Saturday, November 13, 2010

sinar di celahan kegelapan (cerita cik gayah)

hai, nama saya rogayah. saya sedang menulis entry baru dengan menggunakan ID kawan saya, yaitu temah. mengapa saya tak post entry ni kat blog saya sendiri? kerana saya mahu buat hobi baru. iaitu post entry baru di dalam blog orang lain. heh heh heh [evil laugh]

topik hari ini ialah kekecewaan.

saya sedar, dalam newsfeed facebook saya, ramai rakan2 sekampus saya mengeluarkan ayat2 seperti dikecewakan.. for example la kan:

"setelah bunga kau berikan.. mengapa kau meninggalkan aku terkapai-kapai keseorangan..."

ataupun

"kenapa kau berikan aku harapan.. sedangkan kau tidak berniat apa2???"

dan lagi satu

"kepadamu aku terus terang, bahawa aku mmg masih syg, demi kamu aku relakan perpisahan..."

a.. lbeh kurang camni la.. ayat2 pasrah gitu...

dan sejujurnya, semua ayat2 ni di post oleh kawan perempuan saya.. ye, dinding mukabuku mereka dipenuhi dengan ayat2 pasrah, menggambarkan betapa remuk dan kecewanya hati mereka. ohoho...

begini ya kawan2.. seperti yang telah kawan saya TEMAH beritahu dalam entry nya terdahulu iaitu SAYA SUKA AWAK SUKA SAYA. hmmm2.. saya setuju dengan apa yang dikatakannya.

memang rakan2 ku.. ayat lelaki jangan lah mudah dipercayai.. kerana mulut mereka sememangnya lancar mengeluarkan kata2 indah disebalik otak yang menjana rancangan2 tersendiri. terus terang kukatakan, andai ada yang memberikan cintanya padamu rakanku, jangan mudah mempercayainya. andai kau percaya pun, janganlah meletakkan harapan yang menggunung tinggi. kerana kelak aku khuatir, kau tidak mampu menahan rasa sedih yang teramat.
[eceh.. tiba2 ber'aku''kau' pulak la kan.. mahaf ye, cik rogayah ni amatur lagi dalam berblogging~ theheh ^^'' ]

now, saya mahu anda lihat ayat ini...

''perempuan yg suci adalah perempuan yang djaga oleh ALLAH,
tidak sedikitpun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya....
kerana ALLAH teramat mencintainya..."

tidakkah anda mahu cinta Allah yang agung?

apalah kesannya cinta brader yang muka cam Farid Kamil tu.. ataupun jejaka jambu yang seiras iras Lee Dong Wook. mahupun abe hensem seperti ada bau bau bachang dengan Takashi Kaneshiro... cinta Allah itu ialah cinta yang agung wahai teman : )

andai benar lelaki itu untukmu, pasti dia menghormatimu. dan menjaga hatimu. dan berpesan yang baik kepadamu. dan melindungimu. dan mendoakanmu. dan akan mencari jalan untuk bersatu denganmu melalui jalan yang diredhai.. dan itulah
N I K A H

dia pasti akan beranikan diri.. untuk berjumpa kedua ibu bapamu.. kerana dia mahu hubangan itu direstui.. tidakkah kau inginkan seorang teman hidup yang menemanimu sepanjang hayatmu? yang menemanimu sehingga ke akhirat? apalah ertinya cinta di dunia yang sementara sedangkan cinta itu lebih indah di syurga yang abadi.

oleh itu.. ni gayah nak pesan.. kawan2.. jagalah diri.. jagalah hati.. berdoalah agar jika sang adam telah menemui kita.. benarkan dia mencintai kita keran cintanya pada Sang Pencipta.. dan relakanlah hatimu wahai kawanku.. untuk mencintai sang adammu kerana cintamu terhadap Ilahi~

pendek kata la wahai sahabat, coupling tidak mampu membawa kebaikan kepada anda. jagalah hati demi Allah. jagalah hati demi Rasul. jagalah hati demi ibu bapamu. dan jagalah hati demi bakal suamimu <3 size="2">*temah, tengs tau, aku pinjam satu post kosong, lagipon kan kau pon da lame x update blog.. kesian aku tgk pembaca setia kau.. rindu nak baca benda baru kat nevva winter~ cewah~ xpe temah, nanti kalau kau x pwas ati kau bwat la 1 entry kat blog aku eh2? heeheeheeee~ saranghae ^^

3 comments:

  1. post terbaik setakat ni...
    senang, mudah, simple tp penuh makna.
    tanx rogayah, sang adam akan menjaga cinta demi wanita yang akan dimakhotakan sebagai isteri.

    ReplyDelete
  2. maro: maro, wlopun gayah tak pasti kau puji/perli dye, dye cakap tengs weh. dia optimistik kan2?? haha~

    encik kam: hoho. pa jgn puji2, hidung gayah da kembang2~ hahaha~ and ayat terakhir pa tu, like.

    ReplyDelete