Assalamualaikum, hai semua
minta maaf kpd semua follower twitter saya, saya tak tahu knp, tp sejak pagi semalam TL dipenuhi dengan spam bahasa russia FROM ME!!!
entah tak tau la mana puncanya, apa masalahnya, tapi yg pentingnya nak inform, saya deactivate account saya untuk seketika.
mungkin dalam doa saya tiap2 hari mohon Allah kurniakan kefahaman dalam kelas, tapi dalam kelas pulak saya tak dengar pun cakap lecturer. sy tgk TL instead =.=''. padah jugak wifi laju kat kampus ni. mungkin la, mungkin la, sebab tu jadi macam ni. tak tau la sebab sebenar, tapi kun fayakun. kalau Allah kata jadi, maka jadilah.
entah la sampai bila nak deactivate ni, sampai dapat kenalpasti punca kot. kot.
jangan rindu saya. kalau rindu tgk la fesbuk. kalau xde fesbuk tgk stegrem. kalau takde stegrem kol le kite borak2. ye, aku tujukan perenggan akhir ni utk kau nor ezzah. mengade xde fb n stegrem.
entah dia baca blog lagi ke tak. sejak ada twitter ni, maaaaaana rajin tgk blog lagi dah...
kbye.
fatimah zahrah, xoxo.
“Allah knows exactly what to give you to help you return to Him. The events in your life are purposeful, appropriate & non-random.” - Shaykh Hamza Yusuf
Saturday, September 28, 2013
Saturday, September 14, 2013
Belok kiri Belok kanan
Assalamualaikum,
Hai semua, lama tak borak. Lama sungguh. So macam mana kehidupan? Tak best? Tak indah? Bosan? Jangan risau, dunia hanya sementara, akhirat itu yang selamanya ;')
Lately aku busy la jugak.. dengan study, bisnes dan DnT. Kalau fikir betul2 aku bukanlah dalam satu tahap yg boleh dibanggakan pun dalam ketiga tiga perkara yg aku sebutkan tadi. In study, aku bukanlah student contoh yang semua classmate rujuk mahupun yang pensyarah bangga-banggakan. In business aku tak pulak ada kedai mahupun pasaraya besar. Adapun secara online je, tu pun bukanlah besar sangat, pekerja pun tak ada. In DnT, jauh sekali, aku masih lagi merangkak, struggle dengan diri sendiri, entah kenapalah lambat sangat berbanding orang lain yg dah recruit entah berapa puluh orang dah, aku ni nak start DF pun teragak agak :'(
Kadang2 tiap2 malam aku fikir pasal semua ni. Pasal sikitnya aku ada. Pasal masa depan aku macam mana. Pasal keadaan ekonomi. Pasal boleh ke tak aku beli rumah time kerja nanti. Pasal boleh ke aku dapat kerja nanti. Pasal aku sebenarnya nak beli tanah sebab kalau boleh aku nak bertani dan bercucuk tanam sendiri, tapi tanah jauuuhhhh la lagi mahal. Pasal anak-anak aku nanti mampu tak aku besarkan mengikut plan aku. Pasal nanti ada ke orang nak amek aku kerja. Pasal nak sambung master, tapi nak pergi ke pharmaceutical ke nak pure chemistry. Pasal kenapa la sampai skarang stagnant dalam DnT. Pasal macam mana la nak majukan bisnes. Pasal mana nak dapat supplier baru bila supplier lama dah takde. PASAL APA LA AKU FIKIR BANYAK SANGAT!!!
Ramai orang kata orang perempuan selalu fikir banyak sangat. Aku antara ramai orang yang berkata begitu. Sebab aku sendiri perempuan, and aku sendiri memang fikir banyak sangat.
Aku rasa aku jadi makin risau since harga minyak naik hari tu. Aku macam, "minyak naik... barang naik... camno den nak kumpui duit ni..." and then fikir la lagi macam2 jadah ape ntah dah ada atas katil kipas pasang tu tidor je la, bukan gheti nak tido. fikir banyak, pastu buat plan, pastu risau sensorang. eyy benci!
Kata ex kakak usrah aku, "Jangan keseorangan, kerana manusia memang takkan survive duduk sorang." aku percaya kata dia.
So nampak tak betapa serabutnya aku tiap2 malam fikir macam2. Sampailah.. Petang tadi :')
Petang tadi ada senior aku sharing.. Tentang seorang sahabat nabi... Namanya Said bin Amir. Ceritanya panjang, korang boleh cari sendiri cerita penuh, tapi aku akan ceritakan sikit kat sini. Said bin Amir ni antara sahabat nabi. Setelah wafatnya nabi, Abu Bakar As Siddiq menjadi ketua. Kemudian Umar Al Khattab. Semasa pemerintahan Umar, Said menjadi gabenor di sebuah kawasan.
Walaupun Said ni gabenor, tapi dia tersangatlah miskin. Miskinnya dia sampai nama dia tersenarai sebagai nama penduduk miskin yang layak diberi bantuan. Walhal dia seorang gabenor. Jadi Amirul Mukminin Umar Al Khattab pun tersangat lah terkejut bila dapat tau Said si gabenor dalam keadaan sangat2 susah. Jadi Umar Al Khattab pun kirimkan wang sebanyak seribu dinar untuk Said.
Bila Said dapat seribu dinar tu, Said rasa hiba. Dia cakap “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Seolah-olah Said sedang ditimpa musibah besar atau perkara berat.
Jangan risau kawan, dunia hanya sementara. kadang2 benda2 yg kita risau2 ni entahlah sempat kita hadapi ke tak sebenarnya. Entah2 malam ni dah sampal ajal kita, siapa tau?

Istrinya datang tergopoh-gopoh dengan penuh kecemasan, dia berkata, “Apa yang terjadi wahai Said? Apakah Amirul Mukminin wafat?”
Said menjawab, “Lebih besar dari itu.” Istrinya bertanya, ‘Apa yang lebih besar?”
Said menjawab, “Dunia datang kepadaku untuk merusak akhiratku, sebuah fitnah telah menerpa rumahku.”
Istrinya berkata, “Engkau harus berlepas diri darinya.” Dia belum mengerti apa pun terkait dengan perkara dinar tersebut.
Said bertanya, “Kamu bersedia membantuku?” Istrinya menjawab, “Ya.”
Maka Said mengambil dinar itu, memasukkannya ke dalam kantongkantong dan membagi-bagikannya kepada kaum muslimin yang miskin.
(okey perenggan ni aku copy paste, sorry, penat sangat tak mampu nak taip sendiri)
kiranya Said tak guna pun seribu dinar tu, dia bagi pada fakir miskin. Pastu Umar datang lagi tanya pasal Said, and orang cerita la pasal Said lagi. Umar bagi lagi seribu dinar. Said bg duit tu pada janda and anak yatim...
Kalau korang la, dapat duit, korang akan buat apa? even if korang niat nak bagi orang, korang mesti akan guna jugak duit tu walaupun sikit kan?
entahla, aku terasa sangat bila akak tu cerita pasal Said. Said ni, gelaran dia "seorang laki-laki yang membeli akhirat dengan dunia dan mementingkan Allah dan Rasul-Nya diatas selain keduanya"
selama ni aku penat fikir2 macam2, simpan duit, susah nak belanja orang, asik nak kumpul duit, risau sangat dengan masa depan, rupa-rupanya aku lupa, semua ni sementara. looser nye rasa bila compare diri sendiri sengan said :(
dari kisah Said ni pun kita boleh jadikan isteri Said sebagai heroin yg sangat cool. suami gabenor, dapat duit, tidak memilih untuk menggunakan duit untuk shopping, malah setuju untuk memberikan duit tersebut kepada fakir2 miskin. true hero :')
aku tau, kita masing2 ada struggle kita sendiri.. kau ada, aku ada, kita semua ada masalah. entah masalah datang dari mana, tak putus2, tension, rasa nak lari pergi marikh, kenapala hidup ni susah sangat, haishhh susahnya siapa yang mampu faham aku :( tenang kawan, tenang...
Allah tu maha penyayang. Dia turunkan ujian, supaya kita doa, supaya kita berkomunikasi dengan Dia, supaya malam2 kita bangun, merintih, doa pada Dia, supaya kita cakap dengan Dia, supaya kita tak lupa Dia.
Jangan risau kawan, dunia hanya sementara. kadang2 benda2 yg kita risau2 ni entahlah sempat kita hadapi ke tak sebenarnya. Entah2 malam ni dah sampal ajal kita, siapa tau?
Sebab tu Said tak kisah lansung tentang duit dan kesenangan. Sebab dia tau dunia hanya sementara dan akhirat tu yg pasti :)
tapi kakak usrah aku pesan, bukanlah maksudnya nak kumpul duit and harta tu salah. sahabat nabi dulu pun ramai je yang kaya and mereka menggunakan kekayaan tu untuk agama Allah. tapi jangat terlalu obses dengan harta dan kekayaan, sebab yg akan dibawa ke akhirat, hanya amal.
panjang pulak tulis. esok nak balik kampung. owh btw, semalam aku try buat cream puff. senang rupanya :)
lastly, untuk mereka yg fikir byk tentang masalah yg dialami tu,
Jangan risau, jangan sedih, Allah bersamamu :)
fatimah zahrah, xoxo.
Thursday, September 12, 2013
Wide Crinkle Shawl
Assalamualaikum,
Hai semua, hari tu dah cerita pasal timmy tim's wide shawl, hari ni nak cerita pasal timmy tim's wide crickle shawl pulak. dia lebih kurang macam wide shawl, cuma dia crinkle. hahaha.
crinkle ni maksudnye ronyok. ada jugak orang cakap kedut. bestnya crinkle shawl ni of course la kerana fizikalnya yang sedia ronyok dan kedut, shawl ni tak perlu di gosok. so sangat sesuai untuk mereka2 yang mengejar masa.
shawl ni 100% viscose, so sangat sejuk bila pakai. rasa selesa je, and ringan. kata orang breathable. betul la tu, bila pakai x rasa panas pun.
timmy tim's wide crinkle shawl ni jugak memang dibuat wide. paling penting. supaya senang kakak2 tutup aurat dengan sempurna :) boleh juga digayakan dengan pelbagai cara sebab memang besar. ukurannya 185 x 100 cm :)
so di bawah ada beberapa gambar yg u olls boleh pilih :)
KAMI DAH RESTOCK WIDE CRICKLE SHAWL. PLEASE VISIT OUR PAGE TO PURCHASE :)
Hai semua, hari tu dah cerita pasal timmy tim's wide shawl, hari ni nak cerita pasal timmy tim's wide crickle shawl pulak. dia lebih kurang macam wide shawl, cuma dia crinkle. hahaha.
shawl ni 100% viscose, so sangat sejuk bila pakai. rasa selesa je, and ringan. kata orang breathable. betul la tu, bila pakai x rasa panas pun.
timmy tim's wide crinkle shawl ni jugak memang dibuat wide. paling penting. supaya senang kakak2 tutup aurat dengan sempurna :) boleh juga digayakan dengan pelbagai cara sebab memang besar. ukurannya 185 x 100 cm :)
so di bawah ada beberapa gambar yg u olls boleh pilih :)
RM20 each
postage: RM6 for WM,
RM10 for EM :)
kalau berminat, boleh la PM facebook kami Aziya Az-Zahra
atau hantarkan ke email saya zahrah1801@gmail.com.
happy shopping! ;)
Labels:
aziya az-zahra,
crinkle shawl,
plain shawl,
plain wide shawl
Monday, September 2, 2013
Plain Wide Shawl
Assalamualaikum,
HAI. hari tu cari wide shawl, and then mahal. so suruh kawan beli kat egypt, murah. yippi!!!! saya pakai wide shawl ni waktu raya hari tu, masa pergi ke rumah kawan, sangat selesa, dan mudah dibentuk :) dan sebab ianya besar, saya senang nak style-kan dengan macam2 cara, tp still dapat cover chest and my back, menepati syarak :)
di bawah adalah gambar saya bersama rakan-rakan. saya memakai wide shawl dark brown :)

third from left :)
waktu tu baru lepas solat asar, senang je pakai shawl ni tak payah guna starch pun, dia elok je terbentuk hehehe.
gambar atas, paling kanan.
gambar bawah, barisan bawah, dua dari kanan. :)
kalau perasan, yg 2nd picture ni shawl tu dah style lain dari shawl atas. sebenarnya gambar bwh ni gambar lepas solat maghrib. dah bukak shawl, pakai balik. pakai style lain pulak. memang wide shawl ni boleh di-style-kan dengan bermacam macam cara, seronok, takde la bosan nak pakai satu style je :D
RM 20 each
postage WM RM 6 EM RM 10
-senang dibentuk
-sejuk
-selesa
-tak jarang
-boleh digayakan dengan pelbagai cara
-196cm x 70cm
postage WM RM 6 EM RM 10
-senang dibentuk
-sejuk
-selesa
-tak jarang
-boleh digayakan dengan pelbagai cara
-196cm x 70cm
kalau nak wide shawl ni boleh dapatkan di FB page
tekan je nama Aziya Az-Zahra tu saya dah letak link, ianya akan terus membawa anda ke FB page tersebut. cewah, rasa fabulous bila guna bahasa melayu full :3
or boleh email ke zahrah1801@gmail.com
wide shawl ni diorang baru je release, sekali dengan tudung bidang 50.
TUDUNG BIDANG 50 MURAH
RM 19 each.
material sama dengan wide shawl.
bidang 50 ni besar sikit dari normal bidang 50 kat malaysia sebenarnya. nak tau measurement sebenar boleh PM fb page aziya az-zahra k! ;)
Aziya Az-Zahra ni founder nye students jugak.. diorang memang jual murah2, bukan sebab barang tak berkualiti, tak. tapi diorang ni student, so diorang faham la masalah student yg selalu sengkek, tak cukup duit, tapi nak shawl cantik lah baju cantik lah. eh?
diorang la tu.
so that's why diorang bukak online store sendiri, beli borong, jual murah2. support diorang k! ;)
hopefully dapat membantu. happy shopping!! :)
fatimah zahrah, xoxo.
Labels:
aziya az-zahra,
bidang 50,
plain shawl,
plain tudung,
plain wide shawl,
shawl,
tudung,
wide shawl
Subscribe to:
Posts (Atom)