Showing posts with label doodle. Show all posts
Showing posts with label doodle. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Caffeine

salam,


waktu tidur saya ketika ini: 2.30am-4.30am dan 8am-12.30pm

***


jet lag

bukan kerana luar negara

tapi kerana peperiksaan sahaja

mungkin akibat kopi juga

***

hai. hari tu masa final yang worst final ever tu, aku amek caffeine. hampir setiap hari aku akan beli ice blended. hari ni mocha, esok latte, pastu hazelnut pulak. tapi aku tak pesan cenggitu (macam tu) je, aku mesti suruh akak tu campor ngan vanilla. kirenye mocha + vanilla or latte + vanilla or hazelnut + vanilla.

mule2 sedap je minum. dah a time tu panas, dapat ice blended sedap la kan. and aku pun minum benda tu sebab tak nak tido. as u olls know, i olls memang kuat tido.

rupenye effect dia sampai skarang weh T___T

aku batok sampai hari ni (due to those ice blendedssss) and waktu tidur aku dah lari (sabab hari tu kan susah nak tidur so waktu tidur dah tukar)

dah lama tak amek caffeine, macam ni rupenye effect dia.

 sebenarnya dulu aku suke gile minum kopi, aku minum without gula or susu. aku minum kopi without sugar tu bukan sebab suke pun tapi sebab nak tiru plakon taiwan dalam citer Meteor Garden (if you could still remember) hahaha. tengok Ken ada habit pelik ni cam cool je. try ah. mule2 rasa tak sedap, tapi sebab cool kan, aku minum je kopi pahit tu. hahaha. pastu dah slalu minum, aku jadi suke pulak cewah~

pastu aku pun slalu la bawak kopi pahit tu pegi skolah.

time tu skolah rendah, nak amek upsr. aku slalu bawak kopi dalam tarmus, pastu roti gardenia tu sebuku, and spread satu jar n sudu. ye sudu. sudu yang kaler silver tu. aku tak sapu spread kat rumah, lipat roti letak dalam tepawer macam bebudak (budak-budak) lain buat. tak sempat nak buat semua tu kat rumah, letak smua dalam kotak, sapu kat skolah, senang. hahaha :D



bawak banyak roti, baru la boleh offer kat kengkawan (kawan-kawan) hahaha. aku slalunye pagi2 tak sempat brekfes kat rumah. so sampai skolah je terus tuang kopi. pastu bising la budak2 kelas aku

"timah, kau bawak kopi eyh????"

"haah, nak? sini a weh, minum same, aku bawak roti skali ni"

"tak nak ah kopi kau pahit!"

hahaha.

tapi aku takde la buat benda ni tiap2 hari, ada hari yang tak sempat pun nak buat kopi. pegi la skolah ngan perut kosong tu. 

bile masuk sekolah menengah aku dah tak buat cemni (macam ni) sebab takut nampak pelik sangat kang (karang/nanti) takde kawan, nanges sorang2 pulak. dah la asrama, asrama ni kawan la paleng penting. sebab tu la aku retire(berhenti) dari bawak bekal cemni (macam ni)

tapi seingat aku, aku pernah jugak la buat skali dua. cuma tak bawak kopi la. masuk sekolah menengah yg aku stop minum kopi

masuk u (universiti) pun sama. ni time dip la. time dip dulu aku blajar dalam lecture hall. mula2 kuang aja, diorang gelakkan aku. aku ingat lagi Jah. ye Jah, kau gelakkan aku dulu time aku kuakan (keluarkan) sudu dari bag. lapo kot dalam lecture hall, sejuk! skolah rendah dulu boleh la tahan kalau x brekfez (breakfast) tapi kat u (university) lecture hall dah la sejuk, blaja straight, kelas jauh, jalan banyak. mane blh tahaaaannn~

last2 kau mintak gak roti spread tu kan Jah? hahahahaha. tu la gelakkan aku. best gila, kat blakang spread roti makan ramai2. paling klako (kelakar) lepas tu Jah pun bawak roti, sudu dan spread. siap suap2 orang. hahahaha :DD

kenangan~

best nya time dip, Allah je yang tahu. cewah, macam la aku sorang je ade kenangan. hihi.

tapi time dip pun aku dah tak minum kopi. sebab masa tu aku prasan bila minum kopi aku jadi pening. sebab tu bila aku amek ice blended hari tu aku campur vanilla, kengkonon (konon-konon) nak mild caffeine la cenggitu. haha.

tapi in the end ada jugak effectnye. hmmmm

akhir kata, jagalah kesihatan anda. kerana badan kita anugerah Allah, anugerah Tuhan, kita akan kembali kepadaNya. ini semua pinjaman, kita akan pulangkan semula kepada pemilik sebenar, jadi pulangkan lah dalam keadaan yang paling elok. ni moksu aku yang pesan.. aku quote balik.
jagalah kesihatan demi amal dan kehidupan yang berkualiti :)

cewah kemain cam iklan hihi

kbye~ salam~

fatimah zahrah, xoxo.

Thursday, March 14, 2013

cuteness overload

assalamualaikum,

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! tengok ni tengok!!!



these are seriously cute!!!! and they are all blank pages, and the covers are all hand made from fabrics, jahit sendiri, ya Allah, cute gilaaaaaa!!! found this in front of PTAR 1 (library), went there everyday this week, sebab suka sangaaaaaaaatttt!!! hahaha.


Photo: dah beli buku tu. dah conteng. hahaha

bought one, kaler merah polkadot. aku dah conteng2 dah, hahaha :DDD diorang ada jual byk lagi product hand made lain tau. comel gila, geram aku tgk. antaranya:



yg ni macam pouch la. rm15 each. kalau beli 2 percuma 1. geram betul aku. hahaha :DDD

ouh kat mawar hari tu aku jumpe beg, diorang jahit, macam bentuk burung hantu. comel gila sebab dia gabung2 fabric, owl tu punye badan dia gabungkan guna fingers kat sarung tangan.

arghh tensionnye nak terangkan mcm mana. ko tunggu ko tunggu, esok aku tangkap gamba and upload. hahaha :DDD

ni bile nak blajo jahit ni. boleh jahit semua ni, jual. hahahahaha. xjual, bagi hadiah kat orang pun cem osem je. hemm hemmm...

k dats ol, babai. and btw MDS sgt cool. nasib baik join. menyesal x join time dip. hahaha. kbai.

salam.
fatimah zahrah, xoxo.

Sunday, November 25, 2012

bolehkah muslimat menggunakan jeans ketika mengerjakan solat?

assalamualaikum,

went to Fraser's Hill, swimming Class, Fatimah Syarha's forum, Amin Idris's talk, jaga anak2 orang yang comel, usrah, cikgu jamilah balik dari ghuang zhou, fiqh solat di uia - I don't know where to start, and which to tell first =.=' 

hmmmm... aku cerita yg terdekat lah. haha.

semalam aku baru balik dari uia sebenarnya, menghadiri fiqh solat. best. aku jumpa banyak benda baru, upgrade sikit ilmu. akhir skali, last session was conducted by ustaz izhar, dia cakap pasal kesilapan dalam solat. sebab dia ustaz terakhir, and aku unsure about something yang aku buat selama ni, aku pun tulis la soalan dan hantar ke depan. sebab aku rasa kalau aku tulis je dia mungkin tak faham, jadi aku pun lukis la sekali.



kat kampus aku mmg solat macam ni je, sebab aku malas nak bawak beg berat2, so aku bawak telekung bahagian atas, kain x bawak. aku taknak guna yang ada kat musollah, tak selesa lah. dah pakai telekung atas, aku akan pakai stokin tebal untuk tutup kaki pulak.
mula2 aku mmg sure and confirm, apa yg aku buat ni boleh sbb jeans aku pun x ketat, aku dah tutup aurat, so no problem.
tapi masa ustaz terangkan something, aku jadi confuse pulak, so aku tanya la dia.

aku tunggu je la ustaz jawab soalan aku. mula2 aku rasa tak mungkin ustaz akan jawab, sebab soalan ada banyak, tapi rupanya ustaz amek gak kertas aku. alhamdulillah.

"bolehkah muslimat mengerjakan solat dengan menggunakan jeans dan stokin? ... hah! baguh mok cik ni, siak lukih." *tunjuk kertas kat audience

bhahahahahaha :DDDD i was like, "i'm not makcik!!!" hahaha tapi cakap dalam hati jela. ustaz ni, mentang2 la yg datang fikh tu ramai makcik.. ~.~''

and then ustaz pun bagi la jawapan. asalkan tutup sempurna kat atas, tak nampak bentuk badan, jeans x ketat, x nampak bentuk kaki, baju bahagian atas loose, stokin tebal... BOLEH, takde masalah :)

so lega lah hati aku, takperlu bawa beg berat2 hahaha :D

jap mak datang.

ok, mak dah pergi. seganla nak tulis2 type entry baru jikalau emak duduk minum kopi di sebelah saya. hihi

tgk akak2 kat blakang sume rajeng bace buku, n we're having fun tangkap gamba sendiri bhahaha

datang awal, tangkap gamba skek. masa ni tak penuh lagi.. tp seminar full house, terkejut jugak aku sebab seminar ni mahal jugak tiket dia, aku pun gantikan orang je. mungkin sbb masing2 nak upgrade ilmu solat. alhamdulillah :) 

overall tak rugi la datang. seminar smalam ada 5 sesi, dari pagi sampai malam. and smalam hari asyura, ramai jugak yg puasa termasuk ustaz2. ustaz izhar makan buah tamar je untuk buka, then dia ada kuliah kat masjid, pastu terus pecut pegi uia sambung ceramah kat situ. amazing gila aku rasa, sebab dalam semua ustaz dia paling energetic. tak duduk pulak tu. maybe sebab dia muda (geng2 ustaz don jugak la). and dalam semua sesi, aku rasa sesi dia la yg pallling audience gelak. hahaha

tak tau la aku je ke yang rasa, tapi ustaz kalau bab fiqh mmg slalunya kelakar. hahaha. mungkin sbb dia membincangkan perkara2 sensitif (especially isu wanita) and dia xnak segan malu2 tapi dia nak sampaikan betul2 sampai org faham, so cara yg terbaik ialah menyampaikan dalam bentuk humor. 

kalau aku amik jurusan agama, aku mungkin akan khususkan dalam bidang fiqh jugak. especially fiqh wanita. sebab benda ni benda yang kawan2 aku termasuk aku sendiri slalu rasa kabur2 rasa unsure. nak tanya ustaz segan, hahaha~

nak mintak tolong azi carikan sorang kat sana lah, senang skek nanti nak tanya ape2, hihi. tp azi kena kawen dulu baru blh jadi org tengah. dia amek ustaz din aku ustaz dan. lulz.

ok lah nak bace surat kabar. apelah makne hari ahadmu tanpa membaca surat kabar. hahaha. aku rasa dalam seminggu, surat kabar hari ahad wajib baca, tak tau knape hahaha. mungkin sebab... ada bpop kot... (skarang panggil bpop lagi ke?) dulu aku rajin la baca semua. tp skarang masa dah limited, slalunye tengok gambar selak2 je, tp wajib baca yg kat berita harian tu, yg dia ada siarkan berita pasal dunia. yg dia bagi fakta pelik2 tu. yg tu aku suka baca.

kbai.

*penceramah semalam semua hebat2. kalau nak dapatkan ilmu free boleh google ustaz izhar arif (dia ada twitter jugak), ustaz abdul basit (website dia sendiri), ustaz zaharuddin (yg tak asing lagi, dengan website sendiri) dan ustaz mohammad nidzam. kalau nak cari video pon semua ada kat youtube, type je nama nanti banyak video keluar :)


Monday, August 27, 2012

Klate Celuk

Assalamualaikum,

semalam kawan ayah datang. aku tak la kenal semua kawan ayah, tapi yang aku kenal semua orang kelantan, kereta cantik2, migrate tinggal kat kl lama, kahwin seorang wanita yang bukan kelantan dan anak2 semua bila cakap kelantan bersepah, macam aku. lol.

yang datang smalam anak dia ada 3, anak sulong perempuan tinggi gilo-muka kecil-cantik manis, at first aku ingat dia Izzah Amani Jonet, junior aku kat SEMASHUR. okey tipu Izzah Amani xde Jonet kat nama dia, aku saje tambah rasa macam sesuai. haha. selamat hari raya maaf zahir batin, pagi2 cari pasal buat lawak hambar. tapi anak kawan ayah aku tu bukan lah Izzah Amani. dia cakap tinggi dia 5'8 , dan dia baru sahaja tingkatan 2 *mata terbeliak mulut ternganga




anak lelaki kedua sangat normal tapi eats western food only (klate celuk.. tp kompem sure dia still akan support kelantan fa, kan dik? anok ayoh.. gomo klate gomo. harhar) dan yang ketiga ialah anak perempuan kecil sangat manja, banyak cakap, bertanya 1001 soalan kepada si ayah dan akan merajuk jika tidak singgah sebentar di petronas mesra atau 7eleven agar dapat dia membeli belah coklet dan gula-gula. dia ni mengingatkan aku dengan Delisa, sebab suara dia sama, anak last, and banyak cakap.

 filem wajib tonton

dan seperti juga kami2 anak orang kelantan migrate yg lain, mereka juga tok reti kecek klate HAHA. padahal ayah dia bukan cakap kl pon ngan diorang, cakap klantan, same cam ayah aku, tapi sama ngan kitorang, diorang tetap xreti cakap klantan.

in kelantanese world, i might be a muggle-born. a half-blood: half muggle half kelantanese. kahkah. lawak hambar lagi.

aku ingat lagi dulu time sekolah aku slalu kecek klate ngan Fatin, bajet hebak, rase dah bagus sangat dah skill bahasa klantan masing2. masuk U jumpa real kelantanese cuba nak tunjuk lagak, kecek klate dengan diorang, bajet friendly la, tapi sep2 klate ni everytime aku kecek klate mesti diorang xreply balik, dengar bunyi cengkerik je... bukan sebab diorang sombong, tapi diorang x faham aku cakap ape T____T klate advance sangat ni HAHA. bukan stakat siam weh, faham pon x. major FAIL =.=''
(kalau reply pon, they won't speak kecek2 kelantan, they'll say "timah, takyah cakap kelantan lah" still fail T___T)




sama jugak dengan bahasa inggeris. bawa masuk guru bahasa inggeris dari seberang sebab nak meningkatkan penggunaa/kefasihan inggeris dalam kalangan pelajar. bedah please, it's not the teacher, bukan. it's the environment & community. 

bukankah lebih bagus duit membawa guru bahasa inggeris itu diberikan kepada pelajar universiti yang kesempitan hidup, memasak berger menggunakan seterika dan menjualnya demi duit poket (true story, kawan adik aku -.-')

dan kadangkala, guru2 sains dan matematik pula dipersalahkan kerana tidak mampu membuat pelajar mahir belajar bahasa inggeris dalam subjek tersebut. manakan mampu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.  kalaupun mampu dengan usaha dan kesungguhan, pastinya mengambil masa bukan hanya tiba-tiba. (wow rhymes!)

mengapa tiba2 boleh terselit topik basi ni.

apa2 pun sep2 Klate Celuk, half-blood ni, memang la masing2 ada masalah nok kecek klate (except yang memang membesar di Kelantan) yg half-blood tinggal di luar kelantan, parents pule tak cakap fully kelantan, pulang ke kelantan at least setahun sekali (at least. kawan aku ada yg 8 tahun x balik klantan wooo... dasat) dan menetap pule di luar kelantan (especially selangor) memanglah kami ada masalah nak kecek kan, dah environment lain~

tapi... tapi!!! buruk2, xjadi macam mane pun, at least we TRIED, and we're proud that one of our parents is a Kelantanese. Selalunya kalau aku jumpa pure kelantanese aku akan excited gila, and go "weh ayah aku orang klantan!!! oghe llunde~" and then aku tak tau knape, pure kelantanese tu tak excited pulak jumpe aku, and dia x kecek klate ngan aku. sedih aku, baru ingat nak blajar... zobsss zobsss *amektisukesathingus. disebabkan itu, aku jadi kurang semangat dah bila jumpa orang kelantan, skarang  aku kecek klate dgn half-blood je la, sebab diorang memang confirm akan reply tp dgn pelat same macam aku HAHA



jumaat ni balik klantan yahooo!
balik kelantan xboleh 1st week raya, alamatnya memang beraye kat jalan sahaja, raya pertama dapat beraya satu rumah je =.=

btw, sementara aku cari gambar delisa tadi, aku terjumpa entry ini.

dalam entry ni dia cakap pasal orang yang compare cerita OMBAK RINDU & HAFAZAN SHOLAT DELISA. 2 cerita ni memang jauh bezanya. tapi aku tak rasa dua2 ni patut di-compare-kan, dua2 memang x sama.

dan antara yang menarik dalam entry dia:

"Malah, kalau kita amati, Indonesia sendiri akrab dengan pelbagai tragedi tidak kira tragedi alam mahupun tragedi manusia. Rakyat negara jiran ini telah bertahun bergelumang dengan tragedi dan perjuangan sebagai rencah kesinambungan hidup. Sedarkah kita bahawa tragedi dan perjuangan ini telah sekian lama mencorak pemikiran seterusnya menjadi pencetus kepada lahirnya karya mereka?

Kalau kita fikir pengkarya perlu menghasilkan karya yang bernilai, bermoral, kritis dan menonjolkan tahap pemikiran yang tinggi, kita inilah yang perlu mula membuktikan telah menjadi manusia yang bernilai, bermoral, kritis dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Kerana pengkarya tidak mahu rugi menghasilkan karya yang tidak boleh dijiwai oleh penontonnya seterusnya merencatkan keuntungan."

what he/she said is true. kepayahan yang mengajar mereka erti mengerti. lupakan isu tarian tor tor, ada elemen penting dalam jiwa mereka yang harus kita contohi. seperti mengangkat martabat bahasa ibunda dan betul-betul menghargai setiap peluang yang ada.

gambar google

selamat menyambut bulan kemerdekaan, dan marilah berusaha untuk berpuasa enam.

sekian, selamat tinggal dan jumpa lagi.

*aku time sek rendah antara murid yang paling tinggi, tapi sbab aku slalu bangga dengan ketinggian aku, sampai cikgu practical pun aku gelakkan, tinggi aku tak bertambah ever since. orang bongkak selalu rugi. 
*header baru LAGI. haha. yang lama terlalu besar, saya buat yang lebih kecil dan simple. tapi nampak seperti terlalu kecil pula ye. hmmm biarlah
*Paling suka lagu tema tahun lepas. Bawak lagu tu ke tahun ini pun takpe. Tak pun, guna sahaja lagu2 olympic seperti Gemuruh Suara, dah cukup patriotik. Tak rasa semangat berkobar ke setiap kali dengar? Bagi aku lagu olympic tahun ni semua best. Happy 55th Independence Day :)

Tuesday, August 14, 2012

tips mengambil hati, memujuk atau menggembirakan wanita

Assalamualaikum,

Sabtu lepas, aku and azi disapa oleh seorang costumer ni. Dia tanya macam2 gila, sampai aku sendiri rasa takut, haha. Tapi aku positif je la, dia tanya aku jawab dia tanya aku jawab. Somehow aku faham mungkin dia first time nak beli online, dengan orang yang tak kenal, sebab tu la dia nak make sure dulu gitu..

First time kitorang ada costumer yang tak yakin sampai tahap macam tu, haha. Costumer kitorang ramai perempuan, (nama pun jual muslimah attire kan) so mungkin gigirls ni semua dah biasa dah beli barang2 online.. small the pieces. haha. Tapi brader tu memang tanye sungguh2, took him two days to realize how sincere we are in our business. Mungkin jugak sebab dia nak beli jubah yang beratus, so dia nak betul2 make sure lah kan..

Alhamdulillah dia beli. Yang bestnye dia nak letak ucapan khas... Rupanya jubah tu dia beli untuk seseorang.. Hihi how sweet :) and then by siapa, dia tak bagi letak nama, ececeh nak seprais gitu. hihi

Time bungkus tu aku tulis la dedication khas yang dia suruh tulis untuk gadis tu, cewah. Pastu kan nak raye, aku nak buat something special lah, aku doodle skali kad raya di bahagian hadapan kad ucapan tu. Der, wa buat khas untuk lu tau, costumer lain xdenye dapat kad raye, home made kad raye pulak tu, HAHA.


letak dalam bungkusan sebelum balut2~ hihi

Sebab aku jual Muslimah attire kan, so pelanggan lelaki semua jenis yg sweet2, sebab belikan untuk seseorang istimewa.. aww...

Yang first dulu lagi la, dia ni kawan kampus aku. Dia pesan kat aku nanti balut, tulis pesanan

"p/s: I'm sorry, I love you"

man, berkace mate aku dapat order macam ni, hahaha! dia belikan dress sweet pulak tu, yang ni ha:



dah la ni dress yang aku suka, aku siap suruh Azi copkan untuk aku, tengok2 brader ni nak beli untuk pujuk seseorang istimewa dia. Sokayh2 *tears* untuk orang baik ni, aku doakan korang kawin cepat, tolongla kawen cepat, nanti kurang le merajuknye tu, lagi sweet ade ;)

dah la seseorang istimewa dia tu tweet kite cakap dia dah 4 hari tak contact, tengok2 dapat dress, how cute :) a, aku rasa lepas tu dey oll dah baik kot, tgk dari cara brader tu komen macam ye



*engkorang kalau nak beli dress tu tinggal one last piece, boleh klik sini.

tapi aku rase paling sweet brader ni la, yg last ni. dia beli tudung untuk mak dia. siap happy2 sebab mak dia happy. ini memang paling sweet. aku doa anak aku pun akan buat bende2 serprais untuk aku nanti, hihi. paling comel siap msg kalau restock bagitau dia. tu nak kasi sepraiss lagi le teww... hihi :p takpe der, nanti gua restock tudung 2 3 tone, gua tag lu, kalau gua lupe, lu tgk je wall gua, gua slalu share kat wall. hahaha. oh dan terima kasih kerana mention kami di blog anda. terharu ;')


ibu gembira, anak gembira, kami turut gembira hihi :) 
*macam iklan pulak lol


ramai lagi sebenanye brader2 yang belikan tudung / jubah untuk mak dia, dah kerja kan, dapat gaji, isteri takde, belikan untuk mak *so sweet* ada yang siap ajak mak pegi depan laptop suruh pilih, mak taknak pilih, dia suruh aku pilihkan. nak jugak belikan untuk mak dia. haha. ada yang siap datang sendiri kat rumah aku, nak tengok kualiti kain, pilih yang paling naiss untuk mak dia. awww... engkorang yang belikan untuk mak ni sweet sangat la, my dear bakal anak2 lelaki ku, moga kalian juga mencontohi mereka, aameen :)

jadi kalau engkorang brader2 kat luar yang nak ambil hati, pujuk, or menggembirakan si dia, tak kira la si dia tu siapa, si dia tu queen of your heart la, senang citer hihi. contohi la brader2 abe2 macam kat atas ni ha, happy je aku tengok, siap excited nak tengok design baru lagi. hihi.

like our fb page, pm us, make them happy, and you'll be happy too!


happy shopping!
*stock terhad, siapa cepat dia dapat!!! :)
*boleh jugak tengok2 kat pages yang ada kat bahagian atas blog ni, bawah header tu, aku update setiap hari :)

sekian, babaisss...
and salam ramadhan kareem :)

*hari tu aku janji nak bagi kad raye kat sesape yg sms aku alamat korang kan? dah hantar dahh smalam~ so wachout a wachout~ ntah ape la yg aku conteng dalam kad tu, aku buat cepat2 masa tunggu ayah aku shopping dalam giant. sebab ayah shopping x lama kan, so doodle laju2. hahaha :D 

Saturday, August 11, 2012

kad raya

Assalamualaikum,

tadi dapat notification kena tag kat gambar shuk



with description "remember these ppl?"

aku boleh recall lah ni semua kad raya yang hantar betweet sbp tu. memang aku slalu hantar kad raya ni kat dia pun. tapi bila tgk gambar ni aku somehow tak boleh recall mana satu yang aku hantar. pastu aku cam sedih sebab shuk tak tunjuk kad yang aku hantar, dia just tag aku je. boleh tak sedih? lol.

lepas tu aku cam nampak sesuatu.. ada doodle doughnuts, ice-creams, pancakes, cakes. ok that's mine!!! baru nampak. hahaha. rupenye time skolah dulu hantar kat raya pon still lukis makanan manis ni, timah timah.. -.-

kad raya tahun ni aku dah siap karang, n as usual adalah doodle burok. hahaha. siap kaler guna magic pen tau, mangat betui i, hihi.




rasanya macam nak hantar kat ramai lagi, nanti nak beli more kad raya. hehe..

best tau dapat kad raya. terharu bila orang still ingat kat kite, n the fact that diorang sanggup beli, tulis sendiri, tampal setem, hantar, nilai dia lagi tinggi dari dapat sms raye. cewah. stakat ni Jah sorang je yg aku baru terima. awal betul makcik tu hantar kad raya. hihi. tq jah yg sweet ;)

k, dats oll, babai. n salam ramadhan kareem. :)

*siapa nak kad raya? sms aku alamat korang, aku akan hantar! tgh happy ni ada mood nak tulis2 doodle kaler2 hehe :)
*hujung ramadhan, korang dah juzuk berapa skarang? :)

Wednesday, August 8, 2012

cooking with ayah

Assalamualaikum,

Nampak tak header kat atas yang baru tu? saya buat sendiri *proud

Ayah decided to cook curry today. balik dari menemankan ayah ke pasar, aku gegas menukar baju dan dengan baiknya bertanya "nak tolong apa2?" ayah menyuruhku memotong sayur.

Dengan cuaca yang bahang, panas terik menyucuk nyucuk anak tekak, mahu sahaja aku buka 3 kipas maximum kemudian baring, tiduuuurrrrr sehingga ke asar.

Tetapi mengenangkan bulan Ramadhan yang mulia, orang yang berbuat baik akan diberi ganjaran berlipat lipat ganda :) maka gagahkanlah diri

Lalu kaki melangkah ke dapur... dan menolong ayah masak kari :D

Macam comel tau ayah tumis2 kat dapur, anak perempuan yang duduk bersila kat bawah sambil potong2 sayur.



Nanti bila dah ada Zahra junior, aku ajak dia masuk dapur dengan papa dia, and then ajar they all masak2. In future kalau aku sakit ke, busy ke, boleh la diorang masak sama2 untuk aku. Bayangkan budak perempuan kecil molek tocang dua pakai baju pink ada gambar strawberyy banyak2 tolong2 ayah dia masak kat dapur. Gaya je nak tolong, tapi tangan tak gerak sangat pun, mulut je tanya banyak 'papa, yang ni ape pa? kenape yang ni besar yang ni kecik pa? papa nak potong karret ke pa?' And then papa dia pulak clumsy2 'nak masukkan bahan tumis macam mane ni ye' eceh.. Hihihihihi comel betul :p

Ehem

K dats all babai.


*our iftar for today, gulai kari by Chef Tuan Kamil :)
*sambal kicap yg kat tengah tu pagi tadi punya, makan ngan kari, sedap je HAHA!
*kalau bace time siang2 hari ni maafla ye..













***dah penghujung ramadhan, jangan sia2kan peluang yg ada! kumpul2, kutip sebanyak pahala yg boleh. kita xtau mungkin zikir kita untuk 2minit mampu menyelamatkan kita dari api neraka, dan membawa kaki kita memijak ke syurga yg indah sejahtera, damai selamanya :) all the best!
***ouh ouh last last, kami ada item baru, ada dress, cardigans, jubah baru, visit our fb page k! here's the link ;)



Monday, May 21, 2012

90's in malaysia


assalamualaikum

hari tu terdengar lagu feminin kat tv3

rasa best pulak lagu tu

slalu nyanyi lagu snsd joget2, x paham pon maksud

tibe2 dgr lagu melayu, boleh joget2 rase seronok pulak

gua amek kipas, gua search youtube lagu tu, gua nyanyi puas2


hahaha. tapi kat rumah x pakai tudung n skirt la, ni doodle je

doodle baik sket :p

amboi bile dah lukis ada tudung n skirt pegang kipas kat tepi joget2...

bughok beno ghupenye =='



ni la kipas yg temankan gua nyanyi sambil joget, beli kat langkawi, 2ringget rasenye.

and then and then jumpe pulak elite, jumpe pulak kru

cikgu jamilah kate
"kite ni dari duluuuu dah ade kpop kpop ni ha~~~"

bhahahaha


*****
kpop dah wujud awal jugak sbenanye, tapi zaman skarang baru meletup sebab kecanggihan teknologi.

ape2 pon, 90's memang sangat best, xkire la malaysia ke antarabangsa

dengar banyak kali pon xpe :)

hari ni aku kena duduk rumah, jadi suri rumah je

lepas 2 minggu jalaaaaannnn non stop

aku decided untuk duduk rumah develop skill rumah tangge je lah

hahaha

aku x mintak kerja kot

inilah masanya yg paling terbaik untuk improve n muhasabah diri

umur dah 21 
T______T

dan juge berbakti kepada cikgu jamilah dan tuan kamil

cikgu jamilah skarang dah makin sayang, slalu peluk, cium, usap kepala aku and cakap 
"anak mak kesayangan mak ni.."

kadang2 pagi2 bila aku bangun, tengok2 dia ada tepi aku, dia cakap mcm2..

tapi aku xdengar.. sbb aku mamai... tapi dia tetap cakap.. n peluk aku.. and cium non stop

the love from a mother :')

mungkin dia tau 2,3 minggu ni aku sedih

rupenye cikgu jamilah memang caring, xsangke, terharu :')

tengok, ada hikmahnye kan?

kawan aku cakap, kalau nak pilih calon isteri, kena pilih yang dengar cakap ibu bapa

baru aku tau knp aku keras kepala n slalu nak calon (yg dulu) dgr cakap aku je

sbb masa tu pun aku slalu keras kepala n nak org dgr cakap aku je kat rumah

xpela, mungkin aku x matang lagi..

skarang, aku dah blaja, Alhamdulillah

see, ada hikmah :)

lpas layan lagu 90's aku habiskan masa baca balik entry2 aku yg dulu... x sangke entry2 aku dulu panjang.. hahaha. x mcm skarang, gambar je byk =.='

and masa hujung2 2010 slalu ada footnote untuk brader hensem dari awek biase. aku sendiri x ingat mcm mana 2 watak tu boleh wujud =.='

n macam mana 2 watak tu boleh tibe2 lenyap pon aku x prasan. hahaha

bila baca entry2 dulu, xsangke byk jugak entry aku tulis pasal family. bahagianya :) nilah kebaikan blog, boleh baca balik zaman2 dulu... time2 tgh sedih, baca benda2 yg buat kita gembira, boleh tukar mood jadi happy :) sebab itula memori :)  

n x sangke jugak ada entry2 yg aku x puas hati pasal certain issue, aku boleh jadi emo sampai macam tu, tulis panjang2 suke hati..  
hahaha
pon buat aku happy bila baca balik :)

sayang la nevva winter. nanti dah ada anak, aku nak dia tulis blog jugak, boleh stalk. mwehehehe

mak nampak blog aku, aku suruh dia buat blog sendri, nanti boleh la share recipe, macam recipe lauk yg baru masak tadi.. (time tu)

(ketam masak lada, ikan masin masak lemak with nenas)

and then mak suruh aku yg tulis kat blog aku, nanti dia nak tengok =.='

pulak.

btw

tadi pagi dah keluarkan udang, nak masak apa?

k, dats all, cherish your day! :)