Tuesday, June 29, 2010

kyuri

adakah mereka tidak faham

atau mungkin kau yang tidak mampu melihat?

obsesi itu memang wujud dalam diri

bagaimana mampu kau selindungi?

dulu pernah engkau tersentak

namun kelmarin.. sebenarnya adakah engkau tidak pasti?

beruntunglah masih ada yang menemani

tetapi adakah mereka benar benar memahami?

atau mungkin, diri kau sendiri.. yang cuba untuk buta, pekak dan bisu

kau mahu benar2 jadi begitu?

aku tahu, kau masih di awangan

awan itu indah

kau melarikan diri dari kekotoran bumi bukan?

kau tidak percaya dengan apa yang berlaku?

hari ini kau boleh lari...

hari esok, aku tak pasti

sejauh mana hakikatnya, kenyataanya, hal sebenarnya...

kita semua tidak mengetahui

alangkah enak jika aku bisa melihat segala yang pasti

dan kau pasti akan percayakanya dan berpegang kepada hal itu

aku tahu kau bingung

sedarlah, dunia awangan tidak wujud

itulah yang dikatakan

berpijak pada bumi yang nyata

kau boleh lakukan apa sahaja

tapi akhirnya kau juga kan terima noktahnya

noktah itu.. adakah noktah gembira?

atau duka?

corakkanlah sebelum penyesalan melanda

mengapa tidak mereka fahami????

atau mungkin diri kau sendiri...

...




“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
(2:216)

No comments:

Post a Comment