Tuesday, October 26, 2010

yang tua dihormati, yang muda disayangi

kedengaran alunan musik Westlife memenuhi ruang rumah. Fatimah lantas membuka matanya. Lecture note yang asalnya hendak dibaca hanya menjadi teman tidurnya. Fatimah bangun dan terus menuju ke bilik yang juga menjadi bilik milik dua lagi teman serumahnya, Aziah dan Ezzah. Terlihat kelibat Aziah sedang tekun membuat nota kecil di mejanya. Fatimah lantas ke mejanya sendiri lalu meneruskan pembelajarannya yang terbantut selepas subuh tadi.

"aku tak kira, aku kena habiskan jugak 5 lecture notes untok pagi ni."

getus hati Fatimah.

Tidak berapa lama kemudian. Datang sekujur tubuh yang tinggi, masuk ke bilik mereka yang dipenuhi dengan mood study.

"weh.. kita kena pindah rumah!!!"

"apeh????!!!!!"

...

Fatimah dan Aziah terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Ezzah.

"bia betul.. budak ni ngigau ke ape..."
hati Fatimah berbisik.

"kite kene pindah, tuan rumah nak rumah ni"
tambah Ezzah.

"habis tu..."
Aziah seperti tidak percaya.

"dia bagi kita duduk kat blok enam, tingkat dua. rumah ni dia nak gune"

"aku tak nak blok enam. blok ni dah sedap dah weh, depan anne, kedai dekat. rumah ni dah elok sangat. kite dah selesa dah"
tambah Aziah.

"tipu sangat dia nak gune rumah ni. mesti ada penyewa lain ni"
kata Ezzah.

"haah, orang tu mesti nak bayar tinggi. skarang ni orang tengah carik rumah. kita ambek pon murah kan, tingkat satu, 450, mane nak dapat weh.."
tambah Aziah lagi.

"dia takde hak nak buat macam tu! kalau dia nak kita pindah, dia kena bagitau kita dulu, kita bincang betol2! kita tinggal satu sem je pon.. hish! aku memang bengang la, mentang2 la kita student dia boleh pijak kita macam tu je, dia ada otak ke tak?"
Fatimah berkata dengan lantangnya, tak mampu nak menyembunyikan kemarahan yang membuak-buak dalam dirinya.

*******************************************************

siot.
berita ni kawan aku tau dari pejabat blok aku, bukan dari penyewa rumah sendiri.
bila kawan aku mintak nombo pemilik rumah ni dari pejabat, pejabat x kasi. dia kata tuan rumah memang dah suruh pejabat uruskan semua benda so nak apa2 urus ngan pejabat jek, takleh kacau tuan rumah.
bud uh.
dah la semalam baru bagitau, besok nak jawapan. ade otak ke tak?

hish, aku memang srs bengang.
bud uh.

ni la dia situasi kat malaysia. aku memang nampak benda ni dari dulu. kalau dah nama student, memang diorang pandang sebelah mate.
student tukan org yg menuntut ilmu. kau dapat commission la tolong org yang menuntut ilmu!!!
dulu, time aku gi spital, ade la satu geng budak2 belia remaje cam aku gak.
diorang bapak lame tunggu kat stu, mmg org tak layan dyerang. last2 dapat a dokter, tapi dokter yg x reti cakap mlayu, english pon bterabo.
pfffft.

ntah, susah la hidop dlm masyarakat yg camni!

yang tua dihormati, yang muda disayangi?

BULLSHIT!


*aku doa semoga tuan rumah tarik balik apa yang dia cadang tu. tapi macam susah je.. aku doa aku dah budak2 rumah aku dapat rumah yang ok sem depan. azi ada satu rumah. tapi rumah tu jaoh. takpe la, semoga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat, ameeeennn.
doa orang yang teraniaya termakbul kan?

2 comments:

  1. yeah2!!takbir!!allahuakbar!jahat dorang buat kita cmni!!!huhu..ahhhh!!

    ReplyDelete
  2. adik, S.A.B.A.R...
    Tuhan tu selalu menguji.
    jadi, terima dengan tangan terbuka.
    jangan kalah dengan emosi.
    xelok kan?
    em,
    apapun semoga dapat rumah cepat2 and hepi ever after,

    ReplyDelete