assalamualaikum,
hai olls~~~ rasa happy la tengok gambar konvo ni~ hahaha~ dengan bunga~ mak ayah, kawan2~ bunga~ ros~ merah~ kawan2~ jubah besar, topi petak~ bunga~ suka lah :)
so konvo aku berlansung kat uitm shah alam. bagus jugak, tak la menyusahkan parents aku utk pergi jauhhhh ke penang, kesian ayah aku nanti. sebenarnya hari aku konvo dia ada meeting. aku sedih jugak dia tak dapat datang. tapi xpe la, "ayah datang petang pun xpe.." ujarku yang akur, gaya anak solehah. lagipun kalau datang mesti kene tunggu lama. baik datang time aku dah habis je kan. tambahku gaya anak yg solehah lagi optimistik hehe :D
tapi somehow mengharap jugak diorang datang, tak tau kenapa. so pagi tu hantar mesej simpati kat ayah "ayah hari ni datang pukul berape?" tak de la simpati sangat. hahaha. tapi nak bagi hint. kalau aku x kesah memang aku tak hantar mesej. kalau aku hantar tu macam mengharap jugak la. rupanya ayah fahammmmm :') "pukul 12, boleh?" haaaaa~~~ dah agak dah ayah datang~~~ i don't know what happen to his meeting, mungkin dia tangguh. what ever it is, thank you ayah and siapa pun orang yg sepatutnye meeting dengan dia. terharu ;')
mungkin jugak jasa cikgu jamilah. biasela, hasben2 ni, kalau kene pujuk dengan mummy2 anak dia mesti hati cair ;) hikhik
so sementara hati aku berbunga bunga happy parents aku datang, aku pun bz2 siapkan diri dengan rakan2 di bilik~ nak naik pentas tak sampai 60saat tu, bersiap gak macam nak pergi dinner ke ape ntah. penting woi, nanti gamba atas pentas tu nak gantung kat rumah yang kite hidup dengan hubby bunny and anak2 kami and cucu2 kami, and cicit2 kami, and somehow one of them will definitely tanya "mama, mama, ni gambar mama mase mude ehhh~ mama ni cantik lah macam kite :)" or "mak tok mak tok~ ni gambar mak tok mase mude ehhh~~~ mak tok ni cantik lah macam kite, macam mummy jugak :)" hihihihihihihihhihi
anyways. aku harap konvo korang pon best jugak. kat sini ada beberapa gambar, detik2 gembira yang aku nak share dengan korang. gamba baling2 topi tu aku tak join. pening lah baling2, muke kene topi kang, meroyan sorang2. (ok tipu. masa diorang baling topi aku tengah tangkap gamba kat studio. cimbs, patut kol Jah dari awal T____T )
memang dslr tu gune untuk penyeri gambar je. bhahaha :D our picture before pergi DATC :)
so dah sampai DATC!!! tangkap gamba before masuk!!! hahaha
Biee Bond and I, few minutes before masuk dewan. dalam barisan ni. time ni nevessshhhhhhhhh. lagi2 merasa angin sejuk dewan~ hahaha~
dah masuk tu aku carik gak mak ayah aku. tak jumpe pon orang melambai lambai kat aku. dah duduk baru mesej mak "mak kat mane, nampak timah tak tadi?"
"mak nampak dari awal lagi"
"mak kat mana, tak lambai pon"
"kalau mak lambai2 pon mah tak nampak mak punye. nanti penat je lambai"
-.-
cikgu jamilah being cikgu jamilah ^__^''
and us being us. tangkap gambar suka hati. dah la majlis istiadat hahaha~ sidang farmasi gabung dengan budak mechy waktu tu. kitorang farmasi biaselah, mane la ramai sangat~ kitorang kejap je habis. tapi nak menunggu budak mechy ni, Allahuakbar, bapak lama!!!! diorang total 700+ something. lama gilaaaaaaa -.-' sian mak ayah we olls bebudak famasi, kene tunggu lama sebab yu olls~ yu olls mechy, y u so ramai??!!! nak tepok2 tangan, kenal soghang dua je. jadi untuk mengisi masa dengan perkara berfaedah, tangkap la gamba bebanyak~ bile lagi nak jumpe, yedok? hahaha~
and here's us, duduk ramai2 sebaris~ satu geng~ engkorang masa dalam dewan ni mesti kene berpisah geng kan, nama masing2 x sama, ade nor, ade nurul, ada siti, ada tipah. but we managed to sit together :) kau hado? hahaha :DDD
keluar je dewan, orang first yang aku cari mestila parents. tapi masa nak cari2 parents, aku terserempak dengan kakak usrah aku dulu. dia memang bagitau aku dia nak datang, tapi aku tak sangka la dia datang betul2 sebab bukan dia sorang je yang cakap nak datang kat aku ramai lagi, tp yang lain end up tak datang pon. kakak usrah aku datang siap bawak bunga yang aku suka T____T dah la baru je kenal T____T masa aku jumpa dia ni dia tengah nangis. aku sendiri tak faham kenapa. tapi tapi!!! balik tu aku mesej dia sebab aku terharu sangat dia datang majlis aku n bagi ros.. n then aku dapat jawapan kepada tangisan dia...
"congrats again!!! haha.. td akak lupe nak bagi kad... ada dalam beg.. huhu... do remember dear, graduation day disana tu lbh besar bila kita terima scroll dihadapan Sang pencipta ;( sob3... moga2 kita trima scroll nanti dengan kool n penuh bergaya InsyaAllah 8-) jumpa Jumaat.. jgn lupa msg everyone :) "
Allah, lepas aku terima mesej dia baru aku faham kenapa dia menangis T___T n lepas aku balas mesej dia, dia menambah lagi
"Aa.. N yg lbh buat kak terkesan, bila tgk parents dtg... siap kerusi roda n byk lagi... alangkah sedihnya bila kejayaan yg kita hadiahkan tuk mereka hanya bernilai duniawi, yg bukan bernilai di pandangan Allah.. sebab Allah hanya melihat TAQWA.. kan lebih manis dan bermakna bila kita graduate n skali hadiahkan mak ayah nilai taqwa dalam diri... tak brapa ramai yg sedar :( bersyukurlah bila Allah masih pilih kita :)"
all I could think about graduation day is happiness. but she on the other hand, she could relate it to akhirah. alhamdulillah, i met a right person :)
lepas peluk2 cium kakak usrah, aku teruskan pencarian aku yg lebih penting. parents aku. yg sanggup cancel meeting, datang awal, belikan bunga ros dengan teddy paling besar. the best thing about Tuan Kamil, dia memang akan beri yg terbaik. "mak nak bagi patung biase je, tapi ayah yang suruh bagi patung yg besar, cepat2 dia pilih yg paling besar. hehehehehehe" the best thing about cikgu jamilah, dia akan sentiasa support Tuan Kamil no matter what. mereka sangat sweet :) and the best thing about both of them, they're my parents :) alhamdulillah :)
Tuan Kamil jarang senyum. especially dalam gambar. dapat tengok dia senyum dalam gambar. walaupun kita jadi the reason of meeting dia cancel, the reason dia lapar dalam dewan, the reason dia tunggu lama dalam dewan, tengok anak2 siapa lah agaknya, the reason dia kene datang uitm cari parking despite ramai sangat orang tu, nevertheless he still smiled. and the reason to that smile, aku sendiri tak dapat pasti kenapa, tapi aku still rasa happy, sebab dia senyum :)
and ini ada latar belakang ramaaaaaiiii orang
"amik kok ni, hok ado rama oghe ni"
Tuan Kamil nak background ramai2 org giteww.. lol.
pastu ayah suruh pergi studio, kitorang bergambar kat studio jap.. on the way to studio jumpe kak hira (kakak usrah) lagi :) tangkap2 gamba, salam2 kejap. dah kenalkan kakak usrah kat parents rasa lega :)
pastu amek gamba kat studio.. rupenye masa ni geng2 farmasi sume tgkap gamba reramai baling2 topi T____T cimbs, tak tunggu aku T____T
pastu jumpe geng Ikatan Kasih Rumpun Anak-Anak Melayu (IKRAM). ni abe2 mechy ni, dah grad dah~ dulu dok pening2 stress kat LP sama2. ni la geng nya~ hahahaha~ yg kiri tu munah, kalau terserempak kat LP mesti tgh tgk tafsir Quran. bagus budak nih. tapi bila dah jumpa geng IKRAM mula la menggila. hahaha. yg kanan tu Iman, timbalan pengarah IKRAM. Jenis yg cool habis, bagi la last minute ke, tibe2 xde projektor ke, itu ke ini ke, muka tenang je, selesaikan semuanya dalam iman~ ecewah. kalau engkorang minat, bagitau aku, nanti aku boleh tolong ejas. hahahaha :DDD
pastu jumpe bebudak farmasi balik~ cimbet, diorang dah selesai baling2 topi T___T masing2 bersepah, tinggal ni je T____T sedih aku. tapi xkan la nak layan kesedihan tak baling topi ramai2 time pegang bunge ros merah ade teddy bear besar tu kan. tangkap je la gamba :)
and and and surprisingly, budak2 puncak alam datang!!!
bissingggg gilaaaa time nieeeee!!!
"nak pinjam topiiii!!!"
"bessaaaa gilaaa jubaaaahhhh"
"bestnyeee konvoooooo!!!!"
"temmmmaaahhhh kurus gilaaa kaauuuuuu!!!"
"temah, muka kau cengkong gilaaa!!!"
"woi! ni sume pakai mekapppp ni!!!"
"nak bungaaaaa!!!!"
"besa nye bearrrrr"
girls~ kalau dah jumpe, excitednye same la macam oghang laki tengok bola. ahahaha~
and the next day pergi tengok oghang lain plak konvo :) bebudak letrik. apan la bising2 ajak. aku memang tak larat time tu, kelas dari pagi sampai petang, petang pulak lab. aku memang x makan lansung, between kelas kunyah gule2 fruit plus je. ptg tu masa naik bas dah teragak agak dah. tapi si apan ni dah ada tektik serangan
"weh, kau datang ke tak ni? aku baru ingat nak bagi bunga. hahahahaha"
puih. dia tau. hahahahhaa
"pegi je la temah, kau kan nak amek gamba kat studio skali~ dah alang2~ blh jumpe kawan"
"tapi aku tak reti jalan sorang~ aku takot :( jom ah teman aku"
"ah takde aku penat!!! pegih2, smalam dah la teha bagi bunge kat kau"
lalu berjalanlah aku ke DATC. kruukkkkk2... perut lapar. bukak beg, kluarkan biskot teddy perisa cokelet. bangga dengan diri sendiri, bawak biskot pergi kelas walaupun dah banyak kali kene sound ngan lecturer takleh makan dalam klas. hey, jikalau saya pengsan bagaimana? omnomnomnomnomnom makan sambil jalan. tak hiraukan abe letrik yang mungkin terjatuh hati namun tak jadi ngorat sebab awek makan sambil jalan. kesah. ahahha :DD
"wehh kau kat mane, aku dah sampai ni. aku tgh nek tangga"
"kau kat mana?"
"dah kau kat mana?"
"kau kat mana?"
"kat mana kat mana, macam mana nak jumpa? kau pergi ujunggggg skali, aku jumpe kau kat situ"
nasib baik dia belikan aku bunga. oh dari kejauhan aku dah nampak apan. ada. dia pegang something yg menarik di tangan. nampak nampak!!! makin dekat makin dekat.
"ha timon! nah aku bagi bunge ni!! kau suke tak?"
*cium2 bau bunga.
"weh!"
"haaaa tu yg x hidop. ko takyah bau. aku saje bagi yg x hidop, nanti bunge aku blh jadi bunge yg paaaaaaling tahan lama dalam semua bunge yg ko dapat. ahahahahahahahahaha :DDD"
-.-''
cimbet. kena tipu. tapi at least dia bagi gak bunga walaupun x hidup. aku yg baik hati lagi mulia pun senyum girang~ hahahaha~
"tq weh~ jom beli bunge. smalam teha bagi aku bunga. aku nak bagi dia plak. mane nak bli?"
haaa.. part ni best! utk engkorang yg suka bunga, ini
TIPS UNTUK PENCINTA BUNGA
1. beli time konvo
2. pergi kat tempat bunga time petaaaaaangggg gila time nak tutup
3. diorang akan jual bunga yg sejambak RM45 tu, diorang kasi diskaun, blh dapat RM10 je
:DDDDDD
3. BELI 2 JAMBAK, DAPAT SEJAMBAK LAGI FOR FREEEE!!!!
:DDDDDDDD
fulamak happy gila aku, dah la banyaaaaaaak gila bunga, semua dok hulur kat aku, bagi aku ros merah pulak tu, apan dah tengok aku happy sangat agaknya. dia terus bayar utk 2. pastu akak tu baik hati pulak bagi lagi satu jambak. "nah dik, hadiah!" agaknye dia perasan kot mata aku bersinar2 tengok bunga banyak2~ ahahahahaha :DDD
pastu jumpe la teha n syahmi. masing2 dapat bunga. happy :)
muke happy dapat bunge! apan pegang yg kecik je, tu la bunga tipu yg dia bagi aku time awal2. ahahaha. takpe, next week konvo dia, kitorang plak bg hadiah utk dia :)
(dari kiri, syami, apan, team multimedia sama dgn aku. and teha, setiusaha kehormat IKRAM :)
apahal ntah takleh bdiri tegak. happy sangat la kot. hahahahaha :DDD
teha cantik pakai mekap :)
and in the end... balik bilik....
ini lah meja study saya! dah jadi kedai bunga, hahaha!!!
konvo memang best. ada mak ayah, kawan2, bunga, kawan2, bunga dan bunga!!! hahahaha~ kalau boleh hari2 nak konvo, bestnye~ masa aku balik dari konvo teha tu, aku singgah beli air jap. dah akak jual air tu sume mata bersinar sinar muke berseri seri..
"wahhhh.. fresh flowers eh dik?"
"nak satu!!!"
"akak boleh bagi adik air free, nak satu bunga!"
aku nak je bg dia satu, tp susah, sebab dah sejambak kan, kene bukak selotep2 sume dulu. aku suruh akak tu dtg DATC esok, boleh borong bunga time petang2, macam apan buat. ahahahahaha :DDD
balik bilik aku terus gubah bunga. aku suka lah. rasa happy. aku rasa macam nak jadi florist gitu.. bunga bau wangi~ lembut~ happy lah :)
org slalu bg komen kat aku "dari bunga baik duit"
"buat ape bunga, nanti layu"
weh, korang tak faham~ bunga ni cantik~ wangi~ somehow bunga ni ada aura kebahagiaan yang boleh membuatkan kita happy, senyum gembira :) cemtu, hihi :)
Jah roomate aku pun antara org yg kutok aku gak. tapi bila aku dah gubah dalam bilik, hias betul2, dia pun mengaku, fresh flowers ni memang boleh mendatangkan aura. aura kegembiraan :) hihi
"temah, zahrah tu... maksudnye..."
"bunga"
"no wonder la kau suka sangat :)"
hahaha, aku sendiri tak pernah terfikir. tapi aku mmg suka sebab bunga buat aku happy :) mungkin jugak teori Jah betul :)
ouh rindu pulak bunga2 yg ada kat atas meja tu. nyesal balik rumah tak bawak bunga~ kak hira cakap, kalau nak tahan lebih lama, air yg kita letak tu letak panadol~ air yg spray pon ada panadol. akak dulu amek plantation. aku tak tau la betul ke tak, tak gugel lagi. ahahahaha :D
ape2 pon tahniah kepada semua graduan, moga2 kita punyai satu semangat yg lebih tinggi untuk mencapai kejayaan yg berikutnya. dan moga Allah menerima segala usaha kita. dan moga2 usaha kita ini akan terhitung kelak sebagai satu usaha yg akan membawa kita dan kedua ibu bapa ke syurga~ aameeen :)
panjang btol entry ni. tahniah kerana berjaya baca sehingga ke tahap ini. hahaha.
k, dats all. happy2 konvo, happy2 success, and babai!