Tuesday, February 12, 2013

Finding Spouse

Assalamualaikum,

hari tu masa kerja, aku borak la dengan pharmacist tempat aku kerja. nama dia cheryl, umur awal 30-an, graduate dari Australia, baru kahwin, sekarang sedang mengandungkan anak pertama.

masa tu macam bosan2, aku saje2 la tanye dia

"sis cheryl, when you were young, have you ever wish to marry a specific kind of guy, like 'i prefer an engineer' something like that. have you ever thought of these kinds of things when you were anak dara? hahaha"

sebenarnya aku takde la serious pasal soalan ni, saje nak gelak2, aku expect dia akan jawab macam "i was actually imagined to marry a bla bla bla" or "i actually prefer bla bla bla 'coz bla bla bla". n then lepas jawapan dia kami akan ketawa sebab dia tak dapat apa yg dia nak. or aku akan terharu sebab dia dapat apa yang dia nak. saje je la aku tanya soalan tu, nak cheer up pharmacy tu sikit. ecewah. hahaha

tapi sis cheryl tak bagi jawapan macam tu. instead dia bagi ceramah yg panjang hahaha padan muka aku. conversation kami agak panjang. tapi aku suka. sebab dia bagi aku satu tips yang tak pernah aku dengar dari orang lain sebelum ni.

selalunya kalau nak cari pasangan, orang yg berpengalaman ni akan shor-kan aku untuk cari yang baik, yang sekufu, yang boleh grow up dengan kita. or ada jugak yang cakap 'just follow your heart dear' and yang paling selalu, suruh buat solat istikharah. ini adalah antara tips lazim yang selalu sangat aku dengar.




sis Cheryl pulak bagi tips baru. dia kata, nak cari pasangan ni macam... sebuah lautan yang luas, ada banyak ikan didalamnya, macam mana nak pilih satu je ikan dalam banyak2 ikan tu?

jadi disini saya nak share 

TIPS MENCARI PASANGAN 

yang diberitahu cheryl hihi

in order to CHOOSE someone you have to make a list of MUST HAVE and CAN HAVE. buat satu list MUST HAVE dan CAN HAVE yg perlu ada dalam diri pasangan anda.

ini benda baru untuk aku sebab sebelum ni kalau melibatkan buat list ni, orang selalu suruh aku buat list positive negative je. so aku teruja hahaha.

sis cheryl cakap, selalunya untuk kahwin orang akan cakap "i choose him because he's funny, he'll make my life great, i love him!" people tend to like a guy because of his humor, but humor is actually CAN HAVE. it is something on surface, not core.   in marriage, husband and wife tends to quarrel about religion and believes, money, loyalty, honesty: these are things that can make some married couple fight for many times. and these are the MUST HAVE.


that is why it is important for us to make a MUST HAVE list. because sometimes girls tend to say "it's okay, he can change" kadang2 ada perkara yang kita tak suka dalam diri lelaki tu, tapi benda yang tak suka tu sebenarnya penting bagi kita. dan kita akan sedapkan hati kita dengan berkata 'takpe, dia akan berubah' sebab kita masih suka dia. dalam tak sedar sebenarnya benda yg kita suka ialah CAN HAVE dan benda yang kita harap dia dapat berubah ialah MUST HAVE.

contohnya lelaki tu suka baca buku, suka lukis, suka minum kopi, sama macam kita. dan banyak perkara2 yang dia suka buat sama macam kita. kita fikir, kita boleh bahagia dengan dia. kita suka dia, tapi somehow dia ni bukan jenis yang jujur. tapi kita pulak jenis yang jujur dan nakkan seseorang yang jujur. jadi kita pejamkan mata dan berdoa agar lepas kahwin dia akan berubah.

tapi dalam tak sedar, kejujuran tu sebenarnya satu benda yg penting untuk kita. so benda yg penting ialah MUST HAVE. benda ni kalau tak ada, mungkin akan menjadi sebab untuk kita sentiasa bergaduh dengan pasangan.

kerana itu, amat penting untuk kita KENAL PASTI dan BEZAKAN apa yang MESTI ADA dan BOLEH ADA. identify and differentiate between both, supaya senang untuk kita buat pilihan, dan insyaAllah bahagia dalam rumah tangga sebab kita TAHU APA YANG KITA CARI :)

so buat MUST HAVE- benda yang korang rasa tak best, annoying, x bahagia, yang korang rasa korang akan selalu bergaduh kalau orang tu tak ada. benda yang penting macam agama dan kepercayaan, honesty, loyalty :)

and buat CAN HAVE- benda2 yang korang suka dalam diri seseorang. CAN HAVE ni selalunya surface, benda ni korang suka, tapi kalau xde dalam diri lelaki tu pun asalkan lelaki tu ada MUST HAVE korang boleh bahagia. contohnya suka makan coklet ke, suka menanam, suka bersenam, suka warna biru, kelakar, suka baca. selalunya benda2 macam preferable :)


so.. sejujurnya aku tak buat lagi list ni, hahaha. i'm a bit busy with my reading (kan dapat RM250, dah terbeli byk buku.. rugila kalau tak baca), working and meeting friends but still,  i will FIND some time to make it, ini penting ni. cewah, hihi.

and to u olls, good luck in finding your spouse :)

ada banyak lagi tips untuk cari pasangan, tapi aku tulis satu je la, dalam banyak benda yang cheryl bagitau aku, ini yang aku tak pernah dengar and aku tak pernah buat lagi haha.





moga Allah bantu. have a great day, and wonderful life!

dats all, salam :)
-fatimah zahrah, xoxo.


*footnote: semua gambar dari tumblr
**masa cari gambar kat tumblr, aku jumpe ini:
http://tomyfuturespouse.tumblr.com/
http://dearfuture-wife.tumblr.com/
http://mybelovedfuturewife.tumblr.com/
ingatkan perempuan je yang buat semua ni, tapi bila google, tumblr lelaki yg byk keluar hihihi su cute :p

No comments:

Post a Comment