Tuesday, December 28, 2010

mini vacation, a day, kuala lumpur

pada hari sabtu yang lalu tuan kamil membawa anak2nya pergi berjalan2 di area KL.
pada mulanya dia mahu membawa keluarganya bercuti di Pulau Pangkor.
namun apakan daya, lambat buat reservation, semua chalet bilik penuh.
jadi mereka hanya bersiar siar di sekitar KL.
jalan sesak, jadi tuan kamil parking di bangunan times square dan kemudian membawa semua berjalan jalan.
ye, kami jalan. merentasi jalan raya, melalui tangga, jejantas, dan selautan manusia yang keluar pada hari krismas.
di penghujung hari saya mempelajari beberapa perkara.

1. kalau nak bercuti buat reservation awal.
2. i seriously choose beach resorts rather than klcc.
3. indon x perlu bakar hutan dia untuk menjadikan KL jerebu.
4. between mother and father, mother lebih concern tentang keselamatan anak2.
5. madu sangat sedap.
6. budak dalam pantang bersunat x semestinya kena duduk rumah ^^'
7. masuk kedai baju aku x beli apa2. in fact aku berdiri kat lua kedai je pon sebnanye. tapi semua mall yang aku pegi, aku mesti berhenti kat bookstore and famous amos. aku x kesah spend duit untuk membeli buku2 nota yg kecil.. banyak2.. gerrrammm aku tgk buku2 nota/sketch yg comel2 ni >.< onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://3.bp.blogspot.com/_oMYJPENn6zo/TRnRyV86OkI/AAAAAAAAAXs/P5yxwsN4tN8/s1600/DSCF0423.JPG">
sebelum balik, tuan kamil ajak ber-ngeteh kat satu kedai yg jual madu ni. (ngeteh ni cam lepak2 ptg2 minum teh.) tapi x minom teh pon. haha. sbb kedai ni ada minuman special. cam dalam gamba kat atas ni. ada nata de coco, madu, and perisa yang boleh dipilih : laici/peach/mango. unik kan bekas dye? minum dalam honey jar hokeh. hehehehe : DD nanti dah kawin nak ajak abe suami gi dating sini. ^^


dan ini desktop background saya yang baru : )
[gambar2 dalam hotel yg x jadi nak masuk. full. haha ^^']


*di hujung perjalanan muka zakir bambam sedikit pucat kerana jalan byk sgt.
*iqbal crispy bercita-cita untuk memborong kedai ROMP ababila dia dewasa.
*aku baru topap maxis rm10 and the next day tinggal 44cent. xtau kenape tp aku rasa maxis cilok duit aku. eh xnak la menuduh dosa. tarik balik.
*ada hikmahnya aku x mohon jadi pm : )
*brader hensem, awek biasa pon x suka shopping baju, nanti brader hensem shoppingkan baju untuk awek biasa boleh? hahaha : DDD

orang rock jujur

selamat pagi. hari ni pagi2, aku menonton rancangan malaysia hari ini seperti biasa. time kecik dulu aku x brape tengok mhi, aku lagi suka sesame street-aku suka gilaaaa cookie monster and bila ss ajar abc akan ada beberapa kanak2 riang berterbangan yang membentuk huruf2 itu. cam hari ni blaja huruf h so akan ada minah comel bend diri dia, bentuk.. xnak la cakap lagi mengarut. anyway, aku start minat MHI since the first time aku nampak ally iskandar : )

so macam biasa, bila nak habis rancangan mereka akan interview artis2. penyanyi biasanya. so artis hari ini CAR CRASH HEART.

ya, mereka adalah band. suara srs sedap. CCH buat performance akustik hari ni. honestly aku x penah dgr nama diorang, aku bukanlah peminat band2 indie yg tegar. selain suara yg
sedap, aku salute satu lagi benda pasal CCH. which is KEJUJURAN.

wardina: band ini terdiri dari 2 org sahaja?
CCH: x. kami 4 org.
wardina: oh mana lagi dua?
CCH: diorang tidor. hahaha : )))

serious comel brader yg jawab ni. gelak dia yg xleh bla tu. hahaha. tp brader tepi dia back up la.. cakap member dia demam..

wardina: so kenapa CAR CRASH HEART
CCH: tu sebenanye kena tanya kawan kterang yg x dtg tu.. hahaha..
CCH: ... sebenanye CCH ni nama lagu fall out boys.. so.. (continue talking and explaining)

jujur kan mereka? aku terfikir gak, nanti diorang x kena saman ke amek hak cipta org? tapi xtau la, aku xde ilmu pasal law. xde dalam silibes ak.

and masa ni aku teringat kata2 awie dalam mentor 3.

"orang rock ni jujur.. sebab tu dia senang masuk syurga"


aku xnak komen pasal syurga, tapi hari ni aku setuju, orang rock memang jujur : )

dan kemudian wardina dan seorang lagi rakan dia meninggalkan CCH utk menyampaikan 1 lagi lagu..

and serious suara diorang memang sedap : ) and brader kiri yg main gitar.. lu rock la beb.

*jawapan mereka yg jujur sebenarnya mungkin mereka berniat untuk berlawak yee... ke [?]
*brader hensem, awek biasa suka org yg jujur. mungkin lpas ni brader hensem leh jadi brader rock. heehee ^^

Thursday, December 23, 2010

ais kering dan birthday cikgu jamilah


blow the candles cikgu! ; )

kek ni cam bercahaye kan? cam suci gile, takut nak makan hahaha : DDD


in the end tetap kena makan~ haha~ meh tgk dalam dia ada apa. oreo yaw!


20.12.2010

hari tu hari jadi cikgu jamilah. malam 19 hb, pukul 11.55. cikgu jamilah still x tido lagi. selalunya cikgu jamilah akan tidur awal. tak tau kenapa malam tu dia tak mengantuk la pulak kan.. agaknya dia memang nak something yang lain kot..

"ehem2.. psss.. abang. esok bedday mak."

"yeke? jomm."

hasan animator, lokman bb dan aku turun ke ground floor rumah. tuan kamil sedang beristirehat.

tiba2, cikgu jamilah keluar dari dapur. agak terkejut kerana melihat semua anak2nya berkumpul di ruang tamu.

"ini kenapa ramai2 anak mak bekumpul ni? ngihihihihi : DDD"

cikgu jamilah gelak2 comel, pura2 tak tahu apa2. kemudian cikgu jamilah start cerita pasal esok nak bawak zakir bambam pergi bersunat.. ^^'

biasa la cikgu, dah start gosip memang meleret. borak2 meleret leret.

"esok kita nak beli kek kan?" kata hasan animator.
"untuk apa?" cewah, cikgu jamilah boleh pulak tanya kan..
"untuk atir la, besunat.. dan.. sebab.. esok hari jadi mak!!!!"

"happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to e mak!!! happy birthday to you!!!!"

so malam tu mak tidur dengan hati berbunga.

petangnya, abang balik bawak kek. tiba2 dia panggil aku.

"psss2. timah sini jap"

aku pon dengan penuh eksaited pegi la ikot dia, kat lua. bajet cam dia ajak plan rancangan jahat la untuk malam tu. skali dia amek baldi, letak air.. dan kemudian lokman bb masukkan sesuatu kedalam baldi yang berisi air tersebut.. lalu keluarlah asap berkepul kepul..

phwaaahhhh. ais kering!!!

hahahahahaha. lalu datang iqbal crispy dan zakir bambam.
[em2, zakir bambam x jadi besunat aritu sebab doktor cuti. -.-']
dan kami 5 bradik eksaited sangat seperti kanak2 dapat mainan free^^' hahaha~

"ni kita buat eksperiment ni!"
"la.. kenapa x panggil cikgu jamilah?"
"a, panggil cepat panggil cepat!"

so.. cikgu jamilah pon join bereksperimen bersama anak2nya.. bila letak aiskering byk2 dalam air, asap lagi byk. and air jadi berbuih buih. aku rasa cam witches comel tengah blaja chemistry dalam kelas mr snape. hehehehehehehehehehhehehe : DDD

zakir bambam sedang menjalankan ritual sambil diperhatikan iqbal crispy.

haaaa.. tengok ni buih2 hocus pocus.. hehe..

and so malam itu kami memotong kek aiskrim puan jamilah. dan memakan pizza hut 6 cheese berbeza dan minum teh ahmad panas : )

cikgu jamilah sangat terharu, aku nampak ada sedikit air mata di hujung matanya malam kami menyanyikan lagu. hihihi : ) dan cikgu jamilah x habis2 dengan wish dia mahu menantu sambil ditujukan kepada hasan animator. abang, cepatla kawen, timah x saba nak main ngan anak saudara~ harharhar : DD

it was a happy moment.

omak, happy 47th birthday ^^


di-edit spesel utk bday cikgu jamilah

*zakir bambam disunatkan pada keesokan harinya. mungkin doktor saja ambil cuti nak bagi zakir bambam rasa kek aiskrem : )

Friday, December 17, 2010

ekspresi mukanya menambat hati gadis itu







honestly im crazy over this guy

his cuteness

his voice

his hair

but the best thing about him

is

his

EXPRESSION

ok normal people akan cakap this chinese-american boy sangat over. tapi aku suka ; )
srs ekspresi dia ketika menyanyi.. cara dia ekspreskan perasaan dia dan lagu yang dia bawa.. eceh... tiada siapa boleh lawan howkeyyhhhh ; )


SAM TSUI
the best over reacted singer but yet cute and adorable.
hahaha : DDD
ok over reacted macam x sesuai... im not sure word yg sesuai tp cute and adorable, sangat pasti ^^


*brader hensem, awek biasa still suka lu punya rambut masa first time dia jumpa lu, compared to adam tsui's. bangga x bangga? hahahahaha : DDD

just for fun #1


this is a korean guy, wearing a t-shirt showing that... hikhikhik... he loves me ^^


kyu hyun, saranghae ^^


*mar*ng, weh sunny ade ke pakai baju yg menunjukkan dia mencintai kau?? ade2??
hahahahahahahahahahahahaha : DDDDDDDDDDDD
*entry ini hanyalah untuk gelak2 suka2 saja ye : ) eceh. hehehehehehehhe : D

Thursday, December 16, 2010

i think this is cute #1


ini gambar yang saya jumpa on facebook

orang yang kehilangan basikal ni mesti bengang sangat2

hahaha, sabar ye kawan ; )

ps: aku rasa budak yang tampal benda ni comel la. cam Greg Heffley ^^

tuan kamil and anak2 are having dinner

*penulis akan menggunakan dwibahasa untuk entri ini.
*for this entry, i just feel like writing.
*ini hanyalah entri yang berbentuk cerita. jika anda mahukan entri yang berbentuk pedoman anda boleh skrol dan baca entri yang lain. atau mungkin pergi sahaja ke blog penulis lain.



ok, before i start the story, let me explain the characters first.

tuan kamil
is the father of the family. garang, but sometimes can be so funny.

cikgu jamilah
a loving mother. she cares about timing. so if you promise to go out with her, make sure that particular day you're free. or else she'll nag about your work, things you do, something about janji and menepati masa, yada2~~

hasan animator
the first son. animation is everything to him. unlike any animators, he do care about his style. [normal animators don't really care about what they wear and what people will think about their messy hair, they only care about the dateline yang company diorang tetapkan. ]

lukman body builder @ lukman bb
the second son. he's healthy. angkat berat, senam, makan. baru balik dari kolej di johor. cikgu jamilah said he don't eat much in his college, only maggi -.-''

iqbal crispy
third son. eat a lot, but don't know why, he's still slim till today : ( like super slim, you can actually see his bones kalau dia tak pakai baju. yes, lebih kurang kanak2 kat afrika la jugak. cikgu jamilah did gave him some ubat cacing, but nothing happen. maintain slim.

zakir bambam
the last son. he eat like SUPER A LOT. [lagi up dari iqbal crispy] and if you make fun of his fatty layers, he would go 'apeh???!!!!' and then continue makan balik =='

cik su
family's main transportation. toyota unser. tuan kamil beli kenderaan ini di sabah. bernombor plat SU ****

cik tam
2nd transportation. cikgu jamilah's car. black in colour. tapi cikgu jamilah tak guna pon, tuan kamil yang selalu guna sebab hasan animator guna cik su dia sebab kereta hasan animator ada di bengkel. dah berapa tahun kat situ, aku sendiri tak faham untuk apa kereta hasan animator menetap lama2 di bengkel itu =='

-----------------------------------------------------

ok, and so, semalam i had dinner with them. [kecuali cik su and cik tam lah, they only go for petrol, yang dah naik harga tu] we choosed dave's deli coz i felt like eating steak ^^ hasan animator nak belanja the whole family so he asked us to get ready after maghrib. i knew that cikgu jamilah akan membebel if you're not ready masa maghrib [dia saaangat suka suruh orang siap2 awal] aku dah siap2 cantik2 after 7. which masa tu cikgu jamilah tengah khusyuk tengok drama melayu tv3 pasal sorang awek amnesia. lebih kurang cam 50 first dates la jugak cerita tu.

and like always, hasan animator drag masa. 8.30. cikgu jamilah tak mampu lagi nak tunggu. so cikgu jamilah arahkan semua anak2 dia masuk ke dalam cik tam dan kami pergi ke tempat kerja hasan animator sendiri. did i mention that cik tam is proton saga? yes, cikgu jamilah beli proton saga alaf baru. so imagine lukman bb, iqbal crispy, zakir bambam and me, all of us duduk di belakang tempat duduk kereta itu. ada function jugak la iqbal crispy ni tak gemok2 ^^'

and nasib baik office hasan animator dekat. so sampai je di tempat kerja dia, kami transit kenderaan. [transit ke perkataan tu? ala tukar2 la tukar] so hasan animator bawak cik su yang mengandungi semua ahli keluarga tuan kamil. the way he drives saaangat sama dengan tuan kamil ==' i told myself that i would make a chart about the most crazy but yet smart driver bila sampai rumah nanti. so here's the chart

THE MOST CRAZY BUT YET SMART DRIVER CHART

5. Sharifah Firdawina Syed Ayob
4. 'Ayuni Nazihah Awaluddin

3. Nuraziah Abdul Rahman

2. Hasan Al Basri Mohammad Kamil

1. Mohammad Kamil Musa

If it's about crazy smart driver, no one can challenge Tuan Kamil. sh firdawina can be the third tapi masa aku pernah jadi penumpang dia, she almost hit a lampu di tepi jalan. so kriteria smart tu agak kurang, try again friend. but maybe sekarang dia dah ok kot, sebab masa tu dia still muda and baru tampal pelekat P kat kereta mak dia. so maybe time tu dia super excited kot. so wina, cepat balik malaysia aku nak naik kereta kau lagi!!!! hehe. ops sorry, a bit personal ==

ok so we arrived at dave's deli. and meja mereka kecik2.. 1 meja muat 4 orang. so... hasan animator susun 2 meja untuk memuatkan ke tujuh2 kami after memesan makanan. i feel like eating steak tapi sayangnya tak ada. so i go for lamb chop. dave's deli ada satu menu yang membuatkan aku teruja, which is grillled ape ntah nama dia. it contains chicken, beef and lamb daging in one meal. i feel like eating those things tapi memandangkan aku ni bukanla jenis yang selalu habis makan, so aku menahan diri la... nanti membazir, nak jawab ape kat akhirat?

so while we eat, hasan animator talked about his teeth. how he met a good dentist, he operate his last tooth, and chantikkan gigi. he said it cost him RM xxx or k? im not sure, tapi banyak jugak la duit yg dia spend, untuk gigi! cis. orang dah kerja and bujang. fine. and then how his dentist would go 'YES!' dengan gaya tangan yang teruja bila berjaya mencantikkan gigi orang. heh. jumpa dentist terampil eh? [aku rasa nak pegi jugok!] hasan animator promote to cikgu jamilah and tuan kamil to go there. tiba2 aku terkenang yang aku juga pernah bercita cita untuk menjadi dr gigi. tapi mengenangkan perkara2 yang akan aku hadapi jika aku menjadi dr gigi.. aku hentikan cita2ku itu : )

so everyone pretty much puas hati with their own meal. kecuali zakir bambam. zakir bambam was the first yang habiskan makanan dia ==' he choosed steak pie ape jadah ntah. tapi pie la.. pie tu besa x macam pie biasa. and yet dia habis dulu. and bila habis je pie dia, he started like pandang2 apa yang ada kat pinggan orang lain. haha~ fine la zakir bambam, amek la lamb chop aku ni. i gave him a piece since i had 2 pieces. and iqbal crispy gave a piece too since he had 3 pieces.

one by one feel like kenyang. [yes, pinggan dia besar and sangat penuh dgn side dishes lah hape. aku rasa lagi berbaloi lah compared to BIG PLATE or BIG FOOD ke hape yg faymes gak kat area2 sini] the first person yang mengishtiharkan kekenyangannya is tuan kamil. tuan kamil makan nasik before tu... ==' sebab dia dah tak tahan lapar sangat la kan.. ei ape da makan before orang nak belanja ==' tuan kamil surrender. 'siapa nak?' and lukman bb dengan senang hati dan penuh excited terus jawab 'saya saya!!!' 'peghabeh dulu!' tuan kamil menyuruh anak lelaki keduanya menghabiskan makanannya dulu dengan dialek kelantannya. dan ya, in the end lukman bb mampu menghabiskan makanan dia, tuan kamil dan iqbal crispy. [iqbal crispy x habes, so tolak la kat abang dia ==']

malam itu aku a bit bangga kerana unlike always aku selalu tak habis. tapi malam tu aku berjaya menghabiskan makanan itu. well, its lamb chop howkeyh, aku taknak la balik nanti tiba2 teringat kat lamb chop yang aku past kat org, no way. kenyang ke hape aku akan habiskan jugak. so lepas habis.. aku duduk2 senang hati...

tuan kamil pon berceloteh tentang kasut yang baru dibelinya.. lukman bb pula berbangga kerana dapat topap makanan, kat johor dia makan meggi je la kan.. hasan animator tidak henti2 senyum menampakkan giginya yang cantik. dan cikgu jamilah... tiba2 dia memandangku.. dan senyum.. kemudian membisik...

"masa mah takda.. tiap2 malam mak makan kat sini.. hikhikhikhikhik"

aku:

==''



*lastly tuan kamil beritahu it was because tinggal dia,
cikgu jamilah, zakir bambam dan iqbal crispy di rumah, jadi mereka rajin makan di luar. tapi bukan kat tempat tu pon.. kat banyak tempat la... kalau masak tak luak mana. itu pun iqbal crispy jarang ikut, dia malas nak siap2. cikgu jamilah dengan nada serba salah : "takdela.. mak gurau..." heh =='
*hasan animator said that total yang dia kena bayar is RM XXX. and dia withdraw duit 5 times more than that. tuan kamil: alah! rugi la kita! patut ambik lagi banyak! aku: xpe esok abang belanja lagi : D and cikgu jamilah choosed chinese food for tomorrow : )
*brader hensem, awek biasa cakap, "dah nampak ada org on9, rugi la x gosip, tau x skype tu free!!!" haha : DDD

Tuesday, December 14, 2010

sotong yang berperang


ini ialah lunch saya untuk hari ini. ni kalau kat lua memang mahal. time kat penang saya selalu teringin nak makan lauk ini dengan nasik putih panas. tetapi apakan daya, kesempitan hidup mengajar saya untuk bersabar ^^'

jadi hari ini saya masak sotong goreng tepung. nak masak lauk ni tak susah, tapi part dia sedang berenang renang dalam kuali minyak panas tuh.. fuuuhhh~~

unlike udang, udang goreng tepung bila digoreng dia akan diam2 je tau.. same cam ayam. tapi sotong lain. dia akan meletup2. mungkin sebab kondisi dia yang lembik2 semacam tu kot. heh heh ^^

jadi jika orang yang anda sayangi memasak lauk sotong goreng tepung, saya sarankan anda mencium dia berjuta juta kali. kerana memasak sotong goreng tepung ibarat pergi ke medan perang. sotong itu, bila dimasukkan ke dalam minyak panas, maka akan meletup letuplah minyak tersebut. dan terpercik percik lah api panas ke sana sini. jika anda dapat dengar letupan itu anda pasti kasihan dengan sotong2 tersebut. atau mungkin anda sedang membayangkan sotong2 tersebut sedang berperang dengan minyak panas dalam kuali. thank god i'm still alive : )
[terserlahlah nak bayangkan apa, the creativity is yours. hahaha]

and in the end, aku dapat makan sotong goreng tepung wif nasik panas, yummy : )
happy eating everyone ^^

*ni la entry org yg x de keje kecuali masak n kemas rumah jek. hahaha. im sharping my suri rumah tangga skill : ) hihihihi. ali nak makan apa esok? biar fatimah belajar masak today oki? heh heh^^
*ada brader hensem luahkan isi hati kat awek biasa. awek biasa terpinga-pinga sampai hari ini~ der, lu hensem la der! awek tu tak sesuai ngan lu la, srs! hahaha : DDD

dressing code of an animator

hari ni mak kerja. so aku kena masak untuk adik2 aku. for breakfast, i cooked roti telur : )

lepas masak aku pegi la sidai kain kan. lepas sidai kain aku sapu la laman rumah aku yang penuh dengan daun pokok mangga tu.. daun banyak, tapi buah nye cenonet. pokok2 ni dah tua kot.. kat rumah aku ada 5 pokok mangga. manis, arwah atok kelantan yang tanam : ) arwah memang pandai cucuk tanam, dulu kalau arwah datang rumah mesti dia tanam ubi kat tepi rumah. pastu bila dah masak, mek(nenek) ambik ubi tu buat kuih cek mek molek. memmmmang sedap : ) arwah memang kuat, dia dah biasa tanam2 benda ni semua, sebab tu la umur 70 lebih pon dia stil nampak macho dan hensem. gigi pon still cantik. aku pon bercita cita tinggi nak hidup natural cam nenek ngan atok aku bila aku dah kawen nanti. kalau nak makan amek je ape yg ditanam... cam best gituu ^^ hmm2.. x silap aku arwah meninggal sebab terlebih makan supplement : ( itu la, x semua supplement baik untuk badan, banyak makan supplement pon boleh bawak maut : (

ok, panjang pulak cerita aku pasal arwah, rindu la kan ; ) aku sebenanye nak cerita pasal cucu kesayangan arwah, hasan al basri which is abang aku sendiri. sedang aku khusyuk menyapu laman, abang aku klua nak pegi keje... dengan memakai jeket denim, rambut disikat dengan santek, slua pon santek (xtau la brand ape, aku bukan la brand lover cam abg aku. haha) bila dia lalu sebelah aku.. fuuum, hamek kau wangi mengalahkan aku (ok make sense la aku mmg x mandi lagi time tu. haha ^^' ) aku ni.. aku sebenanye agak jeles dengan life abang aku...

life abang aku dari kecik sangat simple, sampai ke u, sampai ke keje, dye maintain jadi simple guy, but yet, he's still happy, and enjoy every moment of his life. why? 'coz he's doing things that he love ^^

abang ni kaki game. dulu time skolah, abang aku penah menyimpan cita2 untuk lari dari amek exam sejarah. kaki game la kan.. mane la minat baca pasal umno ngan sejarah babylon ==' tapi sebab cikgu jamilah dapat hidu niat busuk abang, abang terpakse gak end up kat exam hall tu, mengadap kertas sejarah. hahaha : DDD

abang memang macam tu. kalau dia x minat, dia takkan buat. kalau dia minat, suka, dia akan mengadap benda tu, x jemu2. aku ingat lagi mak cerita, abang ni time kecik2 dia sukaaa sangat melukis. benda yg first dia pandai lukis is ikan. dia lukis ikan baaaaanyak2~ ikan kecik, ikan besar, sederhana, besar gila. semua size ada. hahaha.

and now bila dah besa, dia sangat pandai melukis. aku penah nampak lukisan dia zaman dia blaja dulu. lukisan air terjun. srs hidup gila, aku rasa macam nak jadi pelukis time tu. tapi aku xde bakat la kan.. yang aku tau, lukis donat kek pizza icecream dan benda2 yg boleh menaikkan nafsu makan aku jek. haha : DD time skolah dulu, abang penah jual komik masa hari kantin. laku. aku pon penah jual gak, tapi jual biskot coklat cip jek la~ hahaha : DDD

aku memang kagum la ngan prangai abang yang buat jek ape yg dia suka. abang dari dulu hantu kartun. sampai umur 17 tahun pon, abang still mengadap kartun. ye la, balek kampong xde ps. nak bawak nanti cousin2 yg kecik mesti nyebok. so abang mengadap katuuuuunn jek la~~ ala macam la aku xtau, pakcik makcik aku salu x puas hati abg aku x buat keje... abg aku x rewang... mengadap katun jek. tengok katun dengan muke x besalah pulak tuh, tenang jek tengok kfc hour time tu. aku plak as budak kecik yang bajet anak dare semangat la tolong nenek aku kopek bawang sambil nanges2 tahan kepedihan. hahaha : DD

lepas spm, mak suroh abang mohon matrik. tapi abang xnak. sebab abang minat lukis. abang sangat yakin dengan bakat dia. hahaha. so abang amek dip in animation kat unikl. zaman dia blaja pon best gak. ada satu hari ni, aku tengah tengok tv.

"timah abang nak guna jap"
"hah?"
"abang nak guna tv jap"
"nak buat ape?"
"assignment"

abang aku terus pasang cd. tbe2 kua la kartun jepon ape ntah.. cam ala2 spirited away gitu~ aku pon..

"abang, ni assignment abang?"
"haah"

bapak stylo. tapi ade la dia kena analyse kartun tu.. tapi stylo la assignment tengok katun!!!! kalau aku kena temu ramah org lah ape lah =='





tu la abg aku, sbb dia buat apa yg dia suka, dip dia memang petik jari jek gituuu.. dia ada jugak crite kawan kolej dia ada yg upah pelukis jalanan untuk assignment lukis2. ada yg stress sbb xde idea la.. tapi abg lepak jek. sbb jiwa dia mmg melukis kot.. org2 yg stress tu mungkin suka melukis, tapi mungkin mereka xde jiwa pelukis gitu.. cewah.. n kurang bakat.. kot.. haha : DDD

and sekarang abg dah bekerja. dekat satu kampeni yang bernama les copaque. kampeni ni faymes dengan satu katun... ala yg katun pasal dua org budak kecik botak tu.. abg aku start praktikal time mula2, keje kat kampeni ni la. skarang aku dgr dia da jadi ketua animator. ayah aku ada jugak suroh abg aku join kampeni kawan dia, gaji lagi tinggiiii~~~ tapi abg aku xnak.. sebab dia da serasi ngan budak2 les copaque ni. ye la animator, bukan keje sorang2. abg aku da selesa la dengan team sendiri. bukan senang nak dapat org2 yg boleh jadi team, btol x? duit tu hape la sangat, yg penting kepuasan utk berkarya.. cewah, over lak aku, cam aku lak animator ^^'



apa yang aku nak sampaikan kat sini.. abang aku ni x amek bidang profesional pon.. spm pon x gempak, blaja x luar negara, amek diploma jek.. tapi dia happy dengan life dia sekarang. sebab.. sebab dia buat apa yang dia nak, apa yang dia minat, dan apa yang dia suka. : ) sebab tu la, kita x boleh pertikaikan rezeki Allah. kalau ada usaha, mesti ada rezeki. yang penting jangan pernah putus asa : ) duit bukanlah segalanya. abang aku happy dengan life dia. aku tengok dia pakai smart2 pagi tadi pon... sebenanye aku terdetik jugak...

"pharmacist kena pakai uniform... : ("

hahaha: DDD xpe la, yang penting bahagia~ aku harap one day abg aku dapat bukak company sendiri, and jadi tokey animator yang besaaaaa kat malaysia ni. bia la dia jadi boss kaya, aku lak bleh jadi adek org kaye~ muahahaha : DD

ok, agak mata duitan di situ $.$

xde la.. aku fikir jugak.. time skarang dia bujang.. office dekat, tinggal ngan parents aku.. nanti kalau dia dah ada isteri ngan anak2 canne plak kan2??? xpe, abg otak geliga, kretif dan kritis. dia mesti boleh pegi jaoh. bidang abg ni pon, mmg bidang yg org tengok pengalaman. ada pengalaman, and idea tak kering, mesti boleh pergi jauh punye lah, janji usaha : )

cewah.

dan aku, cikgu jamilah x sabar nak aku dapatkan lesen pharmacy. dia kata dia nak tolong aku kat kedai ubat aku jek. dia nak relek2 jaga kaunter. hahaha, comel jek angan2 cikgu jamilah : ) tapi kena sabar la cikgu, nak dapat lesen, kena habiskan degree ^^'

ok la.. xpasal2 aku boleh post entry pasal kisah hidup abg aku, harharhar: DD ni kalau dia baca ni mesti terharu ; ) [padahal aku nak crite pasal dressing kod abg aku as animator and aku as bakal pharmacist jek sebenanye. heh heh -.-'']
owh, abang aku still single, mak suroh aku carikan sorang awek untuk dia. anda mahu?
hahaha : DDD

yang benar,
timah adik yang baik. hehehe ^^

Monday, December 13, 2010

tiba-tiba rasa ceria, haha

wah. i just came back from a trip. cewah x tau la nama dia a trip ke hape. sepanjang trip tu macam2 bende jadi, n aku sangat eksaited nak update kat blog ^^ tapi aku ngantuk lak skarang, i'll update tomorrow oki ; )

esok dah kena start masak for my brothers, so,

nak makan apa?

; )

Wednesday, December 8, 2010

this one is for nad vizzini and sumai lee


i actually found a picture of donghae and kyuhyun on fb's super junior wall
i edited here and there
and then realize that the picture somehow looks gay =='
so i crop...

and walah! fishy donghae the cutey : )


specially made for nad vizzini and sumai lee ^^

Thursday, December 2, 2010

ayam masak lemak cili api


tak susah pon masak lemak cili api ni : )
jika anda anak gadis yang baru2 hendak memantapkan skill suri rumah tangga kerana sebelum ini anda busy dengan tugas2 harian sebagai pelajar, mari saya ajar anda cara yang simple untuk masak masakan melayu : )

saya memilih untuk masak ayam bagi resipi ini. jadi bahan2 yg diperlukan:

-halia hidup [sebesar ibu jari]
-cili hijau siza kecik tapi pedas berapi [ikut sedap rasa, normalnya 5 kot]
-serai yang diketuk [2]
-santan [1 kotak/sebiji]
-garam secukup rasa
-ayam yang telah dipotong : )

1) tumbuk halia dan cili menggunakan mortar and pestle @ lesung batu
2) masukkan mixture (1) ke dalam periuk. masukkan ayam dan serai. biarkan untuk seketika hingga ayam masak. pastikan anda memasukkan garam agar ayam tidak tawar : ) tutup periuk untuk memendekkan masa ayam masak.
3) setelah ayam masak, masukkan santan. kemudian tambahkan garam secukup rasa. kecilkan api agar santan tidak pecah. gaul2.. or mix homogeneously : )
4) setelah itu, tambah la sayur jika anda mahu. contoh: lobak, kacang buncis, kentang.
5) siap ^___^

senang kan? selamat mencuba!

*lepas tumbuk halia dan cili, tak perlu transfer ke bekas lain, boleh trus masuk dalam periuk. bak kata lecturer indonesia saya yang mengajar subjek pharmaceutikal, "the less apparatus the better. we don't want the residue to stick in too many apparatus. or the medicine will be less dose." macam tu la lebih kurang : ) so xnak la nanti masakan kekurangan kunyit or cili, so tros masuk dalam periuk ^^
*kalau terlebih letak air, masak lama sikit, so dat kuah akan jadi lebih pekat. tapi pastikan menggunakan api sederhana.
*kalau ayam rasa tawar, tambah garam sikit, then masak lagi dgn api perlahan : )
*ini tips sikit2, jika anda ada cara yg lebih simple dan sedap, feel free to share. sharing is caring : )
*a, dan gambar yg ada bukanlah gambar masakan saya, honestly saya punya lebih tempting, sbb tempting sangat x sempat nak ambik gamba, adik saya makan 3 pinggan ==' ini bukan riak ye, jangan salah sangka, tetapi sebagai kata2 semangat untuk anda mencuba resipi simple ini. kita mestilah mengamalkan gaya hidup yang baik iaitu sentiasa berbaik sangka : )



sekian,
timon kyuri.