Showing posts with label paradise. Show all posts
Showing posts with label paradise. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

Entahlah, dah tak reti buat title

Salam,

ye, aku dah tak reti buat title. lantaklah.

jadi regarding my latest entry tentang orked tu kan. tq kepada suggestion2 yang ada. ika je pun yang komen. hahaha. nak buat macam mana, tak femes, tak banyak la komen. thanks ika. memang aku tak berhenti mintak Allah tunjukkan jalan.

and you know what (gaya mak jemah mat salleh style), smalam si kura tu, kawan orked, yang antara nak pergi tu, katanya kat china selatan tu tak berapa selamat, kerajaan negara tu suggest tak pergi dalam masa terdekat. ha, engkau, dapat petanda.

minta2 Allah permudahkan mana yang terbaik untuk aku  orked.

awak orang doakan juga untuk saya orked ye :')

ok dats all, ni tgh take 5 ni, ecewah. 5 dah habis. babaizzzz. and slamat study untuk semua! sentiasa perbetulkan niat, ingatkan diri yg aim sebenar kita ialah redha Allah. kita ni, boleh masuk syurga hanya dengan redha Allah. moga study kita diterima sebagai ibadah, dan moga Allah redha dengan masa dan usaha kita dalam study week ni, ameen :) salam :)


Manusia di dunia ini, dalam keadaan sedar atau pun tidak, adalah dalam perjalanan menemui Tuhannya.
-Nuraziah Abdul Rahman


Thursday, November 15, 2012

November Wish #4

assalamualaikum,

i skip november wish #2 and #3 because a)dah dapat dah wish tu, and b)#4 is much more important.



korang pelik tak tiba2 TL penuh dengan doa dari rakan2 untuk selamatkan Gaza?

or newsfeed pon kadang2 kawan2 ada cerita pasal Gaza?

or korang tau Gaza tengah bergolak, jadi kenapa tiba2 orang ramai nak bising ni, why tiba2, bukan Gaza sentiasa bergolak ke?

1) pergi goole.com, type Gaza, amek news yg palling latest, macam 15 minutes ago ke, baca. kalau still rasa kabur, amek yg lama sikit dari 15 minit, baca. kalau masih rasa kabur, taip 'berita terbaru gaza' artikel bahasa melayu akan keluar, baca. buat.

2) malas nak baca artikel panjang? pergi twitter, #Gaza. baca.

3) malas jugak nak buat, teruskanlah menjual ikan. semoga dapat hasil yang banyak.

kita boleh pilih untuk melihat sahaja atau ambil tahu, atau kita sendiri mengambil tindakan. ibaratnya, contoh, harimau melaya menang bola. semua orang gembira. kegembiraan setiap individu mungkin sama, tp 'feeling' dia berbeza. aku bagi contoh la:

alisya ain - seorang yang tak berapa minat bola sepak. tapi bila dapat tau harimau melaya, pasukan tanah air menang, dia rasa bangga, lantas cuba mendapatkan surat khabar, dan mencari gambar serta melihat nama pemain yang memberikan jaringan kemenangan pada malam itu. oh savee zali. hensem juga. 'my hero' bisik hatinya. pasukan menang dengan pemain hensem yg menjaringkan kemenangan. ehem. pasukan menang. gembira!

ahmad ashraf razali - seorang kaki bola. sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak, tak kira la tanah air, mahupun luar negara. malam final harimau melaya menentang XXX. beli tiket. pergi stadium. sorak habis. suara hilang. tak kesah. hujan. esok mungkin demam. tak kesah. ***teruskan menjerit bermatian. pasukan menang! GEMBIRA!

zavuan azha - pemain bola sepak harimau melaya. posisi: penyerang. work hard to help team members. pagi petang siang malam training tak berhenti. di hari final. melakukan yang terbaik. pasukan menang. GEMBIRAA!

savee zali - juga pemain bola sepak harimau melaya. posisi: penyerang. penyerang utama. antara penyerang terhebat harimau melaya. juga training tak henti henti, pagi petang siang malam. subuh. kadang2. di hari final. melakukan yang terbaik. berhempas pulas. berjaya menjaringkan gol! pasukan menang!!! GEMBIRAAAAAAA!!!!!

*gambar curik dari google image

mereka semua gembira. tapi perasaan gembira mereka, orang yg tau pasukan menang melalui surat khabar, orang yg datang memberi sorakan, orang yg membantu pasukan memberi jaringan, dan orang yang menjaringkan gol sendiri, makna kegemberiaan setiap dari mereka lain bukan? orang yg tahu, melihat, bekerjasama, dan yang betul buat, pastila tak sama. mestila perasaan kemenangan di hati savee zali jauh lebih bermakna berbanding alisya ain yang hanya tahu kemenangan pasukan tanah air.

savee zali worked for it. he worked hard in order to win. and that's why he's happy n proud. alisya ain is a malaysian, and malaysia's nation team win. that's why she's happy n proud. lain kan?

macam tu jugak dengan kemenangan Islam. kita tahu suatu hari nanti Islam akan menang. Jadi adakah kita hanya akan menjadi orang yang tahu kemenangan itu, atau mungkin menyokong? membantu? atau kita yang berusaha untuk kemenangan itu? perasaan gembira kita di akhir hari pasti lain bukan? dan pastinya kedudukan kita di sisi Al-Khaliq juga lain..

aku tulis, sebab aku pun kadang2 lalai. jadi ini peringatan untuk semua :)

sekian, jangan sampai orang tanya "what's going on with Gaza dude??" "tu ah, orang pon tgh sebok dok kecoh2 tu dude" .....*krik..krik..krik... tukar topik bola. oh shame, at least tahu la something dude.

*yep, dari 9gag.

footnote: NovemberWish #3: swimming
                 NovemberWish #4: to do more

Saturday, February 25, 2012

A Reminder for Paradise


Assalamualaikum,

I randomly found an entry about Tiz Zakiyah. Her debate about wearing hijab. Here's the link.

And coincidently I found adibaaah's latest video about giving advice.


And somehow, something hit me.

Think about it, when someone is actually giving advice, for something good of course, and the other part says ''nantilah dapat hidayah baru berubah''... Sebenarnye, bila cakap macam tu, tanpa sedar dia sebenarnya baru sahaja melewati satu hidayah dan dia baru sahaja melepaskannya. Tak rasa macam tu?

Sebab sebenarnya hidayah Allah datang dalam pelbagai cara dan pelbagai rupa.. Melalui orang sekeliling kita adalah salah satu daripadanya.. So bila seseorang tegur kita ke arah kebaikan, itu sebenarnya macam... reminder. macam gps la, kita tengah drive, kita nak pegi Subang, tapi tiba2 kita lalu jalan yang salah, jalan kita tu akan membawa kita ke destinasi lain, so gps tu bising2 la, turn right turn right.

macam tu jugak teguran. itu sebenarnya reminder. reminder untuk kita kembali ke jalan yang sebenar kita nak pegi. kita sebenarnya ada 2 je destinasi, syurga atau neraka. so kat dunia, bila kita berjalan dan berjalan, dalam perjalanan kita nak pergi syurga tu, ada je link2 jalan2 kecil yang nak mengarah kita ke neraka. dan reminder inilah fungsinye nak tarik balik kita ke jalan yang sebenar. balik ke syurga.

ye, BALIK ke Syurga. :)


and certain of us still ada yg marah2 tengking2 rasa macam dihina lepas ditegur/ditarik balik ke jalan yg membawa ke syurga. ya Allah.. sayangnye.. tak rasa rugi ke macam tu.. T___T

dan sebenarnya, kalau Allah taknak benda tu terjadi, benda tu takkan jadi. tapi kalau Allah gerakkan hati seseorang, ringankan mulut org tu untuk tegur kita, maka ketahuilah, sebenarnya Allah sayang kita<3 maksudnya, Allah nak kita balik ke jalan yg membawa ke syurga. maksudnya, Allah nak kita masuk syurga. maksudnya, Allah nak jumpe kite <3

sweet kan Dia? <3 :)


so bersyukurlah andai ditegur.. sebab sebenarnya, itu satu anugerah, dan satu tanda, bahawa Allah masih sayang kita. Kalau Allah mahu kita selamat dengan menghalang kita menuju ke jalan yang membawa ke neraka tersiksa tanpa kebahagiaan, kenapa kita x mampu nak selamatkan diri sendiri?

kita tak tahu, mungkin suatu hari, reminder tak mungkin datang lagi. dan waktu tu, kita mungkin tak dapat cinta yg abadi, nauzubillah3...

so bila dapat reminder, say Alhamdulillah, and let's improve improve improve!!! ^___~

syurga itu indah, syurga itu bahagia, syurga itu abadi

mari bersama menjadi penghuni syurga, selamanya.

kalaupun kita tak layak, jangan berhenti berharap, berusahalah.

sebab Allah melihat dan menilai usaha :)


jom. let's battle our way to Jannah!!!

jumpa di sana ^_____^

*self-motivation. untuk diri sendiri jugak ni. fighting2!! :)