Thursday, April 17, 2014

Aziah's Future Daughter

Salam. Hai. Namaste :)

Nak citer pasal anak letu, tak kawen lagi dah banyak berangan. lols

whatever.

so lepas study finance, aku bukak youtube, tengok nouman ali khan. hari tu aku mimpi aku masuk kelas dia. kelas yang ada 6 orang je student, masyaAllah, if only it will someday come true!

anyways, lepas tengok nouman, aku tertengok anak2 angelina jolie and brad pitt. dah la ramai, comel pulak tu, suka betul hahaha

pastu aku perasan, okey, kalau korang xkenal anak dia, dia ada yg 1st, adopt lelaki, maxim ke ape ntah, pastu 2nd adopt zahara, pastu anak sendiri lahir nama Shiloh, pastu adopt lagi sorang anak lelaki budak sepet2 muka dia nama apa ntah, pastu ada anak kembar sorang laki sorang pempuan. yang pempuan tu, nama dia vivienne.



vivienne ni muka cam azi time kecik. hahaha.




azie time kecik cemni la, suka muncungkan bibir. aku syak ni muka anak azi. hahaha

bila nak buat entry berkualiti ni asek nak citer pasal budak jeeeee

nanti aku nak buat entry, khas untuk mak2 yang ada anak perempuan sorang. nanti nanti. bila ada masa. skarang tengah bizi, cari nama anak. eh. bz cari tittle fyp. fyp next sem hoi!! xsangka dah nak final year degree, time flies laju gila, tak rasa lansung, tsk.

aku fikir fyp nak buat terus boleh sambung master la, mungkin buat orga, aku nak synthesize drugs. tp tak tau lagi, tengok lah kalau dr setuju.

have a great life!

Tuesday, April 15, 2014

Sarang

Assalamualaikum.

Semalam aku ada tweet something, aku tulis:

'sambal belacan nak tak? Harini mama masak sambal belacan power, must try.' -Aku, 6tahun akan datang.

amboih. hahaha. yes lately byk jugak la tweet berangan, dari aku 5 tahun akan datang la, 10 tahun akan datang, macam2. berangan, mesti la best ye dok.

tapi bila aku tweet semalam ada kawan aku ni tweet la kat aku, 'kalau guna umi lebih manis' katanya.

aku bukan tak suka guna umi, umi pun aku sukaaaaa sangaaaatttt. and aku pun nak anak aku panggil aku umi. comel. pastu nanti aku cam 'umi cakap apa sayang? anak bijak makan makanan yang sihat.. kita makan jajan kat syurga je okay sayang :)'

eceh.

tapi mama pun comel jugaaaaaakkkkk... they'll go like, "mama, mama"

lagi aku suka bila tengok budak ni panggil mak dia mama. gyaaaaaa, comelnyaaa ya ampunnnnn

nama dia choo sarang, and dia ada everything yang aku imagine ada kat anak perempuan aku nanti. rambut macam chibi maruko, kuat makan, suka buah-buahan, banyak cakap, bijak, pipi tembam, comelnye gyaaaaaaa!!! ni la budaknya



these are some of her great moments


kuat makan



pagi2 dah cakap2, comel pulak tu T_T

nah bagi link
http://www.youtube.com/watch?v=SyxxhMAHVR4

and byk lagi video dia yg ya ampun, rasa nak tarik2 rambut dia gigit pipi. eh kejam pulak. haha. comel sangat.

ei geram betul. dah la nak solat. nak doa banyak2 murah rezeki, jodoh datang cepat, dapat anak. haha. aku cam teruja jugak la nak tengok muka anak aku nanti, comel macam mak dia tak. hihi.

so umi ke mama ke, in the end aku akan bincang jugak la dengan hubby bunny aku nanti, aku kan isteri solehah, mendengar cakap, baik, sayang suami. hihi.

kbye.



Tuesday, April 8, 2014

Kak Mah Tulis Ape Tu?

anak: mama, semalam kite baca blog mama time dedulu. mama ni kuat berangan ehhhh??? hihihihi

mama: blog mama? zaman bile ni?

anak: ada la time mama belajar dulu, mama ada post entry untuk kite kan?? kite dah bace daaaahhhhhh

mama: ...

anak: nah tengok ni, yg ni!!! *tunjuk gune gadget yang mudah alih

mama: hahaha. terharu x? mama memang sweet, dari dulu lagi, sbb tu la abah syg mama lebih hihi :)

***

aku, 10 tahun akan datang. seorang mama yang sweet dan kool. melayan kerenah anak2 dengan tenangnye. ecewah. ehehehe..

aku ni asek berangan je.. aku nak buat belog baru lah, bagi pengisian, dapat jugak kumpul pahale, eceh.

blog ni pulak patut tukar nama, macam:

anganangankakmah.blogspot.com

atau

ceritazahrahdananakanaknya.blogspot.com


haha. aku akan tulis time stress, time stress berangan pasal masa depan, pasal anak2 ke, pasal rumah ke, aiceh, baru la semangat nak habiskan kerja2 sebagai seorang mahasiswa ni, semangat nak grad dengan cemerlang. eceh..

kbye.

Thursday, April 3, 2014

To My Future Children

Assalamualaikum.

Hai. Sebelum aku mula menaip entry baru, dan melihat serta meninjau entry2 yang dulu, i was like, 'ada ke orang yang into blog ni lagi, cmon semua bz meng-hapdet status kat twitter je kot nah?'

'kalau depa xcukup aksara pun, kisah apa, tweet je la byk2, tu yang sampai kena tweet limit'

monologku di pagi hari khamis sebelum ke kelas bahasa arab.

aku nak active balik blogging. seems impossible, tau. tapi lantak, yang penting niat. aku nak active balik blogging. so entry ini, aku tujukan untuk bakal anak2 aku, hihi...

***
UNTUK ANAK-ANAK FATIMAH ZAHRAH BINTI MOHAMMAD KAMIL

bakal anak2 mama, hai, assalamualaikum:) mama harap anak2 mama terharu yang amat, mama curik masa mama yang sangat precious ni untuk tulis satu entry khas buat kamu, anak2 mama. terharu? pegi peluk mama masa hadapan sekarang. kalau dia terpinga pinga, cakap je 'i love you mama' pastu dah terus lari baca entry ni balik. pegi buat skarang!

dah peluk mama masa depan dari blakang? bagus, romantik, sama macam mama. hihi. ni betul ke u ols panggil mama as mama? ke ummi? ke ibu? ye la, i ols cadang nanti dah ada u ols, i ols nak u ols panggil i ols mama. tapi xtau lah kalau suami i ols x setuju ke nanti kan. lantaklah, kat entry ni mama je lah ok?

mama ada banyak sangat nak bagitau. tapi mama pasti, mama masa hadapan sangat menjaga kamu semua. kalau kamu tak puas hati dengan mama, tunjukkan entry ni kat mama masa depan, she'll know what to do. 

mama sebenarnya tak sabar nak jumpa kamu semua. tapi yelah, life is not easy kata omputeh. mama setuju dengan omputeh tu. sebab tu la mama tgh struggle ketepikan naluri keibuan mama ni untuk menghabiskan degree mama sedaya upaya. ini untuk masa depan kamu nak ;) eceh. geli pulak bila baca balik.

anyways. biar mama jelaskan keadaan Malaysia, sekarang. it's 2014, dan pada tahun lepas, kerajaan Malaysia bercadang untuk menjadikan 2014 sebagai TAHUN MELAWAT MALAYSIA. tapi Allah maha berkuasa nak, tahun ni, dugaaan demi dugaan yang datang melawat Malaysia.

engkorang pernah dengar tak pasal MH370? ye, misteri kapal terbang tu terjadi pada zaman mama tulis entry ni. pada saat dan detik ni, semua org masih tak tau kesudahan kapal terbang tu. mama pun tersangat lah nak tau apa sebenarnya terjadi kat kapal terbang tu. dan segala rentetan perkara yang terjadi, mama was like 'macam movie blockbuster pun ada kisah kapal terbang ni. tapi MasyaAllah, Allah je yang tau' 

gamba amek dari google

eh, mama lupa pulak nak buat quiz online. nanti mama tulis entry untuk kamu lagi ye. mama sayang kamu, even kita tak pernah jumpa, hihi. and pesan kat abah kamu... em... segan lah pulak, hihi. mama memang seorang yang penyegan dan pemalu. jangan bagi abah kamu baca entry ni, nanti dia gelakkan mama, tak pasal2 malu mama masa depan. kamu panggil dia abah ke? lantaklah panggil abah ke papa ke abi ke bapak ke ayahanda ke, yang penting, abah ni mama rujuk kpd orang yang kahwin dengan mama. bapa kamu. gituh.

mama memang plan nanti kamu panggil mama and abah. sebab panggilan 'mama' ni cem lembut2 gitu, ada feeling cem penyayang, aiceh. 'abah' lak cam sado2 gagah berani, the i-will-protect-my-family-wholeheartedly gituh. tapi kalau kamu tak panggil mama-abah pun xpe, mama paham. mama memang seorang yang bertoleransi, mesti abah kamu bagi cadangan time mama ngandungkan kamu. mama memang setia dan mendengar cakap suami, hihi. mama juga suka puji diri sendiri. hahaha :D

untuk next entry, kamu tengok label 'To My Future Children' je k. senang je, mama memang seorang yg sentiasa nak memudahkan kerja orang. mama kan prs dedulu. aiceh.

ok, nanti mama tulis entry untuk kamu lagi eh. babai. 

oh btw, twitter ni ialah... google sendiri la nak, usaha sikit. google tu apa? cewah mama ni assume kamu tak tau pulak, anak2 mama kompem pandai and cepat pikap. mesti tau twitter and google ni ape ork? mama cuma assume zaman kamu dah takde dah twitter and google ni. kalau memang betul takde and kamu still tahu, or tahu nak carik sendiri maksud 2 perkataan ni, bagus. pandai, macam mama. sentiasa suka sejarah and tahu perkembangan semasa. hihi. tak? ikut abah kamu letu.

ok mama nak buat quiz online ni, dah dah kbye.

with love,
wasalam :)

***

mah, kalau anak-anak kamu tak reti baca bahasa melayu cemane mah? kalau la kalau.

mesti tak punye lah ork? kalau duduk kat ovesi pun, kamu mesti ngajo dia bm jugak, tengok citer p ramlee, dengar lagu keroncong. aiceh. k lah, xrisau dah. kbye.