Tuesday, December 28, 2010

mini vacation, a day, kuala lumpur

pada hari sabtu yang lalu tuan kamil membawa anak2nya pergi berjalan2 di area KL.
pada mulanya dia mahu membawa keluarganya bercuti di Pulau Pangkor.
namun apakan daya, lambat buat reservation, semua chalet bilik penuh.
jadi mereka hanya bersiar siar di sekitar KL.
jalan sesak, jadi tuan kamil parking di bangunan times square dan kemudian membawa semua berjalan jalan.
ye, kami jalan. merentasi jalan raya, melalui tangga, jejantas, dan selautan manusia yang keluar pada hari krismas.
di penghujung hari saya mempelajari beberapa perkara.

1. kalau nak bercuti buat reservation awal.
2. i seriously choose beach resorts rather than klcc.
3. indon x perlu bakar hutan dia untuk menjadikan KL jerebu.
4. between mother and father, mother lebih concern tentang keselamatan anak2.
5. madu sangat sedap.
6. budak dalam pantang bersunat x semestinya kena duduk rumah ^^'
7. masuk kedai baju aku x beli apa2. in fact aku berdiri kat lua kedai je pon sebnanye. tapi semua mall yang aku pegi, aku mesti berhenti kat bookstore and famous amos. aku x kesah spend duit untuk membeli buku2 nota yg kecil.. banyak2.. gerrrammm aku tgk buku2 nota/sketch yg comel2 ni >.< onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://3.bp.blogspot.com/_oMYJPENn6zo/TRnRyV86OkI/AAAAAAAAAXs/P5yxwsN4tN8/s1600/DSCF0423.JPG">
sebelum balik, tuan kamil ajak ber-ngeteh kat satu kedai yg jual madu ni. (ngeteh ni cam lepak2 ptg2 minum teh.) tapi x minom teh pon. haha. sbb kedai ni ada minuman special. cam dalam gamba kat atas ni. ada nata de coco, madu, and perisa yang boleh dipilih : laici/peach/mango. unik kan bekas dye? minum dalam honey jar hokeh. hehehehe : DD nanti dah kawin nak ajak abe suami gi dating sini. ^^


dan ini desktop background saya yang baru : )
[gambar2 dalam hotel yg x jadi nak masuk. full. haha ^^']


*di hujung perjalanan muka zakir bambam sedikit pucat kerana jalan byk sgt.
*iqbal crispy bercita-cita untuk memborong kedai ROMP ababila dia dewasa.
*aku baru topap maxis rm10 and the next day tinggal 44cent. xtau kenape tp aku rasa maxis cilok duit aku. eh xnak la menuduh dosa. tarik balik.
*ada hikmahnya aku x mohon jadi pm : )
*brader hensem, awek biasa pon x suka shopping baju, nanti brader hensem shoppingkan baju untuk awek biasa boleh? hahaha : DDD

orang rock jujur

selamat pagi. hari ni pagi2, aku menonton rancangan malaysia hari ini seperti biasa. time kecik dulu aku x brape tengok mhi, aku lagi suka sesame street-aku suka gilaaaa cookie monster and bila ss ajar abc akan ada beberapa kanak2 riang berterbangan yang membentuk huruf2 itu. cam hari ni blaja huruf h so akan ada minah comel bend diri dia, bentuk.. xnak la cakap lagi mengarut. anyway, aku start minat MHI since the first time aku nampak ally iskandar : )

so macam biasa, bila nak habis rancangan mereka akan interview artis2. penyanyi biasanya. so artis hari ini CAR CRASH HEART.

ya, mereka adalah band. suara srs sedap. CCH buat performance akustik hari ni. honestly aku x penah dgr nama diorang, aku bukanlah peminat band2 indie yg tegar. selain suara yg
sedap, aku salute satu lagi benda pasal CCH. which is KEJUJURAN.

wardina: band ini terdiri dari 2 org sahaja?
CCH: x. kami 4 org.
wardina: oh mana lagi dua?
CCH: diorang tidor. hahaha : )))

serious comel brader yg jawab ni. gelak dia yg xleh bla tu. hahaha. tp brader tepi dia back up la.. cakap member dia demam..

wardina: so kenapa CAR CRASH HEART
CCH: tu sebenanye kena tanya kawan kterang yg x dtg tu.. hahaha..
CCH: ... sebenanye CCH ni nama lagu fall out boys.. so.. (continue talking and explaining)

jujur kan mereka? aku terfikir gak, nanti diorang x kena saman ke amek hak cipta org? tapi xtau la, aku xde ilmu pasal law. xde dalam silibes ak.

and masa ni aku teringat kata2 awie dalam mentor 3.

"orang rock ni jujur.. sebab tu dia senang masuk syurga"


aku xnak komen pasal syurga, tapi hari ni aku setuju, orang rock memang jujur : )

dan kemudian wardina dan seorang lagi rakan dia meninggalkan CCH utk menyampaikan 1 lagi lagu..

and serious suara diorang memang sedap : ) and brader kiri yg main gitar.. lu rock la beb.

*jawapan mereka yg jujur sebenarnya mungkin mereka berniat untuk berlawak yee... ke [?]
*brader hensem, awek biasa suka org yg jujur. mungkin lpas ni brader hensem leh jadi brader rock. heehee ^^

Thursday, December 23, 2010

ais kering dan birthday cikgu jamilah


blow the candles cikgu! ; )

kek ni cam bercahaye kan? cam suci gile, takut nak makan hahaha : DDD


in the end tetap kena makan~ haha~ meh tgk dalam dia ada apa. oreo yaw!


20.12.2010

hari tu hari jadi cikgu jamilah. malam 19 hb, pukul 11.55. cikgu jamilah still x tido lagi. selalunya cikgu jamilah akan tidur awal. tak tau kenapa malam tu dia tak mengantuk la pulak kan.. agaknya dia memang nak something yang lain kot..

"ehem2.. psss.. abang. esok bedday mak."

"yeke? jomm."

hasan animator, lokman bb dan aku turun ke ground floor rumah. tuan kamil sedang beristirehat.

tiba2, cikgu jamilah keluar dari dapur. agak terkejut kerana melihat semua anak2nya berkumpul di ruang tamu.

"ini kenapa ramai2 anak mak bekumpul ni? ngihihihihi : DDD"

cikgu jamilah gelak2 comel, pura2 tak tahu apa2. kemudian cikgu jamilah start cerita pasal esok nak bawak zakir bambam pergi bersunat.. ^^'

biasa la cikgu, dah start gosip memang meleret. borak2 meleret leret.

"esok kita nak beli kek kan?" kata hasan animator.
"untuk apa?" cewah, cikgu jamilah boleh pulak tanya kan..
"untuk atir la, besunat.. dan.. sebab.. esok hari jadi mak!!!!"

"happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to e mak!!! happy birthday to you!!!!"

so malam tu mak tidur dengan hati berbunga.

petangnya, abang balik bawak kek. tiba2 dia panggil aku.

"psss2. timah sini jap"

aku pon dengan penuh eksaited pegi la ikot dia, kat lua. bajet cam dia ajak plan rancangan jahat la untuk malam tu. skali dia amek baldi, letak air.. dan kemudian lokman bb masukkan sesuatu kedalam baldi yang berisi air tersebut.. lalu keluarlah asap berkepul kepul..

phwaaahhhh. ais kering!!!

hahahahahaha. lalu datang iqbal crispy dan zakir bambam.
[em2, zakir bambam x jadi besunat aritu sebab doktor cuti. -.-']
dan kami 5 bradik eksaited sangat seperti kanak2 dapat mainan free^^' hahaha~

"ni kita buat eksperiment ni!"
"la.. kenapa x panggil cikgu jamilah?"
"a, panggil cepat panggil cepat!"

so.. cikgu jamilah pon join bereksperimen bersama anak2nya.. bila letak aiskering byk2 dalam air, asap lagi byk. and air jadi berbuih buih. aku rasa cam witches comel tengah blaja chemistry dalam kelas mr snape. hehehehehehehehehehhehehe : DDD

zakir bambam sedang menjalankan ritual sambil diperhatikan iqbal crispy.

haaaa.. tengok ni buih2 hocus pocus.. hehe..

and so malam itu kami memotong kek aiskrim puan jamilah. dan memakan pizza hut 6 cheese berbeza dan minum teh ahmad panas : )

cikgu jamilah sangat terharu, aku nampak ada sedikit air mata di hujung matanya malam kami menyanyikan lagu. hihihi : ) dan cikgu jamilah x habis2 dengan wish dia mahu menantu sambil ditujukan kepada hasan animator. abang, cepatla kawen, timah x saba nak main ngan anak saudara~ harharhar : DD

it was a happy moment.

omak, happy 47th birthday ^^


di-edit spesel utk bday cikgu jamilah

*zakir bambam disunatkan pada keesokan harinya. mungkin doktor saja ambil cuti nak bagi zakir bambam rasa kek aiskrem : )

Friday, December 17, 2010

ekspresi mukanya menambat hati gadis itu







honestly im crazy over this guy

his cuteness

his voice

his hair

but the best thing about him

is

his

EXPRESSION

ok normal people akan cakap this chinese-american boy sangat over. tapi aku suka ; )
srs ekspresi dia ketika menyanyi.. cara dia ekspreskan perasaan dia dan lagu yang dia bawa.. eceh... tiada siapa boleh lawan howkeyyhhhh ; )


SAM TSUI
the best over reacted singer but yet cute and adorable.
hahaha : DDD
ok over reacted macam x sesuai... im not sure word yg sesuai tp cute and adorable, sangat pasti ^^


*brader hensem, awek biasa still suka lu punya rambut masa first time dia jumpa lu, compared to adam tsui's. bangga x bangga? hahahahaha : DDD

just for fun #1


this is a korean guy, wearing a t-shirt showing that... hikhikhik... he loves me ^^


kyu hyun, saranghae ^^


*mar*ng, weh sunny ade ke pakai baju yg menunjukkan dia mencintai kau?? ade2??
hahahahahahahahahahahahaha : DDDDDDDDDDDD
*entry ini hanyalah untuk gelak2 suka2 saja ye : ) eceh. hehehehehehehhe : D

Thursday, December 16, 2010

i think this is cute #1


ini gambar yang saya jumpa on facebook

orang yang kehilangan basikal ni mesti bengang sangat2

hahaha, sabar ye kawan ; )

ps: aku rasa budak yang tampal benda ni comel la. cam Greg Heffley ^^

tuan kamil and anak2 are having dinner

*penulis akan menggunakan dwibahasa untuk entri ini.
*for this entry, i just feel like writing.
*ini hanyalah entri yang berbentuk cerita. jika anda mahukan entri yang berbentuk pedoman anda boleh skrol dan baca entri yang lain. atau mungkin pergi sahaja ke blog penulis lain.



ok, before i start the story, let me explain the characters first.

tuan kamil
is the father of the family. garang, but sometimes can be so funny.

cikgu jamilah
a loving mother. she cares about timing. so if you promise to go out with her, make sure that particular day you're free. or else she'll nag about your work, things you do, something about janji and menepati masa, yada2~~

hasan animator
the first son. animation is everything to him. unlike any animators, he do care about his style. [normal animators don't really care about what they wear and what people will think about their messy hair, they only care about the dateline yang company diorang tetapkan. ]

lukman body builder @ lukman bb
the second son. he's healthy. angkat berat, senam, makan. baru balik dari kolej di johor. cikgu jamilah said he don't eat much in his college, only maggi -.-''

iqbal crispy
third son. eat a lot, but don't know why, he's still slim till today : ( like super slim, you can actually see his bones kalau dia tak pakai baju. yes, lebih kurang kanak2 kat afrika la jugak. cikgu jamilah did gave him some ubat cacing, but nothing happen. maintain slim.

zakir bambam
the last son. he eat like SUPER A LOT. [lagi up dari iqbal crispy] and if you make fun of his fatty layers, he would go 'apeh???!!!!' and then continue makan balik =='

cik su
family's main transportation. toyota unser. tuan kamil beli kenderaan ini di sabah. bernombor plat SU ****

cik tam
2nd transportation. cikgu jamilah's car. black in colour. tapi cikgu jamilah tak guna pon, tuan kamil yang selalu guna sebab hasan animator guna cik su dia sebab kereta hasan animator ada di bengkel. dah berapa tahun kat situ, aku sendiri tak faham untuk apa kereta hasan animator menetap lama2 di bengkel itu =='

-----------------------------------------------------

ok, and so, semalam i had dinner with them. [kecuali cik su and cik tam lah, they only go for petrol, yang dah naik harga tu] we choosed dave's deli coz i felt like eating steak ^^ hasan animator nak belanja the whole family so he asked us to get ready after maghrib. i knew that cikgu jamilah akan membebel if you're not ready masa maghrib [dia saaangat suka suruh orang siap2 awal] aku dah siap2 cantik2 after 7. which masa tu cikgu jamilah tengah khusyuk tengok drama melayu tv3 pasal sorang awek amnesia. lebih kurang cam 50 first dates la jugak cerita tu.

and like always, hasan animator drag masa. 8.30. cikgu jamilah tak mampu lagi nak tunggu. so cikgu jamilah arahkan semua anak2 dia masuk ke dalam cik tam dan kami pergi ke tempat kerja hasan animator sendiri. did i mention that cik tam is proton saga? yes, cikgu jamilah beli proton saga alaf baru. so imagine lukman bb, iqbal crispy, zakir bambam and me, all of us duduk di belakang tempat duduk kereta itu. ada function jugak la iqbal crispy ni tak gemok2 ^^'

and nasib baik office hasan animator dekat. so sampai je di tempat kerja dia, kami transit kenderaan. [transit ke perkataan tu? ala tukar2 la tukar] so hasan animator bawak cik su yang mengandungi semua ahli keluarga tuan kamil. the way he drives saaangat sama dengan tuan kamil ==' i told myself that i would make a chart about the most crazy but yet smart driver bila sampai rumah nanti. so here's the chart

THE MOST CRAZY BUT YET SMART DRIVER CHART

5. Sharifah Firdawina Syed Ayob
4. 'Ayuni Nazihah Awaluddin

3. Nuraziah Abdul Rahman

2. Hasan Al Basri Mohammad Kamil

1. Mohammad Kamil Musa

If it's about crazy smart driver, no one can challenge Tuan Kamil. sh firdawina can be the third tapi masa aku pernah jadi penumpang dia, she almost hit a lampu di tepi jalan. so kriteria smart tu agak kurang, try again friend. but maybe sekarang dia dah ok kot, sebab masa tu dia still muda and baru tampal pelekat P kat kereta mak dia. so maybe time tu dia super excited kot. so wina, cepat balik malaysia aku nak naik kereta kau lagi!!!! hehe. ops sorry, a bit personal ==

ok so we arrived at dave's deli. and meja mereka kecik2.. 1 meja muat 4 orang. so... hasan animator susun 2 meja untuk memuatkan ke tujuh2 kami after memesan makanan. i feel like eating steak tapi sayangnya tak ada. so i go for lamb chop. dave's deli ada satu menu yang membuatkan aku teruja, which is grillled ape ntah nama dia. it contains chicken, beef and lamb daging in one meal. i feel like eating those things tapi memandangkan aku ni bukanla jenis yang selalu habis makan, so aku menahan diri la... nanti membazir, nak jawab ape kat akhirat?

so while we eat, hasan animator talked about his teeth. how he met a good dentist, he operate his last tooth, and chantikkan gigi. he said it cost him RM xxx or k? im not sure, tapi banyak jugak la duit yg dia spend, untuk gigi! cis. orang dah kerja and bujang. fine. and then how his dentist would go 'YES!' dengan gaya tangan yang teruja bila berjaya mencantikkan gigi orang. heh. jumpa dentist terampil eh? [aku rasa nak pegi jugok!] hasan animator promote to cikgu jamilah and tuan kamil to go there. tiba2 aku terkenang yang aku juga pernah bercita cita untuk menjadi dr gigi. tapi mengenangkan perkara2 yang akan aku hadapi jika aku menjadi dr gigi.. aku hentikan cita2ku itu : )

so everyone pretty much puas hati with their own meal. kecuali zakir bambam. zakir bambam was the first yang habiskan makanan dia ==' he choosed steak pie ape jadah ntah. tapi pie la.. pie tu besa x macam pie biasa. and yet dia habis dulu. and bila habis je pie dia, he started like pandang2 apa yang ada kat pinggan orang lain. haha~ fine la zakir bambam, amek la lamb chop aku ni. i gave him a piece since i had 2 pieces. and iqbal crispy gave a piece too since he had 3 pieces.

one by one feel like kenyang. [yes, pinggan dia besar and sangat penuh dgn side dishes lah hape. aku rasa lagi berbaloi lah compared to BIG PLATE or BIG FOOD ke hape yg faymes gak kat area2 sini] the first person yang mengishtiharkan kekenyangannya is tuan kamil. tuan kamil makan nasik before tu... ==' sebab dia dah tak tahan lapar sangat la kan.. ei ape da makan before orang nak belanja ==' tuan kamil surrender. 'siapa nak?' and lukman bb dengan senang hati dan penuh excited terus jawab 'saya saya!!!' 'peghabeh dulu!' tuan kamil menyuruh anak lelaki keduanya menghabiskan makanannya dulu dengan dialek kelantannya. dan ya, in the end lukman bb mampu menghabiskan makanan dia, tuan kamil dan iqbal crispy. [iqbal crispy x habes, so tolak la kat abang dia ==']

malam itu aku a bit bangga kerana unlike always aku selalu tak habis. tapi malam tu aku berjaya menghabiskan makanan itu. well, its lamb chop howkeyh, aku taknak la balik nanti tiba2 teringat kat lamb chop yang aku past kat org, no way. kenyang ke hape aku akan habiskan jugak. so lepas habis.. aku duduk2 senang hati...

tuan kamil pon berceloteh tentang kasut yang baru dibelinya.. lukman bb pula berbangga kerana dapat topap makanan, kat johor dia makan meggi je la kan.. hasan animator tidak henti2 senyum menampakkan giginya yang cantik. dan cikgu jamilah... tiba2 dia memandangku.. dan senyum.. kemudian membisik...

"masa mah takda.. tiap2 malam mak makan kat sini.. hikhikhikhikhik"

aku:

==''



*lastly tuan kamil beritahu it was because tinggal dia,
cikgu jamilah, zakir bambam dan iqbal crispy di rumah, jadi mereka rajin makan di luar. tapi bukan kat tempat tu pon.. kat banyak tempat la... kalau masak tak luak mana. itu pun iqbal crispy jarang ikut, dia malas nak siap2. cikgu jamilah dengan nada serba salah : "takdela.. mak gurau..." heh =='
*hasan animator said that total yang dia kena bayar is RM XXX. and dia withdraw duit 5 times more than that. tuan kamil: alah! rugi la kita! patut ambik lagi banyak! aku: xpe esok abang belanja lagi : D and cikgu jamilah choosed chinese food for tomorrow : )
*brader hensem, awek biasa cakap, "dah nampak ada org on9, rugi la x gosip, tau x skype tu free!!!" haha : DDD

Tuesday, December 14, 2010

sotong yang berperang


ini ialah lunch saya untuk hari ini. ni kalau kat lua memang mahal. time kat penang saya selalu teringin nak makan lauk ini dengan nasik putih panas. tetapi apakan daya, kesempitan hidup mengajar saya untuk bersabar ^^'

jadi hari ini saya masak sotong goreng tepung. nak masak lauk ni tak susah, tapi part dia sedang berenang renang dalam kuali minyak panas tuh.. fuuuhhh~~

unlike udang, udang goreng tepung bila digoreng dia akan diam2 je tau.. same cam ayam. tapi sotong lain. dia akan meletup2. mungkin sebab kondisi dia yang lembik2 semacam tu kot. heh heh ^^

jadi jika orang yang anda sayangi memasak lauk sotong goreng tepung, saya sarankan anda mencium dia berjuta juta kali. kerana memasak sotong goreng tepung ibarat pergi ke medan perang. sotong itu, bila dimasukkan ke dalam minyak panas, maka akan meletup letuplah minyak tersebut. dan terpercik percik lah api panas ke sana sini. jika anda dapat dengar letupan itu anda pasti kasihan dengan sotong2 tersebut. atau mungkin anda sedang membayangkan sotong2 tersebut sedang berperang dengan minyak panas dalam kuali. thank god i'm still alive : )
[terserlahlah nak bayangkan apa, the creativity is yours. hahaha]

and in the end, aku dapat makan sotong goreng tepung wif nasik panas, yummy : )
happy eating everyone ^^

*ni la entry org yg x de keje kecuali masak n kemas rumah jek. hahaha. im sharping my suri rumah tangga skill : ) hihihihi. ali nak makan apa esok? biar fatimah belajar masak today oki? heh heh^^
*ada brader hensem luahkan isi hati kat awek biasa. awek biasa terpinga-pinga sampai hari ini~ der, lu hensem la der! awek tu tak sesuai ngan lu la, srs! hahaha : DDD

dressing code of an animator

hari ni mak kerja. so aku kena masak untuk adik2 aku. for breakfast, i cooked roti telur : )

lepas masak aku pegi la sidai kain kan. lepas sidai kain aku sapu la laman rumah aku yang penuh dengan daun pokok mangga tu.. daun banyak, tapi buah nye cenonet. pokok2 ni dah tua kot.. kat rumah aku ada 5 pokok mangga. manis, arwah atok kelantan yang tanam : ) arwah memang pandai cucuk tanam, dulu kalau arwah datang rumah mesti dia tanam ubi kat tepi rumah. pastu bila dah masak, mek(nenek) ambik ubi tu buat kuih cek mek molek. memmmmang sedap : ) arwah memang kuat, dia dah biasa tanam2 benda ni semua, sebab tu la umur 70 lebih pon dia stil nampak macho dan hensem. gigi pon still cantik. aku pon bercita cita tinggi nak hidup natural cam nenek ngan atok aku bila aku dah kawen nanti. kalau nak makan amek je ape yg ditanam... cam best gituu ^^ hmm2.. x silap aku arwah meninggal sebab terlebih makan supplement : ( itu la, x semua supplement baik untuk badan, banyak makan supplement pon boleh bawak maut : (

ok, panjang pulak cerita aku pasal arwah, rindu la kan ; ) aku sebenanye nak cerita pasal cucu kesayangan arwah, hasan al basri which is abang aku sendiri. sedang aku khusyuk menyapu laman, abang aku klua nak pegi keje... dengan memakai jeket denim, rambut disikat dengan santek, slua pon santek (xtau la brand ape, aku bukan la brand lover cam abg aku. haha) bila dia lalu sebelah aku.. fuuum, hamek kau wangi mengalahkan aku (ok make sense la aku mmg x mandi lagi time tu. haha ^^' ) aku ni.. aku sebenanye agak jeles dengan life abang aku...

life abang aku dari kecik sangat simple, sampai ke u, sampai ke keje, dye maintain jadi simple guy, but yet, he's still happy, and enjoy every moment of his life. why? 'coz he's doing things that he love ^^

abang ni kaki game. dulu time skolah, abang aku penah menyimpan cita2 untuk lari dari amek exam sejarah. kaki game la kan.. mane la minat baca pasal umno ngan sejarah babylon ==' tapi sebab cikgu jamilah dapat hidu niat busuk abang, abang terpakse gak end up kat exam hall tu, mengadap kertas sejarah. hahaha : DDD

abang memang macam tu. kalau dia x minat, dia takkan buat. kalau dia minat, suka, dia akan mengadap benda tu, x jemu2. aku ingat lagi mak cerita, abang ni time kecik2 dia sukaaa sangat melukis. benda yg first dia pandai lukis is ikan. dia lukis ikan baaaaanyak2~ ikan kecik, ikan besar, sederhana, besar gila. semua size ada. hahaha.

and now bila dah besa, dia sangat pandai melukis. aku penah nampak lukisan dia zaman dia blaja dulu. lukisan air terjun. srs hidup gila, aku rasa macam nak jadi pelukis time tu. tapi aku xde bakat la kan.. yang aku tau, lukis donat kek pizza icecream dan benda2 yg boleh menaikkan nafsu makan aku jek. haha : DD time skolah dulu, abang penah jual komik masa hari kantin. laku. aku pon penah jual gak, tapi jual biskot coklat cip jek la~ hahaha : DDD

aku memang kagum la ngan prangai abang yang buat jek ape yg dia suka. abang dari dulu hantu kartun. sampai umur 17 tahun pon, abang still mengadap kartun. ye la, balek kampong xde ps. nak bawak nanti cousin2 yg kecik mesti nyebok. so abang mengadap katuuuuunn jek la~~ ala macam la aku xtau, pakcik makcik aku salu x puas hati abg aku x buat keje... abg aku x rewang... mengadap katun jek. tengok katun dengan muke x besalah pulak tuh, tenang jek tengok kfc hour time tu. aku plak as budak kecik yang bajet anak dare semangat la tolong nenek aku kopek bawang sambil nanges2 tahan kepedihan. hahaha : DD

lepas spm, mak suroh abang mohon matrik. tapi abang xnak. sebab abang minat lukis. abang sangat yakin dengan bakat dia. hahaha. so abang amek dip in animation kat unikl. zaman dia blaja pon best gak. ada satu hari ni, aku tengah tengok tv.

"timah abang nak guna jap"
"hah?"
"abang nak guna tv jap"
"nak buat ape?"
"assignment"

abang aku terus pasang cd. tbe2 kua la kartun jepon ape ntah.. cam ala2 spirited away gitu~ aku pon..

"abang, ni assignment abang?"
"haah"

bapak stylo. tapi ade la dia kena analyse kartun tu.. tapi stylo la assignment tengok katun!!!! kalau aku kena temu ramah org lah ape lah =='





tu la abg aku, sbb dia buat apa yg dia suka, dip dia memang petik jari jek gituuu.. dia ada jugak crite kawan kolej dia ada yg upah pelukis jalanan untuk assignment lukis2. ada yg stress sbb xde idea la.. tapi abg lepak jek. sbb jiwa dia mmg melukis kot.. org2 yg stress tu mungkin suka melukis, tapi mungkin mereka xde jiwa pelukis gitu.. cewah.. n kurang bakat.. kot.. haha : DDD

and sekarang abg dah bekerja. dekat satu kampeni yang bernama les copaque. kampeni ni faymes dengan satu katun... ala yg katun pasal dua org budak kecik botak tu.. abg aku start praktikal time mula2, keje kat kampeni ni la. skarang aku dgr dia da jadi ketua animator. ayah aku ada jugak suroh abg aku join kampeni kawan dia, gaji lagi tinggiiii~~~ tapi abg aku xnak.. sebab dia da serasi ngan budak2 les copaque ni. ye la animator, bukan keje sorang2. abg aku da selesa la dengan team sendiri. bukan senang nak dapat org2 yg boleh jadi team, btol x? duit tu hape la sangat, yg penting kepuasan utk berkarya.. cewah, over lak aku, cam aku lak animator ^^'



apa yang aku nak sampaikan kat sini.. abang aku ni x amek bidang profesional pon.. spm pon x gempak, blaja x luar negara, amek diploma jek.. tapi dia happy dengan life dia sekarang. sebab.. sebab dia buat apa yang dia nak, apa yang dia minat, dan apa yang dia suka. : ) sebab tu la, kita x boleh pertikaikan rezeki Allah. kalau ada usaha, mesti ada rezeki. yang penting jangan pernah putus asa : ) duit bukanlah segalanya. abang aku happy dengan life dia. aku tengok dia pakai smart2 pagi tadi pon... sebenanye aku terdetik jugak...

"pharmacist kena pakai uniform... : ("

hahaha: DDD xpe la, yang penting bahagia~ aku harap one day abg aku dapat bukak company sendiri, and jadi tokey animator yang besaaaaa kat malaysia ni. bia la dia jadi boss kaya, aku lak bleh jadi adek org kaye~ muahahaha : DD

ok, agak mata duitan di situ $.$

xde la.. aku fikir jugak.. time skarang dia bujang.. office dekat, tinggal ngan parents aku.. nanti kalau dia dah ada isteri ngan anak2 canne plak kan2??? xpe, abg otak geliga, kretif dan kritis. dia mesti boleh pegi jaoh. bidang abg ni pon, mmg bidang yg org tengok pengalaman. ada pengalaman, and idea tak kering, mesti boleh pergi jauh punye lah, janji usaha : )

cewah.

dan aku, cikgu jamilah x sabar nak aku dapatkan lesen pharmacy. dia kata dia nak tolong aku kat kedai ubat aku jek. dia nak relek2 jaga kaunter. hahaha, comel jek angan2 cikgu jamilah : ) tapi kena sabar la cikgu, nak dapat lesen, kena habiskan degree ^^'

ok la.. xpasal2 aku boleh post entry pasal kisah hidup abg aku, harharhar: DD ni kalau dia baca ni mesti terharu ; ) [padahal aku nak crite pasal dressing kod abg aku as animator and aku as bakal pharmacist jek sebenanye. heh heh -.-'']
owh, abang aku still single, mak suroh aku carikan sorang awek untuk dia. anda mahu?
hahaha : DDD

yang benar,
timah adik yang baik. hehehe ^^

Monday, December 13, 2010

tiba-tiba rasa ceria, haha

wah. i just came back from a trip. cewah x tau la nama dia a trip ke hape. sepanjang trip tu macam2 bende jadi, n aku sangat eksaited nak update kat blog ^^ tapi aku ngantuk lak skarang, i'll update tomorrow oki ; )

esok dah kena start masak for my brothers, so,

nak makan apa?

; )

Wednesday, December 8, 2010

this one is for nad vizzini and sumai lee


i actually found a picture of donghae and kyuhyun on fb's super junior wall
i edited here and there
and then realize that the picture somehow looks gay =='
so i crop...

and walah! fishy donghae the cutey : )


specially made for nad vizzini and sumai lee ^^

Thursday, December 2, 2010

ayam masak lemak cili api


tak susah pon masak lemak cili api ni : )
jika anda anak gadis yang baru2 hendak memantapkan skill suri rumah tangga kerana sebelum ini anda busy dengan tugas2 harian sebagai pelajar, mari saya ajar anda cara yang simple untuk masak masakan melayu : )

saya memilih untuk masak ayam bagi resipi ini. jadi bahan2 yg diperlukan:

-halia hidup [sebesar ibu jari]
-cili hijau siza kecik tapi pedas berapi [ikut sedap rasa, normalnya 5 kot]
-serai yang diketuk [2]
-santan [1 kotak/sebiji]
-garam secukup rasa
-ayam yang telah dipotong : )

1) tumbuk halia dan cili menggunakan mortar and pestle @ lesung batu
2) masukkan mixture (1) ke dalam periuk. masukkan ayam dan serai. biarkan untuk seketika hingga ayam masak. pastikan anda memasukkan garam agar ayam tidak tawar : ) tutup periuk untuk memendekkan masa ayam masak.
3) setelah ayam masak, masukkan santan. kemudian tambahkan garam secukup rasa. kecilkan api agar santan tidak pecah. gaul2.. or mix homogeneously : )
4) setelah itu, tambah la sayur jika anda mahu. contoh: lobak, kacang buncis, kentang.
5) siap ^___^

senang kan? selamat mencuba!

*lepas tumbuk halia dan cili, tak perlu transfer ke bekas lain, boleh trus masuk dalam periuk. bak kata lecturer indonesia saya yang mengajar subjek pharmaceutikal, "the less apparatus the better. we don't want the residue to stick in too many apparatus. or the medicine will be less dose." macam tu la lebih kurang : ) so xnak la nanti masakan kekurangan kunyit or cili, so tros masuk dalam periuk ^^
*kalau terlebih letak air, masak lama sikit, so dat kuah akan jadi lebih pekat. tapi pastikan menggunakan api sederhana.
*kalau ayam rasa tawar, tambah garam sikit, then masak lagi dgn api perlahan : )
*ini tips sikit2, jika anda ada cara yg lebih simple dan sedap, feel free to share. sharing is caring : )
*a, dan gambar yg ada bukanlah gambar masakan saya, honestly saya punya lebih tempting, sbb tempting sangat x sempat nak ambik gamba, adik saya makan 3 pinggan ==' ini bukan riak ye, jangan salah sangka, tetapi sebagai kata2 semangat untuk anda mencuba resipi simple ini. kita mestilah mengamalkan gaya hidup yang baik iaitu sentiasa berbaik sangka : )



sekian,
timon kyuri.

Sunday, November 21, 2010

roti bakar

"roti bakar satu"

jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, aku fikir, roti bakar berintikan butter dan kaya sudah memadai untuk mengisi perutku.

sambil menunggu roti bakarku dihidang, aku memandang persekitaran bistro tempat yang menjadi pilihan ibu bapaku untuk bersarapan sebelum kami melangkah ke panggung wayang untuk menonton MEGAMIND.

bersih. tidak seperti kedai2 mamak biasa, bistro tersebut jauh lebih bersih dan teratur. no wonder la harga makanan mereka juga tidak seperti kedai mamak biasa. sambil menunggu, aku leka memerhatikan mamak yang menyediakan air. begitu senang cara dia bekerja, walaupun order tidak berhenti henti datang, dia tenang membuat air.

tidak lama kemudian, roti bakarku tiba. aku sangat teruja untuk menyumbat roti yang dibakar dan disapu sengan kaya dan butter ke dalam mulutku. kepanasan roti, menyebabkan butter cair dan menjadi sebati bersama kaya~ rasa butter yang masin dacampur dengan kaya yang manis dan diapit dengan 2 keping roti bakar panas yang ranggup sudah cukup untuk membuatkan aku kenyang. namun...

arghhh!!!

wutt iz dizz??? kenape kaya and butter dye letak kat lua??? fine, maybe dia letak as tambahan la kot.. mana la tau pelanggan nak extreme perisa ke hape kan.. aku cuba untuk bersikap optimis. "eh? asal kosong?" aku terdengar adikku bertanya.. "alamak.." dengan berhati hati aku membuka rotiku..

arghhhh!!!

kosong.. roti bakarku tidak disapu dengan butter dan kaya.. it'a a layan diri roti bakar, kena sapu sendiri.. wuuuu ; ' ( kalau macam tu tak cair la butter tue. weh mamak!!! aku tak puas hati!!! kau tau tak kalau buat canni, by the time pelanggan dah sapu butter and kaya tuh, roti dah sejuk! so, butter pon x cair sbb roti dah sejuk. bile butter tak cair, keserasian dia dengan kaya pon kurang, then rasa inti roti bakar pon x sedap lah!!! da la roti pon sejuk, heh! weh, kedai kau ni bagos, bersih, pekerja pon pakai smart, kau pon bagus senyum jek dari tadi kat sume planggan, tapi kualiti roti bakar adalah benda paleng penting dalam menjamin kualiti sesebuah kedai mamak mahupun kopitiam. arasoh!!!

bentak hatiku.. aku masih waras.. sebagai gadis melayu yang ayu lagi cantik serta sopan, aku harus menjaga tingkah laku ku. aku hanya menggeleng mengenangkan rasa roti bakarku yang spoil.. heh..

a, lagi satu mamak, tegur la sket kuku pekerja kau tu, tak sume tapi ramai yang kuku panjang. kedai makan mana boleh kuku panjang, ada paham?

heh, nyesal aku tak bawak pen, kalo x bleh aku tulis benda yang aku tak puas hati atas tisu, pastuh bia atas meja. kalau nak cakap kat mamak tu memang tak la, aku takot parents aku marah pulok. lagipon aku tengah panas la kan, takut nanti over la kan...

semoga ada pelanggan yang mencintai roti bakar seperti aku menegur mamak tersebut.

sekian,
temah.

*gamba itu aku hanya cilok dari google. hoho rupenye paparich pon sepesen ngan kedai mamak ni, x nak pegi situh!
*aku rasa megamind 3d xde byk sgt effect pon, so jika anda yg x tgk megamind lagi berniat nak tgk, tgk biasa punye pon berbaloi kot... : )

Wednesday, November 17, 2010

empat cerita sempena raya kurban


CERITA 1

"tmah~ meh sini meh2~ cepat2~"



*dong dong dong dong*

cepat2 aku turun tangge.

"ye mak~"
jawabku gaya anak baik da solehah : )
(ameen)

"aaaa.... meh.. tengok mak beli ape ni"
tambah mak lagi. aku menjadi lebih eksaited mendengar katenye. selalunye kalau dia berkate begitu, dia pasti telah membelikanku beg baruuu yang cun sampai aku tak sanggop nak gune.

"a.. tengok dalam plastik tu"

aku membuka plastik beg hijau tersebut..
.
.
.
aku tertipu..

"a... bawang tu letak atas meja.. kelape tu ltak dalam peti ais eh2.. skali dengan sayor2 tu sume.. bla.. bla.. blablabla.. bla bla.."

owh.. mak aku dah mainkan perasaan aku rupenye T_____________T

"ha.. besok raye.. mak nak buat rendang, timah tolong mak kopek bawang ehhh."

"bolleh~~"
jawabku dengan pasrah.

aku sebenarnya sangat hairan dengan kelakuan ibuku. dia baru sahaja pulang dari kerja. lazimnya, dia akan mmenunjukkan tanda2 yang dia penat, dan mahu melelapkan mata. namun, sebaliknya yang berlaku.

"hahahahahahahaha"
ibuku ketawe.

"mah tau tak mak pegi kedai tadi nak beli kelape parut, kat kedai pasar mini tu takde.. mak jalaaaan pegi kedai tina tu, pon takde jugak. nak tak nak terpakse jugak la pegi kedai cine tu. mak taknak gune santan kotak, nanti tak sedap pulak ekk"
cerita mak aku penuh ceria. wah, gigih sungguh mak aku mencari kelape parut mak buat rendang. mangat semacam dia nak sambut raya korban taun ni ^^

"pastu maahh, tibe2 pulak hujaaaann~ hehehehehehheh, mak taktau nak pegi mane, mak pon duduk la kat kedai makan tu, minom air, tungguuuuu jek la hujan benti. hahahaha~"
tambah mak aku lagi dengan nada riang.. tp.. sob sob.. sebenanye aku rase sedih pulak crite mak aku. maaf mak, orang xdek krete, tak bole amek mak ; (
tapi tu la mak, demi raya dan rendang tahun ni dia sanggop berkorban. eceh.. hihihi : )

"kite rehat2 dulu, pukol 5 kite masak2 eh2"

tapi sebenanye aku sebenanye hairan sangat tengok mak aku. selama nie kalau aidiladha kami tak sambut sangat. pagi2 pegi sembahyang raya, pastu balik rehat2. ni mak aku nak masak rendang+makanan2 lain siap ajak pokteh, moksu ngan anaak2 sedare dye yg keje kat sni. agaknye dia ada semangat raye. bagus jgak, kire bermakne gak la raye aji aku tahon ni~ hahaha~ tak pasal2 wall fesbuk aku pnoh ngan status rendang. hahaha~ [xde la penoh pon, tp aku mangat la pasal rendang mak aku tu. srs sedap ouh. balek penang nanti mesti rindu ^^]

CERITA 2

selesai subuh aku menggosok baju kurung biru ku. eceh.. ni baju raye taon lpas ni, pakai sekali je, sayaaanngggnye cantik2 pakai skali pulok. takpe baju, i pakai u hari ni. u still cantek i love u. u buat i cantik hari ni hokeh?
[gile, cakap dgn baju-.-'']

tengah aku mashuk gosok2 baju, aku terdengar la wardina pengacara MHI kecek2 kat tv tu..

"a.. walaupun pengorbanan ni dituntun, tapi janganla berkorban apa saja demi cinta ya.. macam apa yang berlaku hari ini... bla.. bla.. bla.."
lebih kurang camtu la dye kecek pagi tadi. betul jugak dia cakap. aku tak pernah terfikir erti pengorbanan dari segi cinta monyet ni. semalam ada aku dapat msg dari cek nab, dia persoalkan pengorbanan kita sebagai umat islam demi agama islam. soalan tu membuatkan aku termenung sorang2 dalam bilik malam tadi. [cewahh] dan kata2 wardina membuatkan aku termenung untuk kali kedua. nasib baik baju cantik ku tak terbakar. phewh~
[termenung=berfikir]

betul la wardina tu cakap sebebnarnye. depe kat lua tu kalau bercinta

"i akan bagi seluruh jiwa raga i untuk u"

"you're my everything"

"i love you till the day i die"

ok, honestly ayat2 ni sgt2 la sweet tapi untuk orang yg dah kawen aku rase... kalau org yg belum kawen, sila la jangan guna ayat ni, bahaya. bahaya sebab ape???

ye la kalau da sanggup give everything... ... ... ehem2.. meh aku gossip jap.. [jangan risau ni gosip baik, aku tak amalkan gosip jahat neh ^^ ] hari tu ada kawan aku tunjuk satu video yg orang post kat fesbuk. dalam video tu ada satu pasangan muda ni bercumbu cumbuan kat tepi jalan. yucks! aku tak tengok habes, yek2, x sanggop >.< da la laki tu huduh. jangan la weh, jangan la buat keje camni. malu la, ada sorang pakcik india ni lalu seblah budak2 tu.. tgh bwat scene 18 sx. malu la~~

andai kau berkorban untuknya, adakah dia akan berkorban bersamamu di akhirat kelak? apakah yang kau akan jawab ketika disoal oleh Yang Maha Satu nanti? adakah dia yang sanggup kau berkorban akan tolong kau menjawab soalan2 itu???

fikir dan zikir. [theheh, ni ayat IKRAM, pinjam ye. sharing is caring~ hahaha]

CERITA 3

lepas solat dan dengar khutbah yang membina, aku pun bersiap siap mahu pulang. tiba2 aku ditegur oleh satu tubuh kecil.

"eh! kak iba!!"

raibah. senior aku di sekolah menengah dulu. dia balik cuti sekejap.. sekarang dia ambik pharmacy.. kat new zealand..

aku terfikir.. wah... dia da pegi new zealand.......... and aku?

aku jalan dan jalan lagi.. aku pergi 7e dengan mak aku, mak aku ajak beli ais. kat kedai 7e kene bratur sebab ramai yang membeli. yela, kedai melayu tak bukak, raye la kan.. tiba2 aku teserempak ngan ayah kawan skolah rendah aku.

kawan aku amek medik kat egypt skarang.. uhuk, skali lagi aku terfikir... aku masih di sini : (

CERITA 4
sambil aku menulis ntok entry ni, kat tv3 skarang ada cerita ulangan time raya dulu. remy ishak jadi bangla pandai jahit baju~ watak nie mmg terbaik la. sanggup dia korbankan imej 'pedas' dia demi watak ni. mmg jadii sangaaat~~ dia la bangla terkacak di dunia~ hahaha~ srs dia patut menang award pelakon terbaik : )
[rujukan: tajuk cerita : SABAR]


********************************************************************************
habeeesssss~ 4 cerita sempena raya kurban~~
hmm2.. aku still fikir pasal kejayaan kawan2 aku yg study luar negara. sekarang aku cuba utk bersikap optimistik. setiap orang ada rezeki sendiri. and setiap orang ada pengalaman tersendiri.. hmmmm... ade hikmahnye kau kat sini fatimah, be optimistik : ) ok, cerita 3 agak takde kene mengena ngan raya korban sebenanye. hahaha~ tapi aku cam salu sangat fiker kot ==''


so inila 4 cerita saya~ anda bagaimana? heeeheeeheeee~ salam aidilfitri, semoga anda punyai pengalaman yang menarik hari raya ini : ) cheerish your day ^____________^

Saturday, November 13, 2010

sinar di celahan kegelapan (cerita cik gayah)

hai, nama saya rogayah. saya sedang menulis entry baru dengan menggunakan ID kawan saya, yaitu temah. mengapa saya tak post entry ni kat blog saya sendiri? kerana saya mahu buat hobi baru. iaitu post entry baru di dalam blog orang lain. heh heh heh [evil laugh]

topik hari ini ialah kekecewaan.

saya sedar, dalam newsfeed facebook saya, ramai rakan2 sekampus saya mengeluarkan ayat2 seperti dikecewakan.. for example la kan:

"setelah bunga kau berikan.. mengapa kau meninggalkan aku terkapai-kapai keseorangan..."

ataupun

"kenapa kau berikan aku harapan.. sedangkan kau tidak berniat apa2???"

dan lagi satu

"kepadamu aku terus terang, bahawa aku mmg masih syg, demi kamu aku relakan perpisahan..."

a.. lbeh kurang camni la.. ayat2 pasrah gitu...

dan sejujurnya, semua ayat2 ni di post oleh kawan perempuan saya.. ye, dinding mukabuku mereka dipenuhi dengan ayat2 pasrah, menggambarkan betapa remuk dan kecewanya hati mereka. ohoho...

begini ya kawan2.. seperti yang telah kawan saya TEMAH beritahu dalam entry nya terdahulu iaitu SAYA SUKA AWAK SUKA SAYA. hmmm2.. saya setuju dengan apa yang dikatakannya.

memang rakan2 ku.. ayat lelaki jangan lah mudah dipercayai.. kerana mulut mereka sememangnya lancar mengeluarkan kata2 indah disebalik otak yang menjana rancangan2 tersendiri. terus terang kukatakan, andai ada yang memberikan cintanya padamu rakanku, jangan mudah mempercayainya. andai kau percaya pun, janganlah meletakkan harapan yang menggunung tinggi. kerana kelak aku khuatir, kau tidak mampu menahan rasa sedih yang teramat.
[eceh.. tiba2 ber'aku''kau' pulak la kan.. mahaf ye, cik rogayah ni amatur lagi dalam berblogging~ theheh ^^'' ]

now, saya mahu anda lihat ayat ini...

''perempuan yg suci adalah perempuan yang djaga oleh ALLAH,
tidak sedikitpun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya....
kerana ALLAH teramat mencintainya..."

tidakkah anda mahu cinta Allah yang agung?

apalah kesannya cinta brader yang muka cam Farid Kamil tu.. ataupun jejaka jambu yang seiras iras Lee Dong Wook. mahupun abe hensem seperti ada bau bau bachang dengan Takashi Kaneshiro... cinta Allah itu ialah cinta yang agung wahai teman : )

andai benar lelaki itu untukmu, pasti dia menghormatimu. dan menjaga hatimu. dan berpesan yang baik kepadamu. dan melindungimu. dan mendoakanmu. dan akan mencari jalan untuk bersatu denganmu melalui jalan yang diredhai.. dan itulah
N I K A H

dia pasti akan beranikan diri.. untuk berjumpa kedua ibu bapamu.. kerana dia mahu hubangan itu direstui.. tidakkah kau inginkan seorang teman hidup yang menemanimu sepanjang hayatmu? yang menemanimu sehingga ke akhirat? apalah ertinya cinta di dunia yang sementara sedangkan cinta itu lebih indah di syurga yang abadi.

oleh itu.. ni gayah nak pesan.. kawan2.. jagalah diri.. jagalah hati.. berdoalah agar jika sang adam telah menemui kita.. benarkan dia mencintai kita keran cintanya pada Sang Pencipta.. dan relakanlah hatimu wahai kawanku.. untuk mencintai sang adammu kerana cintamu terhadap Ilahi~

pendek kata la wahai sahabat, coupling tidak mampu membawa kebaikan kepada anda. jagalah hati demi Allah. jagalah hati demi Rasul. jagalah hati demi ibu bapamu. dan jagalah hati demi bakal suamimu <3 size="2">*temah, tengs tau, aku pinjam satu post kosong, lagipon kan kau pon da lame x update blog.. kesian aku tgk pembaca setia kau.. rindu nak baca benda baru kat nevva winter~ cewah~ xpe temah, nanti kalau kau x pwas ati kau bwat la 1 entry kat blog aku eh2? heeheeheeee~ saranghae ^^

Monday, November 8, 2010

si tikus yang memakan dadah


aku ada lagi 2 paper.. and the next one is phr 215-pharmacotheraphy of cardiovascular and respiratory system.

subject ni bagi aku dan kawan2 aku pemahaman cemmana kesan dadah tu terhadap tubuh badan manusia.

sedang aku masyuk study, tiba2 aku terfiker...

macamane diorang boleh terfiker action and use of drugs? did they experiment it on thousands of people before? maksudnya ada manusia yg telah teraniaya?? oh nooooo!!
>.<

tiba2 aku terfiker lagi..
eh tapi diorang experiment kat tikus dulu kan..
pffttt ==''
ape la aku ni~

dan terfiker lagi...

krenye.. kalau dye nak tau kegunaan digoxin(ubat saket jantong) dye carik tikus yang ada congestive heart failure(saket jantong)? da tu cemmane plak dye nak trace tikus yang saket jantong???

terfiker x? ke aku piker byk sgt?
theheh ^^''

Allah dah kata setiap penyakit ada penawarnya. dan dalam banyak2 penawar, madu adalah ibunya. madu ni natural. memang segar dari ladang.

aku cam terfiker lagi la kan.. kalau camtu, dr @ org2 medic @ org2 yg control dunia medic tipu dunia dgn mengatakan cancer xde ubat!
heh. skali lagi kite ditipu. dunia ni penoh dengan penipuan.
*menggelenggelengkepale*

aku penah dgr cerita, sebenanye, banyak pemikir2 scientist2 org2 hebat medic ni dah memelopori dunia herbs, what they call, perubatan gaya traditional. and they tried to commercial it, or bring it to pihak yang berkuasa. tapi org atasan x luluskan. sebab apa? sebab, benda yg natural ni sah2 bawak kebaikan n benefit more than those chemical stuff that they provide us on hospitals and pharmacies. [eceh, speaking] kalau benda ni di komersialkan, mesti la ramai akan amek herbs compared tu ubat kimia yang ade banyak kesan sampingan tu la kan. [yep, every drugs have side effects, ni yg lecturer aku aja la] so org yg bekalkan ubat2 kimia ni akan lugi meh...

humm2.. ye la.. hospital skang ni pon bekalkan ubat.. org kalau da saket, nak xnak akan amek gak ubat, walaupun benda tu ada side effect. sbb tu la depe xnak majukan herbs, sebab depe nak org bergantung kat ubat depe. its all about strategy n money~ [eceh, speaking lagi] ni ape yg blaku kat u.s la..
bende nie aku x jamin 100% betol, sbb aku tebace kat artikel mane ntah.. and bende ni kan krisis org dalaman, org atasan, org blakang tabir.. kalau nak pengesahan kne tanye diorang, tp cemmane la kan.. =='' kalau salah jangan kate aku tebar fitnah, aku da ckp awl2 aku x jamin bende ni betul..

....tapi cam make sense gak an sebenanye?? wallahualam.. hanya Allah yang tahu...

ayah aku ckp.. dye ade citer kat aku la... skang nie china tgh cuba utk ketengahkan ubatubatan traditional, seperti yg diajar oleh nenek moyang mereka. diorang xnak begantong kat ubat hospital yang banyak side effect tuh.. hoho~

kita ada tongkat ali, kacip fatimah, dan macam2 lagi ubat traditional. in the end people will come back to the nature.

hmm.. ni aku just terpiker jek la..

patot la ayah aku soh aku blaja ubat2 herba..
aku nak blaja.. tapi skolah mane yg aja..???

tempat korang ade? haha~



sekian.
[doakan aku, aku ada 2 paper lagi, hwaiting! ^____~ ]

Thursday, October 28, 2010

realiti dadah

ini adalah satu kisah realiti. cerita yang bakal saya kongsi bersama anda sebentar lagi adalah bukan pembohongan mahupun kospirasi. cerita yang bakal saya sampaikan adalah kenyataan. satu kenyataan yang harus diterima dan dihadapi oleh satu kelompok kecil dalam masyarakat. kenyataan pahit yang harus ditelan oleh pihak yang teraniaya. dan saya harus sampaikan kepada anda, kerana saya tergolong dalam kelompok kecil dan pihak yang teraniaya tersebut.

"kau nak ambik apa lepas ni?''

''tak tau.. semua macam nak ambik medic jek... aku nak lain dari medic, tapi still dalam hospital. sebab bidang2 hospital ni confirm dapat keja. tapi aku tanak doktor, otak serabot. keja pon byk, nanti sian laki ngan anak2. aku tanak nurse, mmg x minat. aku nak something yg lain.''

''pharmacy?''
''owh. ape tu?''

''dia ni keje bagi ubat. kirenye dalam spital tu, kau la paleng expert pasal ubat"
''krenye nanti aku blaja pasal dadah la kan''

''a.. hahaha.. agar ar...''

disini ceritaku bermula. sekitar tahun 2007-2008, aku dan rakan-rakan tercari-cari akan hala tuju sendiri selepas menamatkan zaman persekolahan. ada yang telah menetapkan matlamat, dan ada yang masih tercari cari akan hala tuju. aku? aku juga begitu.

setelah mendapat keputusan spm ku, aku diselubungi dilema untuk memilih bidang yang akan kuceburi selepas ini. berdasarkan penceritaan ramai, aku menjadi trauma dengan matrik [walaupun x penah pegi la kan] aku menolak matrix sedari awal kerana aku tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. aku juga tidak yakin dengan result sendiri, maka aku memilih untuk mengambil diploma.

diploma pharmacy di sebuah universiti awam yang terkenal dengan peratusan anak melayu yang tinggi. pada mulanya aku amat yakin dengan pilihanku. setelah berkunjung ke hari terbuka universiti berkenaan, aku menjadi lebih yakin. hal ini kerana, jaminan untuk pelajar2 diploma melanjutkan pelajaran ke peringkat degree lebih tinggi berbanding berbanding berbanding pelajar lain [matrik, asasi, foundation, yadayada]. aku menjadi lebih teruja. ini ialah apa yang aku mahukan, ini lah bidang yang akan aku lakukan.

aku kemudianya menjalankan hari2ku seperti biasa sebagai seorang pelajar diploma farmasi. namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. setelah setahun aku menuntut ilmu, janji2 yang dikatakan bahawa untuk pergi ke peringkat degree kami harus mendapat pointer 3.5 telah dilupuskan. sebaliknya kami harus mendapat pointer 3.8. dahulunya mereka kata jika tidak mencapai pointer, kami diberi peluang untuk berkerja selama setahun atau dua tahun berdasarkan pointer yang kami sedia ada dan kemudian kami boleh meneruskan pelajaran ke peringkat degreee, juga telah dimansuhkan.

maka apa akan jadi kepada nasib pelajar diploma pharmacy yang tidak mencapai ponter 3.8 selepas menghabiskan pengajian diplomanya?
hanya menjadi pembantu pharmacy selamanya...

demmit BOARD OF PHARMACY!!!

aku mmg x paham dan xtau siape mereka ni. tapi kalau kami persoalkan tentang ape yg terjadi skarang ni, mmg lecturer akan cakap
''ni ape yang board of pharmacy buat''
even lecturers kat puncak alam fight pon, mmg board of pharmacy yg akan buat keputusan. dan takde siape boleh lawan.

diorang ni sape sebenanye???

yang aku tau dip pharmacy kat tempat aku jek. aku x sure la uia, ukm, tapi rasenye dyerang asasi kot.

habiss tu mmg dip pharmacy ni diwujudkan ntuk jawatan assistant pharmacy la???

tipuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

why kenape tak bagitau awal2????

suddenly pegi naikkan pointer, budak hebat je la bleh further degree.

fastract pon kena 3.5, bdk2 engine tempat aku sume nak fast tract 3.0 jek, bapak sedap.

pharmacy da la ade 8 paper, 21 credit hours. kawan aku ada 4 to 5 paper jek kot. time final gap kterang 3 hari jek. diorang bleh ade 9 hari. lebih dari sminggu hokeh!!! tuuu yg bleh balik la, gi karok la, wayang la...
then depe nak fast tract 3.0.
what tah h??????

tiba2 kurasakan dunia tidak adil..
T_______T

aku x paham la, nak kate ramai pesaing, pharmacy la paleng siket. budak lektrik, brape kali gande lagi banyak. so apeeeee masalahnye? ttcchaahh!

nak pointer tinggi2 pon buat ape... kalau doktor takpe la jugak, depe ada title. misal kate aku dapat habeskan study doktor kan, name aku jadik
DR FATIMAH ZAHRAH
tapi kalau aku habeskan study pharmacy, name aku akan jadik camni ke?
PHARM FATIMAH ZAHRAH
or
PHA FATIMAH ZAHRAH
xde maknenye! walaupun pharmacy same ngan dr n dentistry, tittle tetap x diberikan
in the end kat spital, patients yg nak mintak ubat akan cakap
''ha tu hah, amek kat akak yang jage kaunter tuh''
or
''ok2, pakcik yg jage kaunter 13 tu baik, aku mmg slalu jumpe dia jek, dia explain pon bagos...''
pffftttt ==''
sow, why kenape nak 3.8? aku x paham.

now, adekah mereka menaikkan pointer kerana mereka mahu menaikkan bilangan pembantu farmasi di dalam hospital2 kerajaan2?? begitukah?
kalau macam tu baik cakap awal2, diploma pharmacy is open for assistant pharmacy - ONLY.
aku rasa ditipu.

aku tak tau la siapa yang berada dalam board of pharmacy
kalau bdk2 dip pharmacy kat u aku sume kene jadi assistant,
maksudnye..
org melayu la yang akan ramai2 jadi assistant
dah tu yg sedap2 jadi pharmacy sape???
ok, aku tanak jawab, korang pegi la mane2 spital kerajaan kat malaysia ni, tgk sendiri. aku slalu pegi HUKM. mmg nampak sgt siape yg mendominasi kat kaunter dispense tuh ==''

pastuh, lagi satu. based on the story from my seniors yang pegi praktikal la kan, pembantu pharmacy yg buat byk keja. pharmacy just check jek. dispense, buat ubat, calculation, sumer assistant pharmacy. pharmacy just re-check. tu pon depe x check dah skang, just bagi kat patients.
cis, pemalas.
kalau org tu DIE sebab overdose ke hape, cemmane? saman kau, bia kau kene letak jawatan, buang keje, buang daerah, so last2 assistant pharmacy bleh take over. mwahahahahaha:DD

ok agak gila di situ.

aku bukan ape, situasi ni macam ada yang tak kena.. tempat aku blaja da la memang universiti bumiputra. habistu kalau kterang ni DISURUH utk jadi pembantu jek.. krenye org2 bumiputra mmg kene dok blakang jek la eh?
yg byk2 kat blakang sume bumiputra. yg keje kat depan sume... ?

''habis tu kite ni mmg akan jadi assistant pharmacy jek la? mmg xde pluang?''

''xde la, boleh je nak further kat ipts. tp aku dgr kat gajah mada ngan bandong ade. degree, n jimat stahon la compared to malaysia''

habis tu aku buat ape 3 tahun kat sini?
aku nak kawen T__________T hukhuk.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan inilah realiti yang telah berjaya saya rungkaikan hari ini. diharap jika anda punyai saudara yang berminat dengan kerjaya yang saya bincangkan dalam entry ini dan bercadang untuk pergi jauh, sila la membuat kertas kerja dan susun atur serta hala tuju yang elok rapi dan kemas untuk mencapai apa yang diidamkan.
jangan menjadikan nasib anda tersepit di dalam keadaan yang sulit serta perit dan ulit, nanti nak ungkit pon dah tak guna-it. ok merepek.

akir kata,
jauhi dadah
DADAH MEMBAWA BAHAYA



sekian.

*ye aku emo. tapi aku tak menyesal ada kat sini. aku akan habiskan apa yang aku dah mulai, dan aku akan gembirakan hari-hari aku dengan pelbagai kenangan manis yang akan menjadi memori indah di masa hadapan. eceh... hihihi. best tau blaja kat penang, so apa yang berlaku memang ada hikmahnya : ) ok skarang minggu exam. go go! sambong sikit lagi lecture note kau, jangan tido!! fighting! ^____~


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu''

Tuesday, October 26, 2010

saya suka awak suka saya



lelaki dan perempuan memang tak sama
lelaki selalu cakap : perempuan sukar diduga
tetapi hakikatnya: lelaki yang tak mahu memahami

betul ke?
tapi.. lelaki.. kalau bermain dengan kata-kata...
jangan sangka itu mereka.

aku, aku tak reti untuk percaya kata-kata mereka
aku lebih suka mengerti gerak gaya mereka
kata seorang tua, nak berubah bukan dengan percakapan, tetapi perbuatan.
begitu juga lelaki
nak percaya lelaki, bukan dengan percakapan tetapi perbuatan : )

"saya suka awak"
perempuan yang mendengar kata-kata ini, pasti hatinya berbunga
namun adakah anda pasti sukanya sampai tahap mana?
adakah sehingga akhir hayatnya?

aku pernah beritahu seorang temanku[lelaki]
kalau jadi lelaki memang senang
if you guys like a girl, be nice to her, and you'll surely win her heart
percayalah
aku tak tipu
cuba jadi baik dengan seorang perempuan ni,
cakap elok2, just be nice to her, pasti dia menaruh harapan kat kau
tapi perempuan?
==''

susah tau jadi perempuan
ok fine, orang kata pakai sexy memang boleh tarik lelaki
tapi lelaki yang jenis macam mana?
boleh ke dapat lelaki yang baik?
jadi perempuan tak senang, susah nak luahkan perasaan kat jejaka idaman hati ^^''
tapi kalau jadi lelaki, bukan setakat idaman hati,
idaman kalbu, idaman minda, idaman jantung : semua pon boleh.

tapi kawan aku tak setuju..
last2, sekarang dia berdepan dengan masalah
"haihhh.. dia nie... weh dia bagitau aku... macam mana aku nak buat ni..."
sebelum dia syok kat kau apa kau buat kat dia?
macam la tak tau.. kau yang start dulu kan...
tu la... aku cakap kau tak nak percaya...
kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai
lelaki memang senang
"saya suka awak lah" "awak cantik" "dah berpunya?''
dan macam2 lagi pick-up line yang digunakan
akhirnya, sekadar niat nak bergurau
dah tu mula lah cakap

perempuan sukar diduga==''

haha,
dude, please stop playing game with girl's heart!!!

******

eceh.. tak le bla plak bile bace entry baru aku ni.
sekadar meluahkan pendapat ^^
in the end, lelaki tetap memerlukan perempuan dan perempuan tetap memerlukan lelaki
setiap dari kita punyai pasangan masing2
jadi sayangilah pasangan anda
lelaki: kalau tak mahu ditimpa masalah, jangan cuba untuk mendekatinya : ) play safe boys !
perempuan: jangan mudah terpedaya dengan kata2 L E L A K I. buaya? naaaaaahhhhhh...
you deserve better! hargailah diri anda ^^


sekian. trimas.

*ohoho. esok exam! goodluck kepada semua yang akan ber-exam! selamat berjihad! dan doakan kejayaan ku jua! cherish your day ^^

yang tua dihormati, yang muda disayangi

kedengaran alunan musik Westlife memenuhi ruang rumah. Fatimah lantas membuka matanya. Lecture note yang asalnya hendak dibaca hanya menjadi teman tidurnya. Fatimah bangun dan terus menuju ke bilik yang juga menjadi bilik milik dua lagi teman serumahnya, Aziah dan Ezzah. Terlihat kelibat Aziah sedang tekun membuat nota kecil di mejanya. Fatimah lantas ke mejanya sendiri lalu meneruskan pembelajarannya yang terbantut selepas subuh tadi.

"aku tak kira, aku kena habiskan jugak 5 lecture notes untok pagi ni."

getus hati Fatimah.

Tidak berapa lama kemudian. Datang sekujur tubuh yang tinggi, masuk ke bilik mereka yang dipenuhi dengan mood study.

"weh.. kita kena pindah rumah!!!"

"apeh????!!!!!"

...

Fatimah dan Aziah terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Ezzah.

"bia betul.. budak ni ngigau ke ape..."
hati Fatimah berbisik.

"kite kene pindah, tuan rumah nak rumah ni"
tambah Ezzah.

"habis tu..."
Aziah seperti tidak percaya.

"dia bagi kita duduk kat blok enam, tingkat dua. rumah ni dia nak gune"

"aku tak nak blok enam. blok ni dah sedap dah weh, depan anne, kedai dekat. rumah ni dah elok sangat. kite dah selesa dah"
tambah Aziah.

"tipu sangat dia nak gune rumah ni. mesti ada penyewa lain ni"
kata Ezzah.

"haah, orang tu mesti nak bayar tinggi. skarang ni orang tengah carik rumah. kita ambek pon murah kan, tingkat satu, 450, mane nak dapat weh.."
tambah Aziah lagi.

"dia takde hak nak buat macam tu! kalau dia nak kita pindah, dia kena bagitau kita dulu, kita bincang betol2! kita tinggal satu sem je pon.. hish! aku memang bengang la, mentang2 la kita student dia boleh pijak kita macam tu je, dia ada otak ke tak?"
Fatimah berkata dengan lantangnya, tak mampu nak menyembunyikan kemarahan yang membuak-buak dalam dirinya.

*******************************************************

siot.
berita ni kawan aku tau dari pejabat blok aku, bukan dari penyewa rumah sendiri.
bila kawan aku mintak nombo pemilik rumah ni dari pejabat, pejabat x kasi. dia kata tuan rumah memang dah suruh pejabat uruskan semua benda so nak apa2 urus ngan pejabat jek, takleh kacau tuan rumah.
bud uh.
dah la semalam baru bagitau, besok nak jawapan. ade otak ke tak?

hish, aku memang srs bengang.
bud uh.

ni la dia situasi kat malaysia. aku memang nampak benda ni dari dulu. kalau dah nama student, memang diorang pandang sebelah mate.
student tukan org yg menuntut ilmu. kau dapat commission la tolong org yang menuntut ilmu!!!
dulu, time aku gi spital, ade la satu geng budak2 belia remaje cam aku gak.
diorang bapak lame tunggu kat stu, mmg org tak layan dyerang. last2 dapat a dokter, tapi dokter yg x reti cakap mlayu, english pon bterabo.
pfffft.

ntah, susah la hidop dlm masyarakat yg camni!

yang tua dihormati, yang muda disayangi?

BULLSHIT!


*aku doa semoga tuan rumah tarik balik apa yang dia cadang tu. tapi macam susah je.. aku doa aku dah budak2 rumah aku dapat rumah yang ok sem depan. azi ada satu rumah. tapi rumah tu jaoh. takpe la, semoga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat, ameeeennn.
doa orang yang teraniaya termakbul kan?

Saturday, October 16, 2010

gadis gosip

ini adalah sebuah cerita tentang esah, gadis gosip. esah ialah seorang gadis yang sangat suka bergosip. kemana dia pergi, dia pasti akan mencari seseorang yang akan bergosip dengannya. dia akan bercakap dan bercakap dan bercakap. namun kadangkala, esah lebih suka mendengar. esah akan bertanya, dan kemudian mendengar. itu lah esah, gadis gosip.

seringkali esah berhadapan dengan manusia-manusia yang mengajak ke arah kebaikan. esah sangat bersyukur kerana mereka mengambil berat tentang dirinya dengan menegur kesilapan esah. namun esah tetap tidak kisah, dia pasti akan mengajak mereka bergosip. kadang kala, mereka akan berkata
"dah la esah.. kau tau tak gosip tu tak elok~ tak yah gosip la weh"
maka esah pon menjawab
"ala.. kite takyah la gosip jahat... kite gosip baik jek la~ eh eh eh???"
sambil mengenyitkan matanya. esah memang begitu.. gosip adalah cara hidupnya.

namun esah pernah memberitahu..
"aku ni cakap je gosip.. tapi aku tak niat nak kutok2 orang.. 'gosip' maksud aku borak~ perkataan gosip dalam kamus hidup aku lain dengan perkataan 'gosip' dalam kamus hidup orang-orang kat lua ok~ kalau aku ajak gosip, maksudnya aku ajak borak~ sembang2 masa hadapan~ gitue~ korang jangan ingat aku suke mengupat~ oh nonononono~~ *sambil menggeleng geleng kepala, dan menggerakkan jali telunjuknya, macam makcik kat jepon tengah gosip dan mereka agak tak setuju dengan gosipan rakan gosip mereka* aku baik tau~~ "
begitulah katanya...

esah punyai ramai geng gosip. semenjak di bangku sekolah, esah sudah mengasah skil gosipnya. tak kira perempuan, mahupun lelaki, esah pasti akan ajak bergosip. kata esah, melalui gosip, dia dapat mengenali hati budi orang. esah pernah bercita-cita untuk menjadi ahli pshycology dan belajar tentang hati manusia. dia amat meminati bidang kerja datuk dr fadhilah kamtome. oh maaf, kamsah.

suatu hari, esah berkenalan dengan seorang lelaki bernama ramlan. ramlan juga suka bergosip, tetapi ramlan bergosip dengan gaya dia sendiri. esah suka cara ramlan, kerana sepanjang sesi per-gosip-an, ramlan tidak pernah mengutuk orang. kadangkala, esah suka berada di sisi ramlan, kerana esah suka mendengar hujah dan pendapat ramlan. ramlan sangat berbeza dengan mana-mana kaki gosip yang pernah esah kenali. ramlan berkata dari hati. dan dari sesi gosip yang pernah mereka lalui, ramlan juga suka membaca hati budi orang. kebanyakan hujah dan pendapat ramlan tentang manusia adalah bertepatan dengan hujah dan pendapat esah.

ramlan juga punyai ilmu tentang agama. walaupun sifat ramlan agak gila-gila, dan kadangkala orang di sekeliling ramlan melebel ramlan sebagai budak jahat, esah mempercayai bahawa ramlan ialah seorang pemuda yang istimewa. disebalik sifatnya yang gila dan suka bergurau senda, ramlan punyai sisi putihnya yang tersendiri. ramlan sangat suka membuat orang gembira dan bergelak ketawa. namun esah tahu, ramlan menyembunyikan perasaan sedihnya. kadangkala, ramlan menafikan perasaan sedihnya itu.
"esah kawan ramlan. esah takkan biarkan ramlan keseorangan"



semakin esah mengenali ramlan, semakin esah suka bersama ramlan. esah merasakan bahawa ramlan adalah kawannya yang paling memahami dirinya.
"ramlan speaks my language"
begitulah katanya kepada dibah, rakan karib esah. bagi esah, ramlan ialah kawan baik yang sangat istimewa di hatinya. 1000 kaki gosip yang dijumpainya pun takkan sama dengan ramlan. dibah pernah berkata bahawa, lelaki dan perempuan takkan pernah jadi kawan karib. it will not last forever.

"tak.. tak mungkin. ramlan lain. i love being his bestfriend. i love listening to him. i love being around him. he's my bestfriend forever"
esah mahu jadi kawan karib ramlan selamanya. namun esah tertanya-tanya, andai suatu hari esah berkahwin, adakah suami esah akan mencemburui keakraban esah dan ramlan[?] tak mengapa, jika suami esah menghalang esah dari berjumpa dengan ramlan, esah akan ikuti kata suami. pabila esah berkahwin, esah pasti akan kenalkan ramlan kepada suaminya nanti.

sifat ramlan: dia kaki perempuan. namun esah tidak melarang mahupun memarahi ramlan, kerana se-obses manapun ramlan terhadap perempuan, ramlan takkan mampu melakukan kejahatan. esah hanya melayan kerenah ramlan yang suka memuji kecantikan perempuan yang lalu dihadapannya, mahupun mengorat mana-mana perempuan yang berada berdekatan dengan mereka. kadangkala, esah suka mengusik ramlan dengan beberapa pertanyaan panas tentang wanita. hal ini juga membawa kelebihan kepada esah kerana esah dapat mendengar pandangan lelaki terhadap wanita. esah lebih suka bersifat terbuka hingga ramlan selalu berkata
"kau ni jujur sangat!"
esah tak kesah, sebab esah menganggap ramlan seperti saudaranya sendiri.
esah mahu ramlan menjadi geng gosipnya selamanya. bestfriend forever.
namun...



kisah gadis gosip bahagian 1, tamat-

Thursday, October 14, 2010

carutan

adakah anda seorang perempuan yang sangat baik, sopan dan menjaga tatasusila sebagai seorang perempuan melayu terakhir secara tiba-tiba berhadapan dengan banyak masalah dan terasa ingin mencarut? oh no please jangan! sesungguhnya carutan itu takkan mungkin mampu menyelesaikan masalah anda. malah, mampu mengundang masalah lain di akhirat kelak. [eceh.. walaupun ayat aku poyo, tapi ada kebenarannya hokeh]

takde ape2 pon nak diceritakan, cuma aku selaku gadis melayu yang cantik lagi sopan dan ayu, walaupun aku terasa emosi aku sangat tak stabil ketika ini, dan terasa ingin mengeluarkan kata2 kesat, namun aku masih rasional~ hah hah~ [baguih jugak ber-blogging, mampu meningkatkan tahap rasionaliti diri sendiri~ agegege^^]

aku takde cerita sebenarnye, ok tipoo, aku ada masalah, tapi tak boleh di war war kan di area blogspot ini, ihihihi~ im shy~

ok lah itu sahaja untuk kali ini, aku sedang menggunakan laptop mekyah, teman serumahku. tika ini dia sedang mencekak pinggang menunggu giliran untuk menggunakan laptop kesayangannya~ ok mekyah.. dah nak siapdah.. eheheh~

ayat terakhir aku, marilah beramai ramai jadi wanita cantik, stop cursing~ peace no war ^___^

credit: mekyah. trimas kerana meminjamkan laptopmu, laptop anda sangat SANTEK :)

Monday, October 11, 2010

you're the best

MRSM Kepala Batas

hari tu pegi mrsm kepala batas~ buat program~
tak pernah jejak kaki pon kat jenis negara berasrama sebegituuu~ ahaha~
ni semua gara2 program kelab ku yang ku chintai
depa kata ni first time gak kelab buat program kat mrsm
thanx to ketua program lah yek! nasman suparman~
being there, aku rasa teringat kat skolah aku
uhuk ;(
semashur sendah nama
apakah kabaran anda?
hahaha~

dan ini juga kali pertama kelab buat program ngan skolah 2 hari 1 malam
ke[?]
hahaha
hasilnye tetap best
credit to ketua fc, shafiq geng gosip:)
[re-call kau srs bwat aku meremang. ngan suare kau yg serak2 basah-jerit2-separe nanges tuh~ tp x dinafikan la.. panjang sangat sesi tu.. kau x penat ke? hahaha~ ape2 pon tahniah la weh! preparation yg sekejap, kre hebat gak la tu an an? hahaha~ sorry gak, aku antara ahli gosip kat blakang mlm tu, tp aku gosip x lame, kejap jek, kejap~ aku kan bwat video ntok kau~~ hahaha:D ]

hwahhhh~~~
berprogram dan berpersatuan mmg penat!
tapi hasil, pengalaman, impak, semuanya takkan boleh diperoleh dalam kelas-kelas biase~
eceh~~
hihihi^^

dan tahniah gak la kat bdk kelab, jumaat hampa pulun buat seminar, pagi sabtu tros pi skolah buat program~ hampa mmg terbaik-lah!

dan nah! beberapa gambar yg cambest!

......

hahaha~
ade beberape kesulitan utk mengupload gamba~ insyaAllah aku try lagi, esok ade test, x byk mase la nak on9~ eceh~ hihihi :)

TELUK SEGADAS, PULAU PANGKOR
dari awal sem aku mmg paling aim program ni
pegi pangkor, water confidence, kayak, snorkling
pantai cantik, pasir bersih, kerang banyak
bbq and campfire
smua benda kena byr: RM 10
siape xnak pegi weh!!!
tp lpas program tu.. test aku.. beratur~
lepas jek seminar n program ngan mrsm tros program kembara
penat ^^''
minggu tu, aku mmg niat tanak pegi, aku nak tarik diri
da lame aku tak focus study
dan
walaupun aku tak penah mis program kembara kelab aku
tapi aku rase aku kene tolong azi utk unifes
aku cakap kat mirul awal minggu tu.. aku ngan azi tak pegi
ada unifes..
test pon blambak.. slame ni test aku, aku REDAH jek
ingatkan boleh la buat elok2 sket untuk minggu tu
tapi
mirul tetap stay name kterang dalam senarai peserta
hallamak ^^''
tapi
sian pulak, mirul x penah pegi kembara
dis sem dia jadi ketua program, aku ngan azi lak tak join
weh, aku bukan sengaja xnak pegi la!!!
last2...
aku pegi gak..

*gaya akur dan berserah

kesan lepas program: hahahahahhaa~ nseb baik aku pegi!!!!!
pasir dia selesa sangat, rasa macam nak bawak balik rumah, letak kat bilik aku~ selalunye org ada rumput kapet, aku nak pasir kapet~ agagaga^^ aku bawak sikit cengkerang utk kocci [ikan laga ku yg comel^^ ]
thanx to fizi, sbb ingatkan:)

gamba~ nextime aku upload:)

Majlis AGM & Jamuan Raya
ya, program kami berturut-turut!
dan majlis ni berlansung smalam
aku dan azi jadi timbalan kp
haduihhhh
penattt
tapi
aku gembira!
sbb smue pon happy
mungkin sbb smue pon penat dah nak layan perasaan penat diorang
so happy jek la!
hahaha
trimas smua!
munah, mirol, apan, aiman, fizi, nasman, shapix: trimas ntok teknikal!
shapix lagi: trimas ntok kupon!!
apan lagi+awe: trimas ntok video!
is, iman: trimas ntok hiasan n hadiah!
kak shaz: trimas ntok hadiah! n senyuman n kegembiraan anda! membuatkan saya kurang tensyen malam tu, bila kita senyum, org lain turut tersenyum! hah hah:DD
faris: trimas krn duduk baik2 kat meja tu b4 start majlis
acap: trimas ntok hadiah
mira, acap idris: trimas ntok protokol, perjalanan majlis sgt best!
emcee: next time mmg target korang je la~ hahaha~
smua bdk part 3: persembahan tersebut.. hahaha:)
miss nurul: tq 4 coming!
syikin, kak ainaa, nadia, waina, ella, ika: tq for helping!!! i love u mucho2!!
and budak2 bru lepas test: trimas sbb sudi datang~~ muke korang tension jek bru lpas test, tapi ble dah jumpe, gelak2 gak, as if xde pape berlaku~ hahaha~
and and smuaaaa orggg dalam dewan: trimas for everything! im happy, truly happy :)
dan dan dan, dan juga kepada azi: THANK YOU FOR EVERYTHING!!! SUSAH SENANG KITA SAMA2, JOM KITA GILA2 PLAK! HAHAHA~ KAU, SEWEL NOMBO 2! HAHAHAHA:DD

hyuuhh~
tq for everything guys, truly appreciate it :)

n yap, gamba later lah~ theheh ^^''

NOW
banyak yang aku lalui spanjang lepas raya
bukak cuti jek..
fuhhh
penat2!!
macam2 berlaku
program bersusun!
mmg aku penat mmg aku sakit
tapi aku rase aku x menyesal
sebab semua ni aku akan ingat sampai bila2
aku tetap gembira
thank you guys for everything!
YOU're the best!
:)
n now kne focus on study, exam lagi 2 weeks~
minnasan, gambarimasu!!
lastly, cherish your day ^^

tambahan: kepada sifuku, ampun kerana x update blog kelab. gegege~ hidup mesti ceria, happy sokmo noh!!! :)

Sunday, October 3, 2010

pasir pantai

teluk segadas, pulau pangkor

terima kasih kerana memberikan pengalaman menarik untukku

ps: entry ini sangat pendek, esok ada test ^^' btw, snorkling memang menarik, next time nak cari tempat yang lagi lawa! trima kasih kawan2, anda terbaik!

Tuesday, September 28, 2010

keriat rebah menyembah bumi

20100925, 09:00 pm


inila program p** yang paling best paling enjoy paling sempoi penah aku pegi

aku puas hati la tinggalkan sume benda kat p.p sbb nak datang k.b

aku puas hati la datang gak walaupon badan aku letih gile

aku puas hati la berpenat walaupon aku mmg x larat

aku puas hati la dapat join bejuang ngan kwn2 aku


11:00 pm


Senah, kau tolong ah aku.. ni aku da bagi gamba ni.. lagu pon aku da bagi kau an dulu..

tolong a aku weh, aku x sempat blaja vegas.. dari dulu lagi aku mintak nak blaja bende ni, x sempat2 pon.. ko tlg aku a weh...


20100924, 00.00 am


ok.. posgosip..


00:45 am


alamak.. lame lagi ke.. video aku...


00:30 am


bapak lame cakap.. besok nak lari2 lagi.. igt boleh perform ke ngan tdo lambat2 camni.. posgosip bapak lame, nex time posgosip ckp bende same gak~ hish! bagi diorang tdo jek la, da penatttt ssangattt la weh~


00:50 am


aku da tak larat sangat la.. penat

penat sangat2.. aku tak tahan.. diorang ni tak penat ke...


02:00 am


;( aku da tak larat sangat la weh


02:15 am


;(((((


02:30 am


ok Senah, aku da abes posgosip. so how2???


04:12 am


"tmah, bek ko masok bilek, mate ko da tutop da tu~"


"kau nak balek gak e?"


"haah, pkol 5 aku blek"


"taknak tlg aku ke?"


"xleh2.. pkol 5 aku blek"


07:15 am


"tmah, kau tak explore race ke?"


"takpe go on la dlu"


07:17 am


alamak.. ni bkn yg aku nak ni.. xpe la usehe la sket2..


12:07 pm


"weh, aku nak mkn jap, ak tgh render, tgk2 kan dlu!"


12:45 pm


alamak...

asal laptop aku tetutop ni..

arghhhhhhhh!!!!!

xpe2.. saba...

rilek2... render balek..


01:07 pm


"ok2, try tengok video ni, ok x?"


"hmm... pnutop dye cam tenggantong..."


"ok2.. xpe, meh aku btolkan"

"Ah Cheong! aku da buat bende ni, aku da suson da gamba dye, time ko tgk nanti tgk ngan pnoh prasaan tau, hayati lagu dye!"


"haha~ ok~"


02:30pm


ni nak kne set up elok2 ni.. hmm2.. kasi best..


03:07 pm


alamak.. cikgu dye x dtg lagi ke eh..


03:18 pm


lame lak cikgu dye nih...


03:23 pm


"ok2.. sume dok kat sini.. ha yg siswi lak kat sni.. pnohkan depan.. pnohkan depan..."


04:22 pm


-tayangan video-

-tibe2 something went wrong-


04:40 pm


Tok Ki:

"ni apesal macam ni.. pot pet pot pet pot pet pot pet"

"posmotem ni pastikan dtg!"

berlalu pergi dengan muke bengang


04:43 pm - 07:46 pm


;(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((


T____________________________________T


07:47 pm


tido




************************************************************

weh, aku bukan tak usahe, aku da cube yg terbaik

sampai hati kau marah aku

tak kesah la nak marah pon, kau ade hak

sebab kau ketua la kan, kau mesti nak yang terbaik

aku paham sume tu

tapi kau paham tak bile orang dah berusaha buat yang terbaik, tapi tak jadi

maksudnye memang takde rezeki

aku taktau ape2 pon pasal vegas tuh

ahad tu ade ke org tlg aku?

aku panggil kau pon bukanye kau datang, buat tak dengar jek

aku kol Senah, dia tak angkat

las2 aku kol a gak sifu yg bz tuh

ksian sifu

Senah ade gak tanye aku..

"Tok Ki tak tlg kau ke? aku dah sroh a dye tlg"

weh, srs, aku x sedih kau mrh aku

tp aku kecewa kau tak appreciate kerja aku

lagu.. time ntok gamba klua... jenis2 gamba..

aku bwat sbnanye khas ntok ko ngan Muthu Sami

korang kan da nak kua

sampai hati weh

aku x terase lansong kau marah aku, jujur.

tp srs, aku kecewa


dah a, x gune aku bwat sume ni

aku penat2 pon xde yg appreciate

skang baru aku paham prasaan Senah


aku penatt

penattt sangat

mata aku mmg lebam skang cam org kene tumbok

mata aku ni saket smpai skarang

aku penatt sangat

sangatt sangattt

kalau kau nak kerja aku sebaik sifu, mmg x la

aku x abes blaja lagi

aku mntak tlg kau pon, kau x denga


aku tersangat penat

rase x berbaloi aku penat2

benda tu mmg aku buat ntok ko ngan Muthu Sami

baik aku blaja, hari ni test pkol 8 aku x blaja pon

ntah aku fail kot

bialah


las kali aku nak mintak maaf kat kau ngan smue

aku x buat keje elok2

x buat keje btol2

dah lpas ni jgn sroh aku bwat keje

aku x layak pon join korang


ps: aku tau korang tak penah buat cam aku buat ni, kalau korang tak puas hati mmg korang diam jek kan? sbb tu aku ckp korang ni mmg skumpulan org baik2. buat la cane pon, stil saba. xyah simpan sangat la.. sbb tu la agaknye 2 3 minjak ni aku tgk Tok Ki tu da xleh control, smue bende nak bebel. tension agaknye. tu la.. kalau tension jangan pendam.. x pasal2 smue org kne bebel.. sory la kalau aku tulis bende ni direct. nak bwat cane, kalau aku x bwat canni kang aku lagi sedih. mata aku ni da penat. dah x larat. sory la lagi skali, aku tau ni bukan style korang. tp aku xleh la, aku x tahan, kalau aku x buat cani nanti aku nanges lagi trok. aku x kuat cam korang. so mintak maaf kalau ada tekecil kan hati sape2 ;(

2) ape2 pon, p** kali ni mmg terbaik, x kesah la aku kene marah ke ape, aku tetap value every moment aku ade kat skolah tuh. trime kasih kwn2. dah lpas ni xyah panggil aku lagi.


tu jek, babai.