Sunday, June 5, 2016

Ramadhan 2016

ya Allah, last tulis 2014. like, for real??? kasihan betul blog ni. dengan ini aku isytiharkan bahawa aku akan menulis sekurang kurangnya sekali dalam seminggu. sekurangnya. aku nak asah balik skill menulis aku. walaupun apa yang aku tulis kadang kala rubbish. tapi aku perasan ada la orang yang minat tulisan aku. hihi. tapi nanti aku nak tulis something yang beneficial la.. macam

PHARMACY COURSE FOR DUMMIES
CHEMIST COURSE FOR DUMMIES
TEMPAT MAKAN MENARIK DI BANGI
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM SAMBUNG MASTER

oh ya, aku sekarang dah sambung master. baru nak habis sem 1. so sekarang ni aku tinggal nak hantar 3 assignments, and pass 6 paper. alhamdulillah aku dah present aku punya proposal. dah masuk lab, tapi baru 5% (kot) banyak lagi tak buat so korang doa doakan aku la eh. mungkin aku boleh tulis sikit pasal projek aku

TEKNOLOGI MEMBRAN UNTUK WATER TREATMENT
lantak lah mix bahasa pun minta maaf, tak sempat nak betul2 hasilkan post yg menggunakan bahasa yang bagus. lately otak aku agak kurang efficient dalam penggunaan perkataan. yes. aku masih belum sembuh dengan penyakit lupa perkataan ni. and yes. kadang kadang aku masih lupa perkataan pintu. tapi aku dah buat appoinment ngan klinik neuro, aku nak tanya dr nanti. jap nak sambung kemungkinan tajuk2 yang aku boleh tulis

MAKE-UP FOR GADIS NOOB BARU NAK UP
KALAU NAK KAHWIN PERLU GET READY APA

aku tau aku tak kawen lagi, tapi aku nak share benda yang kawan2 aku baru kawen share. pasal bajet kawen and stuff. sebab kadang2 aku perasan ada orang tu memang niat nak kawen, tapi dia berangan je dulu, lansung tak plan pasal harga hantaran bagai, bila aku citer baru dia terkejut haha.

bosan betul citer pasal kawen.

APA YANG ANDA BOLEH BUAT SEBAGAI PELAJAR UNTUK MEMBUATKAN MAK GEMBIRA

dan pelbagai lagilah. so. please look forward kayyy sistursss!!! ok, salam ramadhan kareem. take care. bye sis! xoxo!