Thursday, May 9, 2013

Hari ini hari Khamis

Assalamualaikum,

Hari ni hari khamis. Ceq takkan tulis perihal politik.

Hari ni ceq sedih.

Pasai kawan ceq cakap ceq ni tikam blakang dia. Ceq fitnah dia.

Sedihnyaaaaa~~~~~~~

Patut la Allah pelihara kawan2 aku slama ni. Slama ni kawan2 aku semua ok, takdak masalah dengan aku. No wonder Allah tak uji aku dengan masalah kawan sebab sakitnya rasa bila orang salah faham dengan kita.

Aku terkejut, aku sedih.

Dia kata aku fitnah dia, aku rasa dia fitnah aku yang aku fitnah dia. Adakah ini fitnahception? There's no such word timah, dah la bunyi pun tak sedap!

Anyways, kerana sedih aku mesej mak aku, "Mak tengah buat apa?" Saja nak suruh dia kol. Aku tak tau nak habaq rasa sedih ni kat siapa. Dah la sedih PRU13 pun x abih lagi, tambah lagi sedih.

Sementara nak tunggu mak kol, aku tulis la benda ni, sebab aku tak boleh tahan kesedihan ni, kalaulah ada kertas dan pen, aku boleh karang sajak kesedihan macam Wani Ardy karang rasa sakit dan sedih yang terpekung di hatinya dalam Langit Vanilla. Tapi laptop aku lagi dekat, jadi aku pun tangguhkan niat aku nak jadi penyajak.

So  tadi mak aku kol, tapi aku tak sampai hati nak luahkan masalah kecil ni pada dia. Macam membazir masa dia ja. Aku cakap la "Mak, ceq nak tengok video Aminah dan Azali, tapi tak dapat tengok, pasai kalau ceq tengok nanti kredit YES ceq ni cepat abihhh"

"Yaka...." lalu mak meneruskan ayat2 lazimnya seperti "dah makan ka belum?" kemudian "makan apa hari ni"

Pendek kata ceq tak cerita pun masalah hati ceq ni pada mak. Lalu mak mengatakan baibai kerana dia mahu buang ayaq, "tak tahaaaannn" katanya.

Sbnaqnya lepas kawan aku nama Senah Laura cakap kat aku pasai tikam blakang tuh, aku jumpak sorang lagi kawan aku nama Dibah Angelina. Dibah ni baguih betui time aku sedih2 dia bagi hadiah kat aku, terharu btui aku. Dia bagi buku. Buku tu memmang aku nak, sungguh. Aku ingat dia nak bagi pinjam, rupanya bagi truih. Terharunyaaaaaaaaaa~~~~

Dibah, next time aku blanja hang laksa penang nah, sedap, kat kiosk depan seblah orang juai aiskem tu. Tadi aku memang nak blanja hang, tapi aku terlupa, eksaited sangat bila dapat hadiah tuuu. Hihi.

Maka inilah pengajaran pada hari Khamis ini. "With difficulty, comes ease"

Pasai buku yg aku dapat tu adalah, "Journey Through Ten Thousand Veils, The Alchemy of Transformation on the Sufi Path by Maryam Kabeer Faye. Buku ni pasai macam mana seorang Jewish, mengembara satu dunia dan mencari ketenangan yang hakiki lalu bertemu dengan cahaya Islam. I need that. Dan sebuah lagi buku Rumi. Dalam aku sedih, Allah tolong on the spot, rasa terharu ;) Tak sabaq nak baca!

By the way, aku teruja baca pasai PRU13 yang ditulis oleh Hawa, Zuhri dan Qayyum. Matang dah hangpa ni, baguih. Aku pulak kat sini tulih pasal rasa sedih kawan aku cakap aku nak tikam blakang dia. Hihi.

Aku memang ada niat nak tulis, tapi tengah hari tadi mak aku kol, dia habaq "Timah, jangan nampak sangat, stop share post2 politik, awak tu student, bahaya!"

Time tu pun aku sedih sbnaqnya, tapi x sesedih pasal Senah Laura la. Pasai mak mesti la nak yang terbaik untuk anak dia kan. Aku nak bangkang, tapi aku dah janji dengan diri sendiri nak jadi anak solehah, apalah sangat politik dengan syurga. Eh? "yeeee mak, okay~~~" dengan nada yang memang tak rela. haha.

Sekian entry yang tak brapa nak power, sepower entry rakan2 lain.

Bye2.
fatimah zahrah, xoxo.