Sunday, July 28, 2013

Caffeine

salam,


waktu tidur saya ketika ini: 2.30am-4.30am dan 8am-12.30pm

***


jet lag

bukan kerana luar negara

tapi kerana peperiksaan sahaja

mungkin akibat kopi juga

***

hai. hari tu masa final yang worst final ever tu, aku amek caffeine. hampir setiap hari aku akan beli ice blended. hari ni mocha, esok latte, pastu hazelnut pulak. tapi aku tak pesan cenggitu (macam tu) je, aku mesti suruh akak tu campor ngan vanilla. kirenye mocha + vanilla or latte + vanilla or hazelnut + vanilla.

mule2 sedap je minum. dah a time tu panas, dapat ice blended sedap la kan. and aku pun minum benda tu sebab tak nak tido. as u olls know, i olls memang kuat tido.

rupenye effect dia sampai skarang weh T___T

aku batok sampai hari ni (due to those ice blendedssss) and waktu tidur aku dah lari (sabab hari tu kan susah nak tidur so waktu tidur dah tukar)

dah lama tak amek caffeine, macam ni rupenye effect dia.

 sebenarnya dulu aku suke gile minum kopi, aku minum without gula or susu. aku minum kopi without sugar tu bukan sebab suke pun tapi sebab nak tiru plakon taiwan dalam citer Meteor Garden (if you could still remember) hahaha. tengok Ken ada habit pelik ni cam cool je. try ah. mule2 rasa tak sedap, tapi sebab cool kan, aku minum je kopi pahit tu. hahaha. pastu dah slalu minum, aku jadi suke pulak cewah~

pastu aku pun slalu la bawak kopi pahit tu pegi skolah.

time tu skolah rendah, nak amek upsr. aku slalu bawak kopi dalam tarmus, pastu roti gardenia tu sebuku, and spread satu jar n sudu. ye sudu. sudu yang kaler silver tu. aku tak sapu spread kat rumah, lipat roti letak dalam tepawer macam bebudak (budak-budak) lain buat. tak sempat nak buat semua tu kat rumah, letak smua dalam kotak, sapu kat skolah, senang. hahaha :D



bawak banyak roti, baru la boleh offer kat kengkawan (kawan-kawan) hahaha. aku slalunye pagi2 tak sempat brekfes kat rumah. so sampai skolah je terus tuang kopi. pastu bising la budak2 kelas aku

"timah, kau bawak kopi eyh????"

"haah, nak? sini a weh, minum same, aku bawak roti skali ni"

"tak nak ah kopi kau pahit!"

hahaha.

tapi aku takde la buat benda ni tiap2 hari, ada hari yang tak sempat pun nak buat kopi. pegi la skolah ngan perut kosong tu. 

bile masuk sekolah menengah aku dah tak buat cemni (macam ni) sebab takut nampak pelik sangat kang (karang/nanti) takde kawan, nanges sorang2 pulak. dah la asrama, asrama ni kawan la paleng penting. sebab tu la aku retire(berhenti) dari bawak bekal cemni (macam ni)

tapi seingat aku, aku pernah jugak la buat skali dua. cuma tak bawak kopi la. masuk sekolah menengah yg aku stop minum kopi

masuk u (universiti) pun sama. ni time dip la. time dip dulu aku blajar dalam lecture hall. mula2 kuang aja, diorang gelakkan aku. aku ingat lagi Jah. ye Jah, kau gelakkan aku dulu time aku kuakan (keluarkan) sudu dari bag. lapo kot dalam lecture hall, sejuk! skolah rendah dulu boleh la tahan kalau x brekfez (breakfast) tapi kat u (university) lecture hall dah la sejuk, blaja straight, kelas jauh, jalan banyak. mane blh tahaaaannn~

last2 kau mintak gak roti spread tu kan Jah? hahahahaha. tu la gelakkan aku. best gila, kat blakang spread roti makan ramai2. paling klako (kelakar) lepas tu Jah pun bawak roti, sudu dan spread. siap suap2 orang. hahahaha :DD

kenangan~

best nya time dip, Allah je yang tahu. cewah, macam la aku sorang je ade kenangan. hihi.

tapi time dip pun aku dah tak minum kopi. sebab masa tu aku prasan bila minum kopi aku jadi pening. sebab tu bila aku amek ice blended hari tu aku campur vanilla, kengkonon (konon-konon) nak mild caffeine la cenggitu. haha.

tapi in the end ada jugak effectnye. hmmmm

akhir kata, jagalah kesihatan anda. kerana badan kita anugerah Allah, anugerah Tuhan, kita akan kembali kepadaNya. ini semua pinjaman, kita akan pulangkan semula kepada pemilik sebenar, jadi pulangkan lah dalam keadaan yang paling elok. ni moksu aku yang pesan.. aku quote balik.
jagalah kesihatan demi amal dan kehidupan yang berkualiti :)

cewah kemain cam iklan hihi

kbye~ salam~

fatimah zahrah, xoxo.

No comments:

Post a Comment