Thursday, August 16, 2012

doa tak termakbul

Assalamualaikum,

Pernah tak korang nak sesuatu tapi tak dapat? Pernah tak korang betul2 jujur nakkan sesuatu, worked hard on it, korang sangat confirm itulah yang terbaik, korang doa sungguh2, tapi still tak dapat? And bila tak dapat, kita rasa down gila rasa macam dunia tak adil, orang yang tak berhak boleh dapat, kenapa aku yang berusaha sungguh2 ni tak dapat???



Contohnya nak straight A dalam SPM, or nak belajar luar negara, or nak course yang korang suka, or nak kahwin dengan orang yang korang sayang. Tapi somehow your wish didn't come true. And bila benda ni jadi korang rasa sedihnya, macam mana nak mengubat kesedihan ni... Hanya Allah je yang tau ;'( sobsss

Ha pernah rasa tak macam ni???

Kita memang selalu berdoa kepada Allah. Macam2. Kadang2 x macam2, 1 2 perkara je. Kite cuba jadi hamba yang terbaik. Tapi, still doa tak dimakbulkan.

Perasan tak, apa yang kita buat ni sebenarnya dah terbalik dengan our purpose of life? Tak, bukan maksud aku tak boleh berdoa, itu sangat2lah dituntut. Tapi perasan x kadang2 sebab kita nakkan sesuatu, BARU kita doa kat Allah. Bila dah hujung sem nak exam BARU la busy solat malam doa banyak2.  Seolah olah we're using Him to get to our aim/what we wanted. We prayed because we want these and that, and hope that Allah will grant our wishes. And bila tak dapat, break down. 

Sebenarnya sebab tu la kita break down. Sebab kita dah letakkan aim kita pada tempat yang lain. Aim kita yang sebenar is to get to our creator, sepatutnya apa yang kita buat akan membawa kita kepada Dia. Apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan ni, untuk membawa kita kepadaNya. so pergila mana pun buatlah apa pun asalkan kita dapat keredhaan Allah, bukan macam tu? 

sebab tu la Yasmin Mogahed ada cakap dalam video dan blog dia


"Don’t use Allah to get to dunya. Use dunya to get to Allah."

Belajar menuntut ilmu nak dapat keredhaan Allah, tapi x dapat dekan rasa doooowwwnnn... 

Aku tak kata "tak dapat dekan xpela, janji Allah redha" and then biar je xnak improve diri sendiri. Itu pun salah. Kadang2 Allah bagi kita kegagalan supaya kita work hard untuk kejayaan. Kegagalan itu jugak adalah sebenarnya satu cara untuk Allah polish kita untuk jadi lebih berjaya. Tapi ni topik lain mungkin aku akan sentuh di entry lain.

Sekali lagi aku pesan, aku bukan halang korang untuk berdoa, berdoa adalah sangat dituntut, tapi pastikan kerana apa korang berdoa. Agar niat tak lari, agar Allah kekal redha, agar diri juga terpelihara dari rasa kesedihan atau perasaan tidak bersyukur.

Sebab bila kita letakkan Allah dalam hati, dan jadikan Allah sebagai yang utama, THE MAIN PURPOSE, kita akan nampak segalanya pasti. Segalanya boleh. Semua yang berlaku semua yang terjadi, kita akan jadikan sebagai peluang untuk dekatkan diri kepada Allah.


And pernah tak korang terfikir, Allah mungkin tak makbulkan doa korang sebab korang terlalu mahukan sesuatu tu, korang dah lupa THE MAIN PURPOSE of life?

Segala yang kita lakukan adalah Lillahitaala, dan segala yang kita buat di muka bumi ini adalah jalan menuju Ilahi. tugas utama kita ialah beribadah, dan setiap yang kita lakukan adalah ibadah. should be bila belajar kita ingat kat Allah bila kerja ingat kat Allah dan tak lupa utk solat awal jaga semua yang dituntut buat dan dilarang dijauhi la kan? tapi kadang2 kita alpa. so adakah tugas utama untuk beribadah dah terlaksana?

mungkin sebab tu Allah tak makbulkan doa kita walaupun kita dah usaha sungguh2. sebab mungkin kita juga berdoa nak masuk ke syurga Allah dan salah satu cara untuk masuk ke syurga Allah ialah dengan melakukan tugas utama seperti disebut dalam alQuran. beribadah kepadaNya. 


Aku nak end dah ni tapi aku teringat lagi satu contoh paling mudah. Korang nak kahwin. Kahwin awal. Korang rasa kahwin awal ni bagus, sebab ini yang dituntut dan lebih banyak pahala dapat kalau kahwin. Tapi somehow korang tak dapat laksanakan.. Patut tak rasa sedih?

Memang kahwin adalah salah satu jalan untuk menuju syurga ilahi, betul, tapi sebenarnya kahwin bukanlah the main purpose of life. lepas kahwin ada macam2 benda lagi yang korang akan face. betul kahwin dapat banyak pahala, tapi kalau belum sampai ketikanya, takkan nak paksa? kalau nak kahwin tapi parents tak bagi, nak jugak, parents jadi tak happy, tak ke korang dah dapat 'markah merah' sebab menduka citakan hati ibu bapa? 

kalau tak sekarang ada banyak jalan lain lagi untuk dapat pahala, untuk dapat keredhaan Allah. Sabar tu sendiri dah dapat pahala, dengar cakap parents dapat lagi pahala. yang penting cari 1001 jalan untuk naikkan pahala kita. macam time buat paper physic dulu, before tamat masa kita akan pastikan soalan semua dijawab, kita cari gak mana tempat yang ada possibility untuk bagi kita markah untuk naikkan grade kita. kan? macam tu jugak dengan real life. cari possibility untuk tambah pahala sebab kita tak tau, mungkin satu kalimat zikir, mungkin satu ketika kita bersabar, mungkin satu senyuman, mungkin sebuah pertolongan mampu membawa kita ke syurga. siapa tahu?



yang baik dari Allah yang buruk dari diri sendiri, kalau ada salah dan silap tegur lah, jangan diam2 cakap belakang, nanti korang pulak akan 'di-deduct mark', tak tau tak tau... :p

penyampaian aku mungkin ada lack here and there, aku sendiri takut nak post sebab takut orang tak faham. tapi aku nak jugak sampaikan sebab aku nak orang tahu, aku nak orang fikir. aku nak aku sendiri beringat. kadang2 kita cepat sangat sedih dengan ujian (atau bila doa tak termakbul) tapi siapa sangka rupanya ujian ini adalah notification dari Allah untuk kembali mengingatiNya. :)  

sekian, wasalam.


***inspired by yasmin mogahed.
**random pictures from tumblr

3 comments:

  1. ADIK, U WROTE THERE "Aim kita yang sebenar is to get to our creation, sepatutnya apa yang kita buat akan membawa kita kepada Dia.".. CREATION KE CREATOR?? OR M I MAKING MYSELF CONFUSED? HEHEHE

    ReplyDelete