Monday, August 27, 2012

Klate Celuk

Assalamualaikum,

semalam kawan ayah datang. aku tak la kenal semua kawan ayah, tapi yang aku kenal semua orang kelantan, kereta cantik2, migrate tinggal kat kl lama, kahwin seorang wanita yang bukan kelantan dan anak2 semua bila cakap kelantan bersepah, macam aku. lol.

yang datang smalam anak dia ada 3, anak sulong perempuan tinggi gilo-muka kecil-cantik manis, at first aku ingat dia Izzah Amani Jonet, junior aku kat SEMASHUR. okey tipu Izzah Amani xde Jonet kat nama dia, aku saje tambah rasa macam sesuai. haha. selamat hari raya maaf zahir batin, pagi2 cari pasal buat lawak hambar. tapi anak kawan ayah aku tu bukan lah Izzah Amani. dia cakap tinggi dia 5'8 , dan dia baru sahaja tingkatan 2 *mata terbeliak mulut ternganga




anak lelaki kedua sangat normal tapi eats western food only (klate celuk.. tp kompem sure dia still akan support kelantan fa, kan dik? anok ayoh.. gomo klate gomo. harhar) dan yang ketiga ialah anak perempuan kecil sangat manja, banyak cakap, bertanya 1001 soalan kepada si ayah dan akan merajuk jika tidak singgah sebentar di petronas mesra atau 7eleven agar dapat dia membeli belah coklet dan gula-gula. dia ni mengingatkan aku dengan Delisa, sebab suara dia sama, anak last, and banyak cakap.

 filem wajib tonton

dan seperti juga kami2 anak orang kelantan migrate yg lain, mereka juga tok reti kecek klate HAHA. padahal ayah dia bukan cakap kl pon ngan diorang, cakap klantan, same cam ayah aku, tapi sama ngan kitorang, diorang tetap xreti cakap klantan.

in kelantanese world, i might be a muggle-born. a half-blood: half muggle half kelantanese. kahkah. lawak hambar lagi.

aku ingat lagi dulu time sekolah aku slalu kecek klate ngan Fatin, bajet hebak, rase dah bagus sangat dah skill bahasa klantan masing2. masuk U jumpa real kelantanese cuba nak tunjuk lagak, kecek klate dengan diorang, bajet friendly la, tapi sep2 klate ni everytime aku kecek klate mesti diorang xreply balik, dengar bunyi cengkerik je... bukan sebab diorang sombong, tapi diorang x faham aku cakap ape T____T klate advance sangat ni HAHA. bukan stakat siam weh, faham pon x. major FAIL =.=''
(kalau reply pon, they won't speak kecek2 kelantan, they'll say "timah, takyah cakap kelantan lah" still fail T___T)




sama jugak dengan bahasa inggeris. bawa masuk guru bahasa inggeris dari seberang sebab nak meningkatkan penggunaa/kefasihan inggeris dalam kalangan pelajar. bedah please, it's not the teacher, bukan. it's the environment & community. 

bukankah lebih bagus duit membawa guru bahasa inggeris itu diberikan kepada pelajar universiti yang kesempitan hidup, memasak berger menggunakan seterika dan menjualnya demi duit poket (true story, kawan adik aku -.-')

dan kadangkala, guru2 sains dan matematik pula dipersalahkan kerana tidak mampu membuat pelajar mahir belajar bahasa inggeris dalam subjek tersebut. manakan mampu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.  kalaupun mampu dengan usaha dan kesungguhan, pastinya mengambil masa bukan hanya tiba-tiba. (wow rhymes!)

mengapa tiba2 boleh terselit topik basi ni.

apa2 pun sep2 Klate Celuk, half-blood ni, memang la masing2 ada masalah nok kecek klate (except yang memang membesar di Kelantan) yg half-blood tinggal di luar kelantan, parents pule tak cakap fully kelantan, pulang ke kelantan at least setahun sekali (at least. kawan aku ada yg 8 tahun x balik klantan wooo... dasat) dan menetap pule di luar kelantan (especially selangor) memanglah kami ada masalah nak kecek kan, dah environment lain~

tapi... tapi!!! buruk2, xjadi macam mane pun, at least we TRIED, and we're proud that one of our parents is a Kelantanese. Selalunya kalau aku jumpa pure kelantanese aku akan excited gila, and go "weh ayah aku orang klantan!!! oghe llunde~" and then aku tak tau knape, pure kelantanese tu tak excited pulak jumpe aku, and dia x kecek klate ngan aku. sedih aku, baru ingat nak blajar... zobsss zobsss *amektisukesathingus. disebabkan itu, aku jadi kurang semangat dah bila jumpa orang kelantan, skarang  aku kecek klate dgn half-blood je la, sebab diorang memang confirm akan reply tp dgn pelat same macam aku HAHA



jumaat ni balik klantan yahooo!
balik kelantan xboleh 1st week raya, alamatnya memang beraye kat jalan sahaja, raya pertama dapat beraya satu rumah je =.=

btw, sementara aku cari gambar delisa tadi, aku terjumpa entry ini.

dalam entry ni dia cakap pasal orang yang compare cerita OMBAK RINDU & HAFAZAN SHOLAT DELISA. 2 cerita ni memang jauh bezanya. tapi aku tak rasa dua2 ni patut di-compare-kan, dua2 memang x sama.

dan antara yang menarik dalam entry dia:

"Malah, kalau kita amati, Indonesia sendiri akrab dengan pelbagai tragedi tidak kira tragedi alam mahupun tragedi manusia. Rakyat negara jiran ini telah bertahun bergelumang dengan tragedi dan perjuangan sebagai rencah kesinambungan hidup. Sedarkah kita bahawa tragedi dan perjuangan ini telah sekian lama mencorak pemikiran seterusnya menjadi pencetus kepada lahirnya karya mereka?

Kalau kita fikir pengkarya perlu menghasilkan karya yang bernilai, bermoral, kritis dan menonjolkan tahap pemikiran yang tinggi, kita inilah yang perlu mula membuktikan telah menjadi manusia yang bernilai, bermoral, kritis dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Kerana pengkarya tidak mahu rugi menghasilkan karya yang tidak boleh dijiwai oleh penontonnya seterusnya merencatkan keuntungan."

what he/she said is true. kepayahan yang mengajar mereka erti mengerti. lupakan isu tarian tor tor, ada elemen penting dalam jiwa mereka yang harus kita contohi. seperti mengangkat martabat bahasa ibunda dan betul-betul menghargai setiap peluang yang ada.

gambar google

selamat menyambut bulan kemerdekaan, dan marilah berusaha untuk berpuasa enam.

sekian, selamat tinggal dan jumpa lagi.

*aku time sek rendah antara murid yang paling tinggi, tapi sbab aku slalu bangga dengan ketinggian aku, sampai cikgu practical pun aku gelakkan, tinggi aku tak bertambah ever since. orang bongkak selalu rugi. 
*header baru LAGI. haha. yang lama terlalu besar, saya buat yang lebih kecil dan simple. tapi nampak seperti terlalu kecil pula ye. hmmm biarlah
*Paling suka lagu tema tahun lepas. Bawak lagu tu ke tahun ini pun takpe. Tak pun, guna sahaja lagu2 olympic seperti Gemuruh Suara, dah cukup patriotik. Tak rasa semangat berkobar ke setiap kali dengar? Bagi aku lagu olympic tahun ni semua best. Happy 55th Independence Day :)

6 comments:

  1. Aku, nenek aku cakak ganu aku pahang 60 perseng je. T.T

    timah, kartun kau klaka la. aku sukeeeeeeeeeeee. :D

    ambuih ambuih. dah ada url yg melambangkan hakcipta terpelihara pada setiap gambar. makin osem la temah

    ReplyDelete
  2. aku mak ayh jawa tp still x reti ckp jgk , FAIL T.T

    ReplyDelete
  3. ika: same la kite T__T
    maro: hohoho *gelak2sambiltutupmulutnampakcincindijari,gayedatin2. tp tp BYG ada kad raye sendiri, jeles gilewwwwwwww gaahhhhhhh!!! tq weh, nanti aku bgtau A.H eh hehehe :D
    dekwan: mak aku jawa, juga xreti T___T

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kalau aku cakap nanti kau segan sendiri. Hihi

      Delete