Showing posts with label story of a family. Show all posts
Showing posts with label story of a family. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Dear Future

salam.

nama saya fatimah zahrah. saya berumur 21 tahun. seperti wanita2 normal yang lain, saya punyai perasaan yang tinggi terhadap kanak-kanak. saya suka kanak-kanak. dan saya mahu menjaga anak2 saya sungguh2 supaya anak2 saya dapat membesar dengan bahagia dan menjadi mukmin yang berjaya suatu hari nanti insyaAllah.. jadi dua tiga hari ni saya banyak berhadapan dengan situasi2 yg membawa saya kepada perasaan yang "kalau aku ada anak, aku akan..."

so this entry is a random entry, made for my future children. cewah hihi.

situasi 1: visit JOM! mais, met a cute girl wearing mini gown, so cute :)


budak kecik ni mencuri perhatian sungguh


dah la kecil, comel, pakai gown mini yg comel, gown pulak warna bendera Palestine, tambah2 comel, errghhhh. ni gambar dia dari blakang, susah nak tangkap gambar dia, asik gerak2 je, main belon angry bird. so cute!!! dah ada anak nanti, aku akan reka gown or baju jugak, showing our support for our brothers and sisters in Palestine. For my cute Aisyah, I'll make her a hair band or cekak sekali. any accessories for hair. she'll be cute hihi :p and masa tu pon aku jumpa ada 3 beradik perempuan pakai gown sedondon kaler terquoise and kelabu polkadot. tu pon mesti custom made. girls with custom made gowns memang comel sangaaatttt lagi2 sedondon. nanti aku nak reka utk anak2 aku, ecewah~

situasi 2: saw a friend uploading picture of her son, celebrating his birthday. umur dah 3 tahun :)


ahmad. mata sepet muke happy :) gambar dari fb ummi ahmad :)


kawan aku sebaya aku, yet anak first dia dah berusia 3 tahun. aku pernah pergi rumah dia skali, comel gileeeee anak dia!!!! aku baru berdiri depan pagar dia dah terus lari kat pagar hulur tangan dia. ingat nak salam, rupanya dia terus tarik aku pegi bawak kat mainan2 dia ajak main. ya Allah, cairnye T____T hahaha. nama dia Ahmad. tahun ni Ahamad dah umur 3 tahun. Ahmad wait, nanti aunty bawa anak aunty main dengan Ahmad. tapi masa tu Ahmad mesti dah besar, hahaha :DD nanti masa birthday anak aku, aku nak masak kek sedap2 untuk dia. pastu tangkap gamba banyak2, buat video, nanti tunjuk kat dia time dia dah besar. hihi :p aku nak buat mcm ni.. sebab bila aku tengok gambar2 aku time kecik.. aku dapat rasa betapa proud and happy nya mak ayah aku dapat aku. banyak gambar, buat mcm2, semua benda pun nak tangkap. haha. so nanti aku pun nak buat macam tu, so my children would understand, how much I love them, and so that one day we could sit together and enjoy watching our past videos and photos. masa tu mesti semua happy and senyum bahagia :) hihi

situasi 3: Mr Magorium Wonder's Emporium


gambar curik dari google image

tadi tengok cerita ni kat tv. dalam cerita ni ada satu watak budak laki. nama dia erik rasanya. (sorry, aku mmg ada masalah nak ingat nama, kalau nak sure boleh google hihi) budak lelaki ni ada hobi kumpul topi. ada satu scene ni dia tunjuk topi2 yang budak ni kumpul. banyak gilaaaa!!!! and then budak ni pakai satu topi and kwn dia pakai satu and then diorang main blakon2 ikut watak topi yg dia pakai. cool gila!!! aku nak beli banyak2 topi utk anak aku, nanti aku boleh main blakon2 dengan dia, aku jadi queen dia jadi hook ke.. something like that. and then my husband can join in dia jadi king ke. hihihi :p this thing is good to develop my children's creativity cewah. hihihi



and yes, I love children, and yes, I'm so excited to meet my own. haha. dulu aku pernah bagitau semua kawan2 aku yg aku jeles dengan Putri (mak Ahmad) sebab dia dah ada dua anak, sorang lelaki sorang perempuan. bestnya, duduk rumah jaga anak sambil buat terjemahan sambil jual jubah, best~~~ and aku ingat semua org berperasaan sama macam aku, sebab kawan2 penang aku semuanya, smua, Azi, Jah, KN, Bela, Mekyah pon, semua rasa apa yg aku rasa hahaha. tapi rupanya tak. bila aku cakap macam tu ada sorang kawan aku beliakkan mata dia and was like "seriously timah? kau serious ke ni??? kau NAK macam tu?" dia terkejut gila dgn statement aku. and aku pun sebenarnya terkejut gila yg dia terkejut gila dengan statement aku. hahaha. sebab aku ingat semua org impikan hidup bahagia dengan keluarga, duduk rumah jaga anak. rupanya tak semua hahaha. mungkin dia belum rasa lagi kot. mungkin.

mungkin entry ini akan dibaca anak2 aku suatu hari nanti. anak2 mama, tengok mama memang sayang kamu semua tau, hahaha. kalau la betul anak2 aku akan baca balik semua entry2 yg aku tulis slama ni. kalau betul benda ni jadi.. kalau benda ni jadi kat korang ape korang rasa? hahahaha :DD (better tulis benda yg best2 lepas ni, baru la dia tau mama dia time muda memang osem. hihihi)

okla dah study week. aku nak jadi mama yg osem satu hari nanti. tapi before jadi mama yg osem, kena jadi anak yg osem dulu. anak yg osem akan slalu buat parents happy. aku ada byk benda nak sharing sebenarnya, tapi jap eh, jap, nanti2 aku cerita, kena cover chapters dulu. ko tunggu ko tunggu, aku akan update lagi blog, tp aku nak study kejak. hahaha. doakan semoga segalanya dipermudahkan :) anak2 mama yg tak berhenti lagi baca blog mama ni, dah siap ke homework2 semua??? tengok, mama rajin tau study, anak2 mama kena rajin jugak, arasoh? :)

hahaha.

okla dats all, babai. goodluck kepada semua yg sedang berusaha melawan nafsu makan tidur bermalas malasan untuk melakukan yg terbaik demi dunia dan akhirat. all the best kepada anda2 yg berusaha untuk memahami dan mengingati ilmu Allah agar kelak menjadi insan yg berguna kepada masyarakat, insan yg cemerlang bukan saja di dunia malahan di akhirat yg kekal selamanya :)

"Manusia di dunia ini, dalam keadaan sedar atau pun tidak, adalah dalam perjalanan menemui Tuhannya." - Nuraziah Abdul Rahman, Mesir.







Wednesday, August 8, 2012

cooking with ayah

Assalamualaikum,

Nampak tak header kat atas yang baru tu? saya buat sendiri *proud

Ayah decided to cook curry today. balik dari menemankan ayah ke pasar, aku gegas menukar baju dan dengan baiknya bertanya "nak tolong apa2?" ayah menyuruhku memotong sayur.

Dengan cuaca yang bahang, panas terik menyucuk nyucuk anak tekak, mahu sahaja aku buka 3 kipas maximum kemudian baring, tiduuuurrrrr sehingga ke asar.

Tetapi mengenangkan bulan Ramadhan yang mulia, orang yang berbuat baik akan diberi ganjaran berlipat lipat ganda :) maka gagahkanlah diri

Lalu kaki melangkah ke dapur... dan menolong ayah masak kari :D

Macam comel tau ayah tumis2 kat dapur, anak perempuan yang duduk bersila kat bawah sambil potong2 sayur.



Nanti bila dah ada Zahra junior, aku ajak dia masuk dapur dengan papa dia, and then ajar they all masak2. In future kalau aku sakit ke, busy ke, boleh la diorang masak sama2 untuk aku. Bayangkan budak perempuan kecil molek tocang dua pakai baju pink ada gambar strawberyy banyak2 tolong2 ayah dia masak kat dapur. Gaya je nak tolong, tapi tangan tak gerak sangat pun, mulut je tanya banyak 'papa, yang ni ape pa? kenape yang ni besar yang ni kecik pa? papa nak potong karret ke pa?' And then papa dia pulak clumsy2 'nak masukkan bahan tumis macam mane ni ye' eceh.. Hihihihihi comel betul :p

Ehem

K dats all babai.


*our iftar for today, gulai kari by Chef Tuan Kamil :)
*sambal kicap yg kat tengah tu pagi tadi punya, makan ngan kari, sedap je HAHA!
*kalau bace time siang2 hari ni maafla ye..













***dah penghujung ramadhan, jangan sia2kan peluang yg ada! kumpul2, kutip sebanyak pahala yg boleh. kita xtau mungkin zikir kita untuk 2minit mampu menyelamatkan kita dari api neraka, dan membawa kaki kita memijak ke syurga yg indah sejahtera, damai selamanya :) all the best!
***ouh ouh last last, kami ada item baru, ada dress, cardigans, jubah baru, visit our fb page k! here's the link ;)



Thursday, December 23, 2010

ais kering dan birthday cikgu jamilah


blow the candles cikgu! ; )

kek ni cam bercahaye kan? cam suci gile, takut nak makan hahaha : DDD


in the end tetap kena makan~ haha~ meh tgk dalam dia ada apa. oreo yaw!


20.12.2010

hari tu hari jadi cikgu jamilah. malam 19 hb, pukul 11.55. cikgu jamilah still x tido lagi. selalunya cikgu jamilah akan tidur awal. tak tau kenapa malam tu dia tak mengantuk la pulak kan.. agaknya dia memang nak something yang lain kot..

"ehem2.. psss.. abang. esok bedday mak."

"yeke? jomm."

hasan animator, lokman bb dan aku turun ke ground floor rumah. tuan kamil sedang beristirehat.

tiba2, cikgu jamilah keluar dari dapur. agak terkejut kerana melihat semua anak2nya berkumpul di ruang tamu.

"ini kenapa ramai2 anak mak bekumpul ni? ngihihihihi : DDD"

cikgu jamilah gelak2 comel, pura2 tak tahu apa2. kemudian cikgu jamilah start cerita pasal esok nak bawak zakir bambam pergi bersunat.. ^^'

biasa la cikgu, dah start gosip memang meleret. borak2 meleret leret.

"esok kita nak beli kek kan?" kata hasan animator.
"untuk apa?" cewah, cikgu jamilah boleh pulak tanya kan..
"untuk atir la, besunat.. dan.. sebab.. esok hari jadi mak!!!!"

"happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to e mak!!! happy birthday to you!!!!"

so malam tu mak tidur dengan hati berbunga.

petangnya, abang balik bawak kek. tiba2 dia panggil aku.

"psss2. timah sini jap"

aku pon dengan penuh eksaited pegi la ikot dia, kat lua. bajet cam dia ajak plan rancangan jahat la untuk malam tu. skali dia amek baldi, letak air.. dan kemudian lokman bb masukkan sesuatu kedalam baldi yang berisi air tersebut.. lalu keluarlah asap berkepul kepul..

phwaaahhhh. ais kering!!!

hahahahahaha. lalu datang iqbal crispy dan zakir bambam.
[em2, zakir bambam x jadi besunat aritu sebab doktor cuti. -.-']
dan kami 5 bradik eksaited sangat seperti kanak2 dapat mainan free^^' hahaha~

"ni kita buat eksperiment ni!"
"la.. kenapa x panggil cikgu jamilah?"
"a, panggil cepat panggil cepat!"

so.. cikgu jamilah pon join bereksperimen bersama anak2nya.. bila letak aiskering byk2 dalam air, asap lagi byk. and air jadi berbuih buih. aku rasa cam witches comel tengah blaja chemistry dalam kelas mr snape. hehehehehehehehehehhehehe : DDD

zakir bambam sedang menjalankan ritual sambil diperhatikan iqbal crispy.

haaaa.. tengok ni buih2 hocus pocus.. hehe..

and so malam itu kami memotong kek aiskrim puan jamilah. dan memakan pizza hut 6 cheese berbeza dan minum teh ahmad panas : )

cikgu jamilah sangat terharu, aku nampak ada sedikit air mata di hujung matanya malam kami menyanyikan lagu. hihihi : ) dan cikgu jamilah x habis2 dengan wish dia mahu menantu sambil ditujukan kepada hasan animator. abang, cepatla kawen, timah x saba nak main ngan anak saudara~ harharhar : DD

it was a happy moment.

omak, happy 47th birthday ^^


di-edit spesel utk bday cikgu jamilah

*zakir bambam disunatkan pada keesokan harinya. mungkin doktor saja ambil cuti nak bagi zakir bambam rasa kek aiskrem : )