Sunday, July 31, 2011

re: dear fatimah

salam.

i had my common sunday morning: spongebob squarepants. pagi2 ahad memang seharusnya dimulakan dengan sesuatu yg gembira seperti span petak berseluar. : DDD


lepas gelak2 suke hati dengan encik span petak, aku terase nak online. aku menghalau zakir bambam dari menekan nekan papan kekunci laptop encik kamil.

"ketepilah wahai adindaku zakir, kekanda mahu melayar sesawang muka buku sebentar"

oh tipu, itu bukanlah ayat aku pagi tadi

"shooohhhh! akak nak guna!"

yeah datssounds more like me.

emm... 8 notifications.. 1 friend request... owh i got a message!

dari marong, dia bagi link yang aku sendiri tak pernah jangka, omo... 0.0

dia bagi aku link burung yang gembira.

seriously maro, terharu la wehh... ni mesti lama kau karang entry ni, gamba pon banyak tak hengat.. tak sia-sia aku menunggu gossip kau.. sobs *terharu

okey korang boleh baca first comment kat link tersebut, nampak x keterharuan aku?? seriously aku jeles habes bila baca entry baru marong ni. n maro, this is one of the best entry yg kau penah post.


so dear maro,

okeyyy jeeeeeeeee ldk~~~~ hahaha.

aku teringat lagi time aku cakap kat kau, aku xleh join event, muke kau time tu kan maro, cam orang indon pendatang haram baru dapat tau yg dia takkan boleh masuk malaysia kalau masuk malaysia gak dia akan mati. hahaha, bagus x perumpamaan aku???

tapi tengok in the end kau survive gak. Muli ada singgah rumah aku hari tu, dia kata ldk ok xde problem, Balau pon kata ok. kira kau berjaya la Maro! mwehehehe. tahniah2 : DD

aku paling terharu yg part ''perbalahan pendapat'' tu, bila kau kata sebijik macam kau cakap timah. tu la kau, risau sorang2 muke pucat, kan ok je : D

tapi maro, kau takyah la nak "Mmg confirm ade beberapa org yg pandang sy menggelabah je buat kerja" walaupun gamba kat fb tu aku slalu nampak muke kau serious je, gaya bincang2 ngan ikwan tu kalah gaya hitler tengah plan nak jatuhkan pihak lawan. tapi kan weh, aku xrasa la org lain fikir kau gelabah ke ape, this is all mind setting kau sendiri. kau dah buat kerja kau, benda dah jadi and berjaya, apa kau nak fikir2 lagi? itu dah kira ohsemm dah weh, bersyukur : ) and skarang, kau doa je la budak2 tu ingat apa yang kau (or aized) sampaikan. yang penting penyampaian kita terkesan kat orang yang menerima, and dia akan jadikan benda tu bekalan untuk kehidupan dia. ini yang penting. takut orang fikir gelabah hape ni kte letak tepi jela. after all xde sape yg fikir macam tu, kau je menggelabah rasa orang fikir kau gelabah, hahaha : DDD

and one more thing, aku rasa time mula2 kau buat situasi bdk perempuan yg pija, eja, mia semua tu, aku rasa benda tu betul, hahaha : DDD

okey la manager tesco, i really2 appreciate what u've done. good job team ldk, aku memang serba salah gile, sebab aku yg mangat2 time awal bagi cadangan lah hape semua tapi x dapat datang. but heyy, aku sendiri x aspect cikgu jamilah x bagi aku pergi oke, trust me aku sendiri pon cuak and risau kalau aku x pegi.

tapi in the end ldk menjadi, so korang memang seriously terror, lepas ni boleh bukak consultant lah : )

btw game bull tu muli ada cerita kat aku, game ni aku penah main. tapi versi yg aku main a bit complicated, bull punya lagi senang, nanti aku nak crite kat shafiq saad lah game ni, suroh dia tuka game dia yg complicated tuh, buat pening aku je nak explain kat team aku time main dulu, haha.

bestnya berprogram, lepas ni kalau ada program aku akan join, i'll make sure mak bagi jugak!

thanx weh for sharing the great moment, rugilah aku x pegi, tapi xpe, aku x rugi sangat sebab aku ada moment ngan mak aku as replacement : )

to all, ramadhan is sooooooooo dekat, jom berazam nak buat yang terbaik, sehabis boleh, semaksima mungkin untuk tahun ni, as if we'll never meet the next ramadhan. jom : )


Ramadhan ni aku nak berdoa banyak2 siang dan malam, especially before buka puasa, time tu doa makbul. aku nak doa betul2 sebab dua tiga hari ni aku sedih, aku berdepan dengan something hard. aku ada dalam satu situasi yang aku tak suka tapi nak pegi mana2 tak boleh, nak tanak kena redah gak. tapi lepas redah aku tak tau nak lalu jalan mana. aku seriously cuak dengan benda ni, first time aku tak nampak jalan penyelesaian. dulu kalau redah2 pon, aku boleh lagi yakin lepas ni nak buat ape plan macam mana. tapi masalah ni aku x nampak aku kena buat apa. masalah yang datang kalau x jumpa jalan penyelesaian lebih berat dari apa-apa penderitaan pon. aku harap Allah bagi aku kekuatan and jalan yang benar, kepada aku and semua kawan2 aku yang rasa benda yang sama.


aku tau, bukan aku sorang yang rasa benda ni, ramai lagi kawan2 aku rasa benda yang sama, takpe kawan2 Allah bersama kita : ) so don't lose hope, bulan Ramadhan ni pernuh berkat, selagi bole usaha, kita usaha. Apapun yang jadi, kita fikir positif. walaupun aku sendiri tak pasti apa yang kena buat, aku fikir positif je la. (thanx to azi, and kak yuni, aku slalu mengadu domba kat mereka2 ni, haha) takpe, jom kita doa banyak, solat banyak Ramadhan ni. and hopefully amalan kita istikomah after that. apa2 pon, kita minta yg terbaik dan mohon agar diri kita kuat untuk hadapi semua ni.

insyaAllah.

korang pon doakan la untuk aku,

: )

dats all, wassalam.

op btw, while searching for the right pictures [nampak x aku letak gambaq ramadhan tu, haha] i found this vedio. depa ni jadi makin cool la nowdays : ) enjoys ; )



versi melayu dari inianwarhadi



the english version by aimanazlan90

Wednesday, July 27, 2011

plasticine 50 sen

heyyy lets playyyy with plasticine!!!!!!

so here's my plasticine. yes its so little and cheap, but what do i care, it smells nice and soft and warnaaaaaaaaaaaaaaaaa warniiii weeeeee : D




tengok ni plasticine kite harga 5 kupang jaa~ haha



kite letak kat kuku~ hahaha comel kannnn~~~ xyah nak pedicure medicure apa ntah~ 5 kupang jaaaaa~

pastu kite buat donat~ ada kaler warna warni bintik2 kat atas cam smarties : D

iqbal crispy pon join kite : )

tadaaaa!!! ni hasil tangan iqbal crispy. dia kata dia buat domo. hahahaha

gabung2 hasil karya : DD

ni lastly kite buat karipap kecik, xde inti. hehehe

haaa.. macam gamba yg kat tumblr x?? depa suka post gambaq pakai quteks apa ntah~ sama la lbeh kurang niiii.. cuma kite pakai plasticine, kalau xnak bleh buang~ quteks pakai buang~ kahkahkah

******

oke hari tu nampak plasticine colourful harga 50sen kat kedai, saja beli. hahaha, best gak main plasticine 50sen : )

dats all, bye.

Tuesday, July 26, 2011

tips untuk hilangkan tension #1

salam

hai semua~ aku tau semua rindu mwindu kat aku, aku jarang online~ sori bebehs, laptop faveret i rosak! sedih tau2 laptop rosak. previous entry aku post gune laptop ayh aku je, and skarang aku still guna laptop dia. hahaha : DDD

okey sebab laptop aku kena virus, aku malas la nak bersihkan ke pasang anti virus ke hape, aku tros format. format sendiri lak tu bajet hebat. aku gune cd yg amir farhan, geng multimedia aku yg kat penang bagi. aku konfiden habes la kelmarin nak format laptop aku sendiri. dah bekap dah semua kat disk d. skali salah format, aku terformat disk d. bagos. hahaha habes hilang semua kerja2 sem 3 n 4 aku. hahahahahahahhahahahaha : DDDD

oke tipu, ini bukanlah satu situasi atau perkara yg boleh digelakkan : (

benci gile. why why why kenapa benda2 camni kena jadi kat akuuuuuuuuuuuuuuuu???????? whyyyyyyy : (((

hek eleh timah chill lah, baru hilang memory dalam laptop. what if kau...

oke aku memang patut bersyukur, at least aku still ada laptop. at least aku still ada electric nak guna laptop. at least aku ada rumah nak letak laptop. kalau budak2 innocent ni.. bukan stakat laptop... makanan pon......
(x sanggup nak cakap, sebak T____T )

alhamdulillah, aku bersyukur dengan semua nikmat yang Allah bagi. alhamdulillah2.

so tips untuk hilangkan tension #1:
lihat gambar2 yang menyayat hati dan bersyukur dengan nikmat yang kita masih ada, nikmat yang kita ada ni sebenarnya kadangkala tak terfikir pun oleh segelintir manusia di satu curuk dunia.

macam dalam gambar tadi, bukan stakat laptop, nak makan roti pon susah. baju pon xde. sampai ade yang sanggup makan najis, punye la xde makanan kat sana. perut buncit bukan sebab byk makan, tapi xde nutrition. kite ni kunyah2 twistis sambil tengok citer korea tibe2 laptop jam, terus tension2 rasa dunia x adil. padahal salah sendiri on laptop lama2. nak maraton drama la kaaannnnnn. drama yang sedut kat hardisk Jiyah tu x tengok lagi la konon~ kena gak habiskan drama yg baru download ni, esok lak nak sedut kat hardisk Bibah. contoh la contoh~ ni bukan aku ehhh bukan aku, aku kasi contoh jeeee~

kita ni kadang2 slalu lupa dengan nikmat.

aku mengaku, aku sendiri lupe pasal ni, slalu tak puas hati dengan hidup, tanye kenapa itu kenapa ini.

bila aku tension, aku mula x puas hati dengan apa yang aku ada, tanpa aku sedar, sebenarnya banyak lagi benda yg best terjadi kat hidup aku, tapi aku je yang x nampak. yang aku nampak benda best jadi kat hidup orang. haha, i was blind.

contohnya bila tengok orang pergi fast track tapi aku x dapat pegi, mule la rasa down. tapi bila fikir balik itu jalan mereka, aku ada jalan aku. belajar ni bukan stakat dalam kuliah. aku, bila masuk practical ni baru la aku boleh ingat strength n class ubat. mane aku boleh ingat amlodipine ada brapa strength and dia ni calcium channel blocker time kat penang dulu. yang aku tau masuk kuliah, lagi 10 minit nak turun beli asam. hahaha *xde la joking.


contoh lain pulak, baru2 ni geng skolah aku buat program, aku x join. sebab mak aku x kasi. serious la ada sorang dua contact aku, cakap itulah ini lah. crite2 makan bbq la hape. gambar pulak upload kat facebook. oke tipu la aku x jeles lansung, aku ada la gak rasa cam uneasy x dapat join. tapi aku x regret aku x pegi. sebab minggu ni aku memang betul2 enjoy masa emas aku ngan mak aku. sangat berkualiti. aku rasa ni la yang mak aku nak, and mak aku mahu. dari 1st week aku kerja, aku memang x duduk rumah time weekend, sebok pegi sana sini, no wonder la mak aku berkeras sangat tak bagi aku join program tu. dia rindu kat aku la tuuu, nak spend time ngan aku ; ) hahaha.

tapi aku memang x menyesal, sabtu aku masak pasta, and blaja nasik ayam. ahad blaja nasik lemak. resepi mak aku memang simple, and masakan simple ni la yg aku slalu rindu2 time kat penjara husel and kampus penang dulu. haha 'penjara'. aku still rindu 'penjara' tu okeyyy. haha : DD hmm.. tu la, dulu asek tringat masakan simple mak, skarang dah tau buat dah :) some more on sunday aku pergi talk ustaz azhar yg slalunye aku tgk kat pesbuk or youtube je, malam tu lak masak choko chip kukis untuk geng spital aku. and2 ada lagi ada lagi, aku dapat kemas bilik aku, barang2 yg lame gile teperuk kat bilik tu since balik dari penang. banyak gak benda aku buat kan kan kan :D

so i have no regretssssss not at all : )

tu lah dia, kalau kita boleh pandang apa yang berlaku kat sekeliling kita, memang banyak kali benda yang kita plan, yang kita harapkan tak menjadi, sebaliknya benda lain pulak yang jadi. cuba kita fikir balik, and pandang dari sudut berbeza, sebenarnya Allah sedang menawarkan nikmat yang lebih lumayan kepada kita : )


okep, dats all for today, pesanan terakhir, rajin2 ucap syukur kepadaNya kerana setiap detik kita bernyawa adalah satu nikmat. bernafas itu nikmat, melihat itu nikmat, mendengar itu nikmat. nikmat pancaindera ni kadang2 kita tak ambik kesah. we want nikmat besar such as suzuki swift, or lots and lots of top shop clothes, or maybe ada saham yang bagi pulangan yg berlipat ganda, duit masuk non stop- unlimited moneyyyy!!!! some of us might think these are all the NIKMAT that we're waiting for. xde benda ni hidup adalah biasa. tapi kadangkala kita lupa, andai kita tak bernafas, andai kita tak dapat melihat, andai kita tak mampu bersuara, nikmat lain hanyalah satu perkara yang kecil. hargailah nikmat yg ada : )

cewah, terasa cam motivator. pffttt. ni aku motivate diri aku sendiri sbenarnya. kemonn timahh, kemonnn!!!

: )

: DD

okeyyyy lah datsss alll!

salam, and have a great journey of life!

Monday, July 11, 2011

jangan mengeluh andai laptop rosak

laptop aku diserang virus, homaigoooddddd. benci. cis.

ni adek aku punye pasal. padan jugakla muke aku siape suruh tak pasang anti virus. if and only if computers boleh kembali pulih dengan dadah. senang la kerja aku, cilok je ubat kat tempat keje, sapu2 kat laptop, then boleh la aku online macam biase T____T

aku nak doodle, tapi ni laptop ayah, im not sure kalau ayah pon ada photo shop.

jap cek jap.

ok ayah aku ade. hahahahahahha. mane ayah dapat ps ni, pelik. xpelah, bersyukur. aku dah doodle banyak sbenanye dalam laptop aku, and nak publish, tapi bihzi keje je la kan, jual dadah ni bukan senang hokeehhhhhh. hahaha : DDD

hujung minggu lak x duduk rumah, last week aku join program IKRAM uitmpp, kembara lagi : DD ngehngeh. minggu ni diorang cam nak buat meeting untuk program sekolah aku je. minggu depan lak program skolah. terasa bihzi habesss. hahaha.

tapi senior aku penah pesan, jangan mengeluh anda bizi ke hape, selagi anda masih punyai masa untuk ber-fb mahupun ber-blog.
==''
tuudiaaaa trasa. sentap kejap.

hahaha. xpelah, hari ni x doodle, nak tulissssss je, lama x tulis.

okeh dats all, yang berpuase slamat berbuka, and smoga amalan kita hari ini diterima, ameeennn : ) jom la ramai-ramai puasa, Rasulullah suka puasa bulan syaaban, dan byk fadilat puasa bulan ni, jom la kita 'join' buat amalan2 kekasih Allah:)


geram betul tengok makanan cantik ni! ergghhh *.*

dats all, bye : )