Monday, March 15, 2010

muallaf

a..
saya baru sahaja pulang dari menghadiri satu ceramah
by brother lim jooi soon.
dia merupakan salah seorang saudara islam kita yang dahulunya beragama kristian.
sejujurnya, saya suka mendengar pengalaman dan cerita-cerita para muallaf.
saya suka mendengar kisah mereka..
bagaimana mereka boleh tertarik dengan islam..
apa yang menyebabkan mereka mahu memeluk islam..
gitue...
brother lim ni sebenarnya ialah kawan kepada lecturer saya.
lecturer saya, seorang wanita melayu yang berkahwin dengan muallaf cina.

muallaf.
saya pernah dengar, that there's no such thing of 'muallaf' in islam.
we are all brothers and sisters.
why kenapa perlu ada gelaran untuk mereka yang menjadi sebahagian dari kita?
sebenarnya, org melayu sendiri yg mewujudkan gelaran ini.
betul ke?
[sama2lah kita mencari jawapanya~]

sebelum ni pun.. saya ada menghadiri ceramah bersama brother kamarudin abdullah.
dia juga seorang yg dahulunya kristian, dan alhamdulillah telah memeluk islam dan sangat aktif dalam bidang dakwah.
saya sangat kagum dengan mereka.(muallaf)
mereka mempunyai kekuatan untuk berdakwah.
berbanding dengan kita yang dilahirkan sebagai muslim, mereka mempunyai kekuatan dalaman yang lebih mengagumkan.
perasaan cinta mereka terhadap islam lebih mendalam berbanding kita.
pemahaman mereka tentang agama ini lebih baik berbanding kita.

sejujurnya, saya sangat teringin mengenali mereka.
mempunyai mereka sebagai kawan.
saya tidak faham akan situasi masyarakat hari ini yang tidak mempedulikan saudara2 islam kita yang baru ini.
malah ada yang mempersendakan mereka.
sejujurnya, saya memang sangat teringin berkenalan dengan golongan 'muallaf'.

selepas sesi ceramah, saya berborak borak berkongsi cerita bersama lecturer saya dan beberapa rakanya yang berkahwin dengan 'muallaf'.
salah satu cerita yang menarik perhatian saya ialah..
apabila si isteri mengajak untuk membaca yassin pada malam jumaat.
si suami bertanya, mengapa perlu baca pada malam jumaat?
si isteri menjawab, kerana memang perlu.
si suami bertanya, ada hadis sahih yang membuktikannya?
si isteri kelu.

ini adalah antara kisah yang membuktikan bahawa, kebanyakan kita memeluk islam hanya kerana nama.
hanya kerana kita dilahirkan begini.
hanya kerana ibu bapa kita islam.
kebanyakan kita tidak menghayati cara hidup islam yang sebenar..

hmm..
melalui cerita lecturer saya, ramai juga muallaf cina yang berkahwin dengan melayu..
jadi kepada agen aisya copi dan agen shumai lee, jangan takut untuk mencuba ;)
[maaf, lari sikit dari tajuk]

saya mohon maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan dalam post ini tidak berapa eluk untuk dibaca..
sekian.

p/s: kepada yang jarang membaca hasil tulisan timmy timon yang separa formal ini, diharap anda semua tidak terkejut. timmy timon is trying her best to be a better person :D support me friends ^^

by timmy timon
at 11.54 pm
in her room sweet room
while listening to maher zain's AWAKEN

3 comments:

  1. TIMAH KU!!! shumai likes this!! thanks babe! lame xjumpe n borak2 ngn ko..rinduuuuuuuu laa ^o^

    ReplyDelete
  2. aku rindu kau juga shumaiiii!!!!!!!!!!
    mari la gathering2~ mahu story mory~~
    ^^

    ReplyDelete
  3. hmm..again, i like this post..aku penah gak dengar ceramah brother lim ni..sebab die slalu dtg bagi ceramah kat masjid kolej aku..setiap kali brother lim dtg, aku takkan lepaskan peluang untk dengar talk die..thanks for this post timah..:)

    ReplyDelete