Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Tak semua kerja bosan dan memenatkan

assalamualaikum,

i don't have much time, but still, i feel like writing.

dah lama tak update.
(xbest nye ayat kat atas ni, klise. kasi potong.)

so esok last day kerja. suppose end of this month last day kerja, tapi suddenly dapat call dari HEP

"ini fatimah zahrah ke? anda dapat peluang jadi PM untuk MDS kali ni, setuju atau tidak?"

jadi PM dapat RM150 sahaja which is far less than my part time salary, tapi bila fikir pasal kolej...

aku xnak menyewa kat luar. aku nak kolej.

"ya saya setuju"

aku pelik jugak masa pihak HEP call dia cakap formal, tapi at one point ada sekali boleh TER-panggil aku 'temah' (nama panggilan time diploma) aku syak mesti kawan, saing2 aku gak yg call bg pihak HEP. n minutes later dapat call dari Yen

"Temah, jangan bagitau orang tau kau dapat kursus kat mana"

"Bos (nama panggilan Yen), kau ke yang kol aku tadi?"

"haah"

"laaaa~~ apasal tak cakap biase je, kemain formal~ hahaha"

"ada text a weh, aku ikut je la. hahaha"

aku takut jugak nak jadi PM ni, kena handle budak kat shah alam pulak tu, ramai. tapi... gua nak kolej.

so tabahkan hati, ketepikan kerjaya dan ketakutan. ayuh berkhidmat demi anak bangsa. uitm dihatiku.

cewah. kemain. hihi.

besok last kerja. bos aku cina. tapi dia tak racist. best! hahaha

dan sangat tak kedekut ilmu. dan penyabar. lebyu bos, hihi.

besok bos nak blanje makan nasik kerabu. nak tido awal lah, kang tak sedar kang, malu pulak.

bos kata kalau cuti sem je roger dia ; )

harap2 dapat kerja setiap cuti sem, xde la berkarat ilmu dadah aku, x sia2 bertapa kat penang. ameen :)

study alhamdulillah okey. itu yang aku doa, itu yang Allah bagi, so Alhamdulillah :) next sem nak work harder, and doa more specific :)

and owh, ada benda nak kabo, alhamdulillah aaz dah ada blog sendiri: aziyaazzahra.blogspot.com
boleh cekidout. and insyaAllah barang baru akan sampai March ni. New Jubah and long shawl akan mari :D  kesian page, hambar betul xde barang baru. ko tunggu, ko tunggu, jakgi aku upload item baru. tapi saba, dey olls tgh dibungkus~ harap2 Allah permudahkan urusan kami, ameen~

jus stroberi, take one, i belanje. hihi :p
(gambar dari tumblr)

semoga hari esok lebih baik dari hari ini, dan semoga hari2 kita cukup dengan nikmatMu, dan semoga Allah menerima setiap amalan kita, dan semoga diberi yg terbaik untuk segalanya, dan semoga kita tak terlepas dari cintaNya. ameen <3 p="">
kak intan (staff pharmacy) punya ayah mertua meninggal, i have to take her shift, two days kerja for 12 hours. x penat (buat ape la sangat kat pharmacy tu) tapi mengantuk! kerja pun low kualiti sikit, kurang fokus. dua hari takde power nap anyonyonyonyo~ terbukti power nap sangat berkuasa, tidur sekejap before zohor mampu memberi impak kepada produksi kerja di waktu petang. (it's a sunnah anyway :) nanti kalau gua ada syarikat sendiri, waktu rehat syarikat gua ialah 12.30-2.00 pm, kasi lama siket, sempat staff dapat power nap, baru la kerja lebih berkualiti. ahaha :DD

k dats all, salam~
fatimah zahrah, xoxo.

Sunday, November 25, 2012

cikgu jamilah being sweet

2nd entry for today. 


so tuan kamil and cikgu jamilah decided to send me back to campus tomorrow. sebenarnya hari ni ada banyak aktiviti menarik kat kampus. paling aku rasa nak pergi, Japanese festival. mesti best!

kahirun nadiah mesti pergi Japanese festival tu, nnti aku tgk gambar dari dia je lah. pastu suruh dia buat lagi festival tu next sem, next sem aku datang. problem solve. bhahaha~

gambar curik dari google image

cikgu jamilah pergi ghuang zhou sebenarnya. seminggu. wah wah wah cikgu2 now days, memang sakan shopping~ masa dapat tau cikgu jamilah nak pergi, aku memanglah teramat sangat gila gila terasa nak join! lagi2 bila aku sendiri enjoy join geng bas sekolah cikgu jamilah pergi bandung. pengetua sekolah sendiri suruh cikgu jamilah ajak aku pergi hihi.

ni kat jakarta. tu la tengok beg2 yang banyak kat depan tu. cikgu2 ni sakan betei shoppingnye! hahaha 
(gemoknye aku dulu haha)


ini kat tangkuban perahu ke apantah nama dia. hahaha. best! sejuk!!! tapi bau busuk. belerang. hahaha




ini kat kolam air panas. i pakai shades. yg kat tengah tu. bhahaha

aku memang naaaaaaakkkkk sangat ikot pegi ghuang zhou, especially with them. tapi disebabkan tarikh clash dengan banyak test 2, aku x pergi :(

sebelum pergi cikgu jamilah tanya

"timah nak apa... nanti mak belikan"

aku tanya "apa yg best?"

dia kata "kat sana barang semua murah2.. especially leathers."

leather? hehehe

"mak punye bajet ade brape?"

"ade la dalam dot dot dot.. " rahsiakan sikit bajet dia. tapi aku suka la. hahahahahaha. tahun ni mak tak bagi hadiah hari jadi... hadiah graduation lagi.. hmmm... baik aku mintak je.

so aku bagitau dia.

1. nak jam. leather. color pale pink.
2. nak beg sandang. leather. preferably skin color.

dah tu je. "tu je? tak nak ape2 lagi?" tanya cikgu jamilah. "tunjuk la gambarnye skali, senang mak nak carik"

owh.. lagi? hehehe

3. jacket. brown color. sebijik macam yg aku ada dulu, tapi dah rosak time pergi bandung
4. kasut. nak yg selesa. tak kesah macam mana asalkan selesa.
5. printed shawls. preferably satin.
6. baju tidur

"eh macam banyak sangat pulak, yang lain2 (adik bradik lain) tak mintak ke?"

"mak dah tanya, diorang tak nak"

owh... dalam hati aku "ruginye"

aku pun google image la gambar2 item yg macam aku nak. and showed her. "yg macam ni mak.. ha yang ni"

"bagitau la nak brand ape, senang sikit mak nak cari"

mak aih, dapat exactly brand apa? aku tak terfikir pon nak yang branded. hahaha. so aku tunjuk je la yang aku nak.

so minggu ni aku balik, dapat semua yg aku nak, aku sendiri terkejut. baiknye cikgu jamlah, sebenarnye sampai skarang aku tak percaya lagi, dia belikan semua yg aku nak. semua. aku ingat saja2 je mintak, dapat jam je pon jadi la. hahaha


siap letak dalam bekas teddy, awww.... ;')

"orang lain dapat satu je.. timah punye dapat banyak. hihihihihi" kata cikgu jamilah. cikgu jamilah sendiri excited belikan :D

cuma jaket je la aku tak dapat. cikgu jamilah kata takde yang aku nak. takpe cikgu, ini pun dah cukup. tq~ i love you ;')

someday, when i have my own daughter(s) i'll buy them what they want with my own money :)
nanti akan ada special time la buat macam ni, selalunye akan suruh hubby bunny yg bayar (hahaha) but at certain time, i'll buy their favorite stuff with my own money. specially for them cewah hihi

panggil aku ummu aisyah. the mother of aisyah. i'll name the first one as aisyah hihi :)

and i'll be a sweet mother, sweet mama, as sweet as cikgu jamilah jugak, insyaAllah :)

graduation day is just around the corner.. pagi tadi masa cikgu jamilah and tuan kamil ambik aku, aku nampak orang jual bunga kat tepi jalan. ros merah. aku senyum :)

mungkin akan ada 3rd entry untuk hari ni. rasa nak tulis je tak tau knape. hahaha. kbai.

Sunday, July 29, 2012

she's engaged, true?

assalamualaikum,


sebelum tu aku nak tunjuk satu video dulu..



ya Allah so sweet :) kan?

ok, itu x tally dengan tajuk post. hahaha. sebenarnya aku nak cerita something. pasal kawan aku.

ada sorang kawan skolah aku, aku nampak kat profile twitter dia tulis 'engaged' haaaa... aku tak tau dia just tulis or memang betul but somehow, just somehow i feel sooooo happy for her. tak tau kenapa, mungkin sebab it's a good news? :)

and for such a long time (xde la long, since last year la gitu, tapi sebab kerap, rasa macam long :p) , bella selalu busy attending her friend's wedding, and i was like, what does it feels like to get to know that your friend is getting married. kawan kau yg SEBAYA.

setakat ini aku pernah attend sekali je rakan sebaya yg kahwin, it was around 2008. yes, masa tu aku 17. and her husband was 29. funny sebab kawan2 lelaki aku tried to get along dengan husband kwn aku, but end up being awkward. cmon, 12 years barriers, and we was like, budak2 lagi kot =.=''

selain tu, xde. masing2 gurau2 'kau kawen dulu' - 'kau LA kawen dulu' ade. haha

so that friend of mine, yang tulis 'engaged' tu, aku tau kau baca blog aku weh, hahaha. i'll pray the best for you. doa orang yg berpuasa ni, termakbul tau. jom jangan sia siakan peluang untuk berdoa :)


[pray sungguh2 macam adik kite ni :) hehe ]

speaking of doa, aku rasa Allah baru je makbulkan doa aku... doa yang aku buat 3 tahun dulu...

ya 3 tahun dulu. and termakbul sekarang

rasa macam magic.. *mata terbuka, mulut ternganga

not just that, hari tu aku cam sedih jugak la, aku cam.. sedih.. ada orang ni dapat something ni, and aku rasa aku nak something tu jugak. aku tak la doa mintak benda tu pun, aku just rasa aku nak, aku xshare kat sape2 pon, even kat mak aku pun x, just bisikan hati. and masyaAllah, rupanya Allah dengar hati aku ni berbisik, tibe2 mak aku beritahu ayah aku nak belikan benda tu. masyaAllah :)

rasa macam magic... *mata terbuka, mulut ternganga lebih luas

sebenarnya ada je hardship yang aku tengah lalui ni, tp rasa mcam... entah, rasa macam there's still good behind this hardship. macam, this hardship COMES WITH things that i should bless. haa...

that's why they said, be thankful for what you have :)

alhamdulillah for everything :) thank you Allah for everything :)


and speaking of engagement, i found this photos on tumblr couple of days ago

Les rings.Noticing all the scary cameras on us :PMy ringPutting his ring on...magic!Oh yeah! Look what I did!I has a ring now :)

so cute <3

this sister here, im not sure if it's akad or engagement, but i think it's akad, kalau engagement xkan la sarung cincin masing2 kan?

tapi apa yang aku nak bagitau, aku suka background dia sebenarnya. macam menarik sebab decoration ruang dia colorful and full of light, macam sambut birthday! hahaha. tengok pun rasa gembira rasa happy je, tu la yg kite kata decoration yg boleh enlighten your mood. cewah, boleh jadi interior designer dah, boleh la ni. haha

time engage nanti aku nak buat macam ni. kalau buat time nikah cam.. xboleh xboleh, nikah aku nak buat formal, so aku nak buat time engagement. cewah.. decorate warni warni lampu2 love2, bunga camni. after all i never had a birthday party before. hahaha

okey enough, xboleh lebih2 nanti membazir masa. kalau buat perancangan x boleh drag masa, nanti namanya dah tukar, dari perancangan jadi berangan. hahaha


btw you there, yg tulis engaged kat twitter tu. is it true? kalau betul bagitau la, boleh aku specific-kan lagi doa aku. haha :)


k, that's all. 

salam ramadhan kareem everyone :)


Friday, June 29, 2012

beri bunga pasti akan dapat bunga

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, another Friday! :)

So last night Italy won? I don't see any difference, kecuali la kalau restoran2 Italy kat Malaysia ni bagi PROMOSI SEMPENA EURO 2012: ITALY BERJAYA KE FINAL: FREE PIZZA FOR EVERYONE!!! If this thing happen, teruje la jugek dok?

Tuan Kamil pulang ke rumah jam 6 pagi tadi. Tak pasti kerana bola or business dia, orang business sukar nak jangka. Tapi sampai rumah je dia tengok dah pukul 6, dia terus solat subuh. Lepas solat, dia siapkan sarapan dan teh O. Lepas tu sambung tidur.

Tuan Kamil memang macam tu, dia tak berkira dengan tugas2 rumah.. Mana2 yang dia boleh buat, dia buat.  Terharu aku bila fikir2 balik kebaikan Tuan Kamil. Tssskkk..

Sedikit sebanyak ada jugak perlahan lahan doa untuk dapat pasangan baik macam Tuan Kamil. Hihi.. Nak dapat baik, kene jadi baik jugak. Tengok la Cikgu Jamilah macam mana :)

Semoga Allah lanjutkan usia ibu bapaku, mengasihi dan merahmati mereka. Dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yg soleh yang akan masuk ke dalam syurgaMu ya Allah.. Aaaameeen...


Cikgu Jamilah, stunningly beautiful with black abaya. Costumer tetap ni. Hihi :)

Macam tu juga dengan kehidupan. Kadang2 kita tak tau kenapa orang tu tak boleh faham kita, tapi kita ni betul2 faham dia tak? Kadang2 kita nak orang tu ikut cara kita, tapi kita ikut cara dia tak? Kadang2 kita nak orang tu appreciate kite, tapi kite appreciate dia tak?

Dalam hidup ni ada give and take. Sifat saling memahami tu perlu ada. Kalau perkara tak jadi macam apa yang kita nak, cuba muhasabah diri kita balik. Kalau kita tuding 1 jari ke arah orang, 4 jari yg lain akan tertuding ke arah kita. Sebab tu, sebelum cari 10 alasan kesalahan orang, cari dulu 20 kesalahan diri sendiri.

Macam tu juga dakwah. Kadang2 kita tak faham, kita rasa kita dah cukup jujur dalam penyampaian, kadang2 dah rasa ikhlas, dah rasa buat sehabis baik dah. Tapi pelik kenapa orang tu tak terkesan dengan penyampaian kita. Boleh jadi amalan kita sendiri tak betul...

So jadilah macam Tuan Kamil dan Cikgu Jamilah, masing2 ikhlas, masing2 buat yg terbaik, masing2 tak berkira. Masing2 bahagia :)

Bila kita bahagia, orang sekeliling pun turut bahagia.. :)

Cewwahhh... Banyak benda tau boleh belajar dari orang terdekat ni. Hihi :p

Hmmm...

Tapi kadang2 kalau kita beri bunga seharum harumnya, orang tu tetap nak baling tahi, accane tu? Anggap je la tu ujian. Hidup, lazim la ujian. Bukan kehidupan lah kalau takde ujian.

Cuma kena ingat, kalau kita nak bunga, kita beri orang bunga. Kadang2 memberi tu lebih manis daripada menerima. Kan?

Tak setuju? Korang mesti jenis yang kalau orang datang restoran mintak derma, korang geleng2 buat muke ketat je.

Betul tak?

Kahkah.

Gurau je.

Aku pun dulu2 mcm tu, aku rasa diorang ni sindiket, patutnya diorang kene kerja, tak boleh meminta minta. Tapi Cikgu Jamilah tak macam tu. Dia tak pernah tak bagi kalau jumpa orang2 macam ni. Dia bagi RM1 je pon. And aku tengok rezeki dia tak pernah putus2. Ada je anugerah khas la, naik pangkat la. Secara tak lansung baru aku belajar, tak kira la orang tu siapa, kalau kita ikhlas memberi, insyaAllah Allah akan terima keikhlasan kita :)

Cikgu Jamilah cerita, kalau Hassan Animator, dia xkan bagi RM1. At least RM2. Katanya kalau RM1 macam gaya nak menghalau.

Haahaahaaa~ Aku tak pernah terfikir. lol.

So ikhlaskan diri dalam setiap perkara, hidup adalah ujian, yang pasti akhirat. Andai hari ni kita sedih, anggaplah kesedihan itu juga satu ujian. Allah nak gantikan kesedihan tu dengan senyuman kebahagiaan di akhirat. Haaa nak bahagia kat akhirat tak? So kena la kuat hadapi ujian!!! :)



And and and, kalau nak bunga, berikanlah bunga. Jangan nanti korang beli bunga ros merah sekuntum, bagi kat awek yg korang minat, tp awek tu tak bagi bunga kat korang, korang marah2 aku pulak. Maksud aku, kalau nak orang tu baik dengan kita, kita kenalah baik dengan dia :) Alah, kalaupun awek tu tak balas dengan bunga ros sekalipun, dia mesti baik ngan korang. Paling tak pun muka merah2 blushing, ha, kan comel tu awek blushing! kahkah.. Jangan korang dah ada makwe, tapi gatal nak bagi bunga ros kat anak dara orang, itu baik ada makna, memang layak kena lempang. Haha. Apa2 pun, back to basic lah, niat. Kalau korang buat baik dengan ramai orang tapi niat tak betul pun xkan jadi jugak...





Anyways, apapun rezeki kita, ianya akan berganda kalau kita tak lokek. Apapun attitude orang tu, dia akan buat baik kalau kita buat baik :)

K, dats all, happy Friday!

Juma'ah Mubarakah!

:)


Sunday, June 24, 2012

pengantin, tanjak dan ray ban

assalamualaikum

penah jumpa pengantin pakai ray ban?


haaaa... ini lah pengantin with ray ban!

first time aku jumpe, cool, tanjak n ray ban

*fascinating :O



tengok isteri dia, jeling2 "cool gak suami I ni.."

pengantin lelaki pakai baju merah jambu tu pun cam "OMG, kenapela I didn't came up with that idea...grrrr"

hahaha :DD



so sweet :)

ni sebenarnya abang zaki, senior sekampus dulu2. aku pernah jumpa dia sekali je pon kat wedding ngahngah (kak cha's sister) pastu hari tu kak shaz kata dia jemput datang wedding dia.. tengok gaya cam alim2, rupenye gile2 gak cam bdk2 IK*** lain. lol. isteri dia kawan sekolah dulu :)

gambar atas ni kak shaz suruh senyum elok2, dia tunjuk mulut, tengah makan. hahaha appara abg zaki, isteri dah elok posing dah tu :p

aku tak pegi pon, ni belah pengantin perempuan. gambar2 ni aku amek dari tab kak shaz, tu yg quality x cantik. gambar dari gambar.piception. kahkah.

esok I'll come, rumah pengantin lelaki pulak insyaAllah :)

lepas kakshaz n kak cha balik dari wedding, dia ajak aku pegi space u8, we went there makan2 some more. hhihi.

and this was my meal

tada!!!


so cheap, RM 5.90 ONLY!!!


macam krabby patty pon adoo! 


juicy. puas hati gila! licin satu pinggan! jarang tau aku berjaya habiskan meal yg penuh sepinggan, slalu makan stengah, pastu tapau, or xpun share dengan orang. hari ni berjaya, yaiyy! ^___^

memang puas hati lah aku n kak shaz makan. kak shaz siap suruh aku amek satu gamba, nak jeleskan orang2 lain. ^^'



jahat giloo akak nih. hahaha

nak jeleskan orang. kalau aku x ikut ni mmg aku jeles ni, mmg aku kejar dia kat u8 tu. tebal meat tu, juicyyyy teringat sampai skarang :p

so balik2, aku teringat janji aku hari tu nak bagi kak shaz cookies... so I pon bake lah :)

kali ni best, sebab aku berjaya jumpa formula asal homemade chocolate chip cookies aku
yaiy!!! ^^



sebelum ni masa kat kampus, aku x puas hati, sebab x jadi macam cookies time f4 dulu, ada yg jadi soft la, berminyak la, but this time, aku berjaya buat cookies macam zaman form 4 aku dulu. yaiy! so happy ^____^

walaupun cookies yg tak jadi tu orang suke gak, tp kepuasan xde tau. ni penat2 pun sanggup buat, bila jadi, puas gila. happppppyyyy!!! :)


best thing about chocolate chip cookies: the chocolate chips!!! more and mooooooreeee!!!
*pemilihan chocolate chip sangat penting ye kakak2 abang2... hari tu mak belikan choc chip x sedap, aku x puas hati betui, lain rasa biskut tu, grrrr... aku paling suka guna button choc chip, sebab choc chip tu besar, bila makan jadi chocolaty gila! tp tadi xde, dah habis :( kecik pun xpe, kite letak banyak3! mwahahaha :DDD


so dah packed untuk kak shaz...
satu lagi untuk makan dalam kereta :D or bagi kak cha, tengok la esok macam mana ^^

k, dats all. aku tau, korang pon mesti byk story pasal org kawin kan? musim kawin biasele~ aku ada 2 wedding yg x update, tp update abg zaki dulu, sebab dia punya gambar menarik! 

nyamuk pun dah makin banyak, esok pun mahu bangun awal, hari ni aku tak tidur siang tau, amazing nye rasa. banyak jugak benda amazing yang berlaku hari ni. hihi

alhamdulillah, thank you Allah, for every moment :) I love Allah <3

kbai, c ya!

wassalam :)

fascinating :)

Friday, June 22, 2012

Jom

Assalamualaikum

Selamat Hari Jumaat :)

As usual, Jumaat would always be my favorite, since kindergarten until now gitu.


Dulu time tadika, suke hari Jumaat sebab petang Jumaat tu ade kartun favorite aku.

Time skolah rendah suka Jumaat sebab balik awal, and hari Jumaat ada makcik jual home made air soya sedap depan masjid.

Sekolah Menengah suka hari Jumaat sebab breakfast nasi lemak, lambat sikit xpe, orang beratur panjaaaaaaaaaaaanngggg, kadang2 saje je lambat2.. kadang2 tapau nasi lemak kalau x sempat sangat, kadang2 memang sempat tapi saje tapau. pastu dalam kelas, bukak tepewer nak makan, harum semerbak satu kelas. hahaha :DDD kadang2 saje bukak tepewer walaupun ade cikgu, nak cuit sikit. ok itu bukan aku, tu Zana. atau Jaja. LOL. tengah hari lak makan nasik ayam yang kadang2 nasi dia lembik2 gitu. Jumaat memang DM masak sedap, sebab tu suka hari Jumaat. Plus kelas habis awal :)

Time kat kampus lak, suke hari Jumaat, sebab hujung minggu! Selalunya nak seronok2 join aktiviti, start hari Jumaatlah. Seronok2 perasaan gumbira~ excited dengan orang yang nak join aktiviti. selalunye azi la. sape lagi. haha. isnin ada test pon redah gak. pastu xboleh handle tension nangis sorang2. haha, klakanye aku. cikgu jamilah pon marah :( tp tu yg best, kenangan :) and and, kadang2 awl2 sem akan doa jadual sem hari Jumaat xde kelas. Tapi bila dapat tau je Jumaat ade kelas, mulelah rakan2 bising2 "alamak, aku ingat sem ni boleh balik rumah hujung minggu.. grrrr" or "tengok, Jumaat ade klas lagi, susah a nak balik, ni yg menyebabkan aku slalu overnight on Saturday nights niyyyy"

ceh. kadang2 diorang poyo2 je teww... aku tak kesah, aku tak rasa nak balik hujung minggu, jauh la penang-shah alam, penat dalam bus je :( haha.

Practical pon Jumaat gak palleng best, hari Merdeka untuk minggu tu :)

AND until now aku still suka hari Jumaat walaupun tiap2 hari aku cuti.. sebab.. Jumaat ada Mega Movie Friday...

oke, x excited sangat la, tv3 banyak potong scene pastu iklan je lebeh. slalunye aku end up download sendiri dan tonton di laptop, lagi best. xde masalah nak download, unifi shah alam laju. hehe

Apepon hari Jumaat tetap istimewa, sebab hari Jumaat hari raye untuk setiap minggu, will always be my favorite :)

hmmmmm

ekceli kan.. aku bukan nak cerita pasal hari Jumaat pon, tadi aku bagi Selamat Hari Jumaat awal2 tu kan? Amboi jauhnye melencong, hihi :p

panjang pulak, tak jadi nak cerita pasal Trip to Johor.

dah pukul brape ni, nak sambung tengok Hindustan smalam lah

Sebenarnya skarang aku jarang tengok hindustan, tp kalau aku tengok, mesti Shah Rukh Khan yg berlakon.

Macam citer hitam putih gak. Aku tgk yg P Ramlee punye movie je. Tapi tu aku slalu tengok hari Isnin kat TV2, so sah2 la P Ramlee yang berlakon. Tapi ade ke orang tgk movie hitam putih yg bukan P Ramlee eh?

Anyways, citer SRK ni worth watching. Kali terakhir aku tengok movie sampai sengih2 dalam hati berbunga-bunga ialah Disney Pixar's UP.

so kat sini aku letak sikit gambar2 dari filem tu...

sume google je ni. haha






comelkan watak SRK tuuu? hahaha. aku suka bila dia pegang watak lain dari lain.

Sinopsis pendek: lelaki ni pergi majlis kahwin anak professor dia, masa tu lelaki ni first time nampak anak perempuan professor tu, jatuh cinta pandang pertama. tapi sayangnya gadis tu dah nak kawin.. tiba2, nak dijadikan cerita, calon pengantin lelaki dan seluruh keluarganya accident. tiada yang selamat. Professor dia terus rebah, sakit jantung, time nak mati tu professor tu sampaikan hajat, nak lelaki ni and anak perempuan dia kawen. anak perempuan professor setuju demi menjaga hati ayahandanya. maka kahwinlah mereka...

ha... lepas tu start la cerita.. walaupun anak perempuan professor tu setuju, tapi sebab kenangan silam, dia dah x ada hati nak bercinta. dia just kahwin je. so ni la cerita dia, macam mana si husband yang jatuh cinta pandang pertama ni nak pikat isteri dia yang tertutup hati untuk bercinta sebab kisah percintaan yang terkubur di tengah jalan..

menarik kan kan?

ecewah.

klah, dats all, babai. wasalam.

eh. and don't forget, skarang dah 2 sya'aban :)


rejab(past)-sya'ban(present)-RAMADHAN (future)

warm up now :) 

ready?

jom.

Friday, June 8, 2012

a short love story

assalamualaikum,

tadi aku try la usha tudung online, terjumpa fb page ni. pastu terjumpe blog pemilik page tu. blog boleh tahan, suke doodle2, memang aku stalk lah kan, haha. pastu terjumpa 1 entry mnarik ni. dia doodle pasal short love story.

ok mungkin ramai yang dah baca kisah ni, dan ramai la yg komen

"ouh romentiknya"
"wah dalamnya cinta jejaka tersebut"
"terharunya i baca.. i wish i could have one romantic bee ef like this.. awww.."

yada yada

to be honest, do you feel the same?

macam mana, seorang lelaki tu boleh dianggap romantic n sayang kepada kekasih dia kalau dia x reti buat pilihan kritikal dalam hidup? takkan la sebab sayang sanggup mati? ok lainla nak selamatkan nyawa perempuan tu kan. tapi.. kalau dia betul2 sayang, dia xnak hidup dengan orang yang dia sayang tu ke? tak contact sehari maksudnya mati? kenapa tak dia plan betul2 xcontact banyak hari pun xpe, sebab x halal lagi, so mujahadah lah lawan nafsu, ha kan Allah lagi suka, pastu plan kawin, Allah tambah suka, pastu kawin plan pulak berkeluarga, dapat anak bla bla bla teruskan kehidupan sampai hujung nyawa dengan ikhlas mendapatkan keredhaan ilahi kemudian sampai masa meninggal, masuk syurga hidup bersama selamanya~ ha kan bahagia~ ni la sayang.. hik :)

source: tumblr

"ala kemon la timah, cerita je kuuutttt"

cerita pun, tapi betul la aku cakap kan? ade ke macam ni romantik.. memang la kalau bercinta boleh buat seseorang buta, tapi bercinta takkan buat seseorang bodoh. unless orang tu tak matang. n aku rasa lelaki tu memang x matang. dan mungkin sebab tu la lelaki tu tak ada jodoh dngan perempuan tu, sebab dia tak reti untuk bertindak rasional dalam hidup. kan?

sebenarnya dari crita ni, kita patut ambil pengajaran penting..

kadang2 bila bercinta, kita akan ada possibility tinggi untuk bertindak mengikut emosi. mengikut hati dan perasaan. lantaklah nak jadi apa, aku memang sayang dia ni, sungguh! haa~~ don't make a permanent decision using temporary feeling. that's not good. ambil masa untuk tenang, fikir dulu, musyawarah, jangan sebab emosi, segalanya musnah... lelaki penting untuk mempunyai skill membuat pilihan dalam kehidupan. sebab dialah lelaki, dialah ketua. kalau benda penting pun x boleh fikir, susah nak nilai, payah la macam tu...

atau mungkin lelaki tu nak break relationship tapi xtau macam mana, so dia fake kan kematian dia? hahahahaha. fikir di luar kotak jap. haha.

yang penting nya, aku nak cakap kalau betul2 sayang, jangan jadi bodoh, tapi cerdikkan diri, cari akal cari jalan nak bahagiakan orang yang tersayang. ha macam tu.. itu barula romantik ;)

propose paling mahal ni :p 9gag pon kadang2 sweet jugak. hahaha

macam brader ni. penah jumpe x blog ni? aku baru jumpe tadi, kak tika share kat fesbuk dia. mana la nak jumpa lelaki macam ni lagi.. sob sob.. menangis aku baca.

http://abil4fauziah.blogspot.com

itu link dia aku bagi.

dan ini apa yang si penulis coretkan, mengapa dia wujudkan blog tu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.

dalam dia hadapi ujian tu, dalam dia sabar dan tabah jaga isteri dia sorang2, dalam dia tak kerja, Allah masih bantu dia ;)

terharunya bila baca.. semoga Allah permudahkan..

semoga isteri dia cepat sembuh, amin...

hmmm.. betul2 tabah.. ni baru betul2 romantik.. :)

ok lah saje je nak share. tapi kalau korang cakap cerita pertama tadi tu romantik pun xpe, ni pandangan aku je. semua orang ada pandangan masing2.. hehe :)

so selamat menyayangi insan yang tersayang~ aku pun xnak stop hug n kiss mak aku lah. biar dia tau anak perempuan dia yg sorang ni, sayang dia sangat sangat sangat sangat teramat sangat :p

ok nak makan rendang yg aku masak dengan mak. rendang mak sedap, resepi nenek, nanti aku pun akan masak rendang ni untuk menantu dia. bhahaha. cewah. kbai.

sekian wassalam..




* tapi bila fikir balik.. entah2 cerita short love story tu x habis diceritakan.. what if ending dia sebenarnya bukan tu? what if ending dia sebenarnya,
lelaki tu bangun dan buat surprise,
"chak! i saja je takutkan you, orang yang ramai2 datang ni, i jemput supaya mereka boleh jadi saksi" si jejaka kemudian melutut dan... "sayang, will you marry me?" -the end
ending macam ni ok skek ork? hahaha. mungkin org yang sampaikan cerita ni x cerita habis. mungkin. :)
*atau memang cerita dia macam tu.. sebab tu la short love story, sebab love story dia short je! make sense kan? aku xnak lah short love story, aku nak looooong. macam love story abilfauziah ni. tgk, suami dia ikhlas tolong isteri dia, Allah pun tlg dia, dalam kesusahan pun dia bahagia :) semoga Allah permudahkan, semoga isteri dia cepat sembuh, semoga bahagia sampai ke syurga, amin..
*dah pertengahan rejab.. cepatnya~ dah pertengahan jalan.. so kena lagi kuat. kena buat lebih sungguh2 tahun ni, nak buat yg terbaik, takut nanti x sempat ;( so jom semua letak target n work for it!  insyaAllah :)

source: tumblr

Thursday, May 17, 2012

this

it was hard to believe

but to think again...


if your love one chooses another person, do not feel sad babies.

it's just a sign that he doesn't love you as much as you do.

so get over it. and find someone worth fighting for.

and here's another quote 



chin up, adios.

Thursday, September 22, 2011

curi masa nak gosip jap

Penat.
Fuh.
Pkol tujoh klua rmh hbes prektikel smbung keje kat retail famasi smpaila pkul spuloh. Wala... Penat.
Eh lame dah x update. Haha. Hai everiibadiiiiiii!!!!!
Aku nk update kejap je sbb lame sgt x update.
Penat weh. Dah la hri tu cek blood glucose level rendah.
Ak memang slalu bwk gule2la pg mane pon. Standby.
Hritu time praktikal ak dah pnah tjatoh dah. Gelap mata.
Ada kesan calar kat tgn aku. Jatuh ats ape ntah abes tgn calar:-(
tp x kesah la. Ak x sukela prektikel kat hospital. Jadi kuli je lbh. Kat retail lg snang blaja. Lgpon mmg pharmacist
dekat ngan aku kan. Ape ak tanye mesti dia bleh jwb.
Kalau kt spital. Pandang pn xnak.
So xpela penat penat pon. Kalau ak xkeje mlm pon pnat gak.
So alang2 penat. Penat je la tros. Haha.


Dah penat lah. Nantlah smbg gosip. Nak chow. Babai.

Sunday, July 31, 2011

re: dear fatimah

salam.

i had my common sunday morning: spongebob squarepants. pagi2 ahad memang seharusnya dimulakan dengan sesuatu yg gembira seperti span petak berseluar. : DDD


lepas gelak2 suke hati dengan encik span petak, aku terase nak online. aku menghalau zakir bambam dari menekan nekan papan kekunci laptop encik kamil.

"ketepilah wahai adindaku zakir, kekanda mahu melayar sesawang muka buku sebentar"

oh tipu, itu bukanlah ayat aku pagi tadi

"shooohhhh! akak nak guna!"

yeah datssounds more like me.

emm... 8 notifications.. 1 friend request... owh i got a message!

dari marong, dia bagi link yang aku sendiri tak pernah jangka, omo... 0.0

dia bagi aku link burung yang gembira.

seriously maro, terharu la wehh... ni mesti lama kau karang entry ni, gamba pon banyak tak hengat.. tak sia-sia aku menunggu gossip kau.. sobs *terharu

okey korang boleh baca first comment kat link tersebut, nampak x keterharuan aku?? seriously aku jeles habes bila baca entry baru marong ni. n maro, this is one of the best entry yg kau penah post.


so dear maro,

okeyyy jeeeeeeeee ldk~~~~ hahaha.

aku teringat lagi time aku cakap kat kau, aku xleh join event, muke kau time tu kan maro, cam orang indon pendatang haram baru dapat tau yg dia takkan boleh masuk malaysia kalau masuk malaysia gak dia akan mati. hahaha, bagus x perumpamaan aku???

tapi tengok in the end kau survive gak. Muli ada singgah rumah aku hari tu, dia kata ldk ok xde problem, Balau pon kata ok. kira kau berjaya la Maro! mwehehehe. tahniah2 : DD

aku paling terharu yg part ''perbalahan pendapat'' tu, bila kau kata sebijik macam kau cakap timah. tu la kau, risau sorang2 muke pucat, kan ok je : D

tapi maro, kau takyah la nak "Mmg confirm ade beberapa org yg pandang sy menggelabah je buat kerja" walaupun gamba kat fb tu aku slalu nampak muke kau serious je, gaya bincang2 ngan ikwan tu kalah gaya hitler tengah plan nak jatuhkan pihak lawan. tapi kan weh, aku xrasa la org lain fikir kau gelabah ke ape, this is all mind setting kau sendiri. kau dah buat kerja kau, benda dah jadi and berjaya, apa kau nak fikir2 lagi? itu dah kira ohsemm dah weh, bersyukur : ) and skarang, kau doa je la budak2 tu ingat apa yang kau (or aized) sampaikan. yang penting penyampaian kita terkesan kat orang yang menerima, and dia akan jadikan benda tu bekalan untuk kehidupan dia. ini yang penting. takut orang fikir gelabah hape ni kte letak tepi jela. after all xde sape yg fikir macam tu, kau je menggelabah rasa orang fikir kau gelabah, hahaha : DDD

and one more thing, aku rasa time mula2 kau buat situasi bdk perempuan yg pija, eja, mia semua tu, aku rasa benda tu betul, hahaha : DDD

okey la manager tesco, i really2 appreciate what u've done. good job team ldk, aku memang serba salah gile, sebab aku yg mangat2 time awal bagi cadangan lah hape semua tapi x dapat datang. but heyy, aku sendiri x aspect cikgu jamilah x bagi aku pergi oke, trust me aku sendiri pon cuak and risau kalau aku x pegi.

tapi in the end ldk menjadi, so korang memang seriously terror, lepas ni boleh bukak consultant lah : )

btw game bull tu muli ada cerita kat aku, game ni aku penah main. tapi versi yg aku main a bit complicated, bull punya lagi senang, nanti aku nak crite kat shafiq saad lah game ni, suroh dia tuka game dia yg complicated tuh, buat pening aku je nak explain kat team aku time main dulu, haha.

bestnya berprogram, lepas ni kalau ada program aku akan join, i'll make sure mak bagi jugak!

thanx weh for sharing the great moment, rugilah aku x pegi, tapi xpe, aku x rugi sangat sebab aku ada moment ngan mak aku as replacement : )

to all, ramadhan is sooooooooo dekat, jom berazam nak buat yang terbaik, sehabis boleh, semaksima mungkin untuk tahun ni, as if we'll never meet the next ramadhan. jom : )


Ramadhan ni aku nak berdoa banyak2 siang dan malam, especially before buka puasa, time tu doa makbul. aku nak doa betul2 sebab dua tiga hari ni aku sedih, aku berdepan dengan something hard. aku ada dalam satu situasi yang aku tak suka tapi nak pegi mana2 tak boleh, nak tanak kena redah gak. tapi lepas redah aku tak tau nak lalu jalan mana. aku seriously cuak dengan benda ni, first time aku tak nampak jalan penyelesaian. dulu kalau redah2 pon, aku boleh lagi yakin lepas ni nak buat ape plan macam mana. tapi masalah ni aku x nampak aku kena buat apa. masalah yang datang kalau x jumpa jalan penyelesaian lebih berat dari apa-apa penderitaan pon. aku harap Allah bagi aku kekuatan and jalan yang benar, kepada aku and semua kawan2 aku yang rasa benda yang sama.


aku tau, bukan aku sorang yang rasa benda ni, ramai lagi kawan2 aku rasa benda yang sama, takpe kawan2 Allah bersama kita : ) so don't lose hope, bulan Ramadhan ni pernuh berkat, selagi bole usaha, kita usaha. Apapun yang jadi, kita fikir positif. walaupun aku sendiri tak pasti apa yang kena buat, aku fikir positif je la. (thanx to azi, and kak yuni, aku slalu mengadu domba kat mereka2 ni, haha) takpe, jom kita doa banyak, solat banyak Ramadhan ni. and hopefully amalan kita istikomah after that. apa2 pon, kita minta yg terbaik dan mohon agar diri kita kuat untuk hadapi semua ni.

insyaAllah.

korang pon doakan la untuk aku,

: )

dats all, wassalam.

op btw, while searching for the right pictures [nampak x aku letak gambaq ramadhan tu, haha] i found this vedio. depa ni jadi makin cool la nowdays : ) enjoys ; )



versi melayu dari inianwarhadi



the english version by aimanazlan90