Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Belok kiri Belok kanan

Assalamualaikum,

Hai semua, lama tak borak. Lama sungguh. So macam mana kehidupan? Tak best? Tak indah? Bosan? Jangan risau, dunia hanya sementara, akhirat itu yang selamanya ;')

Lately aku busy la jugak.. dengan study, bisnes dan DnT. Kalau fikir betul2 aku bukanlah dalam satu tahap yg boleh dibanggakan pun dalam ketiga tiga perkara yg aku sebutkan tadi. In study, aku bukanlah student contoh yang semua classmate rujuk mahupun yang pensyarah bangga-banggakan. In business aku tak pulak ada kedai mahupun pasaraya besar. Adapun secara online je, tu pun bukanlah besar sangat, pekerja pun tak ada. In DnT, jauh sekali, aku masih lagi merangkak, struggle dengan diri sendiri, entah kenapalah lambat sangat berbanding orang lain yg dah recruit entah berapa puluh orang dah, aku ni nak start DF pun teragak agak :'(

Kadang2 tiap2 malam aku fikir pasal semua ni. Pasal sikitnya aku ada. Pasal masa depan aku macam mana. Pasal keadaan ekonomi. Pasal boleh ke tak aku beli rumah time kerja nanti. Pasal boleh ke aku dapat kerja nanti. Pasal aku sebenarnya nak beli tanah sebab kalau boleh aku nak bertani dan bercucuk tanam sendiri, tapi tanah jauuuhhhh la lagi mahal. Pasal anak-anak aku nanti mampu tak aku besarkan mengikut plan aku. Pasal nanti ada ke orang nak amek aku kerja. Pasal nak sambung master, tapi nak pergi ke pharmaceutical ke nak pure chemistry. Pasal kenapa la sampai skarang stagnant dalam DnT. Pasal macam mana la nak majukan bisnes. Pasal mana nak dapat supplier baru bila supplier lama dah takde. PASAL APA LA AKU FIKIR BANYAK SANGAT!!!

Ramai orang kata orang perempuan selalu fikir banyak sangat. Aku antara ramai orang yang berkata begitu. Sebab aku sendiri perempuan, and aku sendiri memang fikir banyak sangat.

Aku rasa aku jadi makin risau since harga minyak naik hari tu. Aku macam, "minyak naik... barang naik... camno den nak kumpui duit ni..." and then fikir la lagi macam2 jadah ape ntah dah ada atas katil kipas pasang tu tidor je la, bukan gheti nak tido. fikir banyak, pastu buat plan, pastu risau sensorang. eyy benci!

Kata ex kakak usrah aku, "Jangan keseorangan, kerana manusia memang takkan survive duduk sorang." aku percaya kata dia.

So nampak tak betapa serabutnya aku tiap2 malam fikir macam2. Sampailah.. Petang tadi :')

Petang tadi ada senior aku sharing.. Tentang seorang sahabat nabi... Namanya Said bin Amir. Ceritanya panjang, korang boleh cari sendiri cerita penuh, tapi aku akan ceritakan sikit kat sini. Said bin Amir ni antara sahabat nabi. Setelah wafatnya nabi, Abu Bakar As Siddiq menjadi ketua. Kemudian Umar Al Khattab. Semasa pemerintahan Umar, Said menjadi gabenor di sebuah kawasan.

Walaupun Said ni gabenor, tapi dia tersangatlah miskin. Miskinnya dia sampai nama dia tersenarai sebagai nama penduduk miskin yang layak diberi bantuan. Walhal dia seorang gabenor. Jadi Amirul Mukminin Umar Al Khattab pun tersangat lah terkejut bila dapat tau Said si gabenor dalam keadaan sangat2 susah. Jadi Umar Al Khattab pun kirimkan wang sebanyak seribu dinar untuk Said.

Bila Said dapat seribu dinar tu, Said rasa hiba. Dia cakap “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Seolah-olah Said sedang ditimpa musibah besar atau perkara berat.
Istrinya datang tergopoh-gopoh dengan penuh kecemasan, dia berkata, “Apa yang terjadi wahai Said? Apakah Amirul Mukminin wafat?”
Said menjawab, “Lebih besar dari itu.” Istrinya bertanya, ‘Apa yang lebih besar?”
Said menjawab, “Dunia datang kepadaku untuk merusak akhiratku, sebuah fitnah telah menerpa rumahku.”
Istrinya berkata, “Engkau harus berlepas diri darinya.” Dia belum mengerti apa pun terkait dengan perkara dinar tersebut.
Said bertanya, “Kamu bersedia membantuku?” Istrinya menjawab, “Ya.”
Maka Said mengambil dinar itu, memasukkannya ke dalam kantongkantong dan membagi-bagikannya kepada kaum muslimin yang miskin.
(okey perenggan ni aku copy paste, sorry, penat sangat tak mampu nak taip sendiri)

kiranya Said tak guna pun seribu dinar tu, dia bagi pada fakir miskin. Pastu Umar datang lagi tanya pasal Said, and orang cerita la pasal Said lagi. Umar bagi lagi seribu dinar. Said bg duit tu pada janda and anak yatim... 

Kalau korang la, dapat duit, korang akan buat apa? even if korang niat nak bagi orang, korang mesti akan guna jugak duit tu walaupun sikit kan? 

entahla, aku terasa sangat bila akak tu cerita pasal Said. Said ni, gelaran dia "seorang laki-laki yang membeli akhirat dengan dunia dan mementingkan Allah dan Rasul-Nya diatas selain keduanya"

selama ni aku penat fikir2 macam2, simpan duit, susah nak belanja orang, asik nak kumpul duit, risau sangat dengan masa depan, rupa-rupanya aku lupa, semua ni sementara. looser nye rasa bila compare diri sendiri sengan said :(

dari kisah Said ni pun kita boleh jadikan isteri Said sebagai heroin yg sangat cool. suami gabenor, dapat duit, tidak memilih untuk menggunakan duit untuk shopping, malah setuju untuk memberikan duit tersebut kepada fakir2 miskin. true hero :')
aku tau, kita masing2 ada struggle kita sendiri.. kau ada, aku ada, kita semua ada masalah. entah masalah datang dari mana, tak putus2, tension, rasa nak lari pergi marikh, kenapala hidup ni susah sangat, haishhh susahnya siapa yang mampu faham aku :( tenang kawan, tenang...

Allah tu maha penyayang. Dia turunkan ujian, supaya kita doa, supaya kita berkomunikasi dengan Dia, supaya malam2 kita bangun, merintih, doa pada Dia, supaya kita cakap dengan Dia, supaya kita tak lupa Dia.

Jangan risau kawan, dunia hanya sementara. kadang2 benda2 yg kita risau2 ni entahlah sempat kita hadapi ke tak sebenarnya. Entah2 malam ni dah sampal ajal kita, siapa tau?

Sebab tu Said tak kisah lansung tentang duit dan kesenangan. Sebab dia tau dunia hanya sementara dan akhirat tu yg pasti :)

tapi kakak usrah aku pesan, bukanlah maksudnya nak kumpul duit and harta tu salah. sahabat nabi dulu pun ramai je yang kaya and mereka menggunakan kekayaan tu untuk agama Allah. tapi jangat terlalu obses dengan harta dan kekayaan, sebab yg akan dibawa ke akhirat, hanya amal.

panjang pulak tulis. esok nak balik kampung. owh btw, semalam aku try buat cream puff. senang rupanya :)

lastly, untuk mereka yg fikir byk tentang masalah yg dialami tu,
Jangan risau, jangan sedih, Allah bersamamu :)

fatimah zahrah, xoxo.

Thursday, August 1, 2013

Sama-sama

salam

next year

aku nak buat kad raya sebelum Ramadhan

supaya nanti senang, dah hujung Ramadhan tinggal pos je

and then buat shopping list sebelum Ramadhan

supaya senang time Ramadhan tinggal beli je

bulan Ramadhan ni ada dua golongan, yang kejar pahala atau yang kejar hari raya

yang fokus Ramadhan atau fokus Syawal

so solusi kepada golongan kedua ni, kita prepare sebelum Ramadhan, so that masa Ramadhan kita dapat sama-sama berlari dengan golongan pertama

ha, gituh

tapi konfem ke kau sempat jumpa next Ramadhan mah?

tuddia! ketuk minda tanya hati la nah!






Wednesday, April 24, 2013

Manifesto Cik Zahrah

Assalamualaikum.

Tempoh hari sewaktu Manifesto BN keudara, rakan saya telah kemukakan Manifesto tentang dirinya sendiri melalui laman sesawang Twitter. I found it funny, hihihi.

Jadi hari ini saya akan kemukakan Manifesto untuk bakal suami saya. Hahaha. Ini memang entry sesaje sementara take 5 dengan kerja-kerja saya. Ya, kerja-kerja saya yang menimbun tu. Ah, jangan awak kisah dengan semua itu, ayuh kita lihat Manifesto yang telah saya rangka:

#1 saya akan menjalankan tanggungjawab saya dengan sebaik mungkin kerana saya tahu dan sedar akan amanah yang telah diberi, and I will do it whole heartedly, lillahitaala :)

#2 saya akan jaga hati saya, sememangnya jaga, walaupun sebelum kahwin, lillahitaala, dan untuk awak seorang sahaja ;)


#3 saya akan menjadi ma'mum awak yang paling setia, sentiasa ada bersama untuk kita solat berjemaah bersama-sama.

#4 discount penggunaan masa ketika membeli belah. saya takkan biarkan awak sorang2 tunggu depan kedai tu. tapi saya shopping sekejap je. i'll do it as quickly as possible so that i can spend extra time with you, we'll walk together, holding hands like the sunnah of Rasulullah SAW :)

#5 saya akan jaga anak2 kita, sejak mereka dalam perut saya lagi :) saya akan menjaga mereka sepenuh hati kerana saya sedar bahawa mereka adalah amanah Allah dan mereka juga akan membantu kita untuk sampai ke sorga. cuma saya mohon untuk awak juga turun padang, menjaga anak amanah Allah bersama-sama saya. kita nak ke sorga sama-sama kan? ;)

#6 dari segi pendidikan, saya akan ajarkan Al-Quran semenjak mereka dalam perut saya lagi. dan saya akan sentiasa berada bersama mereka, untuk menanamkan rasa cinta terhadap Allah, kerana bagi seorang mu'min itu, Taqwa adalah scroll terbaik untuk ditunjukkan pada ibu bapa di hari graduasi di akhirat sana :)

#7 dari segi kewangan, saya mungkin tak ambil kursus account, tapi saya akan tolong awak untuk menjaga kewangan keluarga kita. dan walaupun  tugas mencari nafkah itu tergalas di bahu awak, saya akan turut membantu. kalaupun awak tak izinkan saya bekerja, saya akan membuat kertas kerja supaya awak dapat izinkan saya jual jubah, at least tak la bosan sangat dengan kerja2 rumah, hehe :D

#8 i will always be with you through thick or thin. saya sangat serious tentang ini, kalau tak percaya awak boleh tengok page dr fadzilah kamsah, katanya anak kedua setia. saya anak kedua :)

#9 saya akan pastikan saya master dalam memasak masakan kegemaran awak. dan saya akan masak sedap2 supaya awak bahagia bersama dengan saya :) jika awak pandai memasak, kita akan lawan siapa masak paling sedap, anak2 akan jadi jurinya. tapi jika awak tak pandai, saya akan ajarkan awak masak, supaya jika saya sakit, awak boleh masak untuk saya. andai awak tak mahu belajar masak dengan saya, malu mungkin, tak mengapa, tuan kamil juga pandai masak, awak boleh belajar dengan dia ;)

#10 saya memang pelupa. tapi kalau tentang awak, saya akan ingat semua perkara. cuma kalau kadang2 saya masih lupa saya harap awak tak benci saya, itu memang saya sengaja, buat rencah gurau asam garam rumah tangga. hihi


sekian 10 Manifesto Cik Zahrah. Ini bukanlah semuanya, awak akan dapat tahu lebih banyak jika awak benar2 serious. bukan hanya pada lisan, tapi juga pada perbuatan.

hahaha.

amacam, ok x manifesto aku? aku rasa ni 10 yang hardcore, patut dijadikan manifasto utama untuk semua akak2 adik2 yang bakal kahwin. ewah.

 

ameen ya rabb.

and lastly to those who are still searching, I found this on tumblr while looking for pictures of muslim marriage, so this is for you ;) (and me too. theehee)

“Don’t be too hurry in love, find A companion who can guide you not only in Dunya, but in akhirah. Who can pick you up when you fall, who can remind you when you forget, love you with all his\her might, someone that will hold your hands through thick and thin & lead you to the Jannah”
[quote- not mine]

okey dats all,
fatimah zahrah, xoxo.

Thursday, November 15, 2012

November Wish #4

assalamualaikum,

i skip november wish #2 and #3 because a)dah dapat dah wish tu, and b)#4 is much more important.



korang pelik tak tiba2 TL penuh dengan doa dari rakan2 untuk selamatkan Gaza?

or newsfeed pon kadang2 kawan2 ada cerita pasal Gaza?

or korang tau Gaza tengah bergolak, jadi kenapa tiba2 orang ramai nak bising ni, why tiba2, bukan Gaza sentiasa bergolak ke?

1) pergi goole.com, type Gaza, amek news yg palling latest, macam 15 minutes ago ke, baca. kalau still rasa kabur, amek yg lama sikit dari 15 minit, baca. kalau masih rasa kabur, taip 'berita terbaru gaza' artikel bahasa melayu akan keluar, baca. buat.

2) malas nak baca artikel panjang? pergi twitter, #Gaza. baca.

3) malas jugak nak buat, teruskanlah menjual ikan. semoga dapat hasil yang banyak.

kita boleh pilih untuk melihat sahaja atau ambil tahu, atau kita sendiri mengambil tindakan. ibaratnya, contoh, harimau melaya menang bola. semua orang gembira. kegembiraan setiap individu mungkin sama, tp 'feeling' dia berbeza. aku bagi contoh la:

alisya ain - seorang yang tak berapa minat bola sepak. tapi bila dapat tau harimau melaya, pasukan tanah air menang, dia rasa bangga, lantas cuba mendapatkan surat khabar, dan mencari gambar serta melihat nama pemain yang memberikan jaringan kemenangan pada malam itu. oh savee zali. hensem juga. 'my hero' bisik hatinya. pasukan menang dengan pemain hensem yg menjaringkan kemenangan. ehem. pasukan menang. gembira!

ahmad ashraf razali - seorang kaki bola. sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak, tak kira la tanah air, mahupun luar negara. malam final harimau melaya menentang XXX. beli tiket. pergi stadium. sorak habis. suara hilang. tak kesah. hujan. esok mungkin demam. tak kesah. ***teruskan menjerit bermatian. pasukan menang! GEMBIRA!

zavuan azha - pemain bola sepak harimau melaya. posisi: penyerang. work hard to help team members. pagi petang siang malam training tak berhenti. di hari final. melakukan yang terbaik. pasukan menang. GEMBIRAA!

savee zali - juga pemain bola sepak harimau melaya. posisi: penyerang. penyerang utama. antara penyerang terhebat harimau melaya. juga training tak henti henti, pagi petang siang malam. subuh. kadang2. di hari final. melakukan yang terbaik. berhempas pulas. berjaya menjaringkan gol! pasukan menang!!! GEMBIRAAAAAAA!!!!!

*gambar curik dari google image

mereka semua gembira. tapi perasaan gembira mereka, orang yg tau pasukan menang melalui surat khabar, orang yg datang memberi sorakan, orang yg membantu pasukan memberi jaringan, dan orang yang menjaringkan gol sendiri, makna kegemberiaan setiap dari mereka lain bukan? orang yg tahu, melihat, bekerjasama, dan yang betul buat, pastila tak sama. mestila perasaan kemenangan di hati savee zali jauh lebih bermakna berbanding alisya ain yang hanya tahu kemenangan pasukan tanah air.

savee zali worked for it. he worked hard in order to win. and that's why he's happy n proud. alisya ain is a malaysian, and malaysia's nation team win. that's why she's happy n proud. lain kan?

macam tu jugak dengan kemenangan Islam. kita tahu suatu hari nanti Islam akan menang. Jadi adakah kita hanya akan menjadi orang yang tahu kemenangan itu, atau mungkin menyokong? membantu? atau kita yang berusaha untuk kemenangan itu? perasaan gembira kita di akhir hari pasti lain bukan? dan pastinya kedudukan kita di sisi Al-Khaliq juga lain..

aku tulis, sebab aku pun kadang2 lalai. jadi ini peringatan untuk semua :)

sekian, jangan sampai orang tanya "what's going on with Gaza dude??" "tu ah, orang pon tgh sebok dok kecoh2 tu dude" .....*krik..krik..krik... tukar topik bola. oh shame, at least tahu la something dude.

*yep, dari 9gag.

footnote: NovemberWish #3: swimming
                 NovemberWish #4: to do more

Wednesday, July 25, 2012

untuk orang yang selalu makan tak habis by rogayah

assalamualaikum,

hai. saya rogayah. ingat saya lagi x? ala saya kawan fatimah yg menyelit mintak satu entry kat dia dulu2 tu. x ingat lettew.. ade la time tahun 2010 rasenye. ha 2 tahun yg lalu engko! hahaha

timah tak boleh post entry lagi stakat ni, kite tengok blog dia yg comel lotey ni macam ter ber habuk jeee, kite pun nak menyelit skali lagi lah. if u don't mind lah kan~ ehihihihihi~

cik gayah ni takde benda nak crite sbenanye, tapi cik gayah suke tengok timah tu, dah berubah! dulu kan, si timah ni slalu x habes makan. bad habit dia tu. kadang2 tinggal, ala ciput, sesuap dua je pun. dia x abeskan. hish! memang puas la smua orang brain wash, nasihat, perli, gelakkan, pura2 cakap blakang tapi kat tepi sbenanye saje nak bagi dia dengar, dah macam2 kite orang buat yu olls, manenye dia nak berubah. x lansung pui.

masa zaman kat penang dulu, punye lah timah ni x boleh nak habiskan meal dia, dia beli moi sup time lunch. pastu dia makan stengah. stengah lagi dia sambung makan time dinner. ha engko! eh x sopan nye cakap engko2 ni. maaf, cik gayah kadang2 terikut ikut sebab cik gayah suka dengar mak jemah berceloteh. cik gayah cam terikut ikut dia. lupe pulak ni blog fatimah zahrah. oke2 i'll behave :)

ha.. sambung balik citer timah. itu kire ok la dia makan stengah2. katenye dia dah fedap orang ashik bising2 dia makan x habes, so tu yg dia buat macam tu. tp timah, tau x ape yg kau buat tu x menyihatkan? nanti orang nasihat mule la buat muke takde perasaan, pastu amek headphone gabak dia, pakai, buat xtau. sakit hati cik gayah ni tau. sobs sobs.. nasib baik kau kawan aku tau timah...

tapi kan, skarang ni dia dah berubah tau. dia xdenye x habes x habes lagi ni. kalau dulu sebab kitorang bising, dia rela amek nasik sesenduk je, takut x habis. 30 minit lepas tu bising2 lapar. rasa nak menyapu pipi dia dengan tangan cik gayah yang gatal ni. nasib baik kau kawan aku tau timah.. tapi skarang dia dah x buat macam tu. dia makan. dia makan normal macam org lain. habis pulak tu. cik gayah perasan gak, kadang2 si timah ni saje je malas nak kunyah tu yg kadang2 x habes lah, amek sikit lah, memang pemalas budak ni.

tapi since dia balik uia lepas talk prof tariq ramadhan hari tu, ha, since that day lah, dia habiskan makanan dia. even muka dah lain, nampak dia macam cannot go, dia habiskan gak. aku pelik gak macam mana dia boleh berubah. talk tu tajuk dia

"In The Footsteps of the Prophet ; How Muslims should Contribute to the World"

apela kene mengena ngan makanan. pastu cik gayah jumpe sendiri link video prof tariq ramadhan kat uia tu...
cik gayah tengok, dan cik gayah nilai sendiri...




banyak gak point2 yang prof cakap, menarik untuk di-share. antaranya:

on minute 39:15
"if you want to go to paradise, there is no way if you neglect your parents. there is no way to be close to God if you are not respecting your parents."

on minute 48:50
"As a Muslim, you should not choose the harshest way, Islam is not about being HARSH, Islam is about being RIGHT"
"We have this WRONG understanding in Islam. We have two things: When it's against the West it's more Islamic. By definition. It is just shows how much we don't understand Islam. Not because we are against people that we are more Islamic. Islam is about the principle. If it's right it's Islamic, if it's not right it's not Islamic. It's not because we are against other we are more ourselves. Second, when it's difficult, it's Islamic."


on minute 51:20
"anyone, who is coming to you today, who is telling you to follow the Quran, and the sunnah is not important. You have only one question to ask him or her. 'Tell me how to pray by reading the Quran.' And the discussion is closed. You can't tell me how to pray if I only relying to Quran. Because it is not in the Quran."
"So the five pillars of Islam are based on the Quran, and the practicalities on the Sunnah of prophet s.a.w. You can't do without the sunnah."


on 1:25:58
"NO NO NO you don't clap. You STAND UP AND DO SOMETHING ABOUT THIS"
***best part


semua di atas ni.. cik gayah rasa nak kupas secara mendalam, tapi nanti panjang entry ni jadi menjela jela la pulak kan, marah pulak si timah tu nanti. no timah x mahu marah2, puasa2.. and you tak cute tau kalau marah, jangan nak perasan dengan kata2 arjuna di telebishen tu "you nampak cute bila marah" itu untuk izagha echah ok la kot. hahahahahhahahahahaha

ok, ehem

setelah melihat balik video prof, melihat dan meneliti.. i came across this part. cewah, kecek omputeh sikit. *senyumcomel

on 1:28:55

"many people are just very good with the good principles in the way they eat, they don't care. some of you, they're eating half of the plate and even leaving their kids their daughters and their sons doing the same. I'm sorry, what is in your plate YOU EAT IT!  TILL THE END. Because we don't WASTE in Islam."
"It doesn't happen. You want to eat it this, you'll eat it, TILL THE END. And we have to RESPECT what is GIVEN to us. Because this is khilafa, to show RESPECT to the creator." 

cik gayah agak timah terasa sangat le tu dengan benda ni. tu la, aku dah pesan kat kau mcm2, kau buat x dengar. dulu kemain kau cakap "Rasulullah pesan berhenti sebelum kenyang" dah tu tinggal 2 suap je kau cakap kau kenyang, den buang la nasik tu? pui. WHAT IS IN YOUR PLATE, YOU EAT IT! ha, penekanan besar oleh prof. kalau korang x percaya, tgk balik vid tu, memang part ni dia pesan betul2. dia tau dalam hall tu wujud org macam tu le tu (kau la tu timah, hahaha) and dia nak pesan kat rakyat malaysia, yela, sempena puasa nak datang.. (time tu)


dan pesanan cik gayah untuk #gengselalutakhabismakan (tu dia siap hash tag, bajet twitter) 
cik gayah ingatkan balik, penekanan semula



what is in your plate YOU EAT IT!  TILL THE END. Because we don't WASTE in Islam."
"You want to eat it this, you'll eat it, TILL THE END. And we have to RESPECT what is GIVEN to us. to show RESPECT to the creator." 



ni tak, makan tak habis, pastu buang, pastu tergedik gedik tadah tangan berdoa kat Allah, mintak Allah buka pintu rezeki, murahkan rezeki sendiri, padahal apa yang Allah bagi tak gunakan betul. siap buang lagi. shame...


ha terase tak timah? memang sengaje aku nak bagi kau terase, biar ingat betul2. WHAT IS IN YOUR PLATE, YOU EAT IT! respect what is given! arassoh?


k bai, i lebyu <3 ;)


hihi.



sekian dariku, yg menyibuk menagih simpati di belog orang,
-rogayah cun melecun baik hot meletup kebom keba bomm <<< eh bukan aku yg tulis ni, org lain. aku tinggalkan kejap nak tgk al hijrah, tapi dah org tulis kan, biar je lah. ehehehihihihihihihihhi. kbai.
(ini bukan entry mengumpat, ini entry pengajaran)


:)


o


eh


btw



to u ollz, salam ramadhan, salam mujahadah, salam beramal. aku sayang korang lillahita'ala. hanya kerana Allah. jika suatu hari kita tak kan berjumpa lagi, ampunkan dosa dan silapku secara sengaja mahupun x sengaja, terbuka atau tersembunyi, di depan atau di belakang. dan halalkan segala makan minum dan pemberianmu kepada ku. salam ramadhan kareem :)

Friday, June 29, 2012

beri bunga pasti akan dapat bunga

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, another Friday! :)

So last night Italy won? I don't see any difference, kecuali la kalau restoran2 Italy kat Malaysia ni bagi PROMOSI SEMPENA EURO 2012: ITALY BERJAYA KE FINAL: FREE PIZZA FOR EVERYONE!!! If this thing happen, teruje la jugek dok?

Tuan Kamil pulang ke rumah jam 6 pagi tadi. Tak pasti kerana bola or business dia, orang business sukar nak jangka. Tapi sampai rumah je dia tengok dah pukul 6, dia terus solat subuh. Lepas solat, dia siapkan sarapan dan teh O. Lepas tu sambung tidur.

Tuan Kamil memang macam tu, dia tak berkira dengan tugas2 rumah.. Mana2 yang dia boleh buat, dia buat.  Terharu aku bila fikir2 balik kebaikan Tuan Kamil. Tssskkk..

Sedikit sebanyak ada jugak perlahan lahan doa untuk dapat pasangan baik macam Tuan Kamil. Hihi.. Nak dapat baik, kene jadi baik jugak. Tengok la Cikgu Jamilah macam mana :)

Semoga Allah lanjutkan usia ibu bapaku, mengasihi dan merahmati mereka. Dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yg soleh yang akan masuk ke dalam syurgaMu ya Allah.. Aaaameeen...


Cikgu Jamilah, stunningly beautiful with black abaya. Costumer tetap ni. Hihi :)

Macam tu juga dengan kehidupan. Kadang2 kita tak tau kenapa orang tu tak boleh faham kita, tapi kita ni betul2 faham dia tak? Kadang2 kita nak orang tu ikut cara kita, tapi kita ikut cara dia tak? Kadang2 kita nak orang tu appreciate kite, tapi kite appreciate dia tak?

Dalam hidup ni ada give and take. Sifat saling memahami tu perlu ada. Kalau perkara tak jadi macam apa yang kita nak, cuba muhasabah diri kita balik. Kalau kita tuding 1 jari ke arah orang, 4 jari yg lain akan tertuding ke arah kita. Sebab tu, sebelum cari 10 alasan kesalahan orang, cari dulu 20 kesalahan diri sendiri.

Macam tu juga dakwah. Kadang2 kita tak faham, kita rasa kita dah cukup jujur dalam penyampaian, kadang2 dah rasa ikhlas, dah rasa buat sehabis baik dah. Tapi pelik kenapa orang tu tak terkesan dengan penyampaian kita. Boleh jadi amalan kita sendiri tak betul...

So jadilah macam Tuan Kamil dan Cikgu Jamilah, masing2 ikhlas, masing2 buat yg terbaik, masing2 tak berkira. Masing2 bahagia :)

Bila kita bahagia, orang sekeliling pun turut bahagia.. :)

Cewwahhh... Banyak benda tau boleh belajar dari orang terdekat ni. Hihi :p

Hmmm...

Tapi kadang2 kalau kita beri bunga seharum harumnya, orang tu tetap nak baling tahi, accane tu? Anggap je la tu ujian. Hidup, lazim la ujian. Bukan kehidupan lah kalau takde ujian.

Cuma kena ingat, kalau kita nak bunga, kita beri orang bunga. Kadang2 memberi tu lebih manis daripada menerima. Kan?

Tak setuju? Korang mesti jenis yang kalau orang datang restoran mintak derma, korang geleng2 buat muke ketat je.

Betul tak?

Kahkah.

Gurau je.

Aku pun dulu2 mcm tu, aku rasa diorang ni sindiket, patutnya diorang kene kerja, tak boleh meminta minta. Tapi Cikgu Jamilah tak macam tu. Dia tak pernah tak bagi kalau jumpa orang2 macam ni. Dia bagi RM1 je pon. And aku tengok rezeki dia tak pernah putus2. Ada je anugerah khas la, naik pangkat la. Secara tak lansung baru aku belajar, tak kira la orang tu siapa, kalau kita ikhlas memberi, insyaAllah Allah akan terima keikhlasan kita :)

Cikgu Jamilah cerita, kalau Hassan Animator, dia xkan bagi RM1. At least RM2. Katanya kalau RM1 macam gaya nak menghalau.

Haahaahaaa~ Aku tak pernah terfikir. lol.

So ikhlaskan diri dalam setiap perkara, hidup adalah ujian, yang pasti akhirat. Andai hari ni kita sedih, anggaplah kesedihan itu juga satu ujian. Allah nak gantikan kesedihan tu dengan senyuman kebahagiaan di akhirat. Haaa nak bahagia kat akhirat tak? So kena la kuat hadapi ujian!!! :)



And and and, kalau nak bunga, berikanlah bunga. Jangan nanti korang beli bunga ros merah sekuntum, bagi kat awek yg korang minat, tp awek tu tak bagi bunga kat korang, korang marah2 aku pulak. Maksud aku, kalau nak orang tu baik dengan kita, kita kenalah baik dengan dia :) Alah, kalaupun awek tu tak balas dengan bunga ros sekalipun, dia mesti baik ngan korang. Paling tak pun muka merah2 blushing, ha, kan comel tu awek blushing! kahkah.. Jangan korang dah ada makwe, tapi gatal nak bagi bunga ros kat anak dara orang, itu baik ada makna, memang layak kena lempang. Haha. Apa2 pun, back to basic lah, niat. Kalau korang buat baik dengan ramai orang tapi niat tak betul pun xkan jadi jugak...





Anyways, apapun rezeki kita, ianya akan berganda kalau kita tak lokek. Apapun attitude orang tu, dia akan buat baik kalau kita buat baik :)

K, dats all, happy Friday!

Juma'ah Mubarakah!

:)


Thursday, June 7, 2012

her story and mine

assalamualaikum

hari tu masa wedding kazen kat johor, naza nama dia, aku tidur dengan bibik moksu aku. dia jenis bercerita, aku jenis layan, layan la dia punye cerita...

bibik moksu ni rupenye bukan calang2 orang.. dia punye kisah.. bersamamu pun kalah lah.

umur dia 30 tahun. soalan pertama aku "akak ada anak?" dia cakap ada.. mak dia yg jaga.. dia ada suami, tapi dah cerai.. dia hidup susah dari kecik..

masa kecik2 dulu, dia nak blaja pon xde buku.. dia dapat buku bila masuk pertandingan.. dia masuk pertandingan ape ntah aku x ingat.. hafazan rasanya.. menang, dapat nombor satu.. dapat la hadiah buku sebijik, tebal buku tu.

buku ni dia guna untuk 3 subjek... dia bahagi tiga.. satu hari, cikgu dari salah satu subjek tu suruh hantar buku, dia pun hantar.. bila hantar, buku xde. so cikgu subjek lain masuk suruh keluarkan buku, dia dah xde buku. kene la pukul dengan pembaris panjang.. cikgu pun suruh beli buku baru.

habis sekolah dia balik rumah jumpe nenek dia. dia kata dulu time kecik dia tinggal dengan nenek. dia cakap kat nenek dia nak duit sikit beli buku, sikit pun jadi la.. nenek xde duit :( nenek kerja jual sayur, hari tu nenek x kerja, nenek sakit :((

sebagai alternatif, dia kerja sawah kutip2 padi ke ape ntah dia cakap, ade barrier communication sikit. tapi weh kerja time kecik2 sek rendah semate mate nak beli buku nota. fulamak, aku cuti 4bulan ni pon x kerja :( shame.

source: tumblr

pastu kat sane, lepas periksa, kalau nak naik level, kene make sure bayar yuran, baru boleh tengok result periksa. kalau x tengok result periksa, xnaik la level... tapi cikgu tau masalah bibik, cikgu bibik baik hati. dia nak tolong bibik.. dia cakap kat bibik xpela, bagi seribu rupiah dulu pun xpe.. seribu je... (rate skarang 3000rupiah=rm1) bibik pun gembira la, excited. bibik balik jumpe nenek.. nenek cakap dia xde duit... duit yg ada x cukup pun seribu :( kecewanya bibik, sampai hari ni dia xtau result dia. sambil dia cerita, dia gelak2 je, aku gelak gak la ngan dia, tapi dalam hati sedih. aku cube bayangkan kalau aku ada kat tempat dia, time aku kecik2 dulu sebok merengek nak biskot fames ames kalau x dapat merajok. bibik pulak usaha cari duit sendiri nak dapatkan buku nota untuk belajar.

shame :(

sebab dia x boleh teruskan pengajian, dia pergi pesantren, kire sekolah pondok la.. blaja agama. dia kata dia suka kat situ. x silap aku mak dia ke, makcik dia yang tanggung dia kat sana. aku xnak tanye la kenapa x mintak je seribu rupiah kat diorang, bleh sambung study. mungkin dia suka blaja agama kot.. kot..

xlama blaja agama, mak dia suruh dia balik. dia pun binggung. dia balik rupanya mak dia suruh dia nikah dengan sorang calon.. dia xnak, tapi dia fikir mungkin ada la kot berkat kalau ikut cakap mak.. dia pun setuju. dia fikir mungkin dia boleh bahagia.

lain yang dia fikir, lain yang jadi. suami dia xnak kerja. jadi dia lah yang kerja. dia jual sayur. sayur dia letak dalam bakul, bakul tu dia jinjing atas kepala. dia pergi la kawasan yg cam rumah setinggan. jual. suami dia xnal jual, suami dia kata malu. sedihnye hati aku dengar, nak kawen tapi xcukup syarat, macam ni la jadi. so sesiapa yang rasa nak kawen, pastikan korang cukup syarat dulu ye. bertanggungjawab.

bibik kata memang susah la hidup dia, dia cari rezeki, kadang2 balik lewat, suami x ambik, terpaksa balik rumah jalan kaki.. balik dah sampai lewat ingat boleh rehat, rupenye suami dia marah dia, kata dia keluar dengan orang lain, cemburu. adeh.. tabahnye bibik. kat malaysia selalunye suami2 yang complain bende2 macam ni kan?

source: tumblr

pastu macam2 lagi la dia cerita. aku dengar je la.. dalam hati syukur x berhenti, alhamdulillah, aku lahir di sini. korang rasa bertuah x lepas dengar cerita bibik?

bibik kata dia bersyukur dapat datang sini, moksu n poksu layan dia baik. dia dapat pusing satu malaysia jalan2. yela pakcik makcik aku tu hardcore shaklee, memang pegi mana2 bawak anak2 skali, bawak la bibik skali nak jaga anak2.. dari hujung johor sampai ke hujung kelantan... bibik bangga dia dah nampak singapore. hahha "rupenye singapore tu dekat je dek. akak fikir semasa di indonesia, singapore tu jauuuhhh, lihat pun x nampak"

kadang2 comel jugak dengar bibik cerita. dia kata hari tu adik moksu blanje aiskrim. dia terharu.. "rupenye macam ni la rasa eskrem dik.. sedap" haha. aku xtau la betul ke x dia x pnah makan. tapi.. kalau betul, memang orang malaysia patut bersyukur sangat2 la nak compare dengan hidup org indon. bibik kata pizza tu pon first time dia rasa dari tong sampah. time kutip barang, dia jumpe piza. dia kata dia slalu gak bedal makanan yg orang tinggal kat mana2 :(

source: tumblr

***

banyak lagi la bibik cerita. hidup orang miskin kat indon, memang daif sangat lah.

aku cerita kisah ni.. sebab..

aku nak sedapkan hati...

phone aku hilang

aku sedih

sedih yg nangis dalam toilet, kluar toilet pegi penjuru nangis lagi, amek wuduk solat nangis atas sejadah, amek al Quran baca, tenang sikit la. tapi sedih ada lagi. naik atas nak tido, xboleh. tengah pejam2 mata tibe2 terdengar bunyi notification henfon yang hilang.

fulamak sedih habis, macam hilang anak lah. padahal hilang phone. 

nak compare dengan cerita bibik, langit ngan bumi la beza

tapi aku harap polis jumpe balik pencuri tu

ade harapan sebab aku hilang kat pos ofis, ada saksi, orang pos ofis cam pencuri, dia bagi nama penuh and alamat, sebab pencuri baru lepas bayar bil kat pos ofis.

orang sume cakap "xde rezeki la tu.." tapi dah lame aku pegang phone elok je, mane boleh xde rezeki kalau x cube. kalau anak hilang, boleh ke terus pasrah cakap "sabar la, xde rezeki la tu.."

selagi pencuri tu x dijumpai, dia xcakap dia jual ke phone aku, aku nak doa je. walaupun harapan tipis, tapi doa je la...

korang pon boleh doakan skali


sabar la timah, sabar sabar..

tu la, lain kali alert betul2! clumsy.
-.-

aku bukan apa, gambar2 sabah, practical, ramadhan tahun lepas, banyak la kenangan. aku x transfer pon lagi. ps2 yg pelik2, baru nak tunjuk :( aku xde la gambar yg x bertudung dalam tu, tp still ada BANYAK gambar lah. aku harap Allah lindungi aib aku n sesiapa yg dalam phone aku tu, amin.

aku x penah hilang phone. selame ni aku tengok kawan aku je bising2 "sedihla" bile hilang phone. bila dah rasa sendiri, baru tau. memang sedihnye. lagi2 phone yg sentimental value dia tinggi...

doa je la.. usaha dah buat...

lain kali cegah sebelum kena.

okay....

kite dah pertengahan rejab. ramadhan is getting nearer. selamat beramal :)

source: tumblr

kbai. wassalam.

*sebenarnya kesusahan mengajar kita erti ketabahan dan kesempitan mengajar kita erti kesyukuran :) tau la sedih timah, chill lah, ok? life is too short, so make it worth fatimah!!! ok? :)

Thursday, May 17, 2012

this

it was hard to believe

but to think again...


if your love one chooses another person, do not feel sad babies.

it's just a sign that he doesn't love you as much as you do.

so get over it. and find someone worth fighting for.

and here's another quote 



chin up, adios.

Friday, May 4, 2012

say yes to everything

assalamualaikum.

huwaarghhh penat balik dari Penang. tapi lega dah habis clearance :)


tumblr_m3h1cghJ6q1qc91t7o1_500

kakak azi masakkan mee kari. tu yg begedel tu, hasil karya aku dan azi. mwehehehehehe (bangge) rasenye dah boleh kawin kot? bhahaha *brangan. tapi doa jugak. amin.




ini Mouli. dia seekor kucing yang tinggal di rumah kakak azi. Mouli sedang bad mood. Azi bawa 3 ekor kucing lagi, jadi... inilah Mouli. and nampak x pandangan mate dia yg tajam tu? a tu, dia tgh pandang kucing2 baru yg tengah buat tour kat rumah kakak azi. baru datang, biasela pandang sane, pandang sini. mouli garang gile. hahaha. (terase kawasan dia terancam le tuw. "this is my territory, back off" cewah)


owh dan ini kad matrik yg aku jumpe dalam kotak kat unit keselamatan. banyak gilooo siape la yg x sayang kad matrik, rugi tau, pegi international book fair x dapat diskaun. haha


and hari ni, nak balik kelantan <3 dah lame tak balik ampung, rasenye last balik time aku spm kot ==' so flight pukul 12, siap2, let's go!

and kalau ikut jadual, 2 minggu awal bulan mei dah full.
baru lepas balik penang, terus pegi klantan. then gap sehari basuh baju, pegi sabah pulak 4 hari. esoknye hari sabtu Mus ajak celebrate bday. Mus yg bagi aku hadiah kat entry seblom ni, bdk kkm tu. yg buat tande hormat sbelah nisa tu.. a, tu dia. celebrate bday dia, then beli bunga utk mak, ahad tu mother's day.

pastu ahad, klua pg ampang, insyaAllah. kak mel jadi guest speaker mesti pergi! walaupun aku bukanla org herbalife, point pon xde, bhahaha. tapi aku nak dgr cerita dia live. slame ni bace je kat blog dia, skarang nak dengar sendiri. org muda umur 23, dah ada degree, gaji 100k sebulan, anak satu, suami bdk dq. siapa xnak get motivated dari org macam ni kan?


and then 3minggu kosong, xde pape.. kalau 3 minggu tu still xde aktiviti, aku cari part time je la. ke start doing herbalife? shaklee? business sendiri? ape2 je la, janji bz. kene bz2 kan diri, kang tidoooo rugi! macam 1 mei kat ats tu, suppose aku plan nak pegi book fair (for the second time, hari sabtu tu dah pegi dah) tapi x jadi. cis. patutnye aku pegi je, ustaz azhar datang 10 pagi tu. cis. lain kali nak pegi, pegi je temah, jgn fikir org lain ye :) so 1 mei, i end up tidur je kat rumah ==' x productive lansong.

sebab tu la aku nak bz2 kan diri, mane bleh tidooo je, productive2!

so lepas ni, kalau orang ajak aku pergi event, aku nak pergi je. let's say yes, and gain more experience. weeha!

k, dats all. bai. doakan perjalanan hari ni slamat. ameen :)

wsalam.





Saturday, February 25, 2012

A Reminder for Paradise


Assalamualaikum,

I randomly found an entry about Tiz Zakiyah. Her debate about wearing hijab. Here's the link.

And coincidently I found adibaaah's latest video about giving advice.


And somehow, something hit me.

Think about it, when someone is actually giving advice, for something good of course, and the other part says ''nantilah dapat hidayah baru berubah''... Sebenarnye, bila cakap macam tu, tanpa sedar dia sebenarnya baru sahaja melewati satu hidayah dan dia baru sahaja melepaskannya. Tak rasa macam tu?

Sebab sebenarnya hidayah Allah datang dalam pelbagai cara dan pelbagai rupa.. Melalui orang sekeliling kita adalah salah satu daripadanya.. So bila seseorang tegur kita ke arah kebaikan, itu sebenarnya macam... reminder. macam gps la, kita tengah drive, kita nak pegi Subang, tapi tiba2 kita lalu jalan yang salah, jalan kita tu akan membawa kita ke destinasi lain, so gps tu bising2 la, turn right turn right.

macam tu jugak teguran. itu sebenarnya reminder. reminder untuk kita kembali ke jalan yang sebenar kita nak pegi. kita sebenarnya ada 2 je destinasi, syurga atau neraka. so kat dunia, bila kita berjalan dan berjalan, dalam perjalanan kita nak pergi syurga tu, ada je link2 jalan2 kecil yang nak mengarah kita ke neraka. dan reminder inilah fungsinye nak tarik balik kita ke jalan yang sebenar. balik ke syurga.

ye, BALIK ke Syurga. :)


and certain of us still ada yg marah2 tengking2 rasa macam dihina lepas ditegur/ditarik balik ke jalan yg membawa ke syurga. ya Allah.. sayangnye.. tak rasa rugi ke macam tu.. T___T

dan sebenarnya, kalau Allah taknak benda tu terjadi, benda tu takkan jadi. tapi kalau Allah gerakkan hati seseorang, ringankan mulut org tu untuk tegur kita, maka ketahuilah, sebenarnya Allah sayang kita<3 maksudnya, Allah nak kita balik ke jalan yg membawa ke syurga. maksudnya, Allah nak kita masuk syurga. maksudnya, Allah nak jumpe kite <3

sweet kan Dia? <3 :)


so bersyukurlah andai ditegur.. sebab sebenarnya, itu satu anugerah, dan satu tanda, bahawa Allah masih sayang kita. Kalau Allah mahu kita selamat dengan menghalang kita menuju ke jalan yang membawa ke neraka tersiksa tanpa kebahagiaan, kenapa kita x mampu nak selamatkan diri sendiri?

kita tak tahu, mungkin suatu hari, reminder tak mungkin datang lagi. dan waktu tu, kita mungkin tak dapat cinta yg abadi, nauzubillah3...

so bila dapat reminder, say Alhamdulillah, and let's improve improve improve!!! ^___~

syurga itu indah, syurga itu bahagia, syurga itu abadi

mari bersama menjadi penghuni syurga, selamanya.

kalaupun kita tak layak, jangan berhenti berharap, berusahalah.

sebab Allah melihat dan menilai usaha :)


jom. let's battle our way to Jannah!!!

jumpa di sana ^_____^

*self-motivation. untuk diri sendiri jugak ni. fighting2!! :)

Tuesday, July 26, 2011

tips untuk hilangkan tension #1

salam

hai semua~ aku tau semua rindu mwindu kat aku, aku jarang online~ sori bebehs, laptop faveret i rosak! sedih tau2 laptop rosak. previous entry aku post gune laptop ayh aku je, and skarang aku still guna laptop dia. hahaha : DDD

okey sebab laptop aku kena virus, aku malas la nak bersihkan ke pasang anti virus ke hape, aku tros format. format sendiri lak tu bajet hebat. aku gune cd yg amir farhan, geng multimedia aku yg kat penang bagi. aku konfiden habes la kelmarin nak format laptop aku sendiri. dah bekap dah semua kat disk d. skali salah format, aku terformat disk d. bagos. hahaha habes hilang semua kerja2 sem 3 n 4 aku. hahahahahahahhahahahaha : DDDD

oke tipu, ini bukanlah satu situasi atau perkara yg boleh digelakkan : (

benci gile. why why why kenapa benda2 camni kena jadi kat akuuuuuuuuuuuuuuuu???????? whyyyyyyy : (((

hek eleh timah chill lah, baru hilang memory dalam laptop. what if kau...

oke aku memang patut bersyukur, at least aku still ada laptop. at least aku still ada electric nak guna laptop. at least aku ada rumah nak letak laptop. kalau budak2 innocent ni.. bukan stakat laptop... makanan pon......
(x sanggup nak cakap, sebak T____T )

alhamdulillah, aku bersyukur dengan semua nikmat yang Allah bagi. alhamdulillah2.

so tips untuk hilangkan tension #1:
lihat gambar2 yang menyayat hati dan bersyukur dengan nikmat yang kita masih ada, nikmat yang kita ada ni sebenarnya kadangkala tak terfikir pun oleh segelintir manusia di satu curuk dunia.

macam dalam gambar tadi, bukan stakat laptop, nak makan roti pon susah. baju pon xde. sampai ade yang sanggup makan najis, punye la xde makanan kat sana. perut buncit bukan sebab byk makan, tapi xde nutrition. kite ni kunyah2 twistis sambil tengok citer korea tibe2 laptop jam, terus tension2 rasa dunia x adil. padahal salah sendiri on laptop lama2. nak maraton drama la kaaannnnnn. drama yang sedut kat hardisk Jiyah tu x tengok lagi la konon~ kena gak habiskan drama yg baru download ni, esok lak nak sedut kat hardisk Bibah. contoh la contoh~ ni bukan aku ehhh bukan aku, aku kasi contoh jeeee~

kita ni kadang2 slalu lupa dengan nikmat.

aku mengaku, aku sendiri lupe pasal ni, slalu tak puas hati dengan hidup, tanye kenapa itu kenapa ini.

bila aku tension, aku mula x puas hati dengan apa yang aku ada, tanpa aku sedar, sebenarnya banyak lagi benda yg best terjadi kat hidup aku, tapi aku je yang x nampak. yang aku nampak benda best jadi kat hidup orang. haha, i was blind.

contohnya bila tengok orang pergi fast track tapi aku x dapat pegi, mule la rasa down. tapi bila fikir balik itu jalan mereka, aku ada jalan aku. belajar ni bukan stakat dalam kuliah. aku, bila masuk practical ni baru la aku boleh ingat strength n class ubat. mane aku boleh ingat amlodipine ada brapa strength and dia ni calcium channel blocker time kat penang dulu. yang aku tau masuk kuliah, lagi 10 minit nak turun beli asam. hahaha *xde la joking.


contoh lain pulak, baru2 ni geng skolah aku buat program, aku x join. sebab mak aku x kasi. serious la ada sorang dua contact aku, cakap itulah ini lah. crite2 makan bbq la hape. gambar pulak upload kat facebook. oke tipu la aku x jeles lansung, aku ada la gak rasa cam uneasy x dapat join. tapi aku x regret aku x pegi. sebab minggu ni aku memang betul2 enjoy masa emas aku ngan mak aku. sangat berkualiti. aku rasa ni la yang mak aku nak, and mak aku mahu. dari 1st week aku kerja, aku memang x duduk rumah time weekend, sebok pegi sana sini, no wonder la mak aku berkeras sangat tak bagi aku join program tu. dia rindu kat aku la tuuu, nak spend time ngan aku ; ) hahaha.

tapi aku memang x menyesal, sabtu aku masak pasta, and blaja nasik ayam. ahad blaja nasik lemak. resepi mak aku memang simple, and masakan simple ni la yg aku slalu rindu2 time kat penjara husel and kampus penang dulu. haha 'penjara'. aku still rindu 'penjara' tu okeyyy. haha : DD hmm.. tu la, dulu asek tringat masakan simple mak, skarang dah tau buat dah :) some more on sunday aku pergi talk ustaz azhar yg slalunye aku tgk kat pesbuk or youtube je, malam tu lak masak choko chip kukis untuk geng spital aku. and2 ada lagi ada lagi, aku dapat kemas bilik aku, barang2 yg lame gile teperuk kat bilik tu since balik dari penang. banyak gak benda aku buat kan kan kan :D

so i have no regretssssss not at all : )

tu lah dia, kalau kita boleh pandang apa yang berlaku kat sekeliling kita, memang banyak kali benda yang kita plan, yang kita harapkan tak menjadi, sebaliknya benda lain pulak yang jadi. cuba kita fikir balik, and pandang dari sudut berbeza, sebenarnya Allah sedang menawarkan nikmat yang lebih lumayan kepada kita : )


okep, dats all for today, pesanan terakhir, rajin2 ucap syukur kepadaNya kerana setiap detik kita bernyawa adalah satu nikmat. bernafas itu nikmat, melihat itu nikmat, mendengar itu nikmat. nikmat pancaindera ni kadang2 kita tak ambik kesah. we want nikmat besar such as suzuki swift, or lots and lots of top shop clothes, or maybe ada saham yang bagi pulangan yg berlipat ganda, duit masuk non stop- unlimited moneyyyy!!!! some of us might think these are all the NIKMAT that we're waiting for. xde benda ni hidup adalah biasa. tapi kadangkala kita lupa, andai kita tak bernafas, andai kita tak dapat melihat, andai kita tak mampu bersuara, nikmat lain hanyalah satu perkara yang kecil. hargailah nikmat yg ada : )

cewah, terasa cam motivator. pffttt. ni aku motivate diri aku sendiri sbenarnya. kemonn timahh, kemonnn!!!

: )

: DD

okeyyyy lah datsss alll!

salam, and have a great journey of life!