Saturday, October 16, 2010

gadis gosip

ini adalah sebuah cerita tentang esah, gadis gosip. esah ialah seorang gadis yang sangat suka bergosip. kemana dia pergi, dia pasti akan mencari seseorang yang akan bergosip dengannya. dia akan bercakap dan bercakap dan bercakap. namun kadangkala, esah lebih suka mendengar. esah akan bertanya, dan kemudian mendengar. itu lah esah, gadis gosip.

seringkali esah berhadapan dengan manusia-manusia yang mengajak ke arah kebaikan. esah sangat bersyukur kerana mereka mengambil berat tentang dirinya dengan menegur kesilapan esah. namun esah tetap tidak kisah, dia pasti akan mengajak mereka bergosip. kadang kala, mereka akan berkata
"dah la esah.. kau tau tak gosip tu tak elok~ tak yah gosip la weh"
maka esah pon menjawab
"ala.. kite takyah la gosip jahat... kite gosip baik jek la~ eh eh eh???"
sambil mengenyitkan matanya. esah memang begitu.. gosip adalah cara hidupnya.

namun esah pernah memberitahu..
"aku ni cakap je gosip.. tapi aku tak niat nak kutok2 orang.. 'gosip' maksud aku borak~ perkataan gosip dalam kamus hidup aku lain dengan perkataan 'gosip' dalam kamus hidup orang-orang kat lua ok~ kalau aku ajak gosip, maksudnya aku ajak borak~ sembang2 masa hadapan~ gitue~ korang jangan ingat aku suke mengupat~ oh nonononono~~ *sambil menggeleng geleng kepala, dan menggerakkan jali telunjuknya, macam makcik kat jepon tengah gosip dan mereka agak tak setuju dengan gosipan rakan gosip mereka* aku baik tau~~ "
begitulah katanya...

esah punyai ramai geng gosip. semenjak di bangku sekolah, esah sudah mengasah skil gosipnya. tak kira perempuan, mahupun lelaki, esah pasti akan ajak bergosip. kata esah, melalui gosip, dia dapat mengenali hati budi orang. esah pernah bercita-cita untuk menjadi ahli pshycology dan belajar tentang hati manusia. dia amat meminati bidang kerja datuk dr fadhilah kamtome. oh maaf, kamsah.

suatu hari, esah berkenalan dengan seorang lelaki bernama ramlan. ramlan juga suka bergosip, tetapi ramlan bergosip dengan gaya dia sendiri. esah suka cara ramlan, kerana sepanjang sesi per-gosip-an, ramlan tidak pernah mengutuk orang. kadangkala, esah suka berada di sisi ramlan, kerana esah suka mendengar hujah dan pendapat ramlan. ramlan sangat berbeza dengan mana-mana kaki gosip yang pernah esah kenali. ramlan berkata dari hati. dan dari sesi gosip yang pernah mereka lalui, ramlan juga suka membaca hati budi orang. kebanyakan hujah dan pendapat ramlan tentang manusia adalah bertepatan dengan hujah dan pendapat esah.

ramlan juga punyai ilmu tentang agama. walaupun sifat ramlan agak gila-gila, dan kadangkala orang di sekeliling ramlan melebel ramlan sebagai budak jahat, esah mempercayai bahawa ramlan ialah seorang pemuda yang istimewa. disebalik sifatnya yang gila dan suka bergurau senda, ramlan punyai sisi putihnya yang tersendiri. ramlan sangat suka membuat orang gembira dan bergelak ketawa. namun esah tahu, ramlan menyembunyikan perasaan sedihnya. kadangkala, ramlan menafikan perasaan sedihnya itu.
"esah kawan ramlan. esah takkan biarkan ramlan keseorangan"



semakin esah mengenali ramlan, semakin esah suka bersama ramlan. esah merasakan bahawa ramlan adalah kawannya yang paling memahami dirinya.
"ramlan speaks my language"
begitulah katanya kepada dibah, rakan karib esah. bagi esah, ramlan ialah kawan baik yang sangat istimewa di hatinya. 1000 kaki gosip yang dijumpainya pun takkan sama dengan ramlan. dibah pernah berkata bahawa, lelaki dan perempuan takkan pernah jadi kawan karib. it will not last forever.

"tak.. tak mungkin. ramlan lain. i love being his bestfriend. i love listening to him. i love being around him. he's my bestfriend forever"
esah mahu jadi kawan karib ramlan selamanya. namun esah tertanya-tanya, andai suatu hari esah berkahwin, adakah suami esah akan mencemburui keakraban esah dan ramlan[?] tak mengapa, jika suami esah menghalang esah dari berjumpa dengan ramlan, esah akan ikuti kata suami. pabila esah berkahwin, esah pasti akan kenalkan ramlan kepada suaminya nanti.

sifat ramlan: dia kaki perempuan. namun esah tidak melarang mahupun memarahi ramlan, kerana se-obses manapun ramlan terhadap perempuan, ramlan takkan mampu melakukan kejahatan. esah hanya melayan kerenah ramlan yang suka memuji kecantikan perempuan yang lalu dihadapannya, mahupun mengorat mana-mana perempuan yang berada berdekatan dengan mereka. kadangkala, esah suka mengusik ramlan dengan beberapa pertanyaan panas tentang wanita. hal ini juga membawa kelebihan kepada esah kerana esah dapat mendengar pandangan lelaki terhadap wanita. esah lebih suka bersifat terbuka hingga ramlan selalu berkata
"kau ni jujur sangat!"
esah tak kesah, sebab esah menganggap ramlan seperti saudaranya sendiri.
esah mahu ramlan menjadi geng gosipnya selamanya. bestfriend forever.
namun...



kisah gadis gosip bahagian 1, tamat-

10 comments:

  1. hye cik timon kyuri, a nice story u got here;p
    -gosip dlm kamus hidup esah, bkn kamus hidup org lain,sy suka-

    ReplyDelete
  2. tenkyu2~ heeheee:)

    ReplyDelete
  3. semoga ramlan baca post kau ni wlaupun ramlan dah bnyk berubah . sabar bnyk2 lah esah

    ReplyDelete
  4. hello ezah~~ ketahuilah bahawa tembakan anda sebenarnya tidak mengenai sasaran ya~ hahaha~ esah dan ramlan hanyalah rekaan ya~ hahaha~~

    ReplyDelete
  5. hahahaha.
    stylo2.
    ramlan je~.
    aq carik~.
    hhhohohohoho.

    ReplyDelete
  6. kan best kalau kak esah berkawan baik dgn kak timah..boleh la buat kuih raye sama2 :)

    ReplyDelete
  7. S: HOHOHO~ CARILAH SMPAI KE LOBANG CACING JAH OIII~~ ini hanya lah rekaan!!! bukan betol2!!!! cobaan!!!!
    q: haah, tapi kalo esak kawan ngan kak timah manenye jalan koje~ gosip je le yeop! hahaha~
    cik: aku srs x niat pon cik, dah post baru aku prasan nama dia ada bau bau bacang dgn anda~ harharhar~~ bangge la anda yep ^^

    ReplyDelete