Monday, April 26, 2010

MiCROB yang misteri

microb..

siapa awak?

saya x pernah melihat awak..
saya x kan mampu melihat awak..
tetapi saya perlu belajar tentang awak..
saya.. dan rakan2 saya.. semua perlu tahu...
tahu nama awak
nama keluarga awak
apa yang awak buat
di mana awak tinggal

pelik kan?

kenapa saya perlu buat semua nie?
siapa awak sebenarnya?
saya sangat x faham la...
perlu ke saya tahu tentang awak?
perlu eh...
kalau perlu.. untuk ape???

microb...

why kenapa robert hooke boleh terjumpe awak pada 1665?
kenapa awak x menyembunyikan diri je waktu tue...
ape la awak nie...
awak x reti main cak-cak eh???

lihat la..
skarang, saya perlu tahu tentang awak
banyak perkara tentang awak telah dibukukan
dalam banyak bahasa
awak bangga eh...
bangge la tue...

microb...

pasti awk sangat bangga dengan diri sendiri..
bukan sahaja dibukukan,
ramai mahasiswa berjaga malam untuk berkenalan dengan awak...
ramai ahli saintis tidak pulang ke rumah untuk buat kajian tentang awak...
ramai cendiakawan bertukus lumus untuk menemui perkara baru tentang awak...
malah
banyak universiti yang menjalankan quiz, test dan exam
agar pelajar mereka mengenali awak
pasti awak sangat bangga kan..

microb..

saya x kenal awak..

saya x tahu awak siapa..

saya x tahu kenapa saya perlu tahu segalanya tentang awak..

apa yang pasti, saya perlu meneruskan kajian saya tentang awk malam ini, esok pagi.. sehinggalah pukul 2 petang esok...

kerana 2 petang esok, saya akan diajukan dengan pelbagai jenis soalan tentang awak...

pasti awak bangga kan?

microb...

semoga kita berjumpa dalam keadaan yang menenangkan esok hari...
douzo yoroshiku~

ikhlas,
budak yang akan menduduki peperiksaan akhir semester microbiology pada dua puluh tujuh april duapuluh sepuluh jam 14:15

p/s: anda yg membaca, doakan saya!!! ;) termasuk awk... microb yg misteri...

Friday, April 23, 2010

mENGAPA dan kENAPA ?

“Berdoalah kamu kepada-Ku, maka pasti akan Aku kabulkan”, itu adalah janji Allah dan Allah tidak pernah berbohong. Namun ketika doa ini dipanjatkan puluhan kali tetapi masih belum dikabulkan oleh Allah maka berarti ada yang salah, apakah doa yang dipanjatkan itu kurang pas, ataukah pakaian kita tidak suci atau mungkin malah kita salah menghadap dalam berdoa. Salah menghadap dalam berdoa, jangan-jangan kita berdoa tidak menghadap Allah, tetapi menghadap ke tembok, atau kita malah menghadap ke tujuan doa itu sendiri.
Ketika berdoa, fokus adalah hanya kepada Allah, kita hadapkan wajah, hidup dan mati kita hanya kepada-Nya. Ketika sudah bisa menghadap kepada-Nya, niscaya doa ini akan makmul, karena tujuannya jelas dan tepat sasaran

sent by boss [nazrin mazlan, classmateku di kampus]
on friday, april 23rd, 10:30 pm.
*saje jek nak share, sbb saye rase anda perlu tahu tentang ini:)
doakan kejayaan saya dan rakan2;)
btw, kepada yg tidak mengetahui... rakyat2 uitm sedang menghadapi peperangan FINAL EXAM yep! doakan kejayaan kami ;)

Wednesday, April 21, 2010

bULAN aPRIL hARI kE eNAM bELAS

*saya akan menggunakan bahasa pasar dalam penulisan ini jadi saya ingin memohon maaf sekiranya saya tidak menggunakan bahasa melayu dengan betul ^^

enam belas april dua puluh sepuluh

makan ubi time!!!
hohoho~
semua ranger IKRAM sangat bersemangat untuk sesi membakar-bakaran dan memakan-makanan ubi pada petang enambelas april itu~
inilah namenye: hARI eRATAN~
sejujurnya, aktiviti ini adalah aktiviti yang paling saya nantikan... makan ubi~~ ubi bakar~~~
hohohohohohoho~ oishi~~ SEDAPNYE!!!!
belum makan dah terliur.. kalau makan apatah lagi.. ^^

ketika cik ubi sedang sibuk dipakaikan dengan baju aluminium yang indah itu, saya hanya duduk memerhatikan mereka dari tepi..
bukan tak nak tolong rakan2 saya balut.. tapi dah ramai sangat yang bersemangat, berusaha untuk memakaikan baju aluminium di badan cik ubi.. jadi saya hanya melihat dari jauh saja cik-cik ubi dapakaikan baju~~
*maaf ye cik ubi, bukan niat saya untuk tidak memakaikan baju aluminium di badan awak... cik ubi jangan terasa hati ye.
cik ubi sangat chantique dan kachaq!! baju aluminium sangat padan di pakai di badan mereka ^^

"erm... ada kerja x?"

alamak.. dia datang...
saya telah diheret untuk set-up dewan untuk majlis pada malamnye pulak..
*cik ubi!!! i have to go... dont miss me ok?????? sob sob sob..

maka mulalah sesi untuk meniup belon di bilik perdana...
ada belon hitam..
wah! x pernah tengok belon hitam... plastiknye tebal kan...
[plastik yg saya maksudkan ialah getah yang digunakan utk membuat belon itu]
saya meniup plastik tebal itu~
adeh.. saket pipi...
tapi..
hasilnya, saya memperoleh sabuah belon yg berkilat lagi chantik..
boleh nampak reflection wajah saya di belon itu..
sesuai digunakan untuk membetulkan tudung.. hihihi~~
kami menghias dewan itu seindah-indahnya untuk majlis pada malam itu~ hurray :D

oh ye, berbalik di tempat kejadian ubi..
ubi ubi bertambah kacak ketika dipanggang~~ menyelerakan :D
ketika saya singgah di tempat kejadian panggang-panggangan ubi, terdapat beberapa ahli ikram sedang girang bermain permainan baling selipar~
opp... jage2.. jangan terbaling selipar tu kat cik ubi saya sudeh~~
cik ubi~~ sedapnye~~
:D
*mmg srs ubi bakar sgt sedap!!!! to jaja, faten, wina, pija, zana, nik, auni, shumai, shukryah, marong, sam, shami, azdi dan smue2 lah jom weh, kte bawat aktiviti pembakaran ubi!!!


malamnye,
Majlis Tautan Kasih telah berlansung dengan gemilangnye~
ramai jugak ahli IKRAM yang membuat persembahan~
1. as ususal lah, encik awe dan mr panda dengan videos2 mereka yang berwana warni menarik tertarik lemak manis disukai ramai~
2. encik kam kamarul pula mendendangkan beberapa lagu yang sangat indah tanpa kesalahan pitching, vokal yang enak, dan tone yang merdu~ encik kam, you dont have to go back and practice, superb!
3. geng2 keladi we we dengan tarian mereka yang chumil itu~ [tarian paling hangat sem ini, tarian farid pon kalah ok!!! kekeke]
4. dan akhir sekali, encik S dengan persembahannya yang menyayat hati ;(
hmm... untuk persembahan ini.. saya ternampak.. ada beberapa insan yang menangis.. menitiskan air mata ...
mr S menyentuh banyak perkara pada malam itu..
yang paling mengundang air mata untuk gugur adalah tentang persahabatan..
tetapi bagi saya, yang paling menyentuh hati pada malam itu... adalah video yang ditayangkan.. tentang kewafatan Rasul kita..
betapa cintanya Baginda terhadap umatnya...
*selepas menonton video itu semula, saya ada membaca beberapa blog tentang Rasul kita, dan saya terjumpa sesuatu yang menarik.. nantikan penulisan saya akan datang kerana saya akan berkongsi tentang artikel menarik itu ;)

majlis diteruskan dengan sesi makan-makan~~
hohoho~ makanan sedap, alhamdulillah~~
walaupun saya x sempat menghabiskan makanan saya
[sebab kak su dah sampai, dia nak kutip pinggan dia... huhu... terpaksa bagi.. nie la padahnye makan lambat! peringatan pada ahli2 lain.. dalam majlis2 akan datang jangan makan lambat ok.. ;) ]
takpe la.. saya tetap bersyukur dapat makan makanan yang sedap tu... :) next sem nak datang tautan lagi.. nak makan awal2, so pinggan x ditarik~ hahaha~

hm..
keseluruhanye, tahniah kepada ajk2 tautan dan eratan terutamanya ketua program, encik M. bohongla kalau saya katakan program ini tiada cacat celanya, setiap program pasti ada kekurangannye~
tapi cacat cela program ini berjaya terselindung di sebalik keikhlasan dan kegembiraan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli ikram itu sendiri. sebab semua orang pon happy, tak nampak/terasa pon sebarang kecacatan dalam program~ eceh~
syabas ikramies!

semoga ikatan yang ada kekal terikat
[cam pelik jek ayat ni..]
maksud saya,
semoga ikatan yang terjalin hari ini membawa kepada ukhwah yang kukuh selamanya...
insyaAllah :)

yg ikhlas,
TiMON ;)

Tuesday, April 20, 2010

magnae kacak






















chu chu kyuu-wooo~~ its you yu-uuu-wooo~~
[ cam lagu chu f(x) ]
hahahaha~

kyu magnae hensem ;)
wieeeee~~

Saturday, April 17, 2010

pemergianmu

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua bahawa manusia
Kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Wednesday, April 14, 2010

kelakar la anda2 ni~~

hari ini mood saya ok siket.. terima kasih kepada rakan2 SOPHYS :)

dan tadi.. saya baru sahaja membaca beberapa post dari blog rakan2 saya~
(dah lame x godak2 blog kawan~ eheh :P )
hahaha~
mereka telah menceriakan pagi saya :)) terima kasih :

1. zue-lei-ka (forward n backward at nitty gritty)
2. hawa king (tiub awak at crapola)
3. maro ind- (no pain no gain at burung yang gembira)

blog rakan2 saya sgt menghiburkan :D
blog mereka sgt2 membuktikan yg 'laughter is the best medicine'
eceh~
hahaha~
rakan2, terima kasih untuk segalanya~
saya sayang anda semua <3
(eceh~ touching pulek~ hehe)

dats all, papai~~

owh2, dan all the best utk final yep ;)

Monday, April 12, 2010

borak-borak

selalunya kalau rasa down saya akan buat apa?
MOTIVATE DIRI SENDIRI
saya jarang menceritakan pada org lain tentang masalah saya...
jadi saya akan motivate diri sendiri..
tapi saya tak tahu kenapa, untuk masalah ini saya tak termampu untuk motivate diri saya..
adakah saya dah muak dengan motivation sendiri?
mungkinkah...
saya ni terlalu lemah?


come on la FATIMAH, apesal lemah sangat nie???


tolong la kuat sikit!!!!!!!!





I'M NOT HELPLESS,
I'M STRONG
I'M GREAT
I CAN DO IT








I LOVE YOU FATIMAH ZAHRAH, DONT GIVE UP ARASOH???
SARANGHAE~

Friday, April 9, 2010

look look, lelaki jepun itu comel!!!

Image and video hosting by TinyPic


Image and video hosting by TinyPic

saya x gedik,
tetapi lelaki jepun ini terlalu comel~~
hahaha :D

kawaiiiiiiiiiiiii ^^

Thursday, April 8, 2010

listen

ok, aku xkan cakap ape2 lagi!

aku x pernahpun menangis depan orang, hanya N.A[bukan nama sebenar] satu satunya teman yang pernah mendengar rintihan ku.

hanya dia.

aku x pernah mengangis di hadapan org lain.

aku xkan pernah menangis dan menceritakan derita yang ditanggung..

ibu juga tak pernah tahu..

sejujurnya aku mmg x mampu. aku x mampu utk menunjukkan kelemahan ku dihadapan org lain. x kan mampu.

tapi..

untuk beban ini.. untuk bebanan yang kutanggung ini... aku rasa amat sakit

maaf andai aku telah melukakan sebahagaian daripada kamu

tapi aku mmg x mampu untuk memendam

terasa amat sakit

apa yang kuceritakan hanyalah sebahagian dari kisah sebenar

aku xkan pernah mampu luahkan segalanya

mmg dari dulu, hanya hatiku yg mengetahui.. hanya diriku dan Dia.

namun untuk ini... aku hanya ingin luahkan apa yg terpendam

itupun hanya sebahagian

rupanya..

itu yang ditafsirkan

baiklah, aku xkan ceritakan pada sesiapa selepas ini

kerana inilah aku memilih untuk memendam selama ini

kerana mereka xkan percaya

you can never understand

tiada siapa yg memahami




terima kasih kerana telah menyedarkan saya. hontoni arigato.
dont worry, i'll be strong, aku akan jadi kuat, lebih kuat daripada apa yg engkau pernah bayangkan-

trimakasih kerana mengambil berat
trimakasih kerana membuka mindaku
trimakasih kerana menyedarkanku

-ikhlas

Saturday, April 3, 2010

saya suka dia :)

MUkAI OSAMu san, I LOVE YOU!!! ;)

Mukai Osamu Pictures, Images and Photos

ini boifren saya yang baru~ hensem kan???

dia sgt hensem... ^^ saya suka dia ;)
boifren saya blakon cerita atashinchi no dashi as okura sho, lelaki yg nakal~
comelnye!!!
dan dalam cerita seigono mikata, boifren saya jadi seorang lelaki yg sgt gentleman~
ga'koiiiiii~~ hontoni hansamu ^^

boifren, i love u for who u are~ arasoh? kyopta!!!!!!!!