Monday, March 1, 2010

OPERASI BARU: MENCARI TIKET SUPER JUNIOR

OPERASI : MENCARI TIKET SUPER JUNIOR

AGEN :

JAJA BETIK
PIJA KUCING
TIMAH TIMUN

LOKASI : MARKAS KUCING

MASALAH :

1) CARA UNTUK MENDAPATKAN TIKET
2) KENDERAAN
3) MAKANAN (NIE MASALAH SI BETIK JEK)

CARA PENYELESAIAN : MASIH DALAM PROSES


ini la masalah yg saya cuba selesaikan sejak 2 3 hari ni.. saya rasa amat sedih lagi kuciwa apabila melihat poster super junior yang akan datang ke malaysia, dan saya pulak x dapat pergi.
lebih sedih, apabila dapat tahu ada rakan saya yang pergi...
NAZIRAH!!!!! NYESAL GILE AKU X SUROH KO BELI TIKET HARITU!!!!

xpe la.. disebabkan operasi ini, saya telah menalifon agen2 yang lain.

agen yang pertama ialah CIK KECIK.
sudah lama saya tidak berhubung dengan CIK KECIK. suara CIK KECIK masih seperti dulu, tapi saya rasa, suara dia ada iras2 teacher norizan... [ala ijan tuh... miss no reason...] same ke? kekekek~ tp sejujurnya, saya mmg rase suare mereka sama~ CIK KECIK sangat berserah x dapat pergi ke konsert super junior. saya sangat kagum dengan ketabahan beliau, namun apekan daya, saya x dapat mencontohinya.. saya masih mahu berusaha untuk konsert ini.. [eceh, x leh bla]

kerana CIK KECIK mmg kompem x pegi konsert, saya pon mengucapkan selamat tinggal padanya. saya cuba pula menalifon agen yg lain.

agen kedua ialah SHUMAI LEE DH.
tidak seperti agen CIK KECIK, agen SHUMAI LEE mempunyai semangat dan kewibawaan untuk pergi ke konsert opa. sudah lama saya tidak bergosip dengan agen SHUMAI LEE, banyak juga yang kami gosipkan tadi~ hohoho~ dia masih x berubah.. masih lagi menggunakan ayat 'cehhh~~' dan "comel je" kekekek ^^ agen SHUMAI LEE mmg begitu~ setelah mendapatkan beberapa informasi untuk menyelesaikan operasi ini, dan setelah bergosip tentang 2 3 perkara, saya mengucapkan selamat tinggal kepada agen SHUMAI LEE pula.

kemudian, saya berfikir sejenak.. terlalu lama saya x berjumpa dengan agen2 saya yg lain. saya sangat merindui agen2 SEMASHUR...
jadi kepada agen2 SEMASHUR sekalian, cuti nie kite kelua eh? gathering!!!

ehem2, kembali kepada operasi tadi.. buat masa ini, agen JAJA BETIK sedang cuba untuk uruskannya memandangkan dia mempunyai alternatif untuk menggunakan kad kredit~ akan ku doakan kejayaan mu betik!!!

akhir kata, kepada agen
JAJA BETIK, PIJA KUCING, SHUMAI LEE DH, FATIN TENOK, WINA KATIK, CIK KECIK, NADZ NAZI, NISAK TYCO, ZANA ZANY, NIK HANTU, HAWA GEN, HAWA KING, ISZA POTATO, NODDY KATAK, NISA BLUEY, SHEENI KAJOL, MISS CHAN, SHERA SHEROT, PONA UNTA, AISYA COPIE, FARISHA MAMA, MARO IND, SHAMI BABER, AZDI BAI, ACAP ROBOT, AIZED JER, SAM KETOI, DEKWAN PELIK, AFIQ BULL, ASHWAN SOTONG, IKHWAN PAPA
dan agen2 SEMASHUR lain di luar sana (maaf, x dapat nak senaraikan semua, ramai sangat)
saya ingin tujukan lagu LOVE COACH by CHILDREN OF EMPIRE kepada anda semua :)

ini saja dari saya.

yg benar,
agen TIMAH TIMUN :)

2 comments: