Assalamualaikum,
I randomly found an entry about Tiz Zakiyah. Her debate about wearing hijab. Here's the link.
And coincidently I found adibaaah's latest video about giving advice.
And somehow, something hit me.
Think about it, when someone is actually giving advice, for something good of course, and the other part says ''nantilah dapat hidayah baru berubah''... Sebenarnye, bila cakap macam tu, tanpa sedar dia sebenarnya baru sahaja melewati satu hidayah dan dia baru sahaja melepaskannya. Tak rasa macam tu?
Sebab sebenarnya hidayah Allah datang dalam pelbagai cara dan pelbagai rupa.. Melalui orang sekeliling kita adalah salah satu daripadanya.. So bila seseorang tegur kita ke arah kebaikan, itu sebenarnya macam... reminder. macam gps la, kita tengah drive, kita nak pegi Subang, tapi tiba2 kita lalu jalan yang salah, jalan kita tu akan membawa kita ke destinasi lain, so gps tu bising2 la, turn right turn right.
macam tu jugak teguran. itu sebenarnya reminder. reminder untuk kita kembali ke jalan yang sebenar kita nak pegi. kita sebenarnya ada 2 je destinasi, syurga atau neraka. so kat dunia, bila kita berjalan dan berjalan, dalam perjalanan kita nak pergi syurga tu, ada je link2 jalan2 kecil yang nak mengarah kita ke neraka. dan reminder inilah fungsinye nak tarik balik kita ke jalan yang sebenar. balik ke syurga.
ye, BALIK ke Syurga. :)
and certain of us still ada yg marah2 tengking2 rasa macam dihina lepas ditegur/ditarik balik ke jalan yg membawa ke syurga. ya Allah.. sayangnye.. tak rasa rugi ke macam tu.. T___T
dan sebenarnya, kalau Allah taknak benda tu terjadi, benda tu takkan jadi. tapi kalau Allah gerakkan hati seseorang, ringankan mulut org tu untuk tegur kita, maka ketahuilah, sebenarnya Allah sayang kita<3 maksudnya, Allah nak kita balik ke jalan yg membawa ke syurga. maksudnya, Allah nak kita masuk syurga. maksudnya, Allah nak jumpe kite <3
sweet kan Dia? <3 :)
so bersyukurlah andai ditegur.. sebab sebenarnya, itu satu anugerah, dan satu tanda, bahawa Allah masih sayang kita. Kalau Allah mahu kita selamat dengan menghalang kita menuju ke jalan yang membawa ke neraka tersiksa tanpa kebahagiaan, kenapa kita x mampu nak selamatkan diri sendiri?
kita tak tahu, mungkin suatu hari, reminder tak mungkin datang lagi. dan waktu tu, kita mungkin tak dapat cinta yg abadi, nauzubillah3...
so bila dapat reminder, say Alhamdulillah, and let's improve improve improve!!! ^___~
syurga itu indah, syurga itu bahagia, syurga itu abadi
mari bersama menjadi penghuni syurga, selamanya.
kalaupun kita tak layak, jangan berhenti berharap, berusahalah.
sebab Allah melihat dan menilai usaha :)
jom. let's battle our way to Jannah!!!
jumpa di sana ^_____^
*self-motivation. untuk diri sendiri jugak ni. fighting2!! :)