Thursday, October 28, 2010

realiti dadah

ini adalah satu kisah realiti. cerita yang bakal saya kongsi bersama anda sebentar lagi adalah bukan pembohongan mahupun kospirasi. cerita yang bakal saya sampaikan adalah kenyataan. satu kenyataan yang harus diterima dan dihadapi oleh satu kelompok kecil dalam masyarakat. kenyataan pahit yang harus ditelan oleh pihak yang teraniaya. dan saya harus sampaikan kepada anda, kerana saya tergolong dalam kelompok kecil dan pihak yang teraniaya tersebut.

"kau nak ambik apa lepas ni?''

''tak tau.. semua macam nak ambik medic jek... aku nak lain dari medic, tapi still dalam hospital. sebab bidang2 hospital ni confirm dapat keja. tapi aku tanak doktor, otak serabot. keja pon byk, nanti sian laki ngan anak2. aku tanak nurse, mmg x minat. aku nak something yg lain.''

''pharmacy?''
''owh. ape tu?''

''dia ni keje bagi ubat. kirenye dalam spital tu, kau la paleng expert pasal ubat"
''krenye nanti aku blaja pasal dadah la kan''

''a.. hahaha.. agar ar...''

disini ceritaku bermula. sekitar tahun 2007-2008, aku dan rakan-rakan tercari-cari akan hala tuju sendiri selepas menamatkan zaman persekolahan. ada yang telah menetapkan matlamat, dan ada yang masih tercari cari akan hala tuju. aku? aku juga begitu.

setelah mendapat keputusan spm ku, aku diselubungi dilema untuk memilih bidang yang akan kuceburi selepas ini. berdasarkan penceritaan ramai, aku menjadi trauma dengan matrik [walaupun x penah pegi la kan] aku menolak matrix sedari awal kerana aku tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. aku juga tidak yakin dengan result sendiri, maka aku memilih untuk mengambil diploma.

diploma pharmacy di sebuah universiti awam yang terkenal dengan peratusan anak melayu yang tinggi. pada mulanya aku amat yakin dengan pilihanku. setelah berkunjung ke hari terbuka universiti berkenaan, aku menjadi lebih yakin. hal ini kerana, jaminan untuk pelajar2 diploma melanjutkan pelajaran ke peringkat degree lebih tinggi berbanding berbanding berbanding pelajar lain [matrik, asasi, foundation, yadayada]. aku menjadi lebih teruja. ini ialah apa yang aku mahukan, ini lah bidang yang akan aku lakukan.

aku kemudianya menjalankan hari2ku seperti biasa sebagai seorang pelajar diploma farmasi. namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. setelah setahun aku menuntut ilmu, janji2 yang dikatakan bahawa untuk pergi ke peringkat degree kami harus mendapat pointer 3.5 telah dilupuskan. sebaliknya kami harus mendapat pointer 3.8. dahulunya mereka kata jika tidak mencapai pointer, kami diberi peluang untuk berkerja selama setahun atau dua tahun berdasarkan pointer yang kami sedia ada dan kemudian kami boleh meneruskan pelajaran ke peringkat degreee, juga telah dimansuhkan.

maka apa akan jadi kepada nasib pelajar diploma pharmacy yang tidak mencapai ponter 3.8 selepas menghabiskan pengajian diplomanya?
hanya menjadi pembantu pharmacy selamanya...

demmit BOARD OF PHARMACY!!!

aku mmg x paham dan xtau siape mereka ni. tapi kalau kami persoalkan tentang ape yg terjadi skarang ni, mmg lecturer akan cakap
''ni ape yang board of pharmacy buat''
even lecturers kat puncak alam fight pon, mmg board of pharmacy yg akan buat keputusan. dan takde siape boleh lawan.

diorang ni sape sebenanye???

yang aku tau dip pharmacy kat tempat aku jek. aku x sure la uia, ukm, tapi rasenye dyerang asasi kot.

habiss tu mmg dip pharmacy ni diwujudkan ntuk jawatan assistant pharmacy la???

tipuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

why kenape tak bagitau awal2????

suddenly pegi naikkan pointer, budak hebat je la bleh further degree.

fastract pon kena 3.5, bdk2 engine tempat aku sume nak fast tract 3.0 jek, bapak sedap.

pharmacy da la ade 8 paper, 21 credit hours. kawan aku ada 4 to 5 paper jek kot. time final gap kterang 3 hari jek. diorang bleh ade 9 hari. lebih dari sminggu hokeh!!! tuuu yg bleh balik la, gi karok la, wayang la...
then depe nak fast tract 3.0.
what tah h??????

tiba2 kurasakan dunia tidak adil..
T_______T

aku x paham la, nak kate ramai pesaing, pharmacy la paleng siket. budak lektrik, brape kali gande lagi banyak. so apeeeee masalahnye? ttcchaahh!

nak pointer tinggi2 pon buat ape... kalau doktor takpe la jugak, depe ada title. misal kate aku dapat habeskan study doktor kan, name aku jadik
DR FATIMAH ZAHRAH
tapi kalau aku habeskan study pharmacy, name aku akan jadik camni ke?
PHARM FATIMAH ZAHRAH
or
PHA FATIMAH ZAHRAH
xde maknenye! walaupun pharmacy same ngan dr n dentistry, tittle tetap x diberikan
in the end kat spital, patients yg nak mintak ubat akan cakap
''ha tu hah, amek kat akak yang jage kaunter tuh''
or
''ok2, pakcik yg jage kaunter 13 tu baik, aku mmg slalu jumpe dia jek, dia explain pon bagos...''
pffftttt ==''
sow, why kenape nak 3.8? aku x paham.

now, adekah mereka menaikkan pointer kerana mereka mahu menaikkan bilangan pembantu farmasi di dalam hospital2 kerajaan2?? begitukah?
kalau macam tu baik cakap awal2, diploma pharmacy is open for assistant pharmacy - ONLY.
aku rasa ditipu.

aku tak tau la siapa yang berada dalam board of pharmacy
kalau bdk2 dip pharmacy kat u aku sume kene jadi assistant,
maksudnye..
org melayu la yang akan ramai2 jadi assistant
dah tu yg sedap2 jadi pharmacy sape???
ok, aku tanak jawab, korang pegi la mane2 spital kerajaan kat malaysia ni, tgk sendiri. aku slalu pegi HUKM. mmg nampak sgt siape yg mendominasi kat kaunter dispense tuh ==''

pastuh, lagi satu. based on the story from my seniors yang pegi praktikal la kan, pembantu pharmacy yg buat byk keja. pharmacy just check jek. dispense, buat ubat, calculation, sumer assistant pharmacy. pharmacy just re-check. tu pon depe x check dah skang, just bagi kat patients.
cis, pemalas.
kalau org tu DIE sebab overdose ke hape, cemmane? saman kau, bia kau kene letak jawatan, buang keje, buang daerah, so last2 assistant pharmacy bleh take over. mwahahahahaha:DD

ok agak gila di situ.

aku bukan ape, situasi ni macam ada yang tak kena.. tempat aku blaja da la memang universiti bumiputra. habistu kalau kterang ni DISURUH utk jadi pembantu jek.. krenye org2 bumiputra mmg kene dok blakang jek la eh?
yg byk2 kat blakang sume bumiputra. yg keje kat depan sume... ?

''habis tu kite ni mmg akan jadi assistant pharmacy jek la? mmg xde pluang?''

''xde la, boleh je nak further kat ipts. tp aku dgr kat gajah mada ngan bandong ade. degree, n jimat stahon la compared to malaysia''

habis tu aku buat ape 3 tahun kat sini?
aku nak kawen T__________T hukhuk.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan inilah realiti yang telah berjaya saya rungkaikan hari ini. diharap jika anda punyai saudara yang berminat dengan kerjaya yang saya bincangkan dalam entry ini dan bercadang untuk pergi jauh, sila la membuat kertas kerja dan susun atur serta hala tuju yang elok rapi dan kemas untuk mencapai apa yang diidamkan.
jangan menjadikan nasib anda tersepit di dalam keadaan yang sulit serta perit dan ulit, nanti nak ungkit pon dah tak guna-it. ok merepek.

akir kata,
jauhi dadah
DADAH MEMBAWA BAHAYA



sekian.

*ye aku emo. tapi aku tak menyesal ada kat sini. aku akan habiskan apa yang aku dah mulai, dan aku akan gembirakan hari-hari aku dengan pelbagai kenangan manis yang akan menjadi memori indah di masa hadapan. eceh... hihihi. best tau blaja kat penang, so apa yang berlaku memang ada hikmahnya : ) ok skarang minggu exam. go go! sambong sikit lagi lecture note kau, jangan tido!! fighting! ^____~


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu''

Tuesday, October 26, 2010

saya suka awak suka saya



lelaki dan perempuan memang tak sama
lelaki selalu cakap : perempuan sukar diduga
tetapi hakikatnya: lelaki yang tak mahu memahami

betul ke?
tapi.. lelaki.. kalau bermain dengan kata-kata...
jangan sangka itu mereka.

aku, aku tak reti untuk percaya kata-kata mereka
aku lebih suka mengerti gerak gaya mereka
kata seorang tua, nak berubah bukan dengan percakapan, tetapi perbuatan.
begitu juga lelaki
nak percaya lelaki, bukan dengan percakapan tetapi perbuatan : )

"saya suka awak"
perempuan yang mendengar kata-kata ini, pasti hatinya berbunga
namun adakah anda pasti sukanya sampai tahap mana?
adakah sehingga akhir hayatnya?

aku pernah beritahu seorang temanku[lelaki]
kalau jadi lelaki memang senang
if you guys like a girl, be nice to her, and you'll surely win her heart
percayalah
aku tak tipu
cuba jadi baik dengan seorang perempuan ni,
cakap elok2, just be nice to her, pasti dia menaruh harapan kat kau
tapi perempuan?
==''

susah tau jadi perempuan
ok fine, orang kata pakai sexy memang boleh tarik lelaki
tapi lelaki yang jenis macam mana?
boleh ke dapat lelaki yang baik?
jadi perempuan tak senang, susah nak luahkan perasaan kat jejaka idaman hati ^^''
tapi kalau jadi lelaki, bukan setakat idaman hati,
idaman kalbu, idaman minda, idaman jantung : semua pon boleh.

tapi kawan aku tak setuju..
last2, sekarang dia berdepan dengan masalah
"haihhh.. dia nie... weh dia bagitau aku... macam mana aku nak buat ni..."
sebelum dia syok kat kau apa kau buat kat dia?
macam la tak tau.. kau yang start dulu kan...
tu la... aku cakap kau tak nak percaya...
kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai
lelaki memang senang
"saya suka awak lah" "awak cantik" "dah berpunya?''
dan macam2 lagi pick-up line yang digunakan
akhirnya, sekadar niat nak bergurau
dah tu mula lah cakap

perempuan sukar diduga==''

haha,
dude, please stop playing game with girl's heart!!!

******

eceh.. tak le bla plak bile bace entry baru aku ni.
sekadar meluahkan pendapat ^^
in the end, lelaki tetap memerlukan perempuan dan perempuan tetap memerlukan lelaki
setiap dari kita punyai pasangan masing2
jadi sayangilah pasangan anda
lelaki: kalau tak mahu ditimpa masalah, jangan cuba untuk mendekatinya : ) play safe boys !
perempuan: jangan mudah terpedaya dengan kata2 L E L A K I. buaya? naaaaaahhhhhh...
you deserve better! hargailah diri anda ^^


sekian. trimas.

*ohoho. esok exam! goodluck kepada semua yang akan ber-exam! selamat berjihad! dan doakan kejayaan ku jua! cherish your day ^^

yang tua dihormati, yang muda disayangi

kedengaran alunan musik Westlife memenuhi ruang rumah. Fatimah lantas membuka matanya. Lecture note yang asalnya hendak dibaca hanya menjadi teman tidurnya. Fatimah bangun dan terus menuju ke bilik yang juga menjadi bilik milik dua lagi teman serumahnya, Aziah dan Ezzah. Terlihat kelibat Aziah sedang tekun membuat nota kecil di mejanya. Fatimah lantas ke mejanya sendiri lalu meneruskan pembelajarannya yang terbantut selepas subuh tadi.

"aku tak kira, aku kena habiskan jugak 5 lecture notes untok pagi ni."

getus hati Fatimah.

Tidak berapa lama kemudian. Datang sekujur tubuh yang tinggi, masuk ke bilik mereka yang dipenuhi dengan mood study.

"weh.. kita kena pindah rumah!!!"

"apeh????!!!!!"

...

Fatimah dan Aziah terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Ezzah.

"bia betul.. budak ni ngigau ke ape..."
hati Fatimah berbisik.

"kite kene pindah, tuan rumah nak rumah ni"
tambah Ezzah.

"habis tu..."
Aziah seperti tidak percaya.

"dia bagi kita duduk kat blok enam, tingkat dua. rumah ni dia nak gune"

"aku tak nak blok enam. blok ni dah sedap dah weh, depan anne, kedai dekat. rumah ni dah elok sangat. kite dah selesa dah"
tambah Aziah.

"tipu sangat dia nak gune rumah ni. mesti ada penyewa lain ni"
kata Ezzah.

"haah, orang tu mesti nak bayar tinggi. skarang ni orang tengah carik rumah. kita ambek pon murah kan, tingkat satu, 450, mane nak dapat weh.."
tambah Aziah lagi.

"dia takde hak nak buat macam tu! kalau dia nak kita pindah, dia kena bagitau kita dulu, kita bincang betol2! kita tinggal satu sem je pon.. hish! aku memang bengang la, mentang2 la kita student dia boleh pijak kita macam tu je, dia ada otak ke tak?"
Fatimah berkata dengan lantangnya, tak mampu nak menyembunyikan kemarahan yang membuak-buak dalam dirinya.

*******************************************************

siot.
berita ni kawan aku tau dari pejabat blok aku, bukan dari penyewa rumah sendiri.
bila kawan aku mintak nombo pemilik rumah ni dari pejabat, pejabat x kasi. dia kata tuan rumah memang dah suruh pejabat uruskan semua benda so nak apa2 urus ngan pejabat jek, takleh kacau tuan rumah.
bud uh.
dah la semalam baru bagitau, besok nak jawapan. ade otak ke tak?

hish, aku memang srs bengang.
bud uh.

ni la dia situasi kat malaysia. aku memang nampak benda ni dari dulu. kalau dah nama student, memang diorang pandang sebelah mate.
student tukan org yg menuntut ilmu. kau dapat commission la tolong org yang menuntut ilmu!!!
dulu, time aku gi spital, ade la satu geng budak2 belia remaje cam aku gak.
diorang bapak lame tunggu kat stu, mmg org tak layan dyerang. last2 dapat a dokter, tapi dokter yg x reti cakap mlayu, english pon bterabo.
pfffft.

ntah, susah la hidop dlm masyarakat yg camni!

yang tua dihormati, yang muda disayangi?

BULLSHIT!


*aku doa semoga tuan rumah tarik balik apa yang dia cadang tu. tapi macam susah je.. aku doa aku dah budak2 rumah aku dapat rumah yang ok sem depan. azi ada satu rumah. tapi rumah tu jaoh. takpe la, semoga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat, ameeeennn.
doa orang yang teraniaya termakbul kan?

Saturday, October 16, 2010

gadis gosip

ini adalah sebuah cerita tentang esah, gadis gosip. esah ialah seorang gadis yang sangat suka bergosip. kemana dia pergi, dia pasti akan mencari seseorang yang akan bergosip dengannya. dia akan bercakap dan bercakap dan bercakap. namun kadangkala, esah lebih suka mendengar. esah akan bertanya, dan kemudian mendengar. itu lah esah, gadis gosip.

seringkali esah berhadapan dengan manusia-manusia yang mengajak ke arah kebaikan. esah sangat bersyukur kerana mereka mengambil berat tentang dirinya dengan menegur kesilapan esah. namun esah tetap tidak kisah, dia pasti akan mengajak mereka bergosip. kadang kala, mereka akan berkata
"dah la esah.. kau tau tak gosip tu tak elok~ tak yah gosip la weh"
maka esah pon menjawab
"ala.. kite takyah la gosip jahat... kite gosip baik jek la~ eh eh eh???"
sambil mengenyitkan matanya. esah memang begitu.. gosip adalah cara hidupnya.

namun esah pernah memberitahu..
"aku ni cakap je gosip.. tapi aku tak niat nak kutok2 orang.. 'gosip' maksud aku borak~ perkataan gosip dalam kamus hidup aku lain dengan perkataan 'gosip' dalam kamus hidup orang-orang kat lua ok~ kalau aku ajak gosip, maksudnya aku ajak borak~ sembang2 masa hadapan~ gitue~ korang jangan ingat aku suke mengupat~ oh nonononono~~ *sambil menggeleng geleng kepala, dan menggerakkan jali telunjuknya, macam makcik kat jepon tengah gosip dan mereka agak tak setuju dengan gosipan rakan gosip mereka* aku baik tau~~ "
begitulah katanya...

esah punyai ramai geng gosip. semenjak di bangku sekolah, esah sudah mengasah skil gosipnya. tak kira perempuan, mahupun lelaki, esah pasti akan ajak bergosip. kata esah, melalui gosip, dia dapat mengenali hati budi orang. esah pernah bercita-cita untuk menjadi ahli pshycology dan belajar tentang hati manusia. dia amat meminati bidang kerja datuk dr fadhilah kamtome. oh maaf, kamsah.

suatu hari, esah berkenalan dengan seorang lelaki bernama ramlan. ramlan juga suka bergosip, tetapi ramlan bergosip dengan gaya dia sendiri. esah suka cara ramlan, kerana sepanjang sesi per-gosip-an, ramlan tidak pernah mengutuk orang. kadangkala, esah suka berada di sisi ramlan, kerana esah suka mendengar hujah dan pendapat ramlan. ramlan sangat berbeza dengan mana-mana kaki gosip yang pernah esah kenali. ramlan berkata dari hati. dan dari sesi gosip yang pernah mereka lalui, ramlan juga suka membaca hati budi orang. kebanyakan hujah dan pendapat ramlan tentang manusia adalah bertepatan dengan hujah dan pendapat esah.

ramlan juga punyai ilmu tentang agama. walaupun sifat ramlan agak gila-gila, dan kadangkala orang di sekeliling ramlan melebel ramlan sebagai budak jahat, esah mempercayai bahawa ramlan ialah seorang pemuda yang istimewa. disebalik sifatnya yang gila dan suka bergurau senda, ramlan punyai sisi putihnya yang tersendiri. ramlan sangat suka membuat orang gembira dan bergelak ketawa. namun esah tahu, ramlan menyembunyikan perasaan sedihnya. kadangkala, ramlan menafikan perasaan sedihnya itu.
"esah kawan ramlan. esah takkan biarkan ramlan keseorangan"



semakin esah mengenali ramlan, semakin esah suka bersama ramlan. esah merasakan bahawa ramlan adalah kawannya yang paling memahami dirinya.
"ramlan speaks my language"
begitulah katanya kepada dibah, rakan karib esah. bagi esah, ramlan ialah kawan baik yang sangat istimewa di hatinya. 1000 kaki gosip yang dijumpainya pun takkan sama dengan ramlan. dibah pernah berkata bahawa, lelaki dan perempuan takkan pernah jadi kawan karib. it will not last forever.

"tak.. tak mungkin. ramlan lain. i love being his bestfriend. i love listening to him. i love being around him. he's my bestfriend forever"
esah mahu jadi kawan karib ramlan selamanya. namun esah tertanya-tanya, andai suatu hari esah berkahwin, adakah suami esah akan mencemburui keakraban esah dan ramlan[?] tak mengapa, jika suami esah menghalang esah dari berjumpa dengan ramlan, esah akan ikuti kata suami. pabila esah berkahwin, esah pasti akan kenalkan ramlan kepada suaminya nanti.

sifat ramlan: dia kaki perempuan. namun esah tidak melarang mahupun memarahi ramlan, kerana se-obses manapun ramlan terhadap perempuan, ramlan takkan mampu melakukan kejahatan. esah hanya melayan kerenah ramlan yang suka memuji kecantikan perempuan yang lalu dihadapannya, mahupun mengorat mana-mana perempuan yang berada berdekatan dengan mereka. kadangkala, esah suka mengusik ramlan dengan beberapa pertanyaan panas tentang wanita. hal ini juga membawa kelebihan kepada esah kerana esah dapat mendengar pandangan lelaki terhadap wanita. esah lebih suka bersifat terbuka hingga ramlan selalu berkata
"kau ni jujur sangat!"
esah tak kesah, sebab esah menganggap ramlan seperti saudaranya sendiri.
esah mahu ramlan menjadi geng gosipnya selamanya. bestfriend forever.
namun...



kisah gadis gosip bahagian 1, tamat-

Thursday, October 14, 2010

carutan

adakah anda seorang perempuan yang sangat baik, sopan dan menjaga tatasusila sebagai seorang perempuan melayu terakhir secara tiba-tiba berhadapan dengan banyak masalah dan terasa ingin mencarut? oh no please jangan! sesungguhnya carutan itu takkan mungkin mampu menyelesaikan masalah anda. malah, mampu mengundang masalah lain di akhirat kelak. [eceh.. walaupun ayat aku poyo, tapi ada kebenarannya hokeh]

takde ape2 pon nak diceritakan, cuma aku selaku gadis melayu yang cantik lagi sopan dan ayu, walaupun aku terasa emosi aku sangat tak stabil ketika ini, dan terasa ingin mengeluarkan kata2 kesat, namun aku masih rasional~ hah hah~ [baguih jugak ber-blogging, mampu meningkatkan tahap rasionaliti diri sendiri~ agegege^^]

aku takde cerita sebenarnye, ok tipoo, aku ada masalah, tapi tak boleh di war war kan di area blogspot ini, ihihihi~ im shy~

ok lah itu sahaja untuk kali ini, aku sedang menggunakan laptop mekyah, teman serumahku. tika ini dia sedang mencekak pinggang menunggu giliran untuk menggunakan laptop kesayangannya~ ok mekyah.. dah nak siapdah.. eheheh~

ayat terakhir aku, marilah beramai ramai jadi wanita cantik, stop cursing~ peace no war ^___^

credit: mekyah. trimas kerana meminjamkan laptopmu, laptop anda sangat SANTEK :)

Monday, October 11, 2010

you're the best

MRSM Kepala Batas

hari tu pegi mrsm kepala batas~ buat program~
tak pernah jejak kaki pon kat jenis negara berasrama sebegituuu~ ahaha~
ni semua gara2 program kelab ku yang ku chintai
depa kata ni first time gak kelab buat program kat mrsm
thanx to ketua program lah yek! nasman suparman~
being there, aku rasa teringat kat skolah aku
uhuk ;(
semashur sendah nama
apakah kabaran anda?
hahaha~

dan ini juga kali pertama kelab buat program ngan skolah 2 hari 1 malam
ke[?]
hahaha
hasilnye tetap best
credit to ketua fc, shafiq geng gosip:)
[re-call kau srs bwat aku meremang. ngan suare kau yg serak2 basah-jerit2-separe nanges tuh~ tp x dinafikan la.. panjang sangat sesi tu.. kau x penat ke? hahaha~ ape2 pon tahniah la weh! preparation yg sekejap, kre hebat gak la tu an an? hahaha~ sorry gak, aku antara ahli gosip kat blakang mlm tu, tp aku gosip x lame, kejap jek, kejap~ aku kan bwat video ntok kau~~ hahaha:D ]

hwahhhh~~~
berprogram dan berpersatuan mmg penat!
tapi hasil, pengalaman, impak, semuanya takkan boleh diperoleh dalam kelas-kelas biase~
eceh~~
hihihi^^

dan tahniah gak la kat bdk kelab, jumaat hampa pulun buat seminar, pagi sabtu tros pi skolah buat program~ hampa mmg terbaik-lah!

dan nah! beberapa gambar yg cambest!

......

hahaha~
ade beberape kesulitan utk mengupload gamba~ insyaAllah aku try lagi, esok ade test, x byk mase la nak on9~ eceh~ hihihi :)

TELUK SEGADAS, PULAU PANGKOR
dari awal sem aku mmg paling aim program ni
pegi pangkor, water confidence, kayak, snorkling
pantai cantik, pasir bersih, kerang banyak
bbq and campfire
smua benda kena byr: RM 10
siape xnak pegi weh!!!
tp lpas program tu.. test aku.. beratur~
lepas jek seminar n program ngan mrsm tros program kembara
penat ^^''
minggu tu, aku mmg niat tanak pegi, aku nak tarik diri
da lame aku tak focus study
dan
walaupun aku tak penah mis program kembara kelab aku
tapi aku rase aku kene tolong azi utk unifes
aku cakap kat mirul awal minggu tu.. aku ngan azi tak pegi
ada unifes..
test pon blambak.. slame ni test aku, aku REDAH jek
ingatkan boleh la buat elok2 sket untuk minggu tu
tapi
mirul tetap stay name kterang dalam senarai peserta
hallamak ^^''
tapi
sian pulak, mirul x penah pegi kembara
dis sem dia jadi ketua program, aku ngan azi lak tak join
weh, aku bukan sengaja xnak pegi la!!!
last2...
aku pegi gak..

*gaya akur dan berserah

kesan lepas program: hahahahahhaa~ nseb baik aku pegi!!!!!
pasir dia selesa sangat, rasa macam nak bawak balik rumah, letak kat bilik aku~ selalunye org ada rumput kapet, aku nak pasir kapet~ agagaga^^ aku bawak sikit cengkerang utk kocci [ikan laga ku yg comel^^ ]
thanx to fizi, sbb ingatkan:)

gamba~ nextime aku upload:)

Majlis AGM & Jamuan Raya
ya, program kami berturut-turut!
dan majlis ni berlansung smalam
aku dan azi jadi timbalan kp
haduihhhh
penattt
tapi
aku gembira!
sbb smue pon happy
mungkin sbb smue pon penat dah nak layan perasaan penat diorang
so happy jek la!
hahaha
trimas smua!
munah, mirol, apan, aiman, fizi, nasman, shapix: trimas ntok teknikal!
shapix lagi: trimas ntok kupon!!
apan lagi+awe: trimas ntok video!
is, iman: trimas ntok hiasan n hadiah!
kak shaz: trimas ntok hadiah! n senyuman n kegembiraan anda! membuatkan saya kurang tensyen malam tu, bila kita senyum, org lain turut tersenyum! hah hah:DD
faris: trimas krn duduk baik2 kat meja tu b4 start majlis
acap: trimas ntok hadiah
mira, acap idris: trimas ntok protokol, perjalanan majlis sgt best!
emcee: next time mmg target korang je la~ hahaha~
smua bdk part 3: persembahan tersebut.. hahaha:)
miss nurul: tq 4 coming!
syikin, kak ainaa, nadia, waina, ella, ika: tq for helping!!! i love u mucho2!!
and budak2 bru lepas test: trimas sbb sudi datang~~ muke korang tension jek bru lpas test, tapi ble dah jumpe, gelak2 gak, as if xde pape berlaku~ hahaha~
and and smuaaaa orggg dalam dewan: trimas for everything! im happy, truly happy :)
dan dan dan, dan juga kepada azi: THANK YOU FOR EVERYTHING!!! SUSAH SENANG KITA SAMA2, JOM KITA GILA2 PLAK! HAHAHA~ KAU, SEWEL NOMBO 2! HAHAHAHA:DD

hyuuhh~
tq for everything guys, truly appreciate it :)

n yap, gamba later lah~ theheh ^^''

NOW
banyak yang aku lalui spanjang lepas raya
bukak cuti jek..
fuhhh
penat2!!
macam2 berlaku
program bersusun!
mmg aku penat mmg aku sakit
tapi aku rase aku x menyesal
sebab semua ni aku akan ingat sampai bila2
aku tetap gembira
thank you guys for everything!
YOU're the best!
:)
n now kne focus on study, exam lagi 2 weeks~
minnasan, gambarimasu!!
lastly, cherish your day ^^

tambahan: kepada sifuku, ampun kerana x update blog kelab. gegege~ hidup mesti ceria, happy sokmo noh!!! :)

Sunday, October 3, 2010

pasir pantai

teluk segadas, pulau pangkor

terima kasih kerana memberikan pengalaman menarik untukku

ps: entry ini sangat pendek, esok ada test ^^' btw, snorkling memang menarik, next time nak cari tempat yang lagi lawa! trima kasih kawan2, anda terbaik!