Monday, May 9, 2011

5 sebab kenapa gadis melayu suka apek korea

bismillah.
assalamualaikum.
last week aku ada nampak sorang brader pemilik satu blog yang kool ni post pasal korean artists. dia ada tertanya-tanya kenapa gadis-gadis melayu hari ini ramai yang jadi kipas susah mati apek2 lencai korea. well brader tu not the first to ask.

ramai lelaki-lelaki melayu di luar sana yang tertanya-tanya apa la yang ada kat apek korea keping tu sampai beribu ribu gadis melayu menukar gambar profile picture facebook mereka kepada gambar jejaka yang menetap di negara yang berpuluh ribu kilometer jauhnya. bukan stakat profile picture, malahan status facebook juga sering di-update dengan perkataan-perkataan asing seperti 'oppa saranghae!!!' 'chencha bogoshippoyo' 'himnae' 'kamsahamnida chinguya : )' dan macam-macam lagi... btoi dak???

kemudian lelaki-lelaki melayu mulalah tidak senang duduk kerana merasakan ramai gadis melayu mula tidak meminati mereka. maka wujudlah...


*puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke *
eeeeuuuuuwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!!
(omai, aku tros delete gambaq huduh ni lpas upload. erghhhh, *pukesomemore)

so para jejaka malaya yang tertanya-tanya awat la gadis-gadis sopan ayu comel molek malaya suma ni boleh suka minat sangat kat apek2 korea, apa lebihnya depa sampai boleh wujud group wannabe (seriously jangan la buat macamni, kena kutok kaw2 oiiiiiiiii, am## maharaja lawak pon tak kena kutok cam ni *eheh jahatnya aku)

meh aku bagi 5 sebab gadis-gadis melaya mencintai apek korea...

1. mereka kacak dan comel lagi bergaya, tak perlu work hard untuk tampil dengan imej yang indah bak bidadara turun dari kayangan

oke, ayat aku cam over, tapi basically macam tu lah. walaupun semua tu luaran je, tapi dah nama artis, mesti la kita nak minat yang cantik2 hensem2 yedok? ala macam la taktau kat bilik korang (lelaki-lelaki sejati) pnoh ngan poster ana rafali n lisa suringhani. bila tanya kenapa minat lisa surihani "dia kiyyyyuuuuuuttttt!!!! x rasa dia kiyut ker?" *rolling eyes. so sama lah kita, kalau anda boleh minat lisa surihani kerana dia cute, and ana rafali sebab dia comey pegang gitar pakai baju kurung cotton bunga kecik2, gadis2 juga meminati lee minho kerana kekacakannya. biasakla manusia, tertarik dengan beauty.

hensem2 dan kacak macam kat atas ni, awwwwwwwwwwww mesti la sukeee!!! and then suddenly something like this appear

tak ke rasa nak lempang? erghhhh.
kalau ye pon nak wujudkan 'k-pop malaysia' cari la yang cam danny x-factor ke, yusry kru, baru la tak rase nak kutok. bukannya takde cute guys kat malaysia ni, awat la pakat pick ja oghang keding lidi xdak daya penarik LANSONG. ibaratnya macam peminat2 ni juri nak pilih miss world, korean stars tu aisywarya rai, priyanka chopra and susmita sen and then budak2 dalam gambar ni plak... em tak perlu la aku teruskan, u get the point.

2. muka licin, sumber inspirasi untuk kekal cantik.

seperti semua sedia maklum, orang korea memang memiliki kulit yang cantik atas faktor cuaca dan pemakanan mereka. bayangkan kau perempuan, pastu kau suka sorang laki yang kulit lagi cantik dari kau. tak ke rasa tercabar?? dulu masa mula-mula aku minat kim hyun joong tiap2 malam aku pakai krim pemutih safi balqis, sebab malu oppa lagi cantik dari aku. theeeheeee. dalam konteks lelaki pulak, bayangkan korang ada awek tapi awek korang lagi kuat dari korang, rasa tercabar x? ok fine ada yang rasa bangga, tapi tak ke rasa rendah diri kalau orang puji2 awek korang lagi kuat dan gagah dari korang. so ape function korang? hahaha. lebih kurang camtu ler.. falling in love with korean stars can be a good thing you know, kalau dari sudut pandangan positipnye la, aku kan optimis.

kim hyun joong

so in case anda2 jejaka malaya yang ada awek kipas susah mati sama apek korea, usah gusar! apek2 ni can only be their inspiration to upgrade their beauty gitu.. takkan la nak jadikan korang yang kulit masculine sawo2 matang tu as sumber inspirasi untuk jadi lebih cantik ye dok? plus, diorang minat dari jauh je punn, kalau apek ni datang malaysia punn bukannya awek korang boleh ''hai lencai, nak email boleh, nanti malam ni i skype u okiii. hihi ; )''

3. funny

korean stars memang faymes dengan reality shows. and seriously they're funny in it, no doubt! tak tau la kalau depa blakon ja, tapi antara sebab aku minat super junior pon pasai depa lawak nak mampuih, n antara sebab kawan2 aku bejangkit dgn penyakit 'gila minat brader korea' ni pon pasai depa tengok reality show yang klaka, gelak sampai tak ingat bahawa ketawa boleh mengurangkan ilmu. theehee. antara reality show yang menjadi ajen virus penyebaran cinta apek korea: EXPLORER OF HUMAN BODY and banyak lagi, boleh tanya rakan2 gadis yang kipas susah mati sama apek korea.

4. killer smile

killer smile ni kan bila sorang jejaka senyum, awek tu rasa cam jantung dia berhenti bwat seketika. or cam rasa ada electric shock skit dalam jantung dia, or rasa cam melayang, or rasa cam dunia behenti seketika. ni bagi pendapat aku la. senyuman dia boleh bwat kita separa mati gitu, lebih kurang la... dulu time mula2 aku gila minat apek korea ni, first person yang aku suka is kim hyun joong, and antara reasonnya is his killer smile. tuuu diiiiaaa~ ahahaha.. cakap kencang pon x guna, meh aku provekan dengan gambaq




respon biasa yang budak laki cakap kalau tengok gamba2 cam kat atas ni: "eiii cam gay je.." yala pasai hang tu laki2! oke aku mengaku ada gak budak perempuan yang cakap benda yang sama. tapi bagi aku, budak perempuan tu mesti tak minat lelaki kulit putih, sebab tu la dia cakap camtu. dia mesti jenis yang suka lelaki kulit sawo2 matang gelap2 maskulin gila kental turun padang badan peluh2. biasala, minat dan tahap kecantikan tu berbeza di mata setiap insan.

5. romantik

ni point aku letak atas ape yang orang cakap. tapi honestly aku minat diorang bukan sebab romantic. tapi sebab 4 points yang kat atas. mungkin point ni gadis2 lain kot yang minat. aku tak.

***

honestly, atas 5 point yang aku hujahkan, abang2 apek jambu korea memang ada kelebihan berbanding lelaki2 melayu. memang geram la tengok apek comel kulit cantik mata lawa. tapi itu tak bermakna anda lelaki melayu harus menjadi seperti mereka. sebab, akhirnya di hati gadis melayu tetap akan wujud seorang lelaki yang berbaju melayu lengkap dengan songkok dan sampin.. honestly takde lelaki yang mampu mengalahkan kekacakan mahupun ke-smart-an lelaki melayu yang berbaju melayu lengkap

mesti ada orang cakap "ala letak gamba asyraf muslim, memang sah2 la dia hensem"
listen, cayo la cakap den, baju melayu lengkap mampu mengacakkan seorang jejaka. korang yang muka pecah sekalipon, kalau pakai baju mlayu lengkap still nampak smart. dengan syarat mesti lengkap la, kalau pakai baju mlayu sampin tapi tak pakai songkok still bagi aku tak smart.

pastu kalaupun mat salleh pakai baju melayu.. memang la nampak smart, tapi still lelaki melayu lagi smart. cuba tengok david archuleta pakai baju melayu. hihihihi, comel jea.

lagi satu, cuba pulak search tengok asyraf muslim pakau tuxedo, aku still rasa dia lagi hensem and menawan dengan baju melayu. haha.

so jejaka2 melaya out there, takpayah la rasa gusar dengan apek korea yang menjadi kegilaan gadis2 ayu comel sopan alaf ini. depa minat pon stakat minat ja.. korang tu jadi la diri sendiri, toksah dok kalut nak tiru depa. ni aku pi mall ada gak mamat kempeng yang bwat toncet bajet lee teuk. ewwwww, geli paham tak?

and maksud aku jadi diri sendiri, jangan la merempit, merokok atau buat sesuka hati apa yang rasa nak buat. cuba jadi lebih baik, jaga iman, jadi lelaki muslim yang sejati, anda pasti menjadi idaman semua gadis seantero dunia. sebab in the end, setiap gadis mahukan seorang pendamping yang mampu memimpin dan membawanya ke syurga, yang tahu hala tuju hidupnya, yang akan menjadi seorang pemimpin yang baik untuknya dan anak2 : )

so jaga diri sebaik baiknya, sebab lelaki yang baik ialah untuk perempuan yang baik. lelaki soleh untuk perempuan solehah. anda pasti mahukan seorang solehah sebagai isteri bukan? jadi usahalah sebaik mungkin untuk menjadi seorang yang soleh. bukan usaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang lelaki keGILAan ramai, nak ke dapat isteri GILA? haha : DD

sekian, ampun kalau ada terguris hati, ber-blog hanyalah untuk mengekspresikan apa yang terbenak di minda dan hati. cewwwwah.
as-salam.
peace : )


8 comments:

  1. alah~.
    ap nk jadi mslh nye~.
    ktowg lg mnt minat mnah2 korea.
    atas alasan..
    5 diatas jugak..
    bab yg hensem2,tuko je..
    dowg sume cntik2~.
    hahahahahahha.

    ReplyDelete
  2. abes, sebab 5 di atas ni la boleh wujud mamat2 wannabe tu? *muntohhh.

    ReplyDelete
  3. huh, Awe minat Haddad Alwi... ok je, cantik luaran memang menarik, tiba2 rasa keciwa apabila muka y kacak sanggup menyepak kucing y comel... dunia2, sangat *physical visual*...

    ReplyDelete
  4. yala, dunia hari ni sangat panas menyengat, apatah lagi akhirat *takde kene mengene =='

    ReplyDelete
  5. maknenya ak klu pkai bju melayu lengkap hensem tersgt-sgt la kn. HAHA

    ReplyDelete
  6. ehh SEMUA kalau pakai baju mlayu lengkap akan smart. baju melayu tu cam dicipta utk men-smart-kan sorang jejaka.. gitu.. srs weh.

    ReplyDelete
  7. sebagai seorang lelaki, tiba2 aku terfikir bagaimana pula rupa kim hyun joong jika dipadankan dengan baju melayu... bagaimana!!!!!!

    ReplyDelete