Monday, January 23, 2012

dilemma


hai.

nama saya timon.

timonkyuri.



saya dalam dilemma.

saya xtahu nak amek course ape untuk degree... T__T

selama ni kalau berdepan dengan dilemma...



saya boleh harungi dengan mudah. hanya perlu meyakinkan diri dengan 1 jawapan.

contoh dilemma 1: HIJAB FASHION STYLE

tipula hati tak tergerak nak mencube. mesti nak punye. tapi bila nak cuba mesti fikir2 banyak kali
-should i go for it?
-do i have the courage to do so?
-macam over pulak..
-tak kisah ke kalau ada orang tegur?
-tabarruj???

tapi.. cantiknye deme... style plak tu.. posing2.. boleh femes cam mariang elenang, hanang tajimang, cik epelang etc etc..

so go or no go?

hhmmmm... dilemma2~~~~~




takpelah, nanti masuk syurga mintak kat Allah je :)

so focus buat benda2 yg boleh masuk syurga, n dapat masuk syurga nanti mesti Allah bagi semua benda yg kita nak kan? was2 pon xde, yaiy! ^^

so mintak baju cantik kat sane je.

-problem solved-

2. FOODS

marshmallow.. sdpnye....

-tapi tanda halal diragui
-dia guna gelatin apa
-alamak dah was2...

hmmmm2... dilemma2...




xpelah, masuk syurga nanti mintak kat Allah je :)

-problem solved-

3. OVERSEA


hari tu nampak kawan post video dia kat amsterdam

jelesnyeeeeewwwwww~~~

ok2, kena plan ni, tercabar tercabar

-study kat sana? ... tapi duit xde.
-masuk mlm, kumpul duit byk2 then pergi? ... tapi cam diragui sumber duit.
-masuk herbal life cam kak mel? ... aku pemalas.
-kawen org kaye? ... nanti x berkat.

hhmmmm2... dilemma2...




xpelah, nanti masuk syurga boleh mintak kat Allah je :)

-problem solved-

***

nampak senang x aku redah bende2 dilemma sebelom ni? redah je, cakap
''xpelah nanti mintak kat syurga" then go away~

hahaha.

tapi dilemma kali ni lain...

dah lama sangat berpractical

everyday bangun pagi2 pergi kerja, balik makan mandi solat 9gag running man.

tiba2 ada dilemma...

xtau nak buat apa..

hew hew...

so plan buat masa skarang

-tengok blog2 yg ada, apa crita deme bila masuk course tu
-tengok peluang pekerjaan yg ada
-doa byk2 kat Allah. tawakkal.

awak doakan la saya jugak. awak2 la, awak skali. yang baca nevva winter ni. tq awak :)

terharu ;)

dahlah, kbai.

wassalam.

*ya Allah, permudahkanlah urusan Fatimah, semoga dia berjaya dunia akhirat, ameen.

Saturday, January 14, 2012

kenapa kena tunggu lama bila ambil ubat di farmasi



assalamualaikum,
amboi tajuk aku, x mnariknye. wtv.

hai saturday!!!

amboi, kalau hari sabtu seronok gilaa oi oiiiii! tapi kan lagi sronok hari jumaat time dekat2 pukul 5. rasa macam nak countdown. bila finally dah pukul 5.00 tepat nak je jerit MERDEKA!!!! hahaha :DDD



and then bila start je hari ahad dah muram, rasa malas, pagi2 dah bising "esok kerje... malasnyeeeee"

hahaha, reality org bekerja =.=''

xkate keje, dulu time study pun mcm tu jugek.

haha :D

hmm2.. ni dah 2nd saturday on 2012.

bila sebut 2012, terbayang2 video2 "2012 kiamat"

kiamat x kiamat 2012 ni aku x kira. aku kecut perut bila sebut 2012 sebab masuk je jan 2012 aku kena masuk OPD. GAAAHHHHHHH!!!!

OPD ialah Outpatient Department. department yg paling digeruni dan dibenci oleh semua trainee. sekian.

outpatient ni, kalau korang pegi spital, lepas jumpe dokter ke jumpe pakar ke, diorang bg surat ubat, korang kene datang pharmacy amek nombo then tunggu la 30, 40 minit dengan orang ramai2 tu kadang2 lagi lame. then sampai je nombor korang, amek ubat tros blah. kadang2 ubat 2 jenis pon, kene tunggu lame. kadang2 pelik, org seblah ni ubat banyaaaaakkk gile tapi waiting time dia sama dengan ubat korang yg sketul dua je. pelik x?

mesti korang pelik asal kene tunggu lama kan kan kan??? ada patient yg tak boleh sabar, ada yg marah2 ada yg sampai jerit2. kesian aku tengok pegawai kena jawabkan untuk patient hahaha. (kesian kat pegawai baik la, yg kerek2 tu kite gelakkan je ramai2 kat blakang.

theeheeee :p)




jangan macam tu, jangan marah2 tak tentu pasal...

we're handling with drugs here, nak ke kite bagi awak ubat darah tinggi padahal awak tu sakit kaki jerr? ke macam mana kalau dokter bagi awak ubat dengan kekuatan 40gram, kite bagi awak 120gram. ye la nak cepat kan, campak je la ubat ni, asal kan ada. kite bagi je dia, bukan dia tau ni ubat ape. asalkan cepat. kan? :D


hahaha. ade pulak macam tu.

tak, sebenarnya waiting time lama ada sebabnye... bukan saje2 nak bagi kome tunggu, aish~ mari saye bagitau sebab2 simple :)

1. kita pastikan pesakit mendapat ubat yg sempurna (cewah sempurna)
bila dapat surat dokter, akan ada orang buat screening. maksudnya dia tengok dulu surat tu, ada interaction tak between one drug and other, kekuatan ubat tu sesuai tak dengan patient, dia akan check surat doctor tu dulu. supaya, pesakit dapat ubat seperti yang dokter bagi. ni untuk pesakit jugak, nanti ubat tak betul tak sehat pulak yedok? lepas check, buat label. lepas labelling, someone akan buat filling. lepas filling akan ada 2 orang yang check before kite bagi patient. yela, bagi mengelakkan sebarang error, takut x cukup ubat ke, salah ubat ke, nanti kalau ada yang silap kesian pulak patient x sembuh pulak penyakit dia...
sebab tu la sampai 30 minit... kalau lagi lama dari tu, itu mungkin...

2. surat dokter tu ada masalah. (haa... ni slalu jugak berlaku.)

contoh 1:
ubat yang wujud: atenolol 100gm
patient: dewasa
preskripsi dokter: atenolol 20gm

jadi dah nampak ada something wrong di situ. yg kite ada 100 gm, dan yg slalu patient amek 100gm. jadi patient ni dewasa, dia amek 20gm. pelik x? so bila ada kes2 pelik macam ni, kite kene clear dengan dokter, sebab takut dokter tak confident dengan strength ubat. byk kes dokter tak rujuk blue book, ni pon aku x paham macam mana dia jadi dokter. pakai letak je strength, ingat patient tu patung ke ape?

tapi slalunye housemen la yang buat error2 ni, baru lagi la kan...

penah gak ada housemen tanye, "kenape you all tak bagi je 100, dah tau kami buat silap, bagi je la yg betul"

amboi2 housemen ni... dia ingat dia je yg bz agak nye. kite bz jugak tau x. kalau xnak leceh, make sure la tulis benda yg betul. hish.

kite kene confirm kan dengan dokter yg prescribe, sebab ada certain patient tu, patient yang mungkin ada kes khas, dan mungkin dia memerlukan kekuatan ubat yg lain dari patient normal. so kite kene confirmkan dengan dokter. dan, yang bertanggungjawab ke atas patient adalah dokter, pharmacist hanya menolong jika ada masalah dengan ubat. kita hanya boleh bagitau normal dose and apa kesan kalau overdose, underdose. in the end yang buat keputusan untuk pesakit ialah dokter. so pharmacist x boleh la assume dokter bagi 100gram, "mungkin dia tersalah tulis ni.."

cannot2 *menggeleng

image

so ni la antara sebab waiting time jadi makin lama. lagi lama bila xdapat nak reach dokter. aish dokter ni, kalau xnak bende jadi leceh, cek la betul2 before prescribe. kan dah susahkan orang. paling kesian pesakit la. habis naik pressure dia nak tunggu lame2 ni. cit. kite pon kesian, kene plak marah ngan dokter T___T

sbenanye org darah tinggi tu bukanye darah tinggi sangat pon, tp everytime visit general hospital kene tunggu lama2. nak register tunggu, jumpe dr tunggu, amek ubat tunggu. tension la org tu. hahaha. just saying.

tp xleh salahkan spital gak, dah nama spital krajaan, free. bile free ramai la org ye dok? hmmmm...



3. syrup.

sebab ketiga patient tunggu lama, mungkin ubat dia perlu prepare syrup. nak buat syrup bukan macam kat mamak woi, pesan je tros jerit "SIAP!" x siap pon dia jerit siap. hahaha.

kite ada step la nak buat sirap. ade concentration nak kene jaga. n buat sirap ni, before buat kene calculate dulu, then pharmacist check, then buat sirap, then check lagi, then baru siap. ni baru part checking. hahaha.tapi senang je sbenanye, cume yang lame tu pharmacist banyak bizi, bile dah siap nak mintak dia check tu lama. tu je. kalau dapat pharmacy yg check giler betul2 tu siap ah. bacaan lari siket je kne buat balik. lagi lama la pesakit nak tunggu... =='






so tu la, bosangnye entri ni. dah la nak sambung buat research. babai.

lastly, chill lah time kene amek ubat tu. kalau lama sangat agak2 nombor lama lagi, jalan2 pegi makan, kacau2 nurse, ngorat2 dokter ke ape. theeeheeee :D

dats all, be happy. because the key to a happy life... is be happy! ^__^

nah,
take what u need :)


enjoy ur life! :D
image

Sunday, January 1, 2012

the new 2012

assalamualaikum,

selamat tahun baru :)


aku dah buat beberapa resolusi untuk tahun baru ni

kalau resolusi 2012 ni tak tercapai, resolusi 2013 takkan bergerak.

tu dia, maju tak aku azam 2012 dengan 2013 berkait?

ni kaedah baru, aku nak PASTIKAN azam tahun ni berjalan dengan lancarnye. phuehehe.

aku tak ingat pun azam 2011 n tak pasti pun dah tercapai ke tak, atau mungkin aku tak buat azam pon[?] entah. tapi yg pasti, i've made some new fresh ones special for 2012. and aku sangat pasti aku tak pernah buat azam ni, ini bukan azam recycle. cewah. semangat gile. huhu.

the new resolutions are still a secret, im not gonna tell u today, but through out the years i will reveal it one by one. cewwah~


hmmm hmmmm.

lagi 4 bulan practical akan habis. dulu kan, aku selalu gila tertanya-tanya kenapa mengapa dan bagaimana aku boleh pilih diploma and end up stuck in 3 years like this plus unable to further degree in pharmacy. fikir2 sampai ada chest pain lah migraine lah, i cant find any solution. then i think to myself, hey there must be a reason why Allah want me to go through the hardship of being a trainee.

so... i open my eyes as wide as possible and walk through the hardship with a smile. a real smile. and i see it more clearly.

kadang2 bila kita tak suka sesuatu kita akan cakap ''takpela, sementara je, lepas habis ni habis la.'' or ''just habiskan je weh habiskan, lepas ni takkan ade ape2" kirenye macam, pejam je mate kau, habiskan semua ni, and lepas ni xkan jumpe dah!

taktau la org lain, aku slalu buat macam tu kalau benda tu aku tak suka. kalau istilah bestfriend aku kat penang, situasi ni dia panggil Redah Kasi Pecah.

but to think again, mestilah ada sebabnye kenape kite kena redah kan? xkan la aku nak pejam mata - redah - tak nampak ape2 - end up dapat pengalaman sikit then lupekan.

first 3 months of practical i did that, that redah kasi pecah thing. but then bila aku start clinical aku baru realise. closing your eyes wont make things any better. ye aku akan habiskan practical, n start buat degree, tapi habis macam tu je lah. then whats the point in facing these hardship?

then only aku bukak mata aku seluas luasnya dan berkata pada diri sendiri "fatimah, there's always something. kalaupun kau takde jodoh nak sambung degree, pasti ada sebab kenapa Allah hantar kau ke sini."

hari ni, aku rasa lebih bersyukur. kalaupun aku sambung degree kos lain, aku ada ilmu dadah. hey hey x ramai tau yg ada 2 ilmu~ slalunye kalau org tu buat dip engine civil dia akan sambung degree civil kan. aku ada 2~ hahaha~


dan kalaupun aku x amek diploma, mungkin aku TAKKAN ada peluang pon nak belajar ilmu dadah. kan kan?

and i realised i become more alert n responsible. i tell u what throught out my life since school n university, i learn a lot about responsibilities but non of them can change me. aku tetap buat kerja sambil lewa and end up menyesal tak buat betul2 plus kene marah dengan senior or cikgu or lecturer. but this time, i hit the reality, i came into the real world and meet real people, i learn a lot.

thanks to practical.

dah la, i think thats enough, aku tak tau apa yg aku sampaikan ni akan terkesan pada sesiapa, atau bila ada org baca dia akan cakap "ape dia ni mrepek kat blog". mrepek2 pon kau dah bace sampai habis~ lalala~

: DDD

tapi aku tulis ni mungkin jugak untuk diri sendiri, to keep me insane(aishh salah taip. typo2! dah biasa sgt budak rumah ejek aku gila T___T) supaya aku nampak apa yg berlaku, supaya aku boleh nilai sesuatu dari sudut berbeza. kadang2 bila kita lalui sesuatu kita takkan nampak, untill kita duduk dan fikir balik.


tu aku la, xtau org lain :)

hopefully everything's gonna be fine. i know EVERYTHING's not gonna be fine, there's always circumstances in every path we take, dunia tak sesenang itu, realiti tak sesenang disangka, dan setiap rancangan yang kita buat hanyalah rancangan, pasti akan jumpa halangan sedua ketul di tengah jalan. tapi somehow i hope my heart can tolerate and i can go through the hardship with smile. tak with smile pon without resah gelisah. datangla ape cabaran pun, kalau hati kuat semua boleh dilalui der. cewwah~

dats all, happy new year, n mari jangan berhenti berdoa untuk yang terbaik. jika yang terbaik tidak datang lagi, ketahuilah Allah sedang menyembunyikan sesuatu. Dia nak buat surprise untuk u :) tapi nak dapatkan surprise tu kena la sabar sikit. ye la, kita nak benda TERBAIK kan... benda TERBAIK takkan datang bergolek macam tu je, jatuh dari langit bagai. yg jatuh dari langit tahi burung ado. hihi kiddin.

tapi kalaupun kite x dapat ape yg dihajati kat dunia pun, akhirat tu yang pasti. we LIVE FOREVER in akhirat, so having one small hardship in dunia is small problem lah. aal iz well :)

sekian, assalamualaikum :)

*free breakfast for all. makan dgn relaxnye yeee.. thehe