Sunday, November 21, 2010

roti bakar

"roti bakar satu"

jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, aku fikir, roti bakar berintikan butter dan kaya sudah memadai untuk mengisi perutku.

sambil menunggu roti bakarku dihidang, aku memandang persekitaran bistro tempat yang menjadi pilihan ibu bapaku untuk bersarapan sebelum kami melangkah ke panggung wayang untuk menonton MEGAMIND.

bersih. tidak seperti kedai2 mamak biasa, bistro tersebut jauh lebih bersih dan teratur. no wonder la harga makanan mereka juga tidak seperti kedai mamak biasa. sambil menunggu, aku leka memerhatikan mamak yang menyediakan air. begitu senang cara dia bekerja, walaupun order tidak berhenti henti datang, dia tenang membuat air.

tidak lama kemudian, roti bakarku tiba. aku sangat teruja untuk menyumbat roti yang dibakar dan disapu sengan kaya dan butter ke dalam mulutku. kepanasan roti, menyebabkan butter cair dan menjadi sebati bersama kaya~ rasa butter yang masin dacampur dengan kaya yang manis dan diapit dengan 2 keping roti bakar panas yang ranggup sudah cukup untuk membuatkan aku kenyang. namun...

arghhh!!!

wutt iz dizz??? kenape kaya and butter dye letak kat lua??? fine, maybe dia letak as tambahan la kot.. mana la tau pelanggan nak extreme perisa ke hape kan.. aku cuba untuk bersikap optimis. "eh? asal kosong?" aku terdengar adikku bertanya.. "alamak.." dengan berhati hati aku membuka rotiku..

arghhhh!!!

kosong.. roti bakarku tidak disapu dengan butter dan kaya.. it'a a layan diri roti bakar, kena sapu sendiri.. wuuuu ; ' ( kalau macam tu tak cair la butter tue. weh mamak!!! aku tak puas hati!!! kau tau tak kalau buat canni, by the time pelanggan dah sapu butter and kaya tuh, roti dah sejuk! so, butter pon x cair sbb roti dah sejuk. bile butter tak cair, keserasian dia dengan kaya pon kurang, then rasa inti roti bakar pon x sedap lah!!! da la roti pon sejuk, heh! weh, kedai kau ni bagos, bersih, pekerja pon pakai smart, kau pon bagus senyum jek dari tadi kat sume planggan, tapi kualiti roti bakar adalah benda paleng penting dalam menjamin kualiti sesebuah kedai mamak mahupun kopitiam. arasoh!!!

bentak hatiku.. aku masih waras.. sebagai gadis melayu yang ayu lagi cantik serta sopan, aku harus menjaga tingkah laku ku. aku hanya menggeleng mengenangkan rasa roti bakarku yang spoil.. heh..

a, lagi satu mamak, tegur la sket kuku pekerja kau tu, tak sume tapi ramai yang kuku panjang. kedai makan mana boleh kuku panjang, ada paham?

heh, nyesal aku tak bawak pen, kalo x bleh aku tulis benda yang aku tak puas hati atas tisu, pastuh bia atas meja. kalau nak cakap kat mamak tu memang tak la, aku takot parents aku marah pulok. lagipon aku tengah panas la kan, takut nanti over la kan...

semoga ada pelanggan yang mencintai roti bakar seperti aku menegur mamak tersebut.

sekian,
temah.

*gamba itu aku hanya cilok dari google. hoho rupenye paparich pon sepesen ngan kedai mamak ni, x nak pegi situh!
*aku rasa megamind 3d xde byk sgt effect pon, so jika anda yg x tgk megamind lagi berniat nak tgk, tgk biasa punye pon berbaloi kot... : )

5 comments:

  1. adik...
    memangla butter dan kaya xdisapu terus kat roti bakar yg baru dihidangkan bg mengelakkan sbrg masalah yg timbul 6t...
    pelanggan ni cerewet.
    "saya xnk butter!"
    "saya nak roti bakar kosong je!"
    tu la masalah utama.
    rmbt sama itam (walaupun ada yg rmbt karat) tp selera lelain...

    ReplyDelete
  2. woh.. kalau camtu baik org tu buat roti bakar sendiri.

    hi timoh :D

    ReplyDelete
  3. encik kam: ntah la, not my style kot. cewwah! xde, kalau kopitiam mmg salu da spreadkan ^^'

    nussow: hahaha. tau takpe, lagi sedap kot. tp org tu xde kat rumah la kan =='

    hi nussow : ) haha

    ReplyDelete
  4. awe: kalau tiada usaha manakan dapat makanannya. cewah.. hahaha. awe, blanja sate ayam : )

    ReplyDelete