Sunday, May 29, 2011

kenapa aku nak sepah menang dalam maharaja lawak

assalamualaikum


bila tiap2 minggu tengok maharaja lawak, sepah team paleng konsisten. esok aku nak masuk kerja, neves abes wehhhhh, omg haaaa!!!!! (shuib's style) so nak hilangkan tenshoonnn, hari ni aku spend masa aku yang precious dengan tengok aksi2 budak2 johor ni time diorang kat raja lawak. aku ingatkan mesti ada gak part2 x best, rupenye memang kat raja lawak pon every week konsisten. hahahaha, lawak melayu abes : DDD

kerana mereka aku bangga mak aku orang johor. hahaha : DDD

aku memang nak sepah menang dalam ML sebab:

1. everyweek x mengecewakan.
ko dengar cakap si tuah tu, dia pon hilang entah ke mana
omg haaa
dafi~ dafi~
hahahaha : DDD tgk kebanjiran page2 ML kat facebook. ayat2 kaler biru ni kalau sepah punye mesti aku gelak : DD in fact tuan kamil bila free je suroh aku bukak ML amek part sepah je, aku nak buat proposal research untuk practical pon terbantut (konon) hahaha. x kesah la, aku pon addict gak ngan diorang. ketawa.

2. peserta lain ada reason untuk disingkirkan tapi sepah xde.
nabil- lawak creative. mula2 aku sokong nabil sebab dia paling creative and impressive. walaupun aku x minat nabil, tapi bagi aku dia layak jadi juara (pendapat aku time 3 minggu terawal) tapi bila sampai minggu silent comedy.. nabil dah kureng.. ala nabil : (
jambu- lawak mr bean. ni group x ckp byk pon boleh bagi orang gelak. tapi dia ikut minggu, ade minggu yang dia x best, memang x best. so x konsisten.
jozan- lawak typical. lawak, tapi jadi nombor 1 sebab peminat ramai memang setia. ada gak minggu yang dia kureng, tapi dah pengaruh besar maintain je nombor satu. ye la, brape lama diorang ada kat raja lawak, orang lain sume ada 1 season je, diorang semua season ada.
r2- lawak setanding ngan sepah tapi sorang je yang lawaknya puunnn... slalu yg gemuk2 sikit tu je yg punchline jadi, yang adik tu cam penyeri majlis je gitu.. cam balas gak la, yg gemuk tu je klaka si keding tu x pon. aku still gelak tau tgk hantu makcik karipap time first week, haha, sebab si kedah tu la. oke back to r2, best tapi x adil kalau menang, sebab dah terkeluar. hahaha. tp aku still suka r2. tp diorang still xleh lawan sepah. (bajet aku la penentu kemenangan ML. *rolling eyes)

3. lawak x bosan

like i said earlier, tuan kamil pon addict. tengok banyak kali pon still gelak. memang lawak melayu yg x membosankan la bagi aku : D to me they are the new generation of bujang lapok. tak ke rasa tengok gamba ni cam ala2 ramlee ajish sudin? gelak2.



tapikan sebenarnye semua pon layak menang... semua pon kasi aku gelak suka hati time tension2, tapi bagi aku paling layak sepah la.

oke abes, ada 3 reason je, haha.
bagi aku sepah la paling layak menang among all contestant. tapi kalau dia x menang pon xpela, aku xkan mogok. sebab aku x penah undi pon, tengok kat youtube je tiap2 minggu. haha!

tengok youtube je pon nak kecoh sampai buat entry khas. dah la x penah undi =='

xpe la, kalau sepah baca entry ni atleast diorang terharu, ada gadis comel menyokong mereka secara senyap. hihihi *gelak sopan.

kalau anda x setuju dengan entry ini tak ape la, ini hanya pendapat peribadi. hehehoho. lastly, jep memang stylo suara macam ramli sarip! : DD

ok babai!

Tuesday, May 24, 2011

hey LYNAS radiasi bukanlah sebuah strawberry manis yang sedap



fine aku agak ketinggalan, tapi aku tak rasa ramai yg tau gak. aku dapat tau isu LYNAS ni dari fb, kawan aku ada share video. and aku share back kat wall aku. aku nak amek html xtau camne sebab ni video fb. so aku bagi link je lah kat facebook. in case tak boleh bukak jugak, rujuk entry ayampenyek ni.

it's radioactive, what are they thinking! tak cukup lagi ke dengan isu pemanasan global yg menyebabkan otak aku rasa cam menggelegak bila jalan2 kat luar waktu tengah hari : ( dalam rumah pun rasa cam duduk dalam sauna. nak tambah lagi penderitaan rakyat buat apa. paling menarik speech mat salleh ni:

‎"habislah kisah pasal siapa liwat siapa dan siapa membunuh pompwan monggolia. memerhati kepada isu penting. mengundi utk parti yg menjanji akan hentikan lynas daripada bikin kilang ini"

tu diaaa, mat salleh pon tau berita politik negara!

and then aku tak nak la pcaye bulat2, pasal aku tak tau lansong pasal lynas kejadah ni kan. like mr K always said dalam entry2 cool beliau, jangan mudah percaya bulat2 apa yg anda baca atau lihat, cari kepastian. lebih kurang gitula ayat dia, x sama tapi lebih kurang la. so aku carik la more info.. and anda boleh cari lagi banyak article. just google. ada satu ni aku jumpa, dari UTUSAN:

"Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng."

==''

and carik punye carik lagi, aku jumpa facebook mat salleh tu, nama dia Ryan Albrey. Surprisingly Albrey baru je update status yg berbunyi mcm ni

"Woah. I take back half of what I said in that video with me speaking Malay. New information has just come to hand."

haaaaaahhhhhhhhh??? so apehal? ade la org komen cam nak dapat kepastian. then dia suruh rujuk satu article ni. rujuk sini.


Aku tak tau la mana yg sahih, boleh jadi ada org hack fb mat salleh ni. hahaha : DDD anyways, apa pun yg org akan cakap pasal projek lynas ni: boleh bawak untung ke, malaysia boleh jadi kaya ke, bagi peluang pekerjaan banyak ke TAPI JIKA BOLEH BAWAK KESAN RADIASI I AM CONFIRM AND FOR SURE AGAINST IT! gila. rakyat didahulukanlah sangat, heh.

ada sesiapa yg nak share information, latest update about this issue ke? anyone?

cara-cara membalut hadiah menggunakan kain


assalamualaikum,

hai semua : )
selalunya kita balut hadiah guna pembalut hadiah kertas2 yg cantik2 comel2 tu kan2? and then bila org tu dapat hadiah, koyakkan - end up kertas tu dibuang.. membazir : (

ada jugak penerima yg membuka hadiah dengan cermat, buka elok2 konon2 boleh guna lagi lepas ni. recycle la kan.. then simpan wrapper tu sampai berhabuk. bila nak guna "alamak berhabuk, x sampai hati nak bagi orang, buang je la" or "alamak ni orang dah bagi kite, tak eluk pulak nak bagi orang lain" or "alah dah lama berhabuk kaler pudar, tak cool" so end up buang jugak benda tu =='

so here's a new way to wrap ur gift, at the same time keeping the environment safe. cewah ^^ tengok video ni kawan2: wrap ur gift using kain : )


Furoshiki gift wrapping from RecycleNow on Vimeo.


last part paling aku suka. after this tak payah beli bag we just need a piece of cloth. theehee : D

Thursday, May 19, 2011

ni tiba2 je jangan tanya kenapa



T__T tiba2 sedih.. teringat kawan2 pharmacy : ( penang : ( IKRAM : ( aku nak mintak maaf kat semua, aku x sempat mintak maaf, aku tau aku lambat, tp aku mmg macam ni apa2 pon lambat : ( aku nak mintak maaf kalau aku termasam muka, ter tak bagi respon, terlambat buat apa2, terlepas pandang kerja, terguris hati, terlalu straight forward, tergurau kasar, aku minta maaf. u guys being so great, penang memory's the best moment ever T______T

ezah, bela, kn, ummu, azi

aku mintak maaf : (

aku mintak maaf : (

aku mintak maaf utk segalanya. korang kwn2 terbaik, aku tak pernah rasa nak ulang balik masa, sebab aku

redha dgn semua perkara but right now at this moment aku rasa sangat2 nak patah balik masa.

naik BEY pusing round about byk2 kali. cakaaaapppp byk2 non stop even esok ada test, tengok majalah 3 and pity those yg kena volcano even esk ada exam, makan biskut hupseng cicah milo atas ehsan khairun nadiah, kadang2 cicah teh azi, pinjam shawl ejah, amek mekap mekya ngan bella

kadang2 aku x feed kocci, thanx guys for feeding him, he's missing u guys : (

skarang ni feels like sleeping kat ruang tamu rumah : ( kat situ la tido kat situ la makan kat situ la bebel kat situ la study : (((((

nak tidur mesti gelak2222 then diam tidur..

pagi2 tiba2 khairun lempang aku dengan gaya cam nak tanak lempang kesian kat kawan dia yg serba lambat ni

sorry semua, aku slalu letak alarm bunyi macam2 tp x bangun pun

sorry jah, ak slalu lambat, sorry everyone aku slalu lambat...

ya Allah bimbinglah mereka kesemua sahabat yang pernah kukenali ke jalan yang selamat aku mencintai mereka demimu. lindungilah mereka ya Allah.. sayangilah mereka

T_______T

i never felt this sad... u guys been so great, aku rindu sangat2...

bangun lewat.. rushing for class.. masuk class carik sape bawak air.. take 5 cari makanan nak kunyah, gosip2 jap kat luar sebelum masuk.. kadang2 lepak ls pulak... lpas klas carik plug utk on9 T_________T bila lagi nak buat macam ni?

everyday pulak ada je cerita nak tgk kat tv, takde cerita nak tgk kita boleh buat cerita, masing2 ada bakat utk jadi producer

T____________T

everyday carik line abc corner. crita2 pasal anney depan rumah, bajet nak being nice to them.. end up.. hehe, masalah komunikasi, they're lack of malay education..

keropok durian pop pop, benggol, drive thu, muzzafar akbar...

haha : (

kenapa kenapa perpisahan ni sedih..

owh...

coz it's perpisahan T_____T

good luck for everything guys, have a happy life, always : )

Tuesday, May 17, 2011

doodley dooo


assalamualaikum.

duduk rumah tak tau nak buat apa : ( but i'm super excited about the upcoming movies ^___^

this week movie: NUR KASIH THE MOVIE.
next week movie: DIARY OF A WIMPY KID 2 RODRICK RULES

im super excited dengan both movies. plus someone's sending the diary books, full set book 1 until 5. yeehaaa ^_____________^ tangkyu tangkyu tangkyu sow much for the books, the awesome! walaupun aku tunggu beberapa bulan untuk kau hanta, and at last the books are on their way to mamah~ heheheheheheheheh. super excited ^^

well i honestly tak tau nak buat apa right now... bangun masak kemas rumah, bace komik.. then online baking life tumblr.. tumblr.. newtab reblog newtab reblog newtab reblog... tumblr... tunggu mr K update blog.. reblog some more ==' aku ada je assignment yg lecturer aku bagi, bukan2, bukan assignment, more to fyp(final year project) sebenarnya. tapi tak start apa2 lagi, gyahahaha~

then aku teringat aku ada save satu gambar from tumbler few weeks ago.

tuuu diaaa~~~

so this will be my new project, gyahahahahahaha. mengujakan gila tgk benda ni, hari tu time save gamba ni aku tgh final, sabaq2~~ plan nak bwat time cuti, hari ni baru tringat. cis. ketinggalan 2 minggu ==''

okeyla, tujuan aku tulis entry ni saje je nak show off project yg mengujakan ni, (mengujakan bagi aku la kot) jom la kte lukish shame2~ hikhik : )

so less time to re-blog sebab esk nak start my mini project on drawing. and my fyp. mweh heh heh~


ok dats all, babai!

Saturday, May 14, 2011

the environment

the moment when you see your friend's pictures with beautiful scenery from oversea.

benci benci benci tau tak

when that moment came, kau memang rasa nak patah balik masa, bwat betul2 paper spm.


sebab tu la aku tak suka stalk, aku cepat jealous. bila aku jealous aku akan kurang bersyukur.

astaghfirullahalazim.

aku nak habiskan je cepat2 practical aku ni.

hari tu kak myra senior dip pharmacy aku datang rumah pinjam nota2 pharmacore and chemistry. dia kata dia amek A level. kak myra like any average student could not further her degree study since her pointer didn't fulfill the requirement. cam aku bagitau hampa seblum ni lah, nak further degree farmasi MESTI capai tahap 3.8. yes people 3.8.

jadah.

''rasa cam wasted gila, dah la requirement untuk ke dip tu sendiri tinggi. tengok la kawan2 kita, result spm diorang bukan main2, last2 jadi macam ni. dengan result spm diorang diorang boleh pegi jauh sebenanye kot"

yeah no kidding, kak myra memang btol, klas aku je ada brape org yg 10A time SPM dulu. sayang sangat la.. mmg patutpun aku pegi mana2 mesti orang tanya aku apasal amek dip. well dulu before aku amek dip memang dah dijanjikan budak2 dip ni priority lebih ble nak ke degree compared to matrix/dan yg swaktu dgnye. number 2, dari dip requirement nak ke degree hanya 3.5 and kalau x capai 3.5 skalipon boleh kerja slame 1 or 2 tahun depends on pointer. thirdly, kalau amek matrix requirement nak ke degree pharmacy tersangatlah tinggi plus persaingan sengit plus dia lebih utamakan bdk dip plus matrix susah. and atas sebab2 di atas ni la aku amek dip. and lastly billlshoot semuanya, penipu. ye orang boleh berubah, same goes to life, rules and regulations, and syarat2 nak further degree.

menyampah.

and tau tak ape jadi kat senior aku? time practical ni dia amek A level kat ipts, rm 10, 000 people. ''kalau akak dapat scholar akak dapat kurangkan ke rm 3, 000 la'' haha. still a lot of money la kak : ( dia cakap dia amek entrance exam, cost her rm 800. oh mai 800? for entrance only??? : ( sedih aku dengar. life is not easy people, nak blaja pon bukan senang tau dak, nak masuk pon payah, blajaq apatah lagi. ''tu pon kira murah timah, ipts lain lagi mahal"


"tapi kan timah crita kita ni ok lagi, ada budak yang lagi kesian. akak dengar diorang nak mansuhkan jawatan assistance pharmacist. so nak taknak budak dip ni kene gak further degree. tu takpe lagi, cuba timah fikir budak2 ipts yg amek dip. time dip diorang dah kena bayar 60, 000. tak mampu hutang. pastuh nak degree tak boleh sebab dah berhutang banyak. cube bygkan nasib diorang kalau kerajaan btol2 mansuhkan assistance pharmacist. kesian"

=='

ok aku betull2 bersyukur sangat2 dengan apa yang aku ada hari ni, at least i still have choices. alhamdulillah alhamdulillah...

xpe la, aku percaya setiap perkara ada hikmahnya. aku bersabar and bersyukur je dengan apa yang ada. mungkin ada hikmahnya. aku just nak habiskan je dip ni, degree aku mungkin tak amek dah farmasi, tak mahu tak mahu. tak mahu aku pergi endon sebab farmasi saje, aku lagi rela amik subjek lain. dengar kata malaysia memerlukan fisio, we'll see lagi stahun pekerjaan tu still hot cake or not.

aku still bersyukur dengan apa yang aku ada, atleast aku ada gak ilmu pharmacy, mungkin kalau aku amek matrix ak xlepas nak pegi degree, mungkin kalau aku lepas pergi degree aku tak lepas time bwat degree. atleast skarang aku dah ada ilmu tentang dadah ni. aku tetap bersyukur dengan apa yang aku lalui.

perjalanan hidup kat dunia ni tak bawak apa2 makna pun melainkan dalam perjalanan tu aku ada invest untuk akhirat. aku tak kesah la aku tak dapat degree farmasi ke, ape, aku tak kesah. sistem pembelajaran kat malaysia ni memang huduh. since darjah satu. bdk skolah rendah diajar science and math in english. untuk kanak2 bandar yang selalu tengok ben 10 dengar kakak gossip in english tengok ayah baca surat khabar new straits times boleh la kot survive. tapi untuk kanak2 luar bandar cemmana? aku tengok berita tv3 tadi kerajaan nak amek cikgu b.i luar negara untuk ajaq b.i kat kanak2 luar bandar. hahahahaha. dey, kalau dah environment xdak, bagi la top world class cikgu pon, x p mana la woi.


UNESCO dah buat kajian dah, kanak2 lebih perform kalau diajar dengan bahasa ibunda, dah byk prove oleh negara2 lain. boleh baca article full kat sini.

sistem pembelajaran kat malaysia memang terok. aku nak je kahwin, brammbos tros, da la sistem terok, gajala social jadah banyak, memang environment kat malaysia sangat terok untuk anak2 kesayangan aku membesar. kata seorang kawan kepada ayah aku punya kawan yang skarang menetap di UK,

Malaysia ni memang negara Islam, tapi I can't see any Muslim or any Islamic life in it. I rather choose one big country with small proportion of Muslims yang betul2 amalkan cara hidup Islam dari sebuah negara yang dipenuhi umat Islam tetapi Islamnya mereka hanya atas nama.

: ( aku setuju dengan pakcik ni. next year aku 21, aku xtau la nak mengundi untuk siapa. tugas kita sebagai penduduk negara memang wajib aku tau, kita wajib memilih pemimpin, tapi calon2 semua pon tak macam khalifah, cemmana nak pilih?

honestly i love malaysia but hate the environment.

dats all babai.

Friday, May 13, 2011

kongsi

aku dah tengok KONGSI: LU LANGSI LU MATI

ada brader ckp kat aku mr K blogger faymes yang menjadi salah satu sumber inspirasi aku ada update entry pasal filem ni. oh tapi masa brader tu cakap kat aku dah terlambat, sebab aku dah naik eskelator sikit langkah lagi nak sampai depan kaunter nak beli tiket.

mr k macam tak puas hati dengan filem tu.. mungkin sebab dia tonton 2 filem and both x dapat meng-happy kan dia. burn duit $.$

and this is my comment to mr k's latest entry

why why why saya rasa filem ni ok je, we had fun watching it. satu panggung memang gelak habis. sorry to say, but thank god i didnt read this entry before masuk panggung tadi.

aku nak komen kat entri dia tadi.. tapi x jadi, sebab aku suka belog dia, xnak bagi komen negatip. haha

cis, i hate myself.

dah la, apa yang aku dapat blaja dalam situasi ni, jangan baca mana2 entry dari mana2 blogger or dengar komen dari mana2 orang awam tentang sesuatu filem before watching it. i had fun, i love the movie. well memang la agak tergantung lack here and there but still as long as aku had fun, aku enjoy filem tu, filem tu dapat hilangkan rasa sedih aku, i got no problem, lansung.

to those yang expecting too high, asking why this why that, here's my advice: anda beli sajalah tiket filem2 yang kos mahal dijanji memuaskan hati penuntun tiada silap cacat cela. gituuu~

as for me, sebab aku tau tu filem gile, thats why aku x expect tinggi kot, aku expect yang filem ni klaka n mampu bwat aku gelak. tu jek. n true, aku mmg seriously gelak habes, same as the whole panggong. panggung aku mmg pecah perut tadi. hihihi. so my memory with sam, aizad, pakcik tua kurus keding penang, fida, fizo was a good memory, not as bad as mr k. dats why la aku tkejut bila melihat mr tulis something negative pasal movie ni. ni la first time aku x brape stuju dgn mr k, haha.

bialah, movie je pon. mr k tetap terbaek.
hihi.

ok babai.

Monday, May 9, 2011

5 sebab kenapa gadis melayu suka apek korea

bismillah.
assalamualaikum.
last week aku ada nampak sorang brader pemilik satu blog yang kool ni post pasal korean artists. dia ada tertanya-tanya kenapa gadis-gadis melayu hari ini ramai yang jadi kipas susah mati apek2 lencai korea. well brader tu not the first to ask.

ramai lelaki-lelaki melayu di luar sana yang tertanya-tanya apa la yang ada kat apek korea keping tu sampai beribu ribu gadis melayu menukar gambar profile picture facebook mereka kepada gambar jejaka yang menetap di negara yang berpuluh ribu kilometer jauhnya. bukan stakat profile picture, malahan status facebook juga sering di-update dengan perkataan-perkataan asing seperti 'oppa saranghae!!!' 'chencha bogoshippoyo' 'himnae' 'kamsahamnida chinguya : )' dan macam-macam lagi... btoi dak???

kemudian lelaki-lelaki melayu mulalah tidak senang duduk kerana merasakan ramai gadis melayu mula tidak meminati mereka. maka wujudlah...


*puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke puke *
eeeeuuuuuwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!!
(omai, aku tros delete gambaq huduh ni lpas upload. erghhhh, *pukesomemore)

so para jejaka malaya yang tertanya-tanya awat la gadis-gadis sopan ayu comel molek malaya suma ni boleh suka minat sangat kat apek2 korea, apa lebihnya depa sampai boleh wujud group wannabe (seriously jangan la buat macamni, kena kutok kaw2 oiiiiiiiii, am## maharaja lawak pon tak kena kutok cam ni *eheh jahatnya aku)

meh aku bagi 5 sebab gadis-gadis melaya mencintai apek korea...

1. mereka kacak dan comel lagi bergaya, tak perlu work hard untuk tampil dengan imej yang indah bak bidadara turun dari kayangan

oke, ayat aku cam over, tapi basically macam tu lah. walaupun semua tu luaran je, tapi dah nama artis, mesti la kita nak minat yang cantik2 hensem2 yedok? ala macam la taktau kat bilik korang (lelaki-lelaki sejati) pnoh ngan poster ana rafali n lisa suringhani. bila tanya kenapa minat lisa surihani "dia kiyyyyuuuuuuttttt!!!! x rasa dia kiyut ker?" *rolling eyes. so sama lah kita, kalau anda boleh minat lisa surihani kerana dia cute, and ana rafali sebab dia comey pegang gitar pakai baju kurung cotton bunga kecik2, gadis2 juga meminati lee minho kerana kekacakannya. biasakla manusia, tertarik dengan beauty.

hensem2 dan kacak macam kat atas ni, awwwwwwwwwwww mesti la sukeee!!! and then suddenly something like this appear

tak ke rasa nak lempang? erghhhh.
kalau ye pon nak wujudkan 'k-pop malaysia' cari la yang cam danny x-factor ke, yusry kru, baru la tak rase nak kutok. bukannya takde cute guys kat malaysia ni, awat la pakat pick ja oghang keding lidi xdak daya penarik LANSONG. ibaratnya macam peminat2 ni juri nak pilih miss world, korean stars tu aisywarya rai, priyanka chopra and susmita sen and then budak2 dalam gambar ni plak... em tak perlu la aku teruskan, u get the point.

2. muka licin, sumber inspirasi untuk kekal cantik.

seperti semua sedia maklum, orang korea memang memiliki kulit yang cantik atas faktor cuaca dan pemakanan mereka. bayangkan kau perempuan, pastu kau suka sorang laki yang kulit lagi cantik dari kau. tak ke rasa tercabar?? dulu masa mula-mula aku minat kim hyun joong tiap2 malam aku pakai krim pemutih safi balqis, sebab malu oppa lagi cantik dari aku. theeeheeee. dalam konteks lelaki pulak, bayangkan korang ada awek tapi awek korang lagi kuat dari korang, rasa tercabar x? ok fine ada yang rasa bangga, tapi tak ke rasa rendah diri kalau orang puji2 awek korang lagi kuat dan gagah dari korang. so ape function korang? hahaha. lebih kurang camtu ler.. falling in love with korean stars can be a good thing you know, kalau dari sudut pandangan positipnye la, aku kan optimis.

kim hyun joong

so in case anda2 jejaka malaya yang ada awek kipas susah mati sama apek korea, usah gusar! apek2 ni can only be their inspiration to upgrade their beauty gitu.. takkan la nak jadikan korang yang kulit masculine sawo2 matang tu as sumber inspirasi untuk jadi lebih cantik ye dok? plus, diorang minat dari jauh je punn, kalau apek ni datang malaysia punn bukannya awek korang boleh ''hai lencai, nak email boleh, nanti malam ni i skype u okiii. hihi ; )''

3. funny

korean stars memang faymes dengan reality shows. and seriously they're funny in it, no doubt! tak tau la kalau depa blakon ja, tapi antara sebab aku minat super junior pon pasai depa lawak nak mampuih, n antara sebab kawan2 aku bejangkit dgn penyakit 'gila minat brader korea' ni pon pasai depa tengok reality show yang klaka, gelak sampai tak ingat bahawa ketawa boleh mengurangkan ilmu. theehee. antara reality show yang menjadi ajen virus penyebaran cinta apek korea: EXPLORER OF HUMAN BODY and banyak lagi, boleh tanya rakan2 gadis yang kipas susah mati sama apek korea.

4. killer smile

killer smile ni kan bila sorang jejaka senyum, awek tu rasa cam jantung dia berhenti bwat seketika. or cam rasa ada electric shock skit dalam jantung dia, or rasa cam melayang, or rasa cam dunia behenti seketika. ni bagi pendapat aku la. senyuman dia boleh bwat kita separa mati gitu, lebih kurang la... dulu time mula2 aku gila minat apek korea ni, first person yang aku suka is kim hyun joong, and antara reasonnya is his killer smile. tuuu diiiiaaa~ ahahaha.. cakap kencang pon x guna, meh aku provekan dengan gambaq




respon biasa yang budak laki cakap kalau tengok gamba2 cam kat atas ni: "eiii cam gay je.." yala pasai hang tu laki2! oke aku mengaku ada gak budak perempuan yang cakap benda yang sama. tapi bagi aku, budak perempuan tu mesti tak minat lelaki kulit putih, sebab tu la dia cakap camtu. dia mesti jenis yang suka lelaki kulit sawo2 matang gelap2 maskulin gila kental turun padang badan peluh2. biasala, minat dan tahap kecantikan tu berbeza di mata setiap insan.

5. romantik

ni point aku letak atas ape yang orang cakap. tapi honestly aku minat diorang bukan sebab romantic. tapi sebab 4 points yang kat atas. mungkin point ni gadis2 lain kot yang minat. aku tak.

***

honestly, atas 5 point yang aku hujahkan, abang2 apek jambu korea memang ada kelebihan berbanding lelaki2 melayu. memang geram la tengok apek comel kulit cantik mata lawa. tapi itu tak bermakna anda lelaki melayu harus menjadi seperti mereka. sebab, akhirnya di hati gadis melayu tetap akan wujud seorang lelaki yang berbaju melayu lengkap dengan songkok dan sampin.. honestly takde lelaki yang mampu mengalahkan kekacakan mahupun ke-smart-an lelaki melayu yang berbaju melayu lengkap

mesti ada orang cakap "ala letak gamba asyraf muslim, memang sah2 la dia hensem"
listen, cayo la cakap den, baju melayu lengkap mampu mengacakkan seorang jejaka. korang yang muka pecah sekalipon, kalau pakai baju mlayu lengkap still nampak smart. dengan syarat mesti lengkap la, kalau pakai baju mlayu sampin tapi tak pakai songkok still bagi aku tak smart.

pastu kalaupun mat salleh pakai baju melayu.. memang la nampak smart, tapi still lelaki melayu lagi smart. cuba tengok david archuleta pakai baju melayu. hihihihi, comel jea.

lagi satu, cuba pulak search tengok asyraf muslim pakau tuxedo, aku still rasa dia lagi hensem and menawan dengan baju melayu. haha.

so jejaka2 melaya out there, takpayah la rasa gusar dengan apek korea yang menjadi kegilaan gadis2 ayu comel sopan alaf ini. depa minat pon stakat minat ja.. korang tu jadi la diri sendiri, toksah dok kalut nak tiru depa. ni aku pi mall ada gak mamat kempeng yang bwat toncet bajet lee teuk. ewwwww, geli paham tak?

and maksud aku jadi diri sendiri, jangan la merempit, merokok atau buat sesuka hati apa yang rasa nak buat. cuba jadi lebih baik, jaga iman, jadi lelaki muslim yang sejati, anda pasti menjadi idaman semua gadis seantero dunia. sebab in the end, setiap gadis mahukan seorang pendamping yang mampu memimpin dan membawanya ke syurga, yang tahu hala tuju hidupnya, yang akan menjadi seorang pemimpin yang baik untuknya dan anak2 : )

so jaga diri sebaik baiknya, sebab lelaki yang baik ialah untuk perempuan yang baik. lelaki soleh untuk perempuan solehah. anda pasti mahukan seorang solehah sebagai isteri bukan? jadi usahalah sebaik mungkin untuk menjadi seorang yang soleh. bukan usaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang lelaki keGILAan ramai, nak ke dapat isteri GILA? haha : DD

sekian, ampun kalau ada terguris hati, ber-blog hanyalah untuk mengekspresikan apa yang terbenak di minda dan hati. cewwwwah.
as-salam.
peace : )


Tuesday, May 3, 2011

ketam yang jalan mengiring

salam.


hai.
just now aku tengok gambar2 budak2 farmasi. sedeh weh, budak rumah aku pulak pasang lagu JAUH KAU PERGI, homai homai lagi la sedeeeehhhhh : (( lopeh ni xdak daaahhhh penang life. no more kuliah, real dadahs here i come!

btw petang tadi ada briefing practical, aku dah dapat jadual practical, first department would be satelite pharmacy. phuuuhhh, alhamdulillah, somehow aku bersyukur dapat satelite, buatnye dapat TDM TPN, jenuh aku nak masuk clean room.
(TDM- total drug monitoring. TPN- total parenteral nutrition)

kenangan manis sem terakhir: Young Entrepreneur Day: Best Faculty ov all: Faculty ov Pharmacy : )


anyways, aku tetap eksaited nak pergi prektikal, walaupun dalam hati tuhan jela yang tau betapa cuaknye aku, yela ilmu dadah aku tak la sepower kawan2 yg lain. xpe, kite amalkan konsep Redah kasi Pecah, konsep utama aku n Azi survive semua tests n quizs. hahahaha : DD apepon, nanti i pakai baju prektikel, i'll show u guys, hihi. *kalau x segan la. muke aku tak la secantik fatin liyana nak posing2 upload kat blog. ha ha.

so....... aku dah habis packing, mak ayah aku dah hangkot dah semua barang2, habis semua dah sent to shah alam, skarang tak tau nak bwat ape. hahaha. aku nak update satu entry khas ni, nantikan. hehehoho.

kelmarin mak ayah aku datang, tuan kamil kata nak makan seafood. aku ajak pegi ahmad seafood. ahmad seafood memang faymes among uitmpp students sebab kedudukan dia terletak tak berapa jauh dari kampus kami. agak2 cam depan uitmpp gitu. so students yang duduk kolej and xde kenderaan yang rasa dah muak ngan makanan cafe, xtau nak pegi mana pegi ahmad seafood je laaaa~~~

aku dalam 2 tahun hidup kat penang ni pulak, tak pernah makan kat situ, walau sekali pon. hahaha. bila Tuan Kamil cakap nak makan seafood, aku tak tau nak bawak pi mana, aku bukannya tau jalan pon, so AHMAD SEAFOOD je la! "timah tak penah makan kat situ, tapi kawan2 sume cakap situ sedaaappp" theeheee ^^

Tuan Kamil, Cikgu Jamilah and 2 budak kecik datang nak ambik barang sebenarnya. 2 tahun barang den kat penang ni dah memenuhi hampir separuh Toyota Unser haa... kikiki :p

guess what tuan kamil memmang suka, puji2 abes la tomyam situ. agaknya sebab tempat tu mmg org klate yg masak, so memenuhi cita rasa lidah tuan kamil kot. keeheeeee. bagi aku sedap la jugak tomyam tempat tu, tapi palleng best dia punya KETAM BAKAR. pehhhhhh, dengan banyak isi, manis, panas, memmmang sedap. aku selaku peminat setia ketam memuji ketam bakar yg ada kat ahmad seafood, masak ketam terbaik la weh! rugi2, 2 tahun ade kat sini last days baru tejumpe. xpe la kalau jumpe awal2 pon bukan bole slalu makan, ketam mahal kootttt =='

ni gambar google, google je la yg mampu nak bwek cemmano kamera den rosak : (



tempat korang ada ketam bakar kewwww? hahahaha : DDD


Sunday, May 1, 2011

pre-graduation night

bismillah.

hi!
like i said, blog aku akan dipenuhi dengan gambar2 kenangan buat sementara waktu. well2 nak bwat cemmana, i love penang so much yaw! rasa taknak balik, tapi still tak sabar nak say goodbye. harharhar!

walaupun 2 tahun as diploma pharmacy student bukanlah satu benda yang senang, banyak benda sakit, susah, rasa putus harapan, payah, nangis, kecewa, geram, tapi above all ada banyak kenangan maniiiiiisssss menenggelamkan semua benda2 pahit2 kelat cam rasa typical ubat2 yg terdapat di pasaran. theeheeee : D

so in this entry, aku nak show off sket our PRE-GRADUATION NIGHT held on april 15th, cititel hotel. 15 april, a day before muet. tuuuuuuu diaaaaa tension2 muet pown boleh bikin event lagiiiii, kikiki : )

ouh the night was awesome, aku tak pernah rasa enjoy join program SOPHYS-society of pharmacy students sebelum ni, walaupun aku part of committee (gelak) srs aku mmg x suke join program SOPHYS, pegi sebelum ni pon cam kena paksa, rasa cam nak blah pegi program IKRAM. haha! (patotla amin slalu perli aku b4 this, dah aku x suke xkan nak pakse yedok. btw amin ni presiden sophys. eh2 jahat pulak aku, da la dia baik je tak penah marah aku walaupun aku salu siapkan surat lambat and emo2 kalau bagi aku keja last minit. hahaha. sorry amin.) tapi kan tapi kan, that night aku sukeeeeeeeee sangat, x macam program2 sophys sbelom ni, aku suke event tu, ntah cam happy gila semua senyum semua gembira : )

cuma aku tak paham tiba2 event manager which is president SOPHYS (amin la) tiba2 dtg kat aku "timah ko rasa ok x malam ni, aku rasa tak ok, aku tak puas hati" ei chill boleh x? hahaha. aku cool je tenang2 kan dia. biase la event manager, dia yang handle mesti la dia tau slack kat mana. tapi orang yang join lepak je gelak2 tak amek kesah pon. as long as people happy, why would u feel worry?

and and and that night bukan students je yang melaram habis2san, pensyarah pon sama hokeyh, vogue habis, tak sangke i, hihihi : ) paling aku gerram of coz la anak2 mereka (tak kan la suami mereka pule ye dok? omai aku tak penah terfikir, hahaha)

ni favourite aku, nama apa ntah, aku panggil dia chibi! cam chibi maruko, ei geram btol aku, sanggat menggugat naluri keibuan aku okehhh, sanggat!




chibi is trying her best to catch the balloons!





hahaha. dua gamba ni memang. dia ni dah tau comel, dia sengaja jatuhkan diri, semua org pon macam gerrraaaammmmmmmmmmm, ei comel sangat! pastuh semua cepat2 kluakan kamera catch catch! dia bangun lari2 pastuh sengaja jatuhkan diri telentang lagi! omai, baby tau la awak tu comeeeellll!!! ergh!

yes, incase anda tak tahu, dia lah yang wujud dalam profile picture hamba, ni gamba time family day kat pantai kerachut, penang : )

and this is amira jemal, with grenade : ) [abe hok tepi tu fazdu, abe klate, ado gewe dohhh.. hihi ]


a ni pulak band budak farmasi, the suppositories. hahaha : DDD [l-r: pidi, qaiyum bekap singer, kader solo, mark kepa as drummer, fazdu doh ado gewe, and lastly syakir anak makcik zana blakang rumah den. haha, tak sangko den syakir ni pandai main gitar : p]




oh lupa pulak nak bagitau tema malam tu masquerade. tapi meja aku tak pakai topeng pon, semua pakai tiara miara bajet princess, hahaha : DD funny thing, the whole night aku tak nampak pon diorang yang beli topeng2 cantik2 cun2 tu pakai, ade la 2, 3 orang, tapi kebanyakannya masked off. compared to us, always tiara onnn. theeheee : )


okey thats all, im gonna miss these people, love u bebeh. bye!