Saturday, September 14, 2013

Belok kiri Belok kanan

Assalamualaikum,

Hai semua, lama tak borak. Lama sungguh. So macam mana kehidupan? Tak best? Tak indah? Bosan? Jangan risau, dunia hanya sementara, akhirat itu yang selamanya ;')

Lately aku busy la jugak.. dengan study, bisnes dan DnT. Kalau fikir betul2 aku bukanlah dalam satu tahap yg boleh dibanggakan pun dalam ketiga tiga perkara yg aku sebutkan tadi. In study, aku bukanlah student contoh yang semua classmate rujuk mahupun yang pensyarah bangga-banggakan. In business aku tak pulak ada kedai mahupun pasaraya besar. Adapun secara online je, tu pun bukanlah besar sangat, pekerja pun tak ada. In DnT, jauh sekali, aku masih lagi merangkak, struggle dengan diri sendiri, entah kenapalah lambat sangat berbanding orang lain yg dah recruit entah berapa puluh orang dah, aku ni nak start DF pun teragak agak :'(

Kadang2 tiap2 malam aku fikir pasal semua ni. Pasal sikitnya aku ada. Pasal masa depan aku macam mana. Pasal keadaan ekonomi. Pasal boleh ke tak aku beli rumah time kerja nanti. Pasal boleh ke aku dapat kerja nanti. Pasal aku sebenarnya nak beli tanah sebab kalau boleh aku nak bertani dan bercucuk tanam sendiri, tapi tanah jauuuhhhh la lagi mahal. Pasal anak-anak aku nanti mampu tak aku besarkan mengikut plan aku. Pasal nanti ada ke orang nak amek aku kerja. Pasal nak sambung master, tapi nak pergi ke pharmaceutical ke nak pure chemistry. Pasal kenapa la sampai skarang stagnant dalam DnT. Pasal macam mana la nak majukan bisnes. Pasal mana nak dapat supplier baru bila supplier lama dah takde. PASAL APA LA AKU FIKIR BANYAK SANGAT!!!

Ramai orang kata orang perempuan selalu fikir banyak sangat. Aku antara ramai orang yang berkata begitu. Sebab aku sendiri perempuan, and aku sendiri memang fikir banyak sangat.

Aku rasa aku jadi makin risau since harga minyak naik hari tu. Aku macam, "minyak naik... barang naik... camno den nak kumpui duit ni..." and then fikir la lagi macam2 jadah ape ntah dah ada atas katil kipas pasang tu tidor je la, bukan gheti nak tido. fikir banyak, pastu buat plan, pastu risau sensorang. eyy benci!

Kata ex kakak usrah aku, "Jangan keseorangan, kerana manusia memang takkan survive duduk sorang." aku percaya kata dia.

So nampak tak betapa serabutnya aku tiap2 malam fikir macam2. Sampailah.. Petang tadi :')

Petang tadi ada senior aku sharing.. Tentang seorang sahabat nabi... Namanya Said bin Amir. Ceritanya panjang, korang boleh cari sendiri cerita penuh, tapi aku akan ceritakan sikit kat sini. Said bin Amir ni antara sahabat nabi. Setelah wafatnya nabi, Abu Bakar As Siddiq menjadi ketua. Kemudian Umar Al Khattab. Semasa pemerintahan Umar, Said menjadi gabenor di sebuah kawasan.

Walaupun Said ni gabenor, tapi dia tersangatlah miskin. Miskinnya dia sampai nama dia tersenarai sebagai nama penduduk miskin yang layak diberi bantuan. Walhal dia seorang gabenor. Jadi Amirul Mukminin Umar Al Khattab pun tersangat lah terkejut bila dapat tau Said si gabenor dalam keadaan sangat2 susah. Jadi Umar Al Khattab pun kirimkan wang sebanyak seribu dinar untuk Said.

Bila Said dapat seribu dinar tu, Said rasa hiba. Dia cakap “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Seolah-olah Said sedang ditimpa musibah besar atau perkara berat.
Istrinya datang tergopoh-gopoh dengan penuh kecemasan, dia berkata, “Apa yang terjadi wahai Said? Apakah Amirul Mukminin wafat?”
Said menjawab, “Lebih besar dari itu.” Istrinya bertanya, ‘Apa yang lebih besar?”
Said menjawab, “Dunia datang kepadaku untuk merusak akhiratku, sebuah fitnah telah menerpa rumahku.”
Istrinya berkata, “Engkau harus berlepas diri darinya.” Dia belum mengerti apa pun terkait dengan perkara dinar tersebut.
Said bertanya, “Kamu bersedia membantuku?” Istrinya menjawab, “Ya.”
Maka Said mengambil dinar itu, memasukkannya ke dalam kantongkantong dan membagi-bagikannya kepada kaum muslimin yang miskin.
(okey perenggan ni aku copy paste, sorry, penat sangat tak mampu nak taip sendiri)

kiranya Said tak guna pun seribu dinar tu, dia bagi pada fakir miskin. Pastu Umar datang lagi tanya pasal Said, and orang cerita la pasal Said lagi. Umar bagi lagi seribu dinar. Said bg duit tu pada janda and anak yatim... 

Kalau korang la, dapat duit, korang akan buat apa? even if korang niat nak bagi orang, korang mesti akan guna jugak duit tu walaupun sikit kan? 

entahla, aku terasa sangat bila akak tu cerita pasal Said. Said ni, gelaran dia "seorang laki-laki yang membeli akhirat dengan dunia dan mementingkan Allah dan Rasul-Nya diatas selain keduanya"

selama ni aku penat fikir2 macam2, simpan duit, susah nak belanja orang, asik nak kumpul duit, risau sangat dengan masa depan, rupa-rupanya aku lupa, semua ni sementara. looser nye rasa bila compare diri sendiri sengan said :(

dari kisah Said ni pun kita boleh jadikan isteri Said sebagai heroin yg sangat cool. suami gabenor, dapat duit, tidak memilih untuk menggunakan duit untuk shopping, malah setuju untuk memberikan duit tersebut kepada fakir2 miskin. true hero :')
aku tau, kita masing2 ada struggle kita sendiri.. kau ada, aku ada, kita semua ada masalah. entah masalah datang dari mana, tak putus2, tension, rasa nak lari pergi marikh, kenapala hidup ni susah sangat, haishhh susahnya siapa yang mampu faham aku :( tenang kawan, tenang...

Allah tu maha penyayang. Dia turunkan ujian, supaya kita doa, supaya kita berkomunikasi dengan Dia, supaya malam2 kita bangun, merintih, doa pada Dia, supaya kita cakap dengan Dia, supaya kita tak lupa Dia.

Jangan risau kawan, dunia hanya sementara. kadang2 benda2 yg kita risau2 ni entahlah sempat kita hadapi ke tak sebenarnya. Entah2 malam ni dah sampal ajal kita, siapa tau?

Sebab tu Said tak kisah lansung tentang duit dan kesenangan. Sebab dia tau dunia hanya sementara dan akhirat tu yg pasti :)

tapi kakak usrah aku pesan, bukanlah maksudnya nak kumpul duit and harta tu salah. sahabat nabi dulu pun ramai je yang kaya and mereka menggunakan kekayaan tu untuk agama Allah. tapi jangat terlalu obses dengan harta dan kekayaan, sebab yg akan dibawa ke akhirat, hanya amal.

panjang pulak tulis. esok nak balik kampung. owh btw, semalam aku try buat cream puff. senang rupanya :)

lastly, untuk mereka yg fikir byk tentang masalah yg dialami tu,
Jangan risau, jangan sedih, Allah bersamamu :)

fatimah zahrah, xoxo.

No comments:

Post a Comment