dah la sejuk, blaja straight, kelas jauh, jalan banyak. mane blh tahaaaannn~

last2 kau mintak gak roti spread tu kan Jah? hahahahaha. tu la gelakkan aku. best gila, kat blakang spread roti makan ramai2. paling klako (kelakar) lepas tu Jah pun bawak roti, sudu dan spread. siap suap2 orang. hahahaha :DD

kenangan~

best nya time dip, Allah je yang tahu. cewah, macam la aku sorang je ade kenangan. hihi.

tapi time dip pun aku dah tak minum kopi. sebab masa tu aku prasan bila minum kopi aku jadi pening. sebab tu bila aku amek ice blended hari tu aku campur vanilla, kengkonon (konon-konon) nak mild caffeine la cenggitu. haha.

tapi in the end ada jugak effectnye. hmmmm

akhir kata, jagalah kesihatan anda. kerana badan kita anugerah Allah, anugerah Tuhan, kita akan kembali kepadaNya. ini semua pinjaman, kita akan pulangkan semula kepada pemilik sebenar, jadi pulangkan lah dalam keadaan yang paling elok. ni moksu aku yang pesan.. aku quote balik.
jagalah kesihatan demi amal dan kehidupan yang berkualiti :)

cewah kemain cam iklan hihi

kbye~ salam~

fatimah zahrah, xoxo.

Thursday, July 25, 2013

cara mudah membuat lasagna

salam.

hari tu aku buat lasagna, mak aku suruh, dia kata dia teringin. pastu macam biasa la kan, kita ompompuan (orang perempuan) ni, bila dah masak dan masakan kite jadi, kite pun excited, bile excited, tangkap gambar. pastu dah tangkap gambar upload la kat stegrem (instagram).

jadi meraung la kawan2 yang sambut bulan pose jauh dari rumah terchenta tu.. mwahahaha :D

disebabkan itu, ramai jugak la kawan2 gadis aku mintak resepi. kawan2 jejaka tau komen je, siap ada yang nak blok, tension sangat agaknye tengok makanan sedap tapi tak boleh makan ni, bhahaha :D

jadi ini lah dia, resepi yang sangat mudah nak buat lasagna. memang simple, aku tak guna cara susah, sebab tu aku suka buat lasagna, dah la senang, sedap, bila upload orang lain meraung. hahaha tak de lah gurau je.


kalau orang mintak resepi aku bagi je, senang sikit nanti takde la dia suruh kita tapaukan lasagna tak habis habis. bagi resepi kan senang, boleh buat sendiri. kite pun boleh la nompang (tompang, menumpang) makan skali. mwehehehe :P

and kak shaz ade pulak share kat aku satu blog ni, blog ini. dia buat lasagna dalam cup. hummm mnarik tu. so senang la nak bagi kat tetamu, jual pun mudah. cuma leceh sikit nak shape kan lasagna sheet tu kot. tau je la aku ni pemalas busy girl, penggunaan masa sangat penting, kita nak cara yang paling mudah. tapi sangat menarik, benda2 menarik and rare ni la orang excited nak try. nanti aku nak cari cup yang macam pie tu la. pastu tgk rasa dia sedap macam selalu ke tak. takpe kita cuba dulu, tak cuba tak tau ye dok? lagipun buat lasagna dalam cup, bukannya menyalahi syariat pun.. nanti nak cari cup tu kat kedai kak Lina depan tu. hehe

 *gambar curik dari blog orang tu. an indonesian. awak sangat creative, saya pinjam gambar jap ye, ni saya promote blog awak ni. i'm so nice hihi :)

ok la u olls, jangan lupa try resepi i olls yg simple ni, senang je nak buat lasagna, lepas ni boleh la buat sendiri, pastu upload kat stegram tulis caption "inilah lasagna yang i buat sendiri, thanks to blog adik manis fatimahzahrah1801, i manage to buat my own lasagna bon appetit!!!"

cewah, french sikit. macam lagu yuna yg baru tu. ewah.

(ni lasagna aku hari tu, aku tutup dengan aluminium foil. nampak tepi dia yang macam cacat tu? melekat kat foil -.-''  kalau korang xnak cheese tu burn, boleh tutup ngan foil, tapi lepas lasagna masak, biar dia sejuk kejap kalau tak nanti lasagna cair, nak potong susah, dia akan jadi tak cantik bila korang potong and keluarkan. nak senang xyah letak aluminium foil, bakar macam biasa. macam tu senang. ni aku tutup ngan foil sebab nampak kat internet dia buat mcm tu. biasela, nak try benda baru. menyesal ikut cakap internet wuhu. xyah tutup ngan foil lagi senang sbenanye. lepas bakar boleh terus makan. ni kena tunggu, leceh sungguh. bau dah naik makan takleh, kan tension tu. haha. tapi mana2 cara pun ok, sedap je, up to u nak masak mcm mana, u kan chef ;) cewwaahhh hihi)


hopefully resepi i olls dapat membantu u olls. kalau ada masalah, boleh tinggalkan komen di bawah, i olls sedia membantu. hihi.

and kalau u olls ada resepi yg lebih senang ngan ringkas, boleh bgtau i olls. kite ni kalau boleh nak yg paling mudah, and sedap. jangan bgtau "u, u order kat dominos je, palllling senaaaaang~~~~ hiks" jangan ye, jangan. hihi.

akhir skali, selamat berlumba lebih laju, kita dah nak dekat dengan 10 malam terakhir ni (sedih pun ada). k bye. salam

fatimah zahrah, xoxo.

Wednesday, July 10, 2013

Bebas

assalamualaikum,

dah habis semua paper. i'm freeeee!!!!!

ya Allah, seriously this is the hardest final i had ever faced, ever!!!

among 6 papers, the last 3 papers were held on 6th 7th and 8th. straight weh, demam kot masa jawab last payyyper. nasib baik tak pitam or collapse. alhamdulillah :)

fuh, i'm still alive. alhamdulillah :)

and ahlan wa sahlan ya Ramadhan :)

I love Ramadhan. like seriously. entah la, masa Ramadhan ni rasa macam Rasulullah sangat2 dekat. mungkin sebab masa ni la orang makin ramai amalkan sunnah nabi secara serious. ye la, masing2 berlumba nak kumpul pahala :) baca Quran, solat awal waktu, qiam, saling mengingati, tinggalkan kemungkaran, puasa, tamar, solat jemaah :) rasa nyaman, rasa selesa, seronok sangat :)

anyways, sem ni adalah sem yang... hmmm... i'm not sure what or how to say. mixed feeling bak kata inorganic chemistry lecturer aku.

tapi sepanjang sem, ada satu soalan yg sangaaaaaat lah selalu orang tanya aku: "pakai cantik2 nak pergi mana?"





they should know that jubahs are not created to make woman beautiful ONLY, but to make their life easier too. bhahaha. leceh kot nak sarung seluar tukar baju kalau dah selesa2 pakai baju cotton kat bilik. jubah and pashmina sangat senang, sarung je, belit pashmina, keluar cepat2 balik cepat2. save time bebeh. itu yg penting.

sebab tu jugak la kite jual jubah. hihihihihi <3 p="">
selamat menyambut pesta ibadah. selamat bercuti untuk yang ada cuti. selamat berpraktikal untuk yang start praktikal. selamat berkerja untuk yang tak dapat cuti dan dah meninggalkan zaman praktikal. selamat untuk semua!!! :)

kbye~
fatimah zahrah, xoxo.

Monday, July 1, 2013

Steel vs Iron

lepas paper physical chemistry, aku rasa stress sangat, aku balik rumah.
tak pernah dalam sejarah hidup aku, balik rumah time minggu exam.
dah la balik, tak blaja pulak tu.
dah la tak blaja, tengok wayang pulak tu. hihi
 
dah tengok dah. i still choose Iron Man 3 over this. true, Man of Steel the best Superman film ever created so far, the idea was not cliche, the plot was different, first time tunjuk watak penduduk Krypton, planet Krypton, and beberapa adegan sebelum Clark Kent being Clark Kent yang kerja kat Daily Planet tu.

But i still think Iron Man 3 is the best. Walaupun Hasan Animator said Iron Man 3 cliche.. tapi.. entah la, Iron Man 3 gives the answer for Captain America's question "Big man in a suit of armor. Take that away -- what are you?" " in The Avengers movie

and Iron Man 3 lebih humor. keluar panggung, adik bradik aku semua gelak2 ingat balik scene2 dalam movie tu. tapi dalam Man of Steel. semua diam je. haha
 
and amy adams, as lois lane. kak amy, kak amy bawa la watak apa pun, saya masih akan teringat kak amy as princess dalam Echanted, comel sangat macam betul2 princess yg sangat bahagia dengan kisah cinta yang Happily Ever After. hihi :p

lagha betul.

skarang ada gap 4 hari untuk 3 papers yang tak ada gap. next paper 6hb, kemudian 7 dan akhir skali 8. fuh fuh. kemudian nak swimming sampailah Ramadhan sampai! yaiyyy!!!! boleh sambut 1st Ramadhan kat ghumah!!! :D
 
yg sambut Ramadhan kat universiti sambil final, xdapat sambut dengan keluarga terchinta tu, takpe, Allah sentiasa bersamamu. lepas paper last kita sambut kemeriahan pesta ibadah dengan keluarga terchinta k ;) all the best!!! ;)

babai,
fatimah zahrah, xoxo
 
 

*ikan baru saya nama Kryptonite, he would definitely win over Superman. hikhik. 
**according to the Urban Dictionary, Kryptonite: "A man/woman that calls someone their Kryptonite means that they are their weakness. Someone or something they have to stay away from."
Wow. Do you have your own Kryptonite? ecewah. kalau ade, jawab dalam hati je, takyah cakap kuat2. haha. kalau takde bagus, kekalkan :)
 
 

Sunday, June 16, 2013

Cintamu Membahagiakanku



Bahagianya ibubapa apabila melihat anaknya gembira. 
Bahagianya seorang anak bila melihat kasih sayang antara kedua ibubapanya < 3
Kalaulah mampu aku hadiahkan sesuatu yg teramat istimewa, yg terbaik dariku hanyalah untuk mu berdua
Yang terindah dariku adalah dari mu berdua
Dan masa depan ku, aku impikan kehidupan yg indah seperti kamu berdua
Terima kasih bonda krn menyayangi ayahanda sepenuh hatimu. 
Terima kasih ayahanda kerana mencintai bonda seluruh jiwamu. 
Terima kasih keduanya, kerana mengajar kami tentang cinta. 
Moga Allah murahkn rezeki, menerima ibadah, memudahkn urusan, menjauhkn api neraka, dan membwamu serta ratumu ke syurga, kelak kita ketemu lg di sana, bahagia, selamanya. 
SELAMAT HARI BAPA, duhai ayah tercinta < 3 

***
susah nak tgkap gamba tuan kamil senyum nih, suruh senyum dia kerut, suruh senyum dia buat muka, kali ketiga baru berjaya. and that photo ayah, that photo of u and pn jamilah is just so awesome, i looked at it all day long tahu???
mak dgn ayah, makin tua makin romantik. masa aku kecik dulu diorang mcm biasa. bila aku dah besar sikit, diorang slalu klua berdua, dating je dua org x ajak anak, anak ditinggalkan di rumah main PS, tgk DVD. maka aku faham kenapa dia dengan senang setuju nak upgrade PS abg dulu. nak date dgn mak rupenye bhahaha :DDD
aku igt lagi time zaman skolah dulu, masa tgk tv, mak nak kuo mesti tunjuk sign "mak kua jap, jaga adik" i was in charged. tp x kesah pon, adik2 aku x susah jaga, masing2 pandai jaga sendiri. makan pun mak memang make sure siapkan makanan before keluar.
after all, adik bradik aku bukanlah jenis yg suka keluar. kalau nak keluar satu family, lambat gila diorang nak bersiap. dah la semua lelaki!!! ayah pulak jenis yg nak capat je. the only person yg cepat siap kat rumah, is Mak. mak walaupun ayu, dialah paling cepat siap. hahaha
"jom, ngeteh, baru dapat duit" kata ayah pada mak everytime payment masuk. haha. 
and ayah memang xnak jalan2 (except masa urusan kerja) without mak. pergi mana2 mesti ajak mak.
"kalau mak x pergi xpe x?" kadang2 mak penat kerja
kadang2 mak bisik kat aku "ayah ni, mesti nak mak teman, kadang2 mak xyah teman pun xpe, tp dia nak jugak" 
eleh mak ni, nak jeleskan aku ke? tau la kite takde boipreng, dia ade. hahahahaha 
and skarang, aku dah masuk unibersiti, mereka rajin bebeno pakai sedondon.

makin tua makin romantissss.

mak kata dulu before kahwin diorang tak pernah dating, jumpa skali je, pastu mak istikharah solat hajat je banyak2 sampai la diorang kahwin
"mak dulu plaja cemerlang. tapi masa tahun terakhir mak repeat. sebab tuh. ayah tuh masuk tunang time tu. hihi. terus dah tak fokus" 
sebab tu jugaklah mak tak bagi aku kahwen awal, habiskan study dulu katenye. "tunang pun boleh repeat mah, apetah lagi kahwin"

eleh ye je alasan mak time tu. padahal mak sayang kite kan, mak takut nak berpisah ngan kite, tau dah~ haha

hari tu masa ada org betul2 serious mak aku macam terkejut and dia cakap "mak tak bersedia lagi.."
pastu mak buat muke sedih.. anak mana yg sampai hati bila bonda sudah merajuk, menyedihkan diri. 
kite sayang mak kite. 

:) takpe mak, kite belum lagi tinggalkan mak. kalau kite kahwin pun kite tak tinggalkan mak okey :)

mak ni manje, terbalik, mak manje ngan anak kikiki

mak, kite suke duduk rumah, baring satu sofa ngan mak, meleset leset, tengok hindustan sama2, drama sama2, solat jemaah, gaduh nak telekung paling best, betulkan telekung mak n mak betulkan telekung kite, mak geletek cuit2 kite (dah la kite geli! lagi kata jgn lagi dia nak buat! hahaha), bile kite sedih malam2 mak datang bilik usap2 rambut peluk kite "xpe, mak ade", pergi mane pun mesti beli barang untuk kite. barang kite mesti byk compare to org lain "timah kan sorang je perempuan, suke x?" kat dapor time masak boleh jadi sesi karaoke. kadang2 mak suke buat muke buruk n panggil2 kite byk kali supaya kite rasa annoying. sampai skarang. dah besar pun manje. agaknya benda2 ni la yg mak x bersedia utk berpisah. kite pun ;')

mak, ayah kan ada :) and if kite kahwin pun, kite xkan tinggalkan mak punye :) shuami ite baik, ye pun ayang mak ite. hihi

ni cakap pasal mak lebih ni kenape, padahal nak wish hari bapa rasanya? xpe, bapa pun cinta ibu, ibu pun cinta bapa, kita cinta dua2, semua cinta sama cinta. n xpe, kasih ibu membawa ke syurga. kasih bapa selamanya, kasih suami isteri, anak2 bahagia < 3 theeheee .=">

cewah. kahwin nanti i nak macam mummy n daddy i hihi

terima kasih tuan kamil dan cikgu jamilah, kerana memberi contoh terindah, sebagai orang2 bercinta yg sangat bahagia. me wuv u two, mucho mucho infinity < 3
moga Allah kurniakan syurga padamu berdua, dan kitakan ketemu di sana, bahagia selamanya :) 

yg dicintai,
fatimah zahrah, xoxo.


Monday, June 10, 2013

tengah sibuk hujung sem ni ade je hal

salam.

tadi ada orang kol suruh pergi office timbalan dekan. minggu lepas HEP kol, pastu MPP nak jumpe, semua berjaya ditepis. aku memang elak semua, berjaya!
hahaha rasa macam fugitive.

tapi ni sampai timbalan dekan, aduhhh.. nak lari tak boleh

aku sendiri tak pasti apa dosa aku kat fakulti tu. awatla aku pulak yg depa cari, kalau stakat share info blackout 505 kat fb pun kena panggil... takkan la kot...

so aku pun pergi je la lepas kelas pagi. jumpa kerani depan timbalan dekan Haji K****** tu.

rupa rupa nya..

hahaha

punya lah aku lari. rupa rupanya nama aku naik, ada orang calonkan aku jadi MPP. phuahahahahahahahahaha :DD

there's only 2 possibilities for that dude - whoever yg calonkan nama aku tu:

1) dia tak cukup ta'aruf dengan aku
or
2) dia tak reti nak pilih pemimpin

akak kerani: "cgpa awak berapa?"
aku: *jawab
akak kerani: "hmm.. ok... awak tau tak kenapa awak dipanggil? ini untuk pencalonan MPP"

honestly when she asked about the cgpa, i thought uitm nak tawarkan aku biasiswa ke apa. kecewa, hatiku dipermainkan.

time dip dulu pun nama aku pernah naik. tapi aku terus ckp kat lecturer aku tak nak.

walaupun byk kelebihan MPP, tapi aku bukanlah bright student yg jenis boleh ingat muka and nama orang2 atasan. malah aku tak suka meeting, apatah lagi meeting dengan orang penting yg memang formal: no way.

aku pernah join meeting macam ni. tense gila, aku sampai keluar board room kejap sebab tak tahan semua orang serious sangat. hahaha

petang tu aku mai balik HEP. cakap aku tak nak. HAHAHA

akak kerani: "hmmm..."

terkejut akak tu.

aku: "takpelah kak, saya tawarkan pada orang lain boleh kan?"

suka hati aku, ntah siapa aku nak bg aku pun tak tau HAHA

jadi akak tu pun nampak lega lah muka nya.. fakulti aku ni jenis budak rajin study, jawatan besar pon tak nak pandang. susah nak cari. tapi takkan la satu fakuti tu takde MPP lansung ye dok?

so for the position of MPP. anyone?

sekian,
fatimah zahrah, xoxo.

ps:
-siapa tahu kat mana nak apply scholar? share pls :) ptptn jahat, dia tawarkan duit yuran je kat aku. haha buat lawak. baik tak payah.
-serious tau, kalau tau scholar yg open skarang bgtau aku. boleh tinggalkan mesej kat chatbox kiri tu, atau dm kat twitter. theeheee :)
-selamat ber-final, selamat maju jaya
-and salam Ramadhan kareem :)

Jubah Cotton Mesir Murah

Assalamualaikum,

Ramadhan dah dekat :) Raya pun dah nak dekat :)))

so kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Jubah Cotton Mesir, stok masih ada, tapi tinggal sikit, so cepat2!!!

kain dia cotton, sangat selesa dipakai. didatangkan dengan pelbagai warna serta corak yang menarik and design pulak satu je yang ada, so kalau beli nanti tak sama dengan orang lain, boleh sambut Ramadhan/Syawal dengan bergaya :D



Paling best harga yang kami tawarkan sangat2 murah, sebab kami ambil terus dari kilang di Mesir, tiada orang tengah dan kami memang tawarkan harga rendah bagi memberi peluang pelajar membeli jubah cotton mesir yang selalunya mencecah ratusan untuk harga pasaran. (dulu tengok je kat blog orang lain, tak boleh beli, mahal  sangat T___T)


 

LATEST EGYPTION COTTON ABAYA

JUBAH MESIR BARU



 

AVAILABLE
 Harga: RM 75
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Purple
Hiasan: Benang warna merah, biru, kuning

Bahu: 17
Dada: 43
Punggung: 46
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22.5

 

AVAILABLE
 Harga: RM 75
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Purple
Hiasan: Benang warna merah, kuning, biru

Bahu: 16.5
Dada: 42
Punggung: 48
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

 SOLD
Harga: RM 75
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Purple (Purple cadbury)
Hiasan: Benang warna kuning, biru, merah

Bahu: 16
Dada: 42
Punggung: 46
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22.5

 

 SOLD
Harga: RM 75
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH

Material: Cotton Mesir
Warna: Purple
Hiasan: Benang warna merah, biru, kuning

Bahu: 18
Dada: 44
Punggung: 48
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 21.5

 

AVAILABLE
 Harga: RM 75
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Pink lembut
Hiasan: Benang warna merah, kuning, biru muda

Bahu: 16
Dada: 41
Punggung: 47
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 21.5

 

 SOLD

Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Maroon
Hiasan: Benang warna merah, kuning, merah jambu

Bahu: 15
Dada: 40
Punggung: 48
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 21.5

 

SOLD
Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Purple
Hiasan: Benang warna merah, putih, merah jambu

Bahu: 15
Dada: 41
Punggung: 45
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

 SOLD

Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Hijau (Olive Green)
Hiasan: Benang warna hijau, koko, putih

Bahu: 14
Dada: 39
Punggung: 42
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

SOLD
Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Hijau (Olive Green)
Hiasan: Benang warna hijau, koko, putih

Bahu: 14
Dada: 39
Punggung: 42
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

SOLD

Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Kuning lembut
Hiasan: Benang warna koko, putih, kuning keemasan, hijau

Bahu: 14
Dada: 39
Punggung: 42
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

SOLD

Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Kuning lembut
Hiasan: Benang warna merah, kuning keemasan, hijau

Bahu: 14
Dada: 39
Punggung: 42
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

 .SOLD.
Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Putih
Hiasan: Benang warna pink, biru, kuning keemasan

Bahu: 14
Dada: 39
Punggung: 42
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

SOLD

Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Turquoise
Hiasan: Benang warna merah, hitam, kuning

Bahu: 17.5
Dada: 45
Punggung: 50
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22.5

 

SOLD
Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Pink, Turquoise
Hiasan: Benang warna kuning keemasan

Bahu: 15
Dada: 44
Punggung: 48
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23
  
 

SOLD

Harga: RM 85
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir
Warna: Pink, Turquoise
Hiasan: Benang warna kuning keemasan

Bahu: 15
Dada: 44
Punggung: 48
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23



SOLD
Harga: RM 95
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir Tebal
Warna: Hitam
Hiasan: Batu hiasan warna warni

Bahu: 14
Dada: 42
Punggung: 46
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22


 

 SOLD
Harga: RM 100
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Bahu: 15
Dada: 43
Punggung: 46
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22


SOLD
Harga: RM 95
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir Tebal
Warna: Maroon
Hiasan: Benang dan batu2 berwarna warni

Bahu: 15
Dada: 42
Punggung: 47
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 21.5



AVAILABLE
Harga: RM 95
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir Tebal
Warna: Merah Jambu, Purple
Hiasan: Benang timbul warna puple, purple gelap

Bahu: 16
Dada: 46
Punggung: 49
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

 AVAILABLE
Harga: RM 95
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir Tebal
Warna: Turquoise, Purple
Hiasan: Benang timbul warna merah jambu, purple, turquoise

Bahu: 16.5
Dada: 41
Punggung: 48
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22

 

 .SOLD.
Harga: RM 95
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir Tebal
Warna: Hitam, Oren
Hiasan: Benang timbul warna hitam, kuning, putih, coklat

Bahu: 16
Dada: 46
Punggung: 49
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 23

 

 AVAILABLE
Harga: RM 95
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir Tebal
Warna: Purple gelap, Turquoise
Hiasan: Benang timbul warna kuning, turguoise gelap, purple gelap

Bahu: 16
Dada: 41
Punggung: 46
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22

 
 
 Harga: RM 95
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir Tebal
Warna: Biru gelap, Oren
Hiasan: Benang timbul warna biru gelap dan hijau

Bahu: 16.5
Dada: 40
Punggung: 45
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22




AVAILABLE
Harga: RM 110
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Cotton Mesir Tebal
Warna: Maroon
Hiasan: Benang timbul warna warni

Bahu: 15
Dada: 37
Punggung: 50
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 22




AVAILABLE
 Harga: RM 140
Postage: RM 7
PENGHANTARAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN 2 JUBAH
Material: Kain Baldu
Warna: Biru Laut

Bahu: 14
Dada: 42
Punggung: 46
Panjang Baju: 56
Panjang Lengan: 24

Dapatkan Jubah Mesir Limited Edition hari ini sebelum terlambat :)

Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan, sila email ke

zahrah1801@gmail.com
atau boleh menghantar khidmat pesanan ringkas ke nombor
013-4119789 (zahrah)

atau PM di fb page kami
Aziya Az-Zahra

happy shopping!!!

and have a great RAMADHAN this year :) 

entry berkaitan:

PLAIN WIDE SHAWL