famous quote

I read the Qur'an first and realized no person is perfect, Islam is perfect, and if we imitate the conduct of the Holy Prophet... we will be successful.
-Yusuf Islam

Friday, June 1, 2012

review: cinta high class, cintaku kerana agamamu

bismillah



novel motivasi ni tak wajib baca, tapi kalau x baca rugi. 

***

"timah2 kawan kak cha penah jumpe fatimah syarha, time tu dia ada buku dr farhan hasben fatimah syarha. dia pun mintak la tanda tangan fatimah syarha.. dia cakap 'ustazah.. ni buku suami ustazah, boleh x nak tanda tangan?' fatimah syarha pun senyum, dia ambil buku tu then buka 1st page. pastu dia baru nak tanda tangan, dia belek last page. last page ada gambar suami dia, dr farhan. fatimah syarha nampak je gambar suami dia, dia tunjuk gambar tu, and senyum manis macam anak dara yang nampak kekasih dia"
-kak cha



kalau nak tau rahsia kebahagiaan dr farhan hadi dan fatimah syarha, baca. step untuk mendapat keluarga bahagia bermula sebelum jumpa calon, lepas jumpa calon, before nikah and lepas nikah. so sesuai untuk semua orang.

selamat membaca :)

Thursday, May 24, 2012

let's teach our children al-Quran

assalamualaikum

tadi aku tengok2 timeline orang kat fb.. and then i found this link

http://darwishndarwisya.blogspot.com/

aku rasa apa yg ibu kepada 2 anak ni lakukan adalah satu usaha yang patut dilakukan oleh SEMUA ibu

so bookmarked.

kepada yang baru mendapat cahaya mata, or planning untuk dapat, jom plan untuk saham akhirat :)

kbai, wasalam.


Tuesday, May 22, 2012

japanese girls with mushroom hair cut



kelmarin zakir bam bam showed me this video

omg sooo cute XD

aku suke sangat tengok budak2 kecik jepun yang rambut macam cendawan ni

hahaha, so cute

macam chibi mauko ni, geram aku tengok XD


dari kecik aku suka tengok kartun ni

cikgu jamilah kata aku la chibi maruko dia =.=''

surprisingly aku nak anak aku macam maruko jugak. hahaha :DD

i have series of chibi maruko live action

walaupun dia nakal, malas, n kadang2 selfish..

tapi dia jugak comel, penyayang & sweet

bukan sweet muke sweet, tp suka buat benda sweet bikin hati cair ;')

paling suka episode dia sambut mother's day

menangis tau, banyak kali tengok pun menangis, sobs ;')

tadi aku search youtube manalah tau ada kan..

n i found it!

xsangka pulak live action dah ada kat youtube ;')


to my future little zahrah jr,

mama is doing her best for our future, dunya n akhirah

may Allah ease :)

k dats all, cherish your day!




*tadi baca blog dena bahrin, tak tau kenapa hati rasa lebih tenang :) semoga Allah permudahkan kehidupan dunia & akhirat, ameen :)

Monday, May 21, 2012

90's in malaysia


assalamualaikum

hari tu terdengar lagu feminin kat tv3

rasa best pulak lagu tu

slalu nyanyi lagu snsd joget2, x paham pon maksud

tibe2 dgr lagu melayu, boleh joget2 rase seronok pulak

gua amek kipas, gua search youtube lagu tu, gua nyanyi puas2


hahaha. tapi kat rumah x pakai tudung n skirt la, ni doodle je

doodle baik sket :p

amboi bile dah lukis ada tudung n skirt pegang kipas kat tepi joget2...

bughok beno ghupenye =='



ni la kipas yg temankan gua nyanyi sambil joget, beli kat langkawi, 2ringget rasenye.

and then and then jumpe pulak elite, jumpe pulak kru

cikgu jamilah kate
"kite ni dari duluuuu dah ade kpop kpop ni ha~~~"

bhahahaha


*****
kpop dah wujud awal jugak sbenanye, tapi zaman skarang baru meletup sebab kecanggihan teknologi.

ape2 pon, 90's memang sangat best, xkire la malaysia ke antarabangsa

dengar banyak kali pon xpe :)

hari ni aku kena duduk rumah, jadi suri rumah je

lepas 2 minggu jalaaaaannnn non stop

aku decided untuk duduk rumah develop skill rumah tangge je lah

hahaha

aku x mintak kerja kot

inilah masanya yg paling terbaik untuk improve n muhasabah diri

umur dah 21 
T______T

dan juge berbakti kepada cikgu jamilah dan tuan kamil

cikgu jamilah skarang dah makin sayang, slalu peluk, cium, usap kepala aku and cakap 
"anak mak kesayangan mak ni.."

kadang2 pagi2 bila aku bangun, tengok2 dia ada tepi aku, dia cakap mcm2..

tapi aku xdengar.. sbb aku mamai... tapi dia tetap cakap.. n peluk aku.. and cium non stop

the love from a mother :')

mungkin dia tau 2,3 minggu ni aku sedih

rupenye cikgu jamilah memang caring, xsangke, terharu :')

tengok, ada hikmahnye kan?

kawan aku cakap, kalau nak pilih calon isteri, kena pilih yang dengar cakap ibu bapa

baru aku tau knp aku keras kepala n slalu nak calon (yg dulu) dgr cakap aku je

sbb masa tu pun aku slalu keras kepala n nak org dgr cakap aku je kat rumah

xpela, mungkin aku x matang lagi..

skarang, aku dah blaja, Alhamdulillah

see, ada hikmah :)

lpas layan lagu 90's aku habiskan masa baca balik entry2 aku yg dulu... x sangke entry2 aku dulu panjang.. hahaha. x mcm skarang, gambar je byk =.='

and masa hujung2 2010 slalu ada footnote untuk brader hensem dari awek biase. aku sendiri x ingat mcm mana 2 watak tu boleh wujud =.='

n macam mana 2 watak tu boleh tibe2 lenyap pon aku x prasan. hahaha

bila baca entry2 dulu, xsangke byk jugak entry aku tulis pasal family. bahagianya :) nilah kebaikan blog, boleh baca balik zaman2 dulu... time2 tgh sedih, baca benda2 yg buat kita gembira, boleh tukar mood jadi happy :) sebab itula memori :)  

n x sangke jugak ada entry2 yg aku x puas hati pasal certain issue, aku boleh jadi emo sampai macam tu, tulis panjang2 suke hati..  
hahaha
pon buat aku happy bila baca balik :)

sayang la nevva winter. nanti dah ada anak, aku nak dia tulis blog jugak, boleh stalk. mwehehehe

mak nampak blog aku, aku suruh dia buat blog sendri, nanti boleh la share recipe, macam recipe lauk yg baru masak tadi.. (time tu)

(ketam masak lada, ikan masin masak lemak with nenas)

and then mak suruh aku yg tulis kat blog aku, nanti dia nak tengok =.='

pulak.

btw

tadi pagi dah keluarkan udang, nak masak apa?

k, dats all, cherish your day! :)

Saturday, May 19, 2012

troll mom

time ada calon: 
aku: mak.. kalau nikah khitbah? 
mak: janganla tmah.. mak tak bersedia... 

time xde calon: 
aku: mak... kalau nikah khitbah?
mak: tmah ada calon ke?





=.='

bagaimana menghadapi cabaran

makin dewasa umur kita, makin banyak cabaran yg akan kita hadapi

sedar x sedar, aku melalui satu fasa yang x pernah lansung aku terbayang, terfikir, mahupun terdetik..

namun itulah hakikat.

tapi

aku, fatimah zahrah yang hidup di alaf moden, bila mana menghadapi ujian, terasa sukar untuk bernafas, ibarat tony stark dalam iron man 2 yang ada alat ganjil di tengah dadanya, semakin lama semakin memakan dirinya. alat itu seharusnya membantu dia untuk hidup, namun setiap yang wujud ada kesan buruknya.

cabaran ni.. susah.. nak bernafas pun susah.. semput.. rasa nak hilangkan luka ni dengan bergembira.. tapi still sakit.. sama macam tony stark :(
[tony stark yg x kewl, semput2 nak sedut oxygen pon susah :( ]

tapi, aku lupa.. betapa lemahnya umat akhir zaman ni, cabaran yg kecil dikata berat. fatimah az-zahra' yang hidupnya di zaman kebangkitan islam, menghadapi cabaran yang lebih getir. pada usia yang kecil dia telah kehilangan bondanya. Allahuakbar kuatnya fatimah... dan dia telah bangun dan menentang orang kafir quraisy di saat mereka membaling najis pada badan ayahandanya, Allahuakbar kuatnya fatimah..

masakan aku lemah dengan ujian ini andai fatimah az-zahra' mampu mengharungi ujian sebegitu

dan benarlah, "Allah tidak akan membebani hambanya melebihi kemampuanya"

dizaman kebangkitan islam semasa di Mekah, mereka diuji dengan pelbagai halangan yang tak termampu difikir akal. namun mereka betul2 percaya dengan janji Allah.

andai mereka, manusia yang hanya mempercayai kata2 Muhammad mampu berpegang pada janji Allah, tak mustahil aku yang juga percaya pada Muhammad dan sedari kecil telah membaca kalam2 Allah tidak mampu mempercayai-Nya. apa yang mereka lakukan untuk menempuhi cabaran tersebut? SABAR.

Fatimah, cabaran tu turun, sebab Allah nak uji hamba-Nya. bukanla ujian kalau tidak sukar. setiap kita ada limit. ada level. kalau kau mampu hadapi level ni fatimah, insyaAllah kau mampu ke next level. cuba kau bandingkan level kau dengan level Az-Zahra'.. jauh.. tapi percayalah, Allah menyayangimu, dan kau sedang dilatih. untuk apa? untuk menjadi manusia yg lebih kuat dan tabah. kau cakap nak masuk syurga kan? Fatimah Az-Zahra antara manusia yg dijamin syurga :) so kenala kuat macam dia!!! :)

kadang2 kita akan rasa lemah dan tak berdaya. rasa menyesal, rasa aku patutnya buat macam ni, kenapalah aku tak buat macam tu. tapi kita tak sedar, Allah sebaik baik perancang. walau macam mana pun kita buat, kalau nak jadi, akan tetap jadi.

aku busy-kan diri, aku ignore, korang sendiri tau dalam 2 minggu aku pergi 3 negeri non-stop. sampai ke sabah, punyelah nak tenangkan diri. tapi itu semua masih x membantu. aku minta Allah kuatkan aku, rupanya Allah makbulkan doa aku. dia bagi ujian yang lagi besar. Allahuakbar. itu semua sebab apa? sebab aku mintak untuk jadi lebih kuat. tengok, Allah memang dengar doa hambaNya kan?

lepas balik sabah aku cuba nak selesaikan masalah, i faced it. but it's too late.

mungkin korang masih x faham apalah yang aku cuba sampaikan. aku x mampu nak cakap.

sebab hanya Allah yang tahu betapa aku nak dia tahu perasaan aku.

tapi aku simpan untuk yang lebih dan betul2 berhak.

dia memilih untuk tidak menjadi yang berhak.

dia tak mampu tunggu...

aku doakan yang terbaik

semoga diberi ketenangan kesenangan dan kebahagiaan

semoga Allah membantu dalam setiap urusan

...

mungkin wanita dan anak kecil itu lebih memerlukan dia

mungkin aku tidak membawa kebaikan untuk agamanya

mungkin kalau dia tunggu benda buruk akan berlaku

mungkin Allah lebih tahu.

ada orang cakap kenapa aku x fight for him

kenapa?

dia lelaki, 25, berkerjaya

dia ada hak nak kahwin kalau dia bersedia

what if aku suruh dia tunggu and something bad might happen?

and aku percaya kalau dia nak tunggu, dia akan tunggu

aku sama sekali xkan paksa

cinta bukan pada siapa yg memiliki, tetapi siapa yg memberi

ada juga orang suruh aku cari rebound, ada yang suruh aku pergi pada si polan ini dan itu

tak

tak mungkin

sebab aku tau siapa aku

aku tau perasaan aku

aku lagi rela build up kekuatan dalam diri dari cari masalah lain

let me face it with patience

biarlah seorang diri pun

aku harus berlatih untuk kuat

di setiap ujian pasti ada hikmahnya :)

nak masuk syurga bukan senang

kalau nak bahagia di syurga, sakit sikit di dunia xpe kan? ;)

sekian, wassalam.

footnote: mesti ada antara korang x percaya kan? tapi 6 december 2010 ada seorang hamba Allah yang datang dan memberitahu hajat mulianya. syarat parents aku, kahwin selepas degree. selama setahun lebih dia bertahan, akhirnya jodoh x berpanjangan. buat pertama kalinya aku cerita dalam blog, untuk mereka yang mengalami perkara yang sama. jangan give up!!! Allah sedang mengujimu:) kalau ada jodoh x kemane lah.  mungkin Allah sedang menulis kisah cinta korang tew... yg penting, bersyukur.. sebab Allah masih sayang, dia rindu suara hambanya yg berdoa dan merintih kepadaNya... chin up, let's do our best for paradise! insyaAllah :) 

Friday, May 18, 2012

jika bersedih



kita nak masuk syurga, sakit sikit kat dunia xpe kan ;)