Wednesday, December 25, 2013

Ini entry minta pendapat, tolong ye :)

Salam.

Hi everyone, fazamoka's here!!

speaking berhabuk.

ok hari ni aku nak citer something. at the end of the story, aku nak mintak pendapat korang. please, bagi pendapat tau, sangat memerlukan, tq ;') citer dia cenggini...

pada suatu hari, orked punyai kawan yang bernama aria, zenah, kura, dan yapong. mereka berkawan rapat. mereka pernah ke negara majapahit bersama. sangat seronok. suatu hari, mereka mahu mengembara bersama lagi. lalu hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. orked telah pun menuntut ilmu dengan seorang guru yang haibat. suatu hari aria menulis surat, lalu dikirim pada orked. surat berbunyi

"kehadapan si cantik orked,

ayuh lah kita mengembara lagi. kita ke negara china selatan. aku dengar, negara itu punyai pohon2 yang cantik. aku mahu pergi. ayuh? kiranya satu purnama dari sekarang, aku dan lain2 akan ke sana. andai kau mahu ikut, balaslah surat ku a.s.a.p.

yang benar,
aria bulan sinar malam cahaya sukma."

baru orked tahu, sesungguhnya nama aria sangat panjang. orked excited. lalu memikir.. tok gurunya akan menganjurkan ujian lagi setengah purnama. setelah satu purnama, dia akan dapat cuti habis ujian. cantek, boleh join kembara si aria nama panjang tu. lalu orked membalas surat aria a.s.a.p. lalu aria terus booking kapal. negara china jauh, kena booking kapal. nak booking kena bayar. lalu orked bayar. dan seterusnya berangan kisah2 haibat yg bakal mereka lalui bersama. fuyyoooo haibatnya nak p china woi! berangan, dan senyum sensorang.

suatu hari, tok guru orked yang bernama sira melati kesuma dewi datang memanggil orked.

"orked, kau sangat pintar. setelah sepurnama, aku mau kau bersama teman2 pintar yang lain pergi berguru dengan rakan ku di seuatu tempat yang lain. ok? siapkan dirimu"

lalu tok guru pergi. orked jadi bingung. apa yang harus dia lakukan? nak pergi negara china, atau sahut seruan tok gurunya untuk menambah ilmu? kapal dah booking, bayar pun sudah, lama pula tak jumpa aria, zenah, kura dan yapong. especially yapong yang juga menuntut ilmu, jauh di tanah jawa. pulangnya hanya setahun sekali. masakan dia tidak mahu berjumpa dengan rakan2 sahabat sehidup semati. namun kata2 tok guru apakah harus diingkari???

***

TAMAT.

ok, masalah orked skarang, nak ikut kawan dia yg nama panjang tu pegi china ke, atau ikut kata tok guru untuk pergi menuntut ilmu. kalau tinggalkan trip ke china, rugi, duit dah bayar. kalau tinggalkan tok guru rugi gak, ilmu tak dapat. so how?

anda dialu alukan untuk menyuarakan pendapat tentang masalah orked. bantu orked. #HelpOrked jika perlu. eh, takpayah lah xperlu. kite2 je dah la. sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komen, atau boleh juga PM fb/twitter/email/whatsapp jika segan. hihi.

owh btw, twithandle baru saya @osemzahrah. follow ye ;')

sekian dats allz babaizzz :) salam :)

1 comment:

  1. Alamak Timah. Mcm confuse je kalau aku jadi si Orked. Mungkin boleh cadangkan kat si Orked utk istikharah. ;-)

    ReplyDelete