Tuesday, December 14, 2010

dressing code of an animator

hari ni mak kerja. so aku kena masak untuk adik2 aku. for breakfast, i cooked roti telur : )

lepas masak aku pegi la sidai kain kan. lepas sidai kain aku sapu la laman rumah aku yang penuh dengan daun pokok mangga tu.. daun banyak, tapi buah nye cenonet. pokok2 ni dah tua kot.. kat rumah aku ada 5 pokok mangga. manis, arwah atok kelantan yang tanam : ) arwah memang pandai cucuk tanam, dulu kalau arwah datang rumah mesti dia tanam ubi kat tepi rumah. pastu bila dah masak, mek(nenek) ambik ubi tu buat kuih cek mek molek. memmmmang sedap : ) arwah memang kuat, dia dah biasa tanam2 benda ni semua, sebab tu la umur 70 lebih pon dia stil nampak macho dan hensem. gigi pon still cantik. aku pon bercita cita tinggi nak hidup natural cam nenek ngan atok aku bila aku dah kawen nanti. kalau nak makan amek je ape yg ditanam... cam best gituu ^^ hmm2.. x silap aku arwah meninggal sebab terlebih makan supplement : ( itu la, x semua supplement baik untuk badan, banyak makan supplement pon boleh bawak maut : (

ok, panjang pulak cerita aku pasal arwah, rindu la kan ; ) aku sebenanye nak cerita pasal cucu kesayangan arwah, hasan al basri which is abang aku sendiri. sedang aku khusyuk menyapu laman, abang aku klua nak pegi keje... dengan memakai jeket denim, rambut disikat dengan santek, slua pon santek (xtau la brand ape, aku bukan la brand lover cam abg aku. haha) bila dia lalu sebelah aku.. fuuum, hamek kau wangi mengalahkan aku (ok make sense la aku mmg x mandi lagi time tu. haha ^^' ) aku ni.. aku sebenanye agak jeles dengan life abang aku...

life abang aku dari kecik sangat simple, sampai ke u, sampai ke keje, dye maintain jadi simple guy, but yet, he's still happy, and enjoy every moment of his life. why? 'coz he's doing things that he love ^^

abang ni kaki game. dulu time skolah, abang aku penah menyimpan cita2 untuk lari dari amek exam sejarah. kaki game la kan.. mane la minat baca pasal umno ngan sejarah babylon ==' tapi sebab cikgu jamilah dapat hidu niat busuk abang, abang terpakse gak end up kat exam hall tu, mengadap kertas sejarah. hahaha : DDD

abang memang macam tu. kalau dia x minat, dia takkan buat. kalau dia minat, suka, dia akan mengadap benda tu, x jemu2. aku ingat lagi mak cerita, abang ni time kecik2 dia sukaaa sangat melukis. benda yg first dia pandai lukis is ikan. dia lukis ikan baaaaanyak2~ ikan kecik, ikan besar, sederhana, besar gila. semua size ada. hahaha.

and now bila dah besa, dia sangat pandai melukis. aku penah nampak lukisan dia zaman dia blaja dulu. lukisan air terjun. srs hidup gila, aku rasa macam nak jadi pelukis time tu. tapi aku xde bakat la kan.. yang aku tau, lukis donat kek pizza icecream dan benda2 yg boleh menaikkan nafsu makan aku jek. haha : DD time skolah dulu, abang penah jual komik masa hari kantin. laku. aku pon penah jual gak, tapi jual biskot coklat cip jek la~ hahaha : DDD

aku memang kagum la ngan prangai abang yang buat jek ape yg dia suka. abang dari dulu hantu kartun. sampai umur 17 tahun pon, abang still mengadap kartun. ye la, balek kampong xde ps. nak bawak nanti cousin2 yg kecik mesti nyebok. so abang mengadap katuuuuunn jek la~~ ala macam la aku xtau, pakcik makcik aku salu x puas hati abg aku x buat keje... abg aku x rewang... mengadap katun jek. tengok katun dengan muke x besalah pulak tuh, tenang jek tengok kfc hour time tu. aku plak as budak kecik yang bajet anak dare semangat la tolong nenek aku kopek bawang sambil nanges2 tahan kepedihan. hahaha : DD

lepas spm, mak suroh abang mohon matrik. tapi abang xnak. sebab abang minat lukis. abang sangat yakin dengan bakat dia. hahaha. so abang amek dip in animation kat unikl. zaman dia blaja pon best gak. ada satu hari ni, aku tengah tengok tv.

"timah abang nak guna jap"
"hah?"
"abang nak guna tv jap"
"nak buat ape?"
"assignment"

abang aku terus pasang cd. tbe2 kua la kartun jepon ape ntah.. cam ala2 spirited away gitu~ aku pon..

"abang, ni assignment abang?"
"haah"

bapak stylo. tapi ade la dia kena analyse kartun tu.. tapi stylo la assignment tengok katun!!!! kalau aku kena temu ramah org lah ape lah =='





tu la abg aku, sbb dia buat apa yg dia suka, dip dia memang petik jari jek gituuu.. dia ada jugak crite kawan kolej dia ada yg upah pelukis jalanan untuk assignment lukis2. ada yg stress sbb xde idea la.. tapi abg lepak jek. sbb jiwa dia mmg melukis kot.. org2 yg stress tu mungkin suka melukis, tapi mungkin mereka xde jiwa pelukis gitu.. cewah.. n kurang bakat.. kot.. haha : DDD

and sekarang abg dah bekerja. dekat satu kampeni yang bernama les copaque. kampeni ni faymes dengan satu katun... ala yg katun pasal dua org budak kecik botak tu.. abg aku start praktikal time mula2, keje kat kampeni ni la. skarang aku dgr dia da jadi ketua animator. ayah aku ada jugak suroh abg aku join kampeni kawan dia, gaji lagi tinggiiii~~~ tapi abg aku xnak.. sebab dia da serasi ngan budak2 les copaque ni. ye la animator, bukan keje sorang2. abg aku da selesa la dengan team sendiri. bukan senang nak dapat org2 yg boleh jadi team, btol x? duit tu hape la sangat, yg penting kepuasan utk berkarya.. cewah, over lak aku, cam aku lak animator ^^'



apa yang aku nak sampaikan kat sini.. abang aku ni x amek bidang profesional pon.. spm pon x gempak, blaja x luar negara, amek diploma jek.. tapi dia happy dengan life dia sekarang. sebab.. sebab dia buat apa yang dia nak, apa yang dia minat, dan apa yang dia suka. : ) sebab tu la, kita x boleh pertikaikan rezeki Allah. kalau ada usaha, mesti ada rezeki. yang penting jangan pernah putus asa : ) duit bukanlah segalanya. abang aku happy dengan life dia. aku tengok dia pakai smart2 pagi tadi pon... sebenanye aku terdetik jugak...

"pharmacist kena pakai uniform... : ("

hahaha: DDD xpe la, yang penting bahagia~ aku harap one day abg aku dapat bukak company sendiri, and jadi tokey animator yang besaaaaa kat malaysia ni. bia la dia jadi boss kaya, aku lak bleh jadi adek org kaye~ muahahaha : DD

ok, agak mata duitan di situ $.$

xde la.. aku fikir jugak.. time skarang dia bujang.. office dekat, tinggal ngan parents aku.. nanti kalau dia dah ada isteri ngan anak2 canne plak kan2??? xpe, abg otak geliga, kretif dan kritis. dia mesti boleh pegi jaoh. bidang abg ni pon, mmg bidang yg org tengok pengalaman. ada pengalaman, and idea tak kering, mesti boleh pergi jauh punye lah, janji usaha : )

cewah.

dan aku, cikgu jamilah x sabar nak aku dapatkan lesen pharmacy. dia kata dia nak tolong aku kat kedai ubat aku jek. dia nak relek2 jaga kaunter. hahaha, comel jek angan2 cikgu jamilah : ) tapi kena sabar la cikgu, nak dapat lesen, kena habiskan degree ^^'

ok la.. xpasal2 aku boleh post entry pasal kisah hidup abg aku, harharhar: DD ni kalau dia baca ni mesti terharu ; ) [padahal aku nak crite pasal dressing kod abg aku as animator and aku as bakal pharmacist jek sebenanye. heh heh -.-'']
owh, abang aku still single, mak suroh aku carikan sorang awek untuk dia. anda mahu?
hahaha : DDD

yang benar,
timah adik yang baik. hehehe ^^

2 comments:

  1. dari awal sampai habis baca aku rasa pipi aku tegang je bibir tertarik sampai ke telinga hahahaha

    ReplyDelete
  2. muli, ni kalau abang aku baca ni habis la aku, heh heh ^^'

    ReplyDelete