Hai. Sebelum aku mula menaip entry baru, dan melihat serta meninjau entry2 yang dulu, i was like, 'ada ke orang yang into blog ni lagi, cmon semua bz meng-hapdet status kat twitter je kot nah?'
'kalau depa xcukup aksara pun, kisah apa, tweet je la byk2, tu yang sampai kena tweet limit'
monologku di pagi hari khamis sebelum ke kelas bahasa arab.
aku nak active balik blogging. seems impossible, tau. tapi lantak, yang penting niat. aku nak active balik blogging. so entry ini, aku tujukan untuk bakal anak2 aku, hihi...
***
UNTUK ANAK-ANAK FATIMAH ZAHRAH BINTI MOHAMMAD KAMIL
bakal anak2 mama, hai, assalamualaikum:) mama harap anak2 mama terharu yang amat, mama curik masa mama yang sangat precious ni untuk tulis satu entry khas buat kamu, anak2 mama. terharu? pegi peluk mama masa hadapan sekarang. kalau dia terpinga pinga, cakap je 'i love you mama' pastu dah terus lari baca entry ni balik. pegi buat skarang!
dah peluk mama masa depan dari blakang? bagus, romantik, sama macam mama. hihi. ni betul ke u ols panggil mama as mama? ke ummi? ke ibu? ye la, i ols cadang nanti dah ada u ols, i ols nak u ols panggil i ols mama. tapi xtau lah kalau suami i ols x setuju ke nanti kan. lantaklah, kat entry ni mama je lah ok?
mama ada banyak sangat nak bagitau. tapi mama pasti, mama masa hadapan sangat menjaga kamu semua. kalau kamu tak puas hati dengan mama, tunjukkan entry ni kat mama masa depan, she'll know what to do.
mama sebenarnya tak sabar nak jumpa kamu semua. tapi yelah, life is not easy kata omputeh. mama setuju dengan omputeh tu. sebab tu la mama tgh struggle ketepikan naluri keibuan mama ni untuk menghabiskan degree mama sedaya upaya. ini untuk masa depan kamu nak ;) eceh. geli pulak bila baca balik.
anyways. biar mama jelaskan keadaan Malaysia, sekarang. it's 2014, dan pada tahun lepas, kerajaan Malaysia bercadang untuk menjadikan 2014 sebagai TAHUN MELAWAT MALAYSIA. tapi Allah maha berkuasa nak, tahun ni, dugaaan demi dugaan yang datang melawat Malaysia.
engkorang pernah dengar tak pasal MH370? ye, misteri kapal terbang tu terjadi pada zaman mama tulis entry ni. pada saat dan detik ni, semua org masih tak tau kesudahan kapal terbang tu. mama pun tersangat lah nak tau apa sebenarnya terjadi kat kapal terbang tu. dan segala rentetan perkara yang terjadi, mama was like 'macam movie blockbuster pun ada kisah kapal terbang ni. tapi MasyaAllah, Allah je yang tau'
gamba amek dari google
eh, mama lupa pulak nak buat quiz online. nanti mama tulis entry untuk kamu lagi ye. mama sayang kamu, even kita tak pernah jumpa, hihi. and pesan kat abah kamu... em... segan lah pulak, hihi. mama memang seorang yang penyegan dan pemalu. jangan bagi abah kamu baca entry ni, nanti dia gelakkan mama, tak pasal2 malu mama masa depan. kamu panggil dia abah ke? lantaklah panggil abah ke papa ke abi ke bapak ke ayahanda ke, yang penting, abah ni mama rujuk kpd orang yang kahwin dengan mama. bapa kamu. gituh.
mama memang plan nanti kamu panggil mama and abah. sebab panggilan 'mama' ni cem lembut2 gitu, ada feeling cem penyayang, aiceh. 'abah' lak cam sado2 gagah berani, the i-will-protect-my-family-wholeheartedly gituh. tapi kalau kamu tak panggil mama-abah pun xpe, mama paham. mama memang seorang yang bertoleransi, mesti abah kamu bagi cadangan time mama ngandungkan kamu. mama memang setia dan mendengar cakap suami, hihi. mama juga suka puji diri sendiri. hahaha :D
untuk next entry, kamu tengok label 'To My Future Children' je k. senang je, mama memang seorang yg sentiasa nak memudahkan kerja orang. mama kan prs dedulu. aiceh.
ok, nanti mama tulis entry untuk kamu lagi eh. babai.
oh btw, twitter ni ialah... google sendiri la nak, usaha sikit. google tu apa? cewah mama ni assume kamu tak tau pulak, anak2 mama kompem pandai and cepat pikap. mesti tau twitter and google ni ape ork? mama cuma assume zaman kamu dah takde dah twitter and google ni. kalau memang betul takde and kamu still tahu, or tahu nak carik sendiri maksud 2 perkataan ni, bagus. pandai, macam mama. sentiasa suka sejarah and tahu perkembangan semasa. hihi. tak? ikut abah kamu letu.
ok mama nak buat quiz online ni, dah dah kbye.
with love,
wasalam :)
***
mah, kalau anak-anak kamu tak reti baca bahasa melayu cemane mah? kalau la kalau.
mesti tak punye lah ork? kalau duduk kat ovesi pun, kamu mesti ngajo dia bm jugak, tengok citer p ramlee, dengar lagu keroncong. aiceh. k lah, xrisau dah. kbye.
mesti best kalau share entry ni pada facebook skrg... :3
ReplyDeleteamboi. ugutan ke ni? amboi amboi amboiiiii
ReplyDelete