Wednesday, April 27, 2011

mamat cantik minah biasa


ada satu mamat cantik
muka lawa walau katik
mulut manis hati baik
tapi perangai sikit pelik

ada satu minah biasa
tudung senget walau ke mana
tapi hati sentiasa jaga
tak mahu dijerat oleh buaya

ada satu mamat cantik
senyum manis akal cerdik
semua bunga mahu dipetik
rasa bersalah diri tak pernah serik

ada satu minah biasa
sepanjang masa menunggu sahaja
tiba2 datang seorang putera
ya atau tidak difikir fikirnya

ada satu mamat cantik
suka lihat jalan anak itik
setiap kata tak pernah herdik
semua suka kecuali yg jelik

ada satu minah biasa
difikirkanya sang putera sudah tiba
puteri lain datang tanpa diduga
rupanya ada perkara yg disembunyi putera

ada satu mamat cantik
hati besar bdn kecik
'puteri mari berkahwin dgn patik'
semua bunga dialah pemilik

minah biasa masih biasa
walau puteri bising sini sana
mamat cantik diam seribu bahasa
ini namanya sketsa dunia.


sekian pantun mamat cantik minah biasa.

No comments:

Post a Comment