Tuesday, September 14, 2010

miss J and silly obsession

***************************
smalam aku kol J
J dalam keadaan tak tenang, dia sedih
dia mahu meluangkan sedikit masa yang ada bersama rakan-rakan
namun ibunya tidak memahami
kata J, ibu menegah dia pergi kerana ibu bimbang akan kes-kes penculikan yang berleluasa sekarang
penculikan.. perdagangan manusia.. sosilawati
semua kes yang memenuhi media menggerunkan ibunya
membuatkan ibu J melarang J dari keluar berjumpa dengan rakan2 sekolah yang sangat sekian lama tidak berjumpa
J sedih.. sudah sekian lama dia menyimpan rindu untuk berjumpa rakan-rakannya..
rakan-rakan adalah segalanya..
J hidup bersama rakan-rakannya selama 5 tahun
menangis ketawa gelak guling2.. makan.. tidur..
semua dilakukan bersama
apabila kolej memberikan cuti, J sudah berniat mahu berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak ditemuinya
J mahu melepaskan rindu, J mahu mendengar cerita, J mahu bertanya khabar
namun ibu J tidak memahami...
"awak nak naik ape? KTM? kan bahaya, dah la banyak orang jahat kat luar tu"
"slame ni kan timah, aku balek asrama naik KTM dia tak penah bising pon.. suroh amek tanak, pastuh sroh aku naik KTM. aku tak kesah la.. hidop jek aku sampai skang.. ni tibe2 aku nak jumpe korang jap, boleh pulak dia risau2. aku sedih la weh"
betul juga kata J
same jugak dengan parents aku J
time raya hari tu ayah aku siap suroh naik bus jek balek rumah, sebab aku tanak balik awal
boleh pulak dia tak kesah dari johor ke shah alam aku naik bas..
tapi naik ktm nak ke kl bising2 pulak ek?
risau
mak aku seboleh tanak aku keluar jumpe siapa2 time sem break
kalau boleh dia memang nak anak2 dia dok rumah jek
senang hati
aku faham la perasaan J tu... kite pon keluar bukannya sampai malam.. pukol 5 dah balik dah...
keluar pon bukannya tiap-tiap hari..
kalau keluar pon bukannya buat benda jahat... bukanya makan ecstasy, pegi kelab, lepak tepi jalan, gelak besar2 tengah2 mall...
pegi nak jumpe kawan.. tanya kabar..
aku faham perasaan kau J...
tapi deep inside, aku juga faham perasaan bonda...
pastinya bonda tak mahu aku keluar, kerana dia mahu aku sentiasa bersamanya
sudah lah sekolah di asrama sampai 5 tahun
melanjutkan pelajaran pula di tempat jauh
tak mahu pulang jika tiada cuti yang panjang
bonda pasti rindukan aku
bonda pasti tak mahu aku jauh darinya lagi
tambahan lagi, aku adalah satu-satunya puteri yang dicintainya
[eceh.. x leh bla tak ayat aku? ni aku cube untuk meng-optimistikkan diri ye]
aku pon memujuk J..
aku cuba mengajaknya berfikiran rasional
walaupun aku juga turut beremosi pada awalnya
^___^
to J: takpe la J... ada jodoh kita jumpe ye... kau doa la banyak-banyak mak kau tu boleh tinggikan siket tahap kepercayaan dia kat kau.. dan tahap pemahaman dia dalam menyelami isi hati anak-anak buah hatinya~ eceh~ hihihi~ mak kau sayang kat kau tu, bukannye ape.. kalau dia tak bagi tak pe la... takpe,cuti sem kan ade lagi, kita jumpe time cuti yang lagi panjang la eh.. takyah la sedih2~ xmo nagis2 xmo...
;)

********************

ok, skarang nak cerita pasal silly obsession pule

saya rasa KIM HEE CHUL cantekk :)

dengan rambut keemas-emasan nya, bonamana




rambut hitam pendek, sorry-sorry [syle biase jek padahal~ hahaha~]


ok2, ni yang paling saya suka, sikat kemas selit kat blakang telinga~ kalau mana-mana kawan saya kat kampus buat macam ni mesti kena gelak sebab tiru gaya bangla~ gegege^^ but heenim, sooooooo cute :)

dan ada banyak lagi gambar-gambar gorgeous dia, anda boleh google sendiri, tak mahu la nampak macam crazy over him sangat kan~ walaupun dia tersangat lah suka menonjolkan diri as lelaki cantik [bukan lembut ye, cantik] dan suke buat bende2 yang memalukan diri sendiri which kalau orang biasa buat anda akan rasa menyampah dan nak lempang jek orang tersebut, tapi sebab dia ialah HEE CHUL, rasa cam comel jek prangai dia~ biase la, orang cantik memang tak kan nampak buruk ^^' dan kulit dia sangat cantik, mahu jadi cantik macam dia juge. gegege~ kene pakai krim pemutih balqis banyak2 malam ni ^^ KIM HEE CHUL adalah pemangkin semangat saya untuk lebih menjaga kulit selepas KIM HYUN JOONG :p

HEENIM, yeh-peu-dah :)

SEKIAN.

No comments:

Post a Comment