Monday, January 24, 2011

quiz

hari ni ada quiz. so smalam aku bertukus lumus la NAK belajar kan. tapi ter-stuck gak kat dinding fesbuk. aku x tau kenapa, tapi everytime ada quiz, aku mesti otomatikli rajin pandang dinding fesbuk =='

and so aku dengan niat hati suci remaja yang memikirkan masa depannya, aku tinggalkan tros laptop. aku menghadap lecture note aku.. untuk beberapa minit. somehow aku x brapa nak boleh jawab chapter 1 punya soalan.

so aku kembali la semula ke fesbuk. dan beritahu sahabat baik, gee.
"weh. rindu la ♥ mek ganas! hahaha : DDD esok dok seblah. aku masih keliru dgn bab 1 : ( "

begitula.

dan esoknya...

aku dtg klas lambat. end up duduk sebelah elani gadis baik. second row. paling kanan. azi third row paling kiri. xbleh bwat pape. jauh. ==''

haha.

hidup bukan senang, jangan terlalu bergantung dengan orang. siapa tahu esk apa akan berlaku, sebab akhirnya yang akan menghadap perkara itu adalah kamu.

cherish ur day : )

ini namanya cabaran


-pakcik tua minta duit di premis2 makanan
-anak kecil yg menjual kismis dengan muka yg sangat kasihan
-orang kurang upaya bermain alat musik di tepi jalan

masa kecik, aku slaaalu rasa kesian kat golongan2 atas ni. 20sen pon jadi la, asalkan menghulur. at least aku tolong siket. time tu kecik lagi lakan, duit x byk.

one day aku tengok crite endon, yg ada budak kecik nama nabilah tu. ada satu scene ni, nabilah ngan buk arini dalam krete. ada org miskin datang minta sedekah time lampu merah kat trafic light. buk arini x bg duit. nabilah tanya kenapa. buk arini cakap org2 yg mintak sedekah tu ada kuderat, diorang masih mampu berusaha cari makan.

somehow benda tu terkesan kat aku. since that day, aku x bg pon duit kalau org mintak sedekah. sebab since that day aku jadi paranoid. tambah lagi aku penah nampak budak2 jual kismis tu bagi duit2 yg diorang dapat kat sorang brader ni. pastu brader ni re-fill kotak kismis yg tinggal saki baki. then budak ni jalan n jalan lagi. dengan menggunakan suara yg serak2 basah, menagih simpati pada org ramai. katanya mak dia sakit tenat, xde duit..

memang lepas tgk scene buk arini n scene brader re-fill kismis tadi aku jadi x pecaya lansung dgn mana2 manusia yg mohon sumbangan ikhlas.

tapi 2 3 hari ni membuka mata aku. bagi mereka yg berpendapat sama cam buk arini, aku nak pesan something.

rezeki semua orang tak sama. ada yang dah usaha, tapi mungkin takdir Allah, dia tak boleh buat apa2. mereka x mohon banyak, kita tolong sikit pon duit kita tak luak mana. andai mereka bohong sekalipun, itu urusan mereka dengan Allah taala.. janji kita sebagai saudara muslim, apa tugas kita? kalau di akhirat nanti Dia persoalkan bagaimana? percayalah usaha sikit yang kita lakukan hari ini akan memberi impak di akhirat sana.

srs la, x luak mana pon kalau menghulur. biarlah 50sen pon. kalau ada yg tanya '50sen je?' senyum jela.. janji ikhlas.

klau rasa was2 nak bagi duit skalipun, sumbangkan la makanan kat diorang. kalau diorang tolak, tu memang sindket la tu so abaikan, bagi makanan tu kat pengemis lain. maksud aku, bagi la yang lebih memerlukan. fakir yg betul2 fakir pastinya xkan menolak rezeki.

lagi satu, memang la ada kes pengemis jutawan. rumah besa, baju mahal, kereta mewah, tapi keje hari2 mengemis di jalanan.

jangan disebabkan segolongan orang yg x bertanggungjawab ni, kita menghukum fakir2 yang lain.

duit/rezeki yang kita ada pon bukan 100% hak milik kita. yang kita usahakan pon, mesti ada error kat mana2. cam contoh, time keje, ada time rehatkan. mesti ada time2 yg kita rehat lama2.. or masuk keje lewat.. or balik keje awal... or ngumpat time keje.. sebenarnya dengan bersedekah, insyaAllah kita dapat menanggung dosa2 kici yg kita bwat time keje..

jadi jangan takut untuk keluarkan duit untuk bersedekah. org yg ringan tangan nya untuk menghulur, duit pun akan ringan masuk ke poket dia. bagi kes yg ikhlas je la.

dan kepada jpa scholars , byk2 bersabar ye.. anda sedang diuji...


"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran, tentunya setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.."

ni cabaran kita ni.. aku dgr kames ni org jpa nak jumpe kita. jom la doooooaaaaaaa byk2 smoga diorang kekalkan scolar jpa. ameeeennnn~

ya Allah, berikanlah aku dan rakan2ku kekuatan untuk menempuh dugaan ini~ dan janganlah ditarik nikmat yang telah Kau berikan. sesungguhnya Kau yang memberi rezeki, dan kepadaMu lah kami meminta~ ameen~



sekian.

[oke, maybe x nampak kaitan antara jpa and pengemis, tapi sebab jpa la aku nampak pengemis. jpa, sila fikir masak2 dan buat pengiraan serta menggunakan akal yg ada dengan sebaik baiknya. trimas : )]

Wednesday, January 19, 2011

1801 and three surprises



18 january 2011. i'm officially 20. bye2 teenage dream. tapi setakat nombor, ape de hal.

cumenye.. dah 20 tahun aku hidup di bumi Allah ni.. aku fikir, banyak mana perkara yang aku buat memang diniatkan lillahita'ala?

memang la, solat puasa semua confirm2 la niat kerana Allah.

tapi benda2 biasa, cam makan tidur.

kata orang semua benda pon niat kena betul.

and Islam is the best way of life. bila niat betul, perkara yang kita buat pun InsyaAllah diberkati.

aku fikir, salah satu faktor orang Islam sekarang ada banyak masalah sebab niat x betul.

niat kita bekerja kerana apa, belajar kerana apa, makan kerana apa, pakai kerana apa, cakap kerana apa, segalanya kerana apa.

jujur kalau disingkap balik aktiviti2 harian aku, berapa banyak yang aku aku buat niat jujur kerana Allah

umur dah 20, ape je yg aku dah buat...

perkara pertama yang aku fikir bila umur aku 20, aku KENA ubah niat aku dalam semua perkara.

and keduanya aku nak balas semua comment kawan2 yang wish aku kat facebook. last year aku x baca pon wish diorang, sebab ramai sangat yang wish ^^'

ketiga aku nak join lagi banyak program2 berfaedah lpas ni. program IKRAM, SOPHYS, usrah kakak aku, aku nak join. sebab ni semester akhir aku, bila lagi aku nak datang penang. n bile lagi aku nak ber-program???

somehow aku rasa sayang sangat kat tempat ni. walaupun jauh dari rumah.. aku sangat jeles kat FATIN HILMI, dapat uitm dekat, bleh salu balik rumah masak2, dapat improve skill rumah tangga. aku jaoohhh, jumpe mak jarang : (

and aku juga niat bila cuti aku nak spend masa dengan mak, sebab bila lagi aku mampu berada bersebelahan dengan dia. urut dia, gosip ngan dia, dengar masalah dia, gelak dengan dia, shopping bahan rumah ngan dia, masak dengan dia, buatkan air untuk dia. bila lagi? time cuti je la. sebab tu la aku x mohon jadi pm, and aku jarang klua dgn kawan. sebab aku nak ada memori ngan mak aku. memori yang aku akan slaaaalu rindu <3 nanti dah kawen kene duduk ngan abe, xleh duduk ngan mak : ( sian mak, dah la aku sorang jek anak perempuan dia. agaknye sebab tu la kot dia tekejot and tak setuju bila aku selalu post status2 pasal kawen awal kat wall fb aku dulu. ^^''

alhamdulillah cuti sem lepas aku dah laksanakan niat suci aku nak spend more time ngan mak aku yippy!

weh fatin hilmi, aku jeles ngan kau! okey enough crite pasal kejelesan aku terhadap minah cantek tuh.

hari ni bday aku kan, aku dapat 3 kejutan.

1st time meeting mt IKRAM.

salunye IKRAM, kalau awl tahun dia raikan bdk2 bln jan. cam beli satu cake, raikan ramai2~~ tapi time meeting lpas, dyerg prank aku, n nyanyi lagu happy befdei tu ntok aku sorang. phuaaaa~~ srs terharu ; ) dengan mr s yang prank aku, cakap benda2 yg aku x paham pon sebnanye. hahaha~ weh, aku marah kat kau s, kureng.. padan muke x makan kek aku. haha.

okey 2nd, wif classmates n cos mates.

aku ingatkan depe ajak aku gi pantai sebab nak sambut bday fazu, jejake klate yg sipi2 jek nak jadi twin aku. dia 17. aku memang igtkan nak smbut bday dia la. tiba2 dah sampai, kwn aku tutup muka aku gune topi dye. "wehhh!!" bawak la aku jalan ntah mane, bukak jek topi.. TADAAA!!! amek kau dgn sate ayam, corntos, air, nasek himpit, kuah kacang. indulgence yg berlilin, dgn kawan2 ramai2 nyanyi lagu selamat. phuaaahhh terharu.. lagi ; ) tapi aku tgk kek tu ada nama FAZDU & TEMAH. la.. kek kongsi. hahaha. thanx to awek fazu la. aku rasa dye nak celebrate bday abe dye, tapi alang2 sambut la bday aku skali. thanx la pika, and housemates aku, srs terharu weh. sate ayamm memang sedap : )



and the 3rd one.

dapat bunga ros : ) pegi kelas hari ni asik teringat bau bunga ros jek, wangiiii : )

tu la, 3 kejutan. aku x sangka lansung bday ke 20 aku ni akan jadi bday yg saaaaangat sweeet : )

thanx friends for giving me a good memory,
for not throwing any eggs n flour, for keep wishing me all day long
[n honestly im not tired of saying thank you]
im sooooo happy today, i cant stop smiling : )

just one thing.. mak aku x wish aku lagi : ( cikgu jamilah mesti lupe ni, dia salu ingat bday aku 18 february. ei ape la cikgu jamilah : ( tapi aku xnak kol dia, sbb aku x beli tiket bus ntok cuti cny ni lagi, nanti dye mesti marah. hahaha : DDD

xpe la, mak x wish pon timah tau mak sayang timah, kan? btol x? : )

aku tetap happy : )

and so, tamatlah hari lahirku dengan kegembiraan.

aku sudah 20, banyak benda yang perlu aku baiki.

kerana aku sudah dewasa.

peh, poyo. xyah la poyo sangat timah. nak berubah bukan dengan cakap, tapi dengan sikap.

oki?

arasoh?

deh : )

ok dats all people, have a wonderful n ahmazing day : ) terimalah kasih sayang dari gaadis hari jadi: mucho mucho saranghae!!! : ) hehehe

yg bonar:
fatimah zahrah.
[yg sudah berusia 20 tahun]

*teringat sambal ikan bilis masak petai mak. ala rindunye : (

Sunday, January 16, 2011

kek itu untuk aku dan semua


hari ni bukan birthday saya

tapi ada orang prank saya

terima kasih ; )

you guys rocks!


disaat aku masuk kelas itu, dan kalian menyanyikan lagu 'happy birthday to you', aku terkesima. kalian menyanyikanya dengan nada yang gembira. tiada muka duka. hati yang suka. dengan kek di meja. aku merasakan kasih sayang itu. disaat aku merindui keluarga ku di rumah, kalian menghilangkan segala gundah. aku merasakan kasih sayang itu. kek itu untuk aku. dan semua : )

thanks kak shaz, thanks azi, thanks yg menge-prank (shafiq&is)(siapla korang!)

and thank you so much ikramies ; )


*dah last sem da.. ; (
*muke saye dalam gambar berminyak, hitam dan huduh. ala, malunye jadi birthday girl yg huduh =.='
*khas utk diri sendiri: fatimah zahrah, ur only 20, or already 20?

Thursday, January 13, 2011

greek and latin words

today i learned about antibiotics.

and it came to a conclusion

that

diploma in pharmacy is not about learning drugs.

it is actually memorizing greek and latin words.

=.='


now i understand why some of them said that pharmacy is harder than medic.

because in medic you learn about pharmacology. how your body react. bla bla bla

pharmacy, u learn same things PLUS memorizing name of drugs, which are all came from greek and latin words. all drugs.

greek and latin words macam antistaphylococcal panicillin. ni contoh dadah yang aku blaja hari ni. ni satu jek, under dia ada nama dadah2 lain lagi.

kalau benda cam bio kan, cam menarik la, sbb kau boleh imagine tau macam mana benda tu berlaku. so x susah la nak ingat. x brape nak susah sgt, ade la susah siket..

ye la compared to nama2 dadah.. dah la pelik, panjang, ntah bahasa sanskrit mana dia cilok, x bole faham x bole imagine, ingat mentah2. payyaaahhh2 =.=' kadang2 time sebut2 nama dadah tu rasa cam tengah mencarut. pffftttt~

xdeke nama dadah yg snang sket cam UBAT PE'AH. UBAT JEJAH. UBAT GAYAH. ni nama nak panjang, tebelit lidah nak sebot.

tapi aku mmg sayang la kat miss law, lecturer CHEMOTHERAPHY, DERMATOLOGICAL & IMMUNOLOGICAL. dia memang mengajar dengan sangat semangatt nak bagi aku ngan kwn2 aku SEMUA faham. and dia lecturer cina. sangat profesional, x racist lansung.



and petangnye, klas FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP. ni blaja pasal bisnes. tajuk hari ni pasal creative n innovative. lecturer main satu game.

dia lukis satu dot merah kat white board kelas aku. and then dye suroh list as many things as you can about that red dot.

group aku pon mulelah..

1) it's a starter
2) the one red dot become attraction compared to big white wide background. so don't afraid to be different.

and banyak lagi quotes2 yg rasa cam best, sampai 11 quotes yg agak2 cam ada kene mengena ngan titik merah kat white board tuh, dikluakan hasil dari buah pemikiran kreatif aku, jah, kay anne, dan mekyah.

dalam diri rasa bangga, kami bukan sahaja mampu mengingati nama dadah, malah mampu berfalsafah. harharhar : DD

and then lecturer suruh la tukar kertas ngan group lain. and group lain punye list was like

1. red light
2. clown
3. lipstick
4. bulb
5. red pen
6. laser
7. ball

and so on.. benda2 yang melambangkan titik merah.

ape nih? ape nih? jawapan x innovative lansung.

aku pon.. "hek eleh.. gle cam bdk tadika group lain pnye jawapan.. group aku komfem menang nih"

skali lecturer kata "ni group mana ni bagi quotes2? pangkah semua. TAK DITERIMA"

hamek kauuu! adoiii~~

sekali salah dengar arahan da.. lecturer suruh imagine things from the red dot on the white screen. yg group aku pulak berfalsafah =.='

tapi bagi aku spatutnye group aku la menang, we think beyond everyone's imagination. it's out of box. x gitu? org lain imagine barang jek, kitorang mampu berfalsafah dan membina semangat hanya berinspirasikan satu titik merah. hebat x hebat? heh.

hebat x hebat... kalau x dgr arahan x kan kemanepon.. : (


ok, tu je la aku nak citer, lame sgt x update blog, terase k o s o n g. haha.
korang blaja ape hari ni? kalau bes kongsi2 la : D kalau x bes, bes kan la, learning is srsly fun. except if u're sleepy or ada senggugut time blaja. urgh sangat x best.

ok babai : )


*oi brader hensem. awek biasa x pecaya. 5 hari? kalau betul la, sangat ah-ma-zing.

Monday, January 3, 2011

high or extremely happy for my final semester classes

assalamualaikum,

sebagai seorang mahasiswi yang cemerlang, aku amat berkobar kobar untuk meneruskan sesi pembelajaranku di akhir semester. tambahan pula, semester ini merupakan semester akhir, selepas itu aku boleh sambung praktikal dan kemudian kawwii- eh2 bukan, kemudian degree. insyaAllah : )

kelas aku bermula pukul 8 pagi. merupakan kelas statistik. aku amat teruja untuk menakung ilmu matematik setelah satu semester aku tidak berjumpa dengan ilmu kira2 ini. namun ternyata aku kecewa kerana setelah meng-usha buku statistik rakan sekelasku, statistik mengandungi silibus2 pembelajaran additional mathematics yang aku x brape gemor. [aku hanya gemor vector. hahaha. ok tipu, ak suka add math tapi aku x suke benda2 yg berjadual kene cari mode median mean. kalau dlm prekse, kalau jalan kira atas salah, bwh sume xde markah. hish, gerram aku >.< ] and LUCKY me, statistic is all about jadual, data, mode median and mean. heh.

anyways, aku akan terus berpemikiran positif. dengan pensyarah yang penyayang, aku percaya aku akan belajar ilmu BASIC STATISTIC FOR PHARMACY dengan jayanya. insyaAllah~ tapi klas hari ni x blaja, taaruf je. aku rasa lecturer ntok subjek ni bleh jadi favorite lecturer ntok sem ni : )

kemudian aku meneruskan kelasku yang kedua, SOCIAL PHARMACY AND PUBLIC HEALTH. amacam? dengar nama subjek cam subjek social, pensyarah akan mengajar mahasiswa mahasiswi bersocial. nyahahaha. but in a good way la. ni nak dedahkan kami dengan cara untuk berkomunikasi dengan betul, yela nanti kalau x pandai explain/cakap nanti canner nak educate public towards the good use of medicine? [cewah omputeh >.<] cemmana nak ajaq orang ramai guna ubat yg btoi?? cemmana2?? haa.. pasai tu la ada subjek ni.

ni sebnanye teori aku je la, sbb ekcheli kan, time klas tadi ak x masok pon, aku tunggu 30 minit lecturer x sampai, aku ngan azi tros blah gi laman siswa sambung gosip. hahaha. tapi lecturer memang x masuk pon klas tu. penat kami tunggu : ( so aku sbnanye xtau pon subjek tu dia aja apa, tapi teori dan prediction aku cam kat perenggan atas ni cam agak2 tepat jek. kalau teori aku salah, dia memang akan aja aku dan kawan2 utk bersocial kat pulau la kot..

tp xkan la kan. haha : DDD

3rd klas rasa azab.. dewan seminar, 3 jam. sejuk SANGAT. tapi demi ilmu, x ku endahkan. ni subjek yg nama dia paling panjang: PHARMACOLOGY OF CENTRAL NERVOUS SYSTEM, GASTROINTESTINAL, ENDOCRINE AND SKELETAL SYSTEM. cool x cool subject aku? panjang sangat, bangga aku : ) dye mampatkan 4 bende howkeyh~~ hahaha~ sbab mampatkan 4 bende, hari ni klas berjalan seperti biasa.. : ( lecturer aku untuk subject ni pulak cina, so sangat lah punctual. dia dah buat jadual, minggu ni blaja apa, next week blaja ape.. so dia sangat punctual, dia ikut jadual tu. humm, bagus. aku rasa aku dah jumpa azam taun baru aku, which is nak buat jadual pembelajaran aku sendiri : ) [dah final sem baru nak buat la kan.. still, never too late yaw : ) ]

dan hari ini kami belajar tentang drugs for CNS [central nervous system] hohoho, seblum ni, sem lpas, sgala dadah yang aku blaja dan ulang kaji, aku jarang dengar nama mereka. namun hari ini aku belajar tentang dadah2 faymes. such as nicotine, cocaine, caffein, ecstacy, yada2~~ dadah2 ni salu klua movie, news, akhbar, radio kan2? dats why i said FAYMES : ) ke x? ntah ak cam salu dengar la nama mereka. dadah2 ni boleh buat org high or lecturer aku Miss Wong katakan, extremely happy. thats the other word for high. tapi aku rasa in the end aku yg high, dewan seminar sejuk gilaaa kot~ oh btw aku high bukan sbb extremely happy, tapi sebab extremely sejuk and ngantuk.
theheh.
^^'

di rumah pula, bellabello si housemate x dapat pegi klas sebab di-mangga dalam rumah. bella x de kunci. jadi tercatat lah dalam diari blog bahawa bella tidak ke kampus pada 3 januari 2011 dan hanya menjaga rumah sambil gosip dengan kawan kat depan grel. seharian. hahaha : DDD yg sadisnya cerita bella ni, dalam blog bella dia ada tulis azam baru, which is ntok sem ni dia x mahu lambat datang time 1st day sbb since zaman skolah bella x pernah datang awal time 1st day. ==' kata kay anne "maafkan kami, kami telah menghalang anda menunaikan azam 2011" : ( tapi jezzah pula menambah "kita bukan menghalang, hanya membantu meneruskan tradisi : )" aku berfikir.. ini bukan meneruskan, tapi meng-upgradekan. hahaha.

bella.. x penah2 jezzah kunci mangga, tiba2 hari ni terkunci.. and x penah2 semua org serentak bwk kunci, tiba2 sume bwk. haiyoooo ==' nak buat macammana ma..
xpe bella, ada hikmahnye weh. optimis2. hahaha ^^

and today would be my last first day as a diploma student. cewwaaahhh!!!



dats all for today, happy new year and
cherish cherish cherish your tomorrow yaw!!!
babai!