dua tiga menjak ni.. aku sering berhadapan dengan rakan2 yang mengalami stress. aku sendiri, kadang2 tidak berjaya untuk mengawalnya..
memang adat orang yang belajar, kita tidak akan terlepas dari menghadapi stress.
namun, setiap masalah, pasti ada jalan penyelasaiannya~
mari2, kita lihat 7 cara mudah untuk menangani stress :)
1. S E N Y U M
2. L U A H K A N
masalah yg terpendam akan membawa mudarat kepada diri sendiri. tak kiralah bagaimana anda lakukanya, luahkanlah segala yang terpendam di hati agar diri tidak terasa dibebani. ada pelbagai cara untuk meluahkan;
-ceritakan kepada orang yg dipercayai
-tulis diatas sekeping kertas [blogging pon boleh..]
-menjerit
-lakukan aktiviti lasak
-dan macam2 lagi ^ ^
3. L A V E N D E R
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
4. P E M A A F
Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
5. B E R S E N D I R I A N
Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Ambil masa untuk menenagkan diri kerana kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
6. C E R I A
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..
7. A L L A H
Inilah jalan yang terbaik. Kadang kala, kita diuji olehNya kerana Dia mahu kita berdoa, kerana Dia sebenarnya rindukan suara kita.. dia mahu kita berdoa kepadaNya.. Dia mahu kita berkomunikasi denganNya.. Ingatlah rakan-rakanku, sesungguhnya Allah sayangkan kita, Dia tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang mereka tidak mampu tanggungi
semoga tips2 saya yang sangat simple ini mampu membantu anda untuk menangani stress :)
sekian sahaja dari saya, sehingga kita bertemu lagi di ruangan akan datang~ [eceh.. bajet cam dlm magazine la polak~]
.timon.
No comments:
Post a Comment