Saturday, May 19, 2012

bagaimana menghadapi cabaran

makin dewasa umur kita, makin banyak cabaran yg akan kita hadapi

sedar x sedar, aku melalui satu fasa yang x pernah lansung aku terbayang, terfikir, mahupun terdetik..

namun itulah hakikat.

tapi

aku, fatimah zahrah yang hidup di alaf moden, bila mana menghadapi ujian, terasa sukar untuk bernafas, ibarat tony stark dalam iron man 2 yang ada alat ganjil di tengah dadanya, semakin lama semakin memakan dirinya. alat itu seharusnya membantu dia untuk hidup, namun setiap yang wujud ada kesan buruknya.

cabaran ni.. susah.. nak bernafas pun susah.. semput.. rasa nak hilangkan luka ni dengan bergembira.. tapi still sakit.. sama macam tony stark :(
[tony stark yg x kewl, semput2 nak sedut oxygen pon susah :( ]

tapi, aku lupa.. betapa lemahnya umat akhir zaman ni, cabaran yg kecil dikata berat. fatimah az-zahra' yang hidupnya di zaman kebangkitan islam, menghadapi cabaran yang lebih getir. pada usia yang kecil dia telah kehilangan bondanya. Allahuakbar kuatnya fatimah... dan dia telah bangun dan menentang orang kafir quraisy di saat mereka membaling najis pada badan ayahandanya, Allahuakbar kuatnya fatimah..

masakan aku lemah dengan ujian ini andai fatimah az-zahra' mampu mengharungi ujian sebegitu

dan benarlah, "Allah tidak akan membebani hambanya melebihi kemampuanya"

dizaman kebangkitan islam semasa di Mekah, mereka diuji dengan pelbagai halangan yang tak termampu difikir akal. namun mereka betul2 percaya dengan janji Allah.

andai mereka, manusia yang hanya mempercayai kata2 Muhammad mampu berpegang pada janji Allah, tak mustahil aku yang juga percaya pada Muhammad dan sedari kecil telah membaca kalam2 Allah tidak mampu mempercayai-Nya. apa yang mereka lakukan untuk menempuhi cabaran tersebut? SABAR.

Fatimah, cabaran tu turun, sebab Allah nak uji hamba-Nya. bukanla ujian kalau tidak sukar. setiap kita ada limit. ada level. kalau kau mampu hadapi level ni fatimah, insyaAllah kau mampu ke next level. cuba kau bandingkan level kau dengan level Az-Zahra'.. jauh.. tapi percayalah, Allah menyayangimu, dan kau sedang dilatih. untuk apa? untuk menjadi manusia yg lebih kuat dan tabah. kau cakap nak masuk syurga kan? Fatimah Az-Zahra antara manusia yg dijamin syurga :) so kenala kuat macam dia!!! :)

kadang2 kita akan rasa lemah dan tak berdaya. rasa menyesal, rasa aku patutnya buat macam ni, kenapalah aku tak buat macam tu. tapi kita tak sedar, Allah sebaik baik perancang. walau macam mana pun kita buat, kalau nak jadi, akan tetap jadi.

aku busy-kan diri, aku ignore, korang sendiri tau dalam 2 minggu aku pergi 3 negeri non-stop. sampai ke sabah, punyelah nak tenangkan diri. tapi itu semua masih x membantu. aku minta Allah kuatkan aku, rupanya Allah makbulkan doa aku. dia bagi ujian yang lagi besar. Allahuakbar. itu semua sebab apa? sebab aku mintak untuk jadi lebih kuat. tengok, Allah memang dengar doa hambaNya kan?

lepas balik sabah aku cuba nak selesaikan masalah, i faced it. but it's too late.

mungkin korang masih x faham apalah yang aku cuba sampaikan. aku x mampu nak cakap.

sebab hanya Allah yang tahu betapa aku nak dia tahu perasaan aku.

tapi aku simpan untuk yang lebih dan betul2 berhak.

dia memilih untuk tidak menjadi yang berhak.

dia tak mampu tunggu...

aku doakan yang terbaik

semoga diberi ketenangan kesenangan dan kebahagiaan

semoga Allah membantu dalam setiap urusan

...

mungkin wanita dan anak kecil itu lebih memerlukan dia

mungkin aku tidak membawa kebaikan untuk agamanya

mungkin kalau dia tunggu benda buruk akan berlaku

mungkin Allah lebih tahu.

ada orang cakap kenapa aku x fight for him

kenapa?

dia lelaki, 25, berkerjaya

dia ada hak nak kahwin kalau dia bersedia

what if aku suruh dia tunggu and something bad might happen?

and aku percaya kalau dia nak tunggu, dia akan tunggu

aku sama sekali xkan paksa

cinta bukan pada siapa yg memiliki, tetapi siapa yg memberi

ada juga orang suruh aku cari rebound, ada yang suruh aku pergi pada si polan ini dan itu

tak

tak mungkin

sebab aku tau siapa aku

aku tau perasaan aku

aku lagi rela build up kekuatan dalam diri dari cari masalah lain

let me face it with patience

biarlah seorang diri pun

aku harus berlatih untuk kuat

di setiap ujian pasti ada hikmahnya :)

nak masuk syurga bukan senang

kalau nak bahagia di syurga, sakit sikit di dunia xpe kan? ;)

sekian, wassalam.

footnote: mesti ada antara korang x percaya kan? tapi 6 december 2010 ada seorang hamba Allah yang datang dan memberitahu hajat mulianya. syarat parents aku, kahwin selepas degree. selama setahun lebih dia bertahan, akhirnya jodoh x berpanjangan. buat pertama kalinya aku cerita dalam blog, untuk mereka yang mengalami perkara yang sama. jangan give up!!! Allah sedang mengujimu:) kalau ada jodoh x kemane lah.  mungkin Allah sedang menulis kisah cinta korang tew... yg penting, bersyukur.. sebab Allah masih sayang, dia rindu suara hambanya yg berdoa dan merintih kepadaNya... chin up, let's do our best for paradise! insyaAllah :) 

5 comments:

  1. Jangan sedih timahhhh. Kalau dia tak mampu tunggu sekarang, biarkan je. Baik dia pergi sekarang daripada bila dah kahwin dia rasa macam ni. Betul tak? Ada hikmah disebalik setiap benda. Jangan risau :) Sebelum susah ada senang okay?

    Group hug ! Hahaha

    ReplyDelete
  2. tq.. tsk.. sebelum senang ada susah.. true2.. kena kuat! insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. fatimah siput ku sayang! hikhikhik..ok aku faham perasaan tu. tak pe timah. tabah!ujian n dugaan macam2. aku faham! ganbatte timah! -jz91

    ReplyDelete
  4. ADIK..

    XSUME YG KTE NAK TJADI, AKN TJADI. XSUME YG KTE ANGGAP BAHAGIA TU XAKN BERI KTE DERITA. XSUME YG KTE XSUKE ITU KTE SELAMANYE XSUKE.. YE IDAK?? :)

    DI DLM STP KESULITAN ITU PASTI ADA KESENANGAN.. [AL-INSYARAH:6]

    DLM HAL NI, KAK XLEY NK MENANGKAN MANE2 PIHAK.. I HAVE 2 B FAIR, U BOTH R MY SIBLINGS. YG PEREMPUAN PON KAK SYG, YG LELAKI PON KAK SYG. N NOW I KNOW D REASONS OF UR LONG-TEARS.. :(

    TP ALLAH SDG BG UJIAN KAT ADIK SBLM ADIK MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA YG TERSANGATLAH BERGELOMBANG. AT LEAST SKRG NI ADIK DPT WAT RAPTAI, ANDAI PERSEMBAHAN INI BAKAL MUNCUL LG. ADA SEBAB NYE~ [BAK KATA ALONG IS~]

    SO I DO HOPE DAT UR RATIONALITY CAN UPHOLD UR EMOTION. :) TOGETHER WITH DAT, HOPING UR IMAN WILL ALWIZ B TOP-MOST IN UR LIST INSTEAD OF NAFSU. INSYA'ALLAH U WILL PULL THRU IT..

    I WILL ALWIZ B THERE 4 U SAYANG~ ^_^ I <3 U!!

    ReplyDelete