Thursday, November 15, 2012

November Wish #4

assalamualaikum,

i skip november wish #2 and #3 because a)dah dapat dah wish tu, and b)#4 is much more important.



korang pelik tak tiba2 TL penuh dengan doa dari rakan2 untuk selamatkan Gaza?

or newsfeed pon kadang2 kawan2 ada cerita pasal Gaza?

or korang tau Gaza tengah bergolak, jadi kenapa tiba2 orang ramai nak bising ni, why tiba2, bukan Gaza sentiasa bergolak ke?

1) pergi goole.com, type Gaza, amek news yg palling latest, macam 15 minutes ago ke, baca. kalau still rasa kabur, amek yg lama sikit dari 15 minit, baca. kalau masih rasa kabur, taip 'berita terbaru gaza' artikel bahasa melayu akan keluar, baca. buat.

2) malas nak baca artikel panjang? pergi twitter, #Gaza. baca.

3) malas jugak nak buat, teruskanlah menjual ikan. semoga dapat hasil yang banyak.

kita boleh pilih untuk melihat sahaja atau ambil tahu, atau kita sendiri mengambil tindakan. ibaratnya, contoh, harimau melaya menang bola. semua orang gembira. kegembiraan setiap individu mungkin sama, tp 'feeling' dia berbeza. aku bagi contoh la:

alisya ain - seorang yang tak berapa minat bola sepak. tapi bila dapat tau harimau melaya, pasukan tanah air menang, dia rasa bangga, lantas cuba mendapatkan surat khabar, dan mencari gambar serta melihat nama pemain yang memberikan jaringan kemenangan pada malam itu. oh savee zali. hensem juga. 'my hero' bisik hatinya. pasukan menang dengan pemain hensem yg menjaringkan kemenangan. ehem. pasukan menang. gembira!

ahmad ashraf razali - seorang kaki bola. sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak, tak kira la tanah air, mahupun luar negara. malam final harimau melaya menentang XXX. beli tiket. pergi stadium. sorak habis. suara hilang. tak kesah. hujan. esok mungkin demam. tak kesah. ***teruskan menjerit bermatian. pasukan menang! GEMBIRA!

zavuan azha - pemain bola sepak harimau melaya. posisi: penyerang. work hard to help team members. pagi petang siang malam training tak berhenti. di hari final. melakukan yang terbaik. pasukan menang. GEMBIRAA!

savee zali - juga pemain bola sepak harimau melaya. posisi: penyerang. penyerang utama. antara penyerang terhebat harimau melaya. juga training tak henti henti, pagi petang siang malam. subuh. kadang2. di hari final. melakukan yang terbaik. berhempas pulas. berjaya menjaringkan gol! pasukan menang!!! GEMBIRAAAAAAA!!!!!

*gambar curik dari google image

mereka semua gembira. tapi perasaan gembira mereka, orang yg tau pasukan menang melalui surat khabar, orang yg datang memberi sorakan, orang yg membantu pasukan memberi jaringan, dan orang yang menjaringkan gol sendiri, makna kegemberiaan setiap dari mereka lain bukan? orang yg tahu, melihat, bekerjasama, dan yang betul buat, pastila tak sama. mestila perasaan kemenangan di hati savee zali jauh lebih bermakna berbanding alisya ain yang hanya tahu kemenangan pasukan tanah air.

savee zali worked for it. he worked hard in order to win. and that's why he's happy n proud. alisya ain is a malaysian, and malaysia's nation team win. that's why she's happy n proud. lain kan?

macam tu jugak dengan kemenangan Islam. kita tahu suatu hari nanti Islam akan menang. Jadi adakah kita hanya akan menjadi orang yang tahu kemenangan itu, atau mungkin menyokong? membantu? atau kita yang berusaha untuk kemenangan itu? perasaan gembira kita di akhir hari pasti lain bukan? dan pastinya kedudukan kita di sisi Al-Khaliq juga lain..

aku tulis, sebab aku pun kadang2 lalai. jadi ini peringatan untuk semua :)

sekian, jangan sampai orang tanya "what's going on with Gaza dude??" "tu ah, orang pon tgh sebok dok kecoh2 tu dude" .....*krik..krik..krik... tukar topik bola. oh shame, at least tahu la something dude.

*yep, dari 9gag.

footnote: NovemberWish #3: swimming
                 NovemberWish #4: to do more

Sunday, November 4, 2012

Report tak siap tapi rasa nak give up sebab tak faham susah nak buat

assalamualaikum



"lepas cakap besar tanam pokok
pasti belum boleh berteduh esok
dan kalau tak berbuah doa sehari lagi
Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali"

***

lab dengan kelas kimia tak seiring
kelas belajar lain, lab pulak lain
since in lab, our time is limit, lecturer won't have time to explain
so it is up to us to survive, how to understand the topic

and for this time, i am so stress
sebab tak faham T____T
kalau tak faham tak de feel nak tulis report
kalau tak de feel, jawabnye kite ni ke laud

tak pe

CUBA LAGI. AKU CUBA LAGI *heart :)

*tarik nafas
*hembus
*tepuk2 bahu
*"be strong"


kbai.

Thursday, November 1, 2012

November Wish #1

"timah study kau camne?"

"timah kau ok?"

"timah aku tengok kau happy jea"

duh, why choose sadness and gloomy when you can be happy???

"timah, kau tau x kawan2 aku yg baru masuk kampus ni sume mengeluh"

owh, that explains everything...

***

hari tu kawan2 ikramies aku time kat penang dulu semua kumpul and we met up. sorang tu dah kerja, dia akan sambung study next year insyaAllah. dia kata nak cari pengalaman dulu. sorang tu buat stam. dia kata nak betul2 dalami ilmu hadis. sorang tu pulak sambung study kat syarikat penerbangan tak silap aku. and 2 orang lagi ada kat kampus yang sama.

mula2 pelik la jugak kenapa diorang macam pelik tengok aku happy. aku ni dulu grumpy sangat ke? tp bila diorang cakap pasal kawan2 yg lain, baru la aku faham. diorang compare cerita aku ngan orang lain rupanya.

hhhmmmm.. kalau nak ikutkan banyak je benda yg aku boleh keluhkan, tapi.. bukan ke semua orang lalui benda yang sama? aku rasa macam x worth nye hidup dengan keluhan hahahahahaha



aku ni bukan lah insan sempurna yang bajet bagus hidup x pernah mengeluh sentiasa gembira dan ceria. aku pun mengeluh, in fact dulu aku ni antara orang yang selalu mengeluh. tp mungkin sebab dah 1 thn practical, 4 bulan menganggur, rasa nak sambung belajar tu membuak buak. so benda2 yg sepatutnya aku keluhkan tu dah jadi macam small matter. sebab ntah, aku rasa happy dapat sambung study balik :D *sanyum sampai telinga

(mungkin ini la orang kata kepayahan mendewasakan kita. ada kena mengena ke? aku rasa payah lah, sebab kawan2 aku dah 2nd year degree, in fact ada yg dah final year. aku pulak baru nak masuk.)

so instead of mengeluh maaaaacam2 kat kwn aku yg lama x jumpa tu, baik aku cerita benda2 yg buat aku happy skarang, sebab aku memang enjoy being a student. having a campus life :)
(aku dah rasa kerja, aku x suka. aku lagi suka campus life. sebab tu aku hepi masuk campus balik ehehehe)

mungkin diorang expect aku akan sedih lebih sebab aku kena tukar cos kot. aku tak dapat course yg aku nak, aku x happy, aku tak suka benda yg aku belajar, aku susah nak faham, susah nak adapt. mungkin diorang expect aku akan cakap macam tu. kot. tp end up aku xde crite benda buruk lansung, haha.

walaupun aku tukar cos, aku happy jugak la. sebab ntah, mungkin aku dapat buat ubat lagi kot. haaa aku dapat buat dadah lagi tau, percaya x? hahaha

in fact aku buat pure ingredient.

hari tu organic lab aku buat aspirin, tu dah cukup gembira.


lecturer asked "whats the use of aspirin"

"IT'S A PAIN KILLER!!" "N WE CAN USE IT AS PREVENTION IN HEART ATTACK OR STROKE" "ANTI RADANG!" "CAIR DARAH!"

amek kau, semmangat sungguh aku ngan 2 kwn aku yg tak diterima lembaga farmasi ni jawab. hahaha. tiba2 "ITU ANTIBIOTIK!!!" 

yg tu bukan kami jawab. biasela, dey olls ni, kalau ubat je semua antibiotik -.-'

and end up, kitorang (aku n jah) dapat pure aspirin, pass 2 purification tests. woohoooo! org lain x dapat pun, semua dapat crystal, tp 1st purification x lepas. i was like "jah, we were born to be a pharmacist aren't we?"

haha. and the next labs pon dapat pure.. i kinda enjoy it. cuma x suka lab report. leceh.

apa yg aku nak sampaikan kat sini, kadang kala kita mungkin rasa sedih dan tidak gembira atau duka cita lara or easy to say: DOWN sebab kita tak dapat apa yang kita nak. tapi hey, mungkin apa yang kita dapat ni lah yang terbaik untuk kita. dan mungkin apa yang kita nak tapi tak dapat tu, kalau kita dapat akan menjadi sesuatu yang buruk untuk kita.


life is once, u didn't get the thing that u wanted? make the best for the thing that is offered.

u didn't get the thing that u wished for? make the best for the thing that u already have.

in every hardships comes ease. dalam tak dapat yang kita nak tu, kita still dapat PELUANG utk study. to gain knowledge. to learn more. so take it. and do the best you could!

because there's always a reason WHY u didn't get things that you wish for. and there's always a reason WHY you a here being who you are today.

is it because u didn't try hard enough? or u're not the best? i don't know. the thing is, it was all your pass, it is now a history. make it as a lesson. do your best TODAY. what u have today, do it well, do your best, do the best that you could.

cewwoh. bajjet motivator gilewww hihi.

aku nak motivate diri sendiri sebenarnya. as usual lah. engkorang ingat motivator kat luar tu macam mana diorang hidup? ada yg xde kerjaya lansung, tp boleh jadi motivator. ingat senang ke nak survive dunia sekarang tanpa kerjaya? diorang ada self motivation yg tinggi, then only they can motivate others.

nak apply consultant lah. ahahaha :DDD

anyways, petang tu kami makan beger bessaaaarrr kat seksyen 7. belakang unisel tu. yang besaaarrrr macam kek tu. besar gila bak ang.


i know right? besar! yg kanan tu 1kg. yg kiri tu 500g. makan puas2! gobgobgobgob :DDD

sedap gila daging empok juicy rassa black papper. puas hati puas hati~

yes, instead of omnivore like any other normal people i'm a carnivorous human being, n i prefer red meat over white. mwehehehehehheehhe :D

klah, dats all for today. if u can't get what u love, love what u get. and if u still unable to love what u get, even when u tried so hard, quit. quit and then go chase the thing that u love doing. life is once and only, why waste when u can make the best of something? of anything! make your life worth living. the choice is yours. YOU decide.

omg apela aku merepek. ini aku nak cakap kat diri sendiri la ni. mana tau nanti tiba2 rasa down ke ape kan, bukak blog sendiri baca nak rasa konfiden skek. kan. siape lagi nak bagi motivation free. 

dats all, happy november :)



*karissa kara, my previous senior in penang masuk miss malaysia 2013. kite dah tengok dah contestant lain, tudia cunzzz2 smua.. kalau kara menang, mmg bertuah la senior i olls teww~ nanti nak suruh kak dina or che nab masuk ustazah pilihan la~ hehe :p
*if i can't be a good pharmacist, i'm gonna be a good-happy-high motivated chemist. (semangat membaraaa mwehehehe) 

Wednesday, October 31, 2012

manis

day 1: bread pudding


day 2: trifle & nutella hot chocolate




day 3, 4 & 5:

tidak dapat dikenal pasti

*****
rasa nak makan benda manis, minggu ni nak masak benda maniiissss je hihi. hari ni mungkin puding jangung.. nuraziah abdul rahman selalu masakkan puding jagung, tapi sekarang dia berada di mesir :( jadi saya akan cuba masak hari ini hihi. u olls kalau nak resepi bagitau je i olls okay. ini resepi senang, memang sesuai untuk anak dara yang rajin online.. cari resepi. u olls takpayah bazir masa cari resepi kat internet teww, belum tentu pun sedap lah~ i olls punye resepi ni memang senang, sedap pulak tew.. hewhewhew~

yang lelaki, rasa nak masak tapi fikir banyak kali tu... just do it ;)

kdats all babai :D

Sunday, October 7, 2012

friends here, friends everywhere


Assalamualaikum,

hai, selamat pagi. nah, ini untuk sarapan pagi.





lepas subuh tadi aku nak tidur sebenarnye, tapi sebab aku skarang dah tak nak malas-malas (cewah) so aku cabar diri sendiri untuk tak tidur sampai mak bangun ajak pergi giant. Nor Ezzah kata aku lah antara manusia yang palling senang tidur "letak kepala je kau tros lelap." dan dia juga ada menambah "pastu nak bangun satu hal lagi. kau memang x boleh satu bilik ngan biee, kalau korang satu bilik memang tak tau la subuh korang macam mana"

hey ekskusmi cik jah, subuh i bangun awal okey, grrr

**biee cakap dia trend setter. pakai seluar kotak2 turun kolej. itu seluar tido biee =.=''

mmg aku susah bangun, tapi aku dengar azan okey... (dulu tido mati, tersedar bila khairun nadiah kejut aku guna kaki dia. pemalas betul budak tu kejut orang pun guna kaki.) at least skarang aku dah better sikit lah. *proud *tepuk2 bahu sendiri

anyways, hari ni aku bangun awal sebenarnya, kerana lab report. lab report oh lab report~~~

honestly i began to miss pharmacy :( dulu aku rasa pharmacy la paling susah, sebab.. ntah memang susah. or mungkin sebab orang sekeliling aku cakap pharmacy susah, so aku pun rasa benda tu susah. so bila aku x dapat sambung pharmacy and aku dapat sambung pure chem, aku rasa pure chemistry ni senang la nak compare dengan pharmacy. rupanya tidak. pure chem juga susah T___T

makin pure subject yang kau amek, makin detail benda yang kau akan blajar. aku prasan yang 'susah'nya pharmacy ni sebab dia banyak subjek membaca. baca dan hafal. tapi yang senang, kalau kau baca, insyaAllah kau boleh jawab. apa yang kau baca, itu yang keluar. lagi best time kerja benda tu jugak yang akan kau guna. plus, kau nampak apa yang kau blaja. anti-depressant, yada2, drug effect, semuanya kau nampak, benda yg kita boleh nampak.

unlike pure chemistry, nama pun chemistry, kita belajar benda mata kasar x nampak. takkan boleh nampak. ionic covalent electron proton. boleh ke nampak dengan mata kasar? kalau belajar chemistry kena banyak imagination. aku kalau blaja chem aku lukis, sebab aku x pro kan, aku kena lukis, baru nampak. kalau lecturer yang jenis suka guna slides banyak tulisan tu masaalah lah. lecturer inorganic chemistry aku macam tu. end up kelas dia tak banyak interaction, bila dia cakap semua diaaaammmm tanya "faham x?" pun diaaaaammmm je. aku rasa everytime dia explain and tanya "faham x?" kelas will respond nothing, dengar bunyi cengkerik je. =.='

sebab aku tukar course, so aku kena la banyak membaca, nak catch up balik benda yang aku tertinggal berbanding orang lain yang mmg dalam course ni. tapi somehow kalau bacaaaaaaaa je pasal benda yang tak nampak ni aku sendiri rasa tension.

nasib baik ada kawan2 yang baik :)

kami join kelab basikal, main basikal malam2 buta..


meet up pharmacy friends from puncak alam...





went to azi's farewell



went to pertandingan nashid kebangsaan n met nowseeheart!!

n went to dr zakir naik's talk :)


*minutes before the talk started, solatul maghrib jemaah in front of the stage. subahanallah :-) it was crowded, i saw muslims/muslimahs performing salah everywhere, near the exit door, under the stairs. masyaAllah.. Islam is simple n IT IS THE TRUE WAY OF LIFE :-)

talk dr zakir naik mmg best and sangat inspiring. anak dia pun superb. nak jadi macam tu. wish i could spend time pergi pwtc hari ni.. tapi esk ada klas pagi :( hopefully ada orang rakam n post on youtube. ameen2 :)

dulu masa dip aku banyak sangat join aktiviti sampingan sampai before masuk degree aku janji xnak join ape2 aktivit except focus belajar. tapi for the first 3 weeks aku buat macam tu, memang cannot go~~ rasa menggila~~ hahaha~

join events best ape, dapat jumpa orang yang faymes, pastu learn great things from them. dapat coupon. gain new experience. n paling best bile event tu bagi FREE FOODS. hehe :D

sebab time dip aku banyak join aktiviti soft skill, kali ni aku nak cari aktiviti yang banyak menambah ilmu pulak. cam ilmu sampingan. aku aim kelas renang and music sebenarnya, tapi setakat ni x jumpa lagi :( and satu aktiviti lasak. basikal. dah jumpe :) kalau ada hiking and memanah aku nak join, tp stakat ni x jumpe lagi :(

kalau dulu time dip aku slalu join aktiviti dengan azi "kau pergi aku pergi" semua benda kitorang redah. esok test pon x kesah, pergi je. tu yang x dapat 3.8 hahaha~

skarang azi dah ada kat mesir~ before fly dia call, nangis lagi~ hahaha~

**gambar yang jadi lock screen wallpaper nuraziah :')

tp alhamdulillah, i think all went well. she loves egytp :)

msg tetap msg, walaupun mahal, tp sebab nak cerita kan, msg je la. hahaha. kadang2 watsapp and skype.

once friend, forever friend :) ecewah

mak dah bangun, ok lah sampai sini je. bila dah masuk degree baru aku tau yg aku mmg sangat sayang pharmacy: ilmu, lecturer, kawan2, semua. they'll never be replace.

even dalam klas pun, aku xtau kenapa klas aku skarang, lecturer tgh cakap kat depan pun klas bising. x best nye :( patutla dulu lecturer fakulti lain slalu puji budak pharmacy and diorang nak ajar student pharmacy. skarang dah masuk kelas lain baru aku faham. aku bukan nak puji2 ke ape, tak, tapi aku dah masuk 2 klas yang berbeza, aku sendiri boleh compare. and aku rasa kelainan tu. kelas aku skarang ok je sebenarnye, xde la masalah sangat ke ape, semua ok, baik pon baik, pandai pon pandai, klaka pon klaka, cuma diorang kurang sikit common sense la kot. i think. hopefully common sense diorang makin meningkat lepas ni.

ok la dats all, berjaya jugak update blog. yahooooo! kalau ikutkan, perasaan aku masuk campus balik ni, mmg happy! aku dah rasa practical, xbest. campus best. lepas degree aku x sure lagi macam mana nak sambung ke kerje ke.. takpe la letak tepi dulu, yg penting score! doakan aku berjaya faham ilmu kimia ni, dan insyaAllah akan mampu menyampaikan :)

tu je lah. ok babai. salam~

*aku rasa kat shah alam aku lebih boros compared to penang. kena cut sikit duit kocek ni. simpan simpann!!!
*nak simpan duit, nanti pergi umrah pastu pergi mesir tgk piramid. yaiyyy!!! insyaAllah ameeennnn2~

Sunday, September 30, 2012

azi jea jee azira azizah ajiah jiyah nuraziah

Assalamualaikum,

Just came back from saying may last goodbye to azi. She's going to leave Malaysia REAL SOON!!! :'(

Last night as I sat on my chair looking straight into the mirror listening to the soft quiet dark night, the memories of yesterdays came. I began to remember all the moments, sweet sour funny bitter, everything. She was there for me, always. And tomorrow she is going to leave Malaysia to further her study..

It's not like we're never going to meet again, or her new place might not have wifi or what not, yes we can still keep in touch, talk through fb/twitter/skype and such. But I don't know.. I just feel sad.. Maybe because deep inside I know that it's not going to be the same, I'm not going to be able to call her exactly anytime anywhere, or maybe I can feel like both of us are going to be busy, degree level is different, and she's taking dentistry, she's going to be far busier. I don't know, I just feel sad.

Couple of days ago, we (the friends, azi was not included) meet up in Jusco Bukit Raja and decided to buy something for her. We decided to give her one great gift, that she's going to take it with her, that she's going to LOVE it sooo much she'll cry every time seeing it. cewah over sikit ayat. then i remembered something. she had once told me that she wanted a Polaroid. so we bought one for her. untung dia dapat kawan macam kami kan :) one cute pinky Polaroid for a sweet sweet Azi hihi :)

And then we wrote something on a small paper each, one last wish.. I didn't know what to say. so i postponed my writing.. Until saturday's morning. As I wrote my last wish, I doodled something for her.  Wrote my last words and.. I don't know, I could feel this sad feeling, the feeling that I... I was sad. Actually I was about to cry badly tapi sebab Jah ada kat tepi tengah belajar kimia, aku kawal lah perasaan jap. hehe

On afternoon, we visited her house. makan2, gelak2 as usual. Not everyone, but majority of our ex-classmates was there. I love that feeling, the 'gathering' feeling. when we didn't meet up for quite a long time, and when we meet again, that feeling is such a good feeling ;') and while everyone was chit chatting yada yada, I saw Azi's phone and I took it. I took some pictures using her phone, biar nanti dia tengok balik phone dia ni, dia menangis sebab rindu dengan kawan kawan hahaha :D and then while I was using her phone, I realized that she used picture of me and her as her lock screen wallpaper. I had once gave her a book, book that was filled with our photos, with our memories. she took a picture of one of the photos inside that book, and used it as her lock screen wallpaper. terharunye :')

ala nak menangis lah T__T

And then later that night we meet again to listened to dr zakir naik's speech. with dr zakir's thick accent, sitting next to each other. kalau ada perkataan yang x clear, tanya sama sendiri hihi.

And then we got too hungry, after 2nd question in Q n A session, we stood up and walked straight to the exit door. Beger Bakar. That was what we aimed.

But maybe it was not our luck, the Beger Bakar located near stadium shah alam was not opened (bola malam tu, jam gila bak ang) so we stopped at any restaurant nearby, Azi was damned hungry (nak drive pun x mampu haha) and we end up eating in Zainal's restaurant. Zainal, the famous Malaysian footballer tu :)

We ate tomyam campur, telur dadar, sayur campur, nasik putih n teh ais. our last moment, our same favorite meal :)

And then all of them, jah, kn, ella, teha. they were all agreed to sleep over with azi. they asked me to join. but I refused. I don't know why. biarlah. sedihlah..

I had a great time today. Azi, all the best for everything. May Allah always be with you, may Allah ease everything, may you found a great life, may you always be happy, may you live with people who love you lillahi, may you be a great muslimah , may you always n always found peace in everything. I love you lillahi, till we meet again in future, in your reception of wedding maybe? with your own ustaz din? hihihi~

thank you for everything, n sorry sorry for every other things. hope to see you soon. kita belajar betul2 hebat2 nanti dah berjaya kita jumpa lagi, time meeting mak mak, bincang pasal anak anak. bhahahaha~

love you lillahi, till Jannah :')

goodbye, assalamualaikum.

(aku nak update pasal talk zakir naik sebenarnya, tapi dalam hati aku ni meronta ronta rasa sedih kawan aku nak pergi egypt. bila jumpa gelaaaaaakkk je, dah tak jumpe sedih. sebab aku taknak kongsi sedih aku melalui percakapan, ye la nanti kalau dah bercerita kang menangis, so aku tulis la kat sini. dulu time abes dip sume kawan aku mnangis, tp aku rasa aku xla mnangis mcm diorang. sbb aku tau boleh contact, meet up lagi, so xla sedih sangat. ni azi dah nak fly, nak meet up susah. aku sedih :( so entry kali ni tulis je. kbai)

Sunday, September 9, 2012

esok nak pergi ke sesuatu tempat

assalamualaikum. ayah sedang masak kuzi. ayah mmg pandai masak. nanti saya akan tetap pulang ke rumah walaupun kelas dah start kerana saya pasti rindu masakan ayah. mak pula selalu bergurau dengan saya. baginya saya tetap bayi perempuannya selama dan lamanya. sayalah chibi marukonya. sayalah puterinya. saya akan tetap selalu telefon mak walaupun kelas  dah start. esok akan menjejakkan kaki ke kampus. baibai unifi rumah yg laju. baibai tv. baibai sound system osem. baibai adik beradik yg manje. hek. baibai tvalhijrah. baibai karoot komedia. baibai running man. kite jumpe next week. kalau saya tak bz.. takut pensyarah saya dah bz kan student dia di minggu pertama. saya minta maaf kpd semua di ats segala salah dan silap secara sengaja mahupun tidak. i leb everybadi, u gaiss pray for me tk. for all of us. harap2 saya akan pandai membahagikan masa supaya nevva winter takkan bersawang. sekian. rima kasih. baibai... wasalam.   ********sape nak beli samsung s advance. pakai 2minggu. good condition. 8gig memory. ada aku bg baju leather untuk samsung ni lg.. dm aku kat twitter. kbai.