Monday, January 24, 2011

ini namanya cabaran


-pakcik tua minta duit di premis2 makanan
-anak kecil yg menjual kismis dengan muka yg sangat kasihan
-orang kurang upaya bermain alat musik di tepi jalan

masa kecik, aku slaaalu rasa kesian kat golongan2 atas ni. 20sen pon jadi la, asalkan menghulur. at least aku tolong siket. time tu kecik lagi lakan, duit x byk.

one day aku tengok crite endon, yg ada budak kecik nama nabilah tu. ada satu scene ni, nabilah ngan buk arini dalam krete. ada org miskin datang minta sedekah time lampu merah kat trafic light. buk arini x bg duit. nabilah tanya kenapa. buk arini cakap org2 yg mintak sedekah tu ada kuderat, diorang masih mampu berusaha cari makan.

somehow benda tu terkesan kat aku. since that day, aku x bg pon duit kalau org mintak sedekah. sebab since that day aku jadi paranoid. tambah lagi aku penah nampak budak2 jual kismis tu bagi duit2 yg diorang dapat kat sorang brader ni. pastu brader ni re-fill kotak kismis yg tinggal saki baki. then budak ni jalan n jalan lagi. dengan menggunakan suara yg serak2 basah, menagih simpati pada org ramai. katanya mak dia sakit tenat, xde duit..

memang lepas tgk scene buk arini n scene brader re-fill kismis tadi aku jadi x pecaya lansung dgn mana2 manusia yg mohon sumbangan ikhlas.

tapi 2 3 hari ni membuka mata aku. bagi mereka yg berpendapat sama cam buk arini, aku nak pesan something.

rezeki semua orang tak sama. ada yang dah usaha, tapi mungkin takdir Allah, dia tak boleh buat apa2. mereka x mohon banyak, kita tolong sikit pon duit kita tak luak mana. andai mereka bohong sekalipun, itu urusan mereka dengan Allah taala.. janji kita sebagai saudara muslim, apa tugas kita? kalau di akhirat nanti Dia persoalkan bagaimana? percayalah usaha sikit yang kita lakukan hari ini akan memberi impak di akhirat sana.

srs la, x luak mana pon kalau menghulur. biarlah 50sen pon. kalau ada yg tanya '50sen je?' senyum jela.. janji ikhlas.

klau rasa was2 nak bagi duit skalipun, sumbangkan la makanan kat diorang. kalau diorang tolak, tu memang sindket la tu so abaikan, bagi makanan tu kat pengemis lain. maksud aku, bagi la yang lebih memerlukan. fakir yg betul2 fakir pastinya xkan menolak rezeki.

lagi satu, memang la ada kes pengemis jutawan. rumah besa, baju mahal, kereta mewah, tapi keje hari2 mengemis di jalanan.

jangan disebabkan segolongan orang yg x bertanggungjawab ni, kita menghukum fakir2 yang lain.

duit/rezeki yang kita ada pon bukan 100% hak milik kita. yang kita usahakan pon, mesti ada error kat mana2. cam contoh, time keje, ada time rehatkan. mesti ada time2 yg kita rehat lama2.. or masuk keje lewat.. or balik keje awal... or ngumpat time keje.. sebenarnya dengan bersedekah, insyaAllah kita dapat menanggung dosa2 kici yg kita bwat time keje..

jadi jangan takut untuk keluarkan duit untuk bersedekah. org yg ringan tangan nya untuk menghulur, duit pun akan ringan masuk ke poket dia. bagi kes yg ikhlas je la.

dan kepada jpa scholars , byk2 bersabar ye.. anda sedang diuji...


"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran, tentunya setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.."

ni cabaran kita ni.. aku dgr kames ni org jpa nak jumpe kita. jom la doooooaaaaaaa byk2 smoga diorang kekalkan scolar jpa. ameeeennnn~

ya Allah, berikanlah aku dan rakan2ku kekuatan untuk menempuh dugaan ini~ dan janganlah ditarik nikmat yang telah Kau berikan. sesungguhnya Kau yang memberi rezeki, dan kepadaMu lah kami meminta~ ameen~



sekian.

[oke, maybe x nampak kaitan antara jpa and pengemis, tapi sebab jpa la aku nampak pengemis. jpa, sila fikir masak2 dan buat pengiraan serta menggunakan akal yg ada dengan sebaik baiknya. trimas : )]

No comments:

Post a Comment