assalamualaikum,
it's almost a month aku supply dadah kat hospital. (hhaha, ayat aku, hamboiiii, jangan salah sangka, aku penyeplai dadah yg x diragui hokeh, kahkah)
since hospital tidak terletak berdekatan dengan rumahku, aku harus bangun awal untuk bersiap-siap dan bertolak awal agar tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya~
seperti biasa, aku akan mengingatkan bondaku untuk mengejutkanku pukul 6 pagi. bukan kerana tidak mempunyai alarm sendiri, tetapi melihat serta mengingat kembali tentang sejarah diriku pada zaman sekolah menengah mahupun kampus, aku hanya tersedar selepas setengah jam atau lebih alarm aku berbunyi. tersedarku bukan kerana bisingnya alarm itu, tetapi kerana pekik lolong rakan serumahku yang tidak tahan dengan bunyi alarm yang bermacam tetapi tuan empunya badan tidur nyenyak tak sedar diri. kadangkala aku bernasib baik kerana dilempang oleh rakan sebilikku yang teramat menyampah dengan bunyi alarm yang telah aku set-kan. hehe.
dirumah, bonda baik hati muka manis ayu yang mengejutkan aku di awal pagi.
"timah bangunnnn! dah pkul 6 dah ni"
sekujur tubuh berdiri di hadapan pintu bilikku, terasa seperti zaman sekolah rendah dahulu : ) bonda sering mengejutku di awal pagi agar aku dapat bersiap untuk ke sekolah : )
namun kenapakah di saat bonda mengejutkan aku, dan berlalu pergi, aku rasakan katil ku terlalu empuk, selimut tersangat lembut, bantal ku seperti membisik membelai belai aku~~
=='
dilema orang bangun tidur malas mahu kerja punch card pagi-pagi perlu sediakan trolley ubat untuk ward selesaikan floor stock. duh!
kesimpulan: jangan terpedaya dengan keccantikan katil di awal pagi, ada doctor hensem yang menunggu mu di hospital. hwiting!!! : DDD
sekian.
*walauapun aku tersangaaaaatttt la nak habiskan practical aku ni cepat2, nak sambung blaja balik, and nak study3, rasa macam study lagi best, kerja ni penat je, i have to admit, bila kerja, semua benda yang belajar tu lagi nampak. walau apapun hidup harus diteruskan, almost a month beb, and today i survived another floor stock day. muehehehe.
*nasib baik makcik2 kat office aku bukan jenis bekeng marah2, mereka cool dan rajin gossip. muehehehehehehehehheheheheh. hehe. hehe.
take ur time kiddo
ReplyDelete