Wednesday, April 24, 2013

Manifesto Cik Zahrah

Assalamualaikum.

Tempoh hari sewaktu Manifesto BN keudara, rakan saya telah kemukakan Manifesto tentang dirinya sendiri melalui laman sesawang Twitter. I found it funny, hihihi.

Jadi hari ini saya akan kemukakan Manifesto untuk bakal suami saya. Hahaha. Ini memang entry sesaje sementara take 5 dengan kerja-kerja saya. Ya, kerja-kerja saya yang menimbun tu. Ah, jangan awak kisah dengan semua itu, ayuh kita lihat Manifesto yang telah saya rangka:

#1 saya akan menjalankan tanggungjawab saya dengan sebaik mungkin kerana saya tahu dan sedar akan amanah yang telah diberi, and I will do it whole heartedly, lillahitaala :)

#2 saya akan jaga hati saya, sememangnya jaga, walaupun sebelum kahwin, lillahitaala, dan untuk awak seorang sahaja ;)


#3 saya akan menjadi ma'mum awak yang paling setia, sentiasa ada bersama untuk kita solat berjemaah bersama-sama.

#4 discount penggunaan masa ketika membeli belah. saya takkan biarkan awak sorang2 tunggu depan kedai tu. tapi saya shopping sekejap je. i'll do it as quickly as possible so that i can spend extra time with you, we'll walk together, holding hands like the sunnah of Rasulullah SAW :)

#5 saya akan jaga anak2 kita, sejak mereka dalam perut saya lagi :) saya akan menjaga mereka sepenuh hati kerana saya sedar bahawa mereka adalah amanah Allah dan mereka juga akan membantu kita untuk sampai ke sorga. cuma saya mohon untuk awak juga turun padang, menjaga anak amanah Allah bersama-sama saya. kita nak ke sorga sama-sama kan? ;)

#6 dari segi pendidikan, saya akan ajarkan Al-Quran semenjak mereka dalam perut saya lagi. dan saya akan sentiasa berada bersama mereka, untuk menanamkan rasa cinta terhadap Allah, kerana bagi seorang mu'min itu, Taqwa adalah scroll terbaik untuk ditunjukkan pada ibu bapa di hari graduasi di akhirat sana :)

#7 dari segi kewangan, saya mungkin tak ambil kursus account, tapi saya akan tolong awak untuk menjaga kewangan keluarga kita. dan walaupun  tugas mencari nafkah itu tergalas di bahu awak, saya akan turut membantu. kalaupun awak tak izinkan saya bekerja, saya akan membuat kertas kerja supaya awak dapat izinkan saya jual jubah, at least tak la bosan sangat dengan kerja2 rumah, hehe :D

#8 i will always be with you through thick or thin. saya sangat serious tentang ini, kalau tak percaya awak boleh tengok page dr fadzilah kamsah, katanya anak kedua setia. saya anak kedua :)

#9 saya akan pastikan saya master dalam memasak masakan kegemaran awak. dan saya akan masak sedap2 supaya awak bahagia bersama dengan saya :) jika awak pandai memasak, kita akan lawan siapa masak paling sedap, anak2 akan jadi jurinya. tapi jika awak tak pandai, saya akan ajarkan awak masak, supaya jika saya sakit, awak boleh masak untuk saya. andai awak tak mahu belajar masak dengan saya, malu mungkin, tak mengapa, tuan kamil juga pandai masak, awak boleh belajar dengan dia ;)

#10 saya memang pelupa. tapi kalau tentang awak, saya akan ingat semua perkara. cuma kalau kadang2 saya masih lupa saya harap awak tak benci saya, itu memang saya sengaja, buat rencah gurau asam garam rumah tangga. hihi


sekian 10 Manifesto Cik Zahrah. Ini bukanlah semuanya, awak akan dapat tahu lebih banyak jika awak benar2 serious. bukan hanya pada lisan, tapi juga pada perbuatan.

hahaha.

amacam, ok x manifesto aku? aku rasa ni 10 yang hardcore, patut dijadikan manifasto utama untuk semua akak2 adik2 yang bakal kahwin. ewah.

 

ameen ya rabb.

and lastly to those who are still searching, I found this on tumblr while looking for pictures of muslim marriage, so this is for you ;) (and me too. theehee)

“Don’t be too hurry in love, find A companion who can guide you not only in Dunya, but in akhirah. Who can pick you up when you fall, who can remind you when you forget, love you with all his\her might, someone that will hold your hands through thick and thin & lead you to the Jannah”
[quote- not mine]

okey dats all,
fatimah zahrah, xoxo.

3 comments:

  1. ahahahaa...
    hah, manifesto dah setel...bila mahu 'bertanding'...??

    ReplyDelete
  2. lol macam dah nak dapat kad kahwin ni. jgn lupa ajak aku bila kau kahwin timahhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. eh, ada orang komen, tak prasan pulak. kite balas dua2 dalam satu kotak ni lah, hihi :P
    acap: ceq taktau nak bertanding guna platfom apa aih. hahaha :DD
    zuhri: satgi hang kawin dulu, jangan lupa ajak aku! hahaha :DD

    ReplyDelete