“Allah knows exactly what to give you to help you return to Him. The events in your life are purposeful, appropriate & non-random.” - Shaykh Hamza Yusuf
Wednesday, January 19, 2011
1801 and three surprises
18 january 2011. i'm officially 20. bye2 teenage dream. tapi setakat nombor, ape de hal.
cumenye.. dah 20 tahun aku hidup di bumi Allah ni.. aku fikir, banyak mana perkara yang aku buat memang diniatkan lillahita'ala?
memang la, solat puasa semua confirm2 la niat kerana Allah.
tapi benda2 biasa, cam makan tidur.
kata orang semua benda pon niat kena betul.
and Islam is the best way of life. bila niat betul, perkara yang kita buat pun InsyaAllah diberkati.
aku fikir, salah satu faktor orang Islam sekarang ada banyak masalah sebab niat x betul.
niat kita bekerja kerana apa, belajar kerana apa, makan kerana apa, pakai kerana apa, cakap kerana apa, segalanya kerana apa.
jujur kalau disingkap balik aktiviti2 harian aku, berapa banyak yang aku aku buat niat jujur kerana Allah
umur dah 20, ape je yg aku dah buat...
perkara pertama yang aku fikir bila umur aku 20, aku KENA ubah niat aku dalam semua perkara.
and keduanya aku nak balas semua comment kawan2 yang wish aku kat facebook. last year aku x baca pon wish diorang, sebab ramai sangat yang wish ^^'
ketiga aku nak join lagi banyak program2 berfaedah lpas ni. program IKRAM, SOPHYS, usrah kakak aku, aku nak join. sebab ni semester akhir aku, bila lagi aku nak datang penang. n bile lagi aku nak ber-program???
somehow aku rasa sayang sangat kat tempat ni. walaupun jauh dari rumah.. aku sangat jeles kat FATIN HILMI, dapat uitm dekat, bleh salu balik rumah masak2, dapat improve skill rumah tangga. aku jaoohhh, jumpe mak jarang : (
and aku juga niat bila cuti aku nak spend masa dengan mak, sebab bila lagi aku mampu berada bersebelahan dengan dia. urut dia, gosip ngan dia, dengar masalah dia, gelak dengan dia, shopping bahan rumah ngan dia, masak dengan dia, buatkan air untuk dia. bila lagi? time cuti je la. sebab tu la aku x mohon jadi pm, and aku jarang klua dgn kawan. sebab aku nak ada memori ngan mak aku. memori yang aku akan slaaaalu rindu <3 nanti dah kawen kene duduk ngan abe, xleh duduk ngan mak : ( sian mak, dah la aku sorang jek anak perempuan dia. agaknye sebab tu la kot dia tekejot and tak setuju bila aku selalu post status2 pasal kawen awal kat wall fb aku dulu. ^^''
alhamdulillah cuti sem lepas aku dah laksanakan niat suci aku nak spend more time ngan mak aku yippy!
weh fatin hilmi, aku jeles ngan kau! okey enough crite pasal kejelesan aku terhadap minah cantek tuh.
hari ni bday aku kan, aku dapat 3 kejutan.
1st time meeting mt IKRAM.
salunye IKRAM, kalau awl tahun dia raikan bdk2 bln jan. cam beli satu cake, raikan ramai2~~ tapi time meeting lpas, dyerg prank aku, n nyanyi lagu happy befdei tu ntok aku sorang. phuaaaa~~ srs terharu ; ) dengan mr s yang prank aku, cakap benda2 yg aku x paham pon sebnanye. hahaha~ weh, aku marah kat kau s, kureng.. padan muke x makan kek aku. haha.
okey 2nd, wif classmates n cos mates.
aku ingatkan depe ajak aku gi pantai sebab nak sambut bday fazu, jejake klate yg sipi2 jek nak jadi twin aku. dia 17. aku memang igtkan nak smbut bday dia la. tiba2 dah sampai, kwn aku tutup muka aku gune topi dye. "wehhh!!" bawak la aku jalan ntah mane, bukak jek topi.. TADAAA!!! amek kau dgn sate ayam, corntos, air, nasek himpit, kuah kacang. indulgence yg berlilin, dgn kawan2 ramai2 nyanyi lagu selamat. phuaaahhh terharu.. lagi ; ) tapi aku tgk kek tu ada nama FAZDU & TEMAH. la.. kek kongsi. hahaha. thanx to awek fazu la. aku rasa dye nak celebrate bday abe dye, tapi alang2 sambut la bday aku skali. thanx la pika, and housemates aku, srs terharu weh. sate ayamm memang sedap : )
and the 3rd one.
dapat bunga ros : ) pegi kelas hari ni asik teringat bau bunga ros jek, wangiiii : )
tu la, 3 kejutan. aku x sangka lansung bday ke 20 aku ni akan jadi bday yg saaaaangat sweeet : )
thanx friends for giving me a good memory,
for not throwing any eggs n flour, for keep wishing me all day long
[n honestly im not tired of saying thank you]
im sooooo happy today, i cant stop smiling : )
just one thing.. mak aku x wish aku lagi : ( cikgu jamilah mesti lupe ni, dia salu ingat bday aku 18 february. ei ape la cikgu jamilah : ( tapi aku xnak kol dia, sbb aku x beli tiket bus ntok cuti cny ni lagi, nanti dye mesti marah. hahaha : DDD
xpe la, mak x wish pon timah tau mak sayang timah, kan? btol x? : )
aku tetap happy : )
and so, tamatlah hari lahirku dengan kegembiraan.
aku sudah 20, banyak benda yang perlu aku baiki.
kerana aku sudah dewasa.
peh, poyo. xyah la poyo sangat timah. nak berubah bukan dengan cakap, tapi dengan sikap.
oki?
arasoh?
deh : )
ok dats all people, have a wonderful n ahmazing day : ) terimalah kasih sayang dari gaadis hari jadi: mucho mucho saranghae!!! : ) hehehe
yg bonar:
fatimah zahrah.
[yg sudah berusia 20 tahun]
*teringat sambal ikan bilis masak petai mak. ala rindunye : (
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tula pasal, aku pun igt birthday kau 18 feb.
ReplyDelete^^'
ReplyDelete