Friday, June 29, 2012

beri bunga pasti akan dapat bunga

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, another Friday! :)

So last night Italy won? I don't see any difference, kecuali la kalau restoran2 Italy kat Malaysia ni bagi PROMOSI SEMPENA EURO 2012: ITALY BERJAYA KE FINAL: FREE PIZZA FOR EVERYONE!!! If this thing happen, teruje la jugek dok?

Tuan Kamil pulang ke rumah jam 6 pagi tadi. Tak pasti kerana bola or business dia, orang business sukar nak jangka. Tapi sampai rumah je dia tengok dah pukul 6, dia terus solat subuh. Lepas solat, dia siapkan sarapan dan teh O. Lepas tu sambung tidur.

Tuan Kamil memang macam tu, dia tak berkira dengan tugas2 rumah.. Mana2 yang dia boleh buat, dia buat.  Terharu aku bila fikir2 balik kebaikan Tuan Kamil. Tssskkk..

Sedikit sebanyak ada jugak perlahan lahan doa untuk dapat pasangan baik macam Tuan Kamil. Hihi.. Nak dapat baik, kene jadi baik jugak. Tengok la Cikgu Jamilah macam mana :)

Semoga Allah lanjutkan usia ibu bapaku, mengasihi dan merahmati mereka. Dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yg soleh yang akan masuk ke dalam syurgaMu ya Allah.. Aaaameeen...


Cikgu Jamilah, stunningly beautiful with black abaya. Costumer tetap ni. Hihi :)

Macam tu juga dengan kehidupan. Kadang2 kita tak tau kenapa orang tu tak boleh faham kita, tapi kita ni betul2 faham dia tak? Kadang2 kita nak orang tu ikut cara kita, tapi kita ikut cara dia tak? Kadang2 kita nak orang tu appreciate kite, tapi kite appreciate dia tak?

Dalam hidup ni ada give and take. Sifat saling memahami tu perlu ada. Kalau perkara tak jadi macam apa yang kita nak, cuba muhasabah diri kita balik. Kalau kita tuding 1 jari ke arah orang, 4 jari yg lain akan tertuding ke arah kita. Sebab tu, sebelum cari 10 alasan kesalahan orang, cari dulu 20 kesalahan diri sendiri.

Macam tu juga dakwah. Kadang2 kita tak faham, kita rasa kita dah cukup jujur dalam penyampaian, kadang2 dah rasa ikhlas, dah rasa buat sehabis baik dah. Tapi pelik kenapa orang tu tak terkesan dengan penyampaian kita. Boleh jadi amalan kita sendiri tak betul...

So jadilah macam Tuan Kamil dan Cikgu Jamilah, masing2 ikhlas, masing2 buat yg terbaik, masing2 tak berkira. Masing2 bahagia :)

Bila kita bahagia, orang sekeliling pun turut bahagia.. :)

Cewwahhh... Banyak benda tau boleh belajar dari orang terdekat ni. Hihi :p

Hmmm...

Tapi kadang2 kalau kita beri bunga seharum harumnya, orang tu tetap nak baling tahi, accane tu? Anggap je la tu ujian. Hidup, lazim la ujian. Bukan kehidupan lah kalau takde ujian.

Cuma kena ingat, kalau kita nak bunga, kita beri orang bunga. Kadang2 memberi tu lebih manis daripada menerima. Kan?

Tak setuju? Korang mesti jenis yang kalau orang datang restoran mintak derma, korang geleng2 buat muke ketat je.

Betul tak?

Kahkah.

Gurau je.

Aku pun dulu2 mcm tu, aku rasa diorang ni sindiket, patutnya diorang kene kerja, tak boleh meminta minta. Tapi Cikgu Jamilah tak macam tu. Dia tak pernah tak bagi kalau jumpa orang2 macam ni. Dia bagi RM1 je pon. And aku tengok rezeki dia tak pernah putus2. Ada je anugerah khas la, naik pangkat la. Secara tak lansung baru aku belajar, tak kira la orang tu siapa, kalau kita ikhlas memberi, insyaAllah Allah akan terima keikhlasan kita :)

Cikgu Jamilah cerita, kalau Hassan Animator, dia xkan bagi RM1. At least RM2. Katanya kalau RM1 macam gaya nak menghalau.

Haahaahaaa~ Aku tak pernah terfikir. lol.

So ikhlaskan diri dalam setiap perkara, hidup adalah ujian, yang pasti akhirat. Andai hari ni kita sedih, anggaplah kesedihan itu juga satu ujian. Allah nak gantikan kesedihan tu dengan senyuman kebahagiaan di akhirat. Haaa nak bahagia kat akhirat tak? So kena la kuat hadapi ujian!!! :)



And and and, kalau nak bunga, berikanlah bunga. Jangan nanti korang beli bunga ros merah sekuntum, bagi kat awek yg korang minat, tp awek tu tak bagi bunga kat korang, korang marah2 aku pulak. Maksud aku, kalau nak orang tu baik dengan kita, kita kenalah baik dengan dia :) Alah, kalaupun awek tu tak balas dengan bunga ros sekalipun, dia mesti baik ngan korang. Paling tak pun muka merah2 blushing, ha, kan comel tu awek blushing! kahkah.. Jangan korang dah ada makwe, tapi gatal nak bagi bunga ros kat anak dara orang, itu baik ada makna, memang layak kena lempang. Haha. Apa2 pun, back to basic lah, niat. Kalau korang buat baik dengan ramai orang tapi niat tak betul pun xkan jadi jugak...





Anyways, apapun rezeki kita, ianya akan berganda kalau kita tak lokek. Apapun attitude orang tu, dia akan buat baik kalau kita buat baik :)

K, dats all, happy Friday!

Juma'ah Mubarakah!

:)


Sunday, June 24, 2012

pengantin, tanjak dan ray ban

assalamualaikum

penah jumpa pengantin pakai ray ban?


haaaa... ini lah pengantin with ray ban!

first time aku jumpe, cool, tanjak n ray ban

*fascinating :O



tengok isteri dia, jeling2 "cool gak suami I ni.."

pengantin lelaki pakai baju merah jambu tu pun cam "OMG, kenapela I didn't came up with that idea...grrrr"

hahaha :DD



so sweet :)

ni sebenarnya abang zaki, senior sekampus dulu2. aku pernah jumpa dia sekali je pon kat wedding ngahngah (kak cha's sister) pastu hari tu kak shaz kata dia jemput datang wedding dia.. tengok gaya cam alim2, rupenye gile2 gak cam bdk2 IK*** lain. lol. isteri dia kawan sekolah dulu :)

gambar atas ni kak shaz suruh senyum elok2, dia tunjuk mulut, tengah makan. hahaha appara abg zaki, isteri dah elok posing dah tu :p

aku tak pegi pon, ni belah pengantin perempuan. gambar2 ni aku amek dari tab kak shaz, tu yg quality x cantik. gambar dari gambar.piception. kahkah.

esok I'll come, rumah pengantin lelaki pulak insyaAllah :)

lepas kakshaz n kak cha balik dari wedding, dia ajak aku pegi space u8, we went there makan2 some more. hhihi.

and this was my meal

tada!!!


so cheap, RM 5.90 ONLY!!!


macam krabby patty pon adoo! 


juicy. puas hati gila! licin satu pinggan! jarang tau aku berjaya habiskan meal yg penuh sepinggan, slalu makan stengah, pastu tapau, or xpun share dengan orang. hari ni berjaya, yaiyy! ^___^

memang puas hati lah aku n kak shaz makan. kak shaz siap suruh aku amek satu gamba, nak jeleskan orang2 lain. ^^'



jahat giloo akak nih. hahaha

nak jeleskan orang. kalau aku x ikut ni mmg aku jeles ni, mmg aku kejar dia kat u8 tu. tebal meat tu, juicyyyy teringat sampai skarang :p

so balik2, aku teringat janji aku hari tu nak bagi kak shaz cookies... so I pon bake lah :)

kali ni best, sebab aku berjaya jumpa formula asal homemade chocolate chip cookies aku
yaiy!!! ^^



sebelum ni masa kat kampus, aku x puas hati, sebab x jadi macam cookies time f4 dulu, ada yg jadi soft la, berminyak la, but this time, aku berjaya buat cookies macam zaman form 4 aku dulu. yaiy! so happy ^____^

walaupun cookies yg tak jadi tu orang suke gak, tp kepuasan xde tau. ni penat2 pun sanggup buat, bila jadi, puas gila. happppppyyyy!!! :)


best thing about chocolate chip cookies: the chocolate chips!!! more and mooooooreeee!!!
*pemilihan chocolate chip sangat penting ye kakak2 abang2... hari tu mak belikan choc chip x sedap, aku x puas hati betui, lain rasa biskut tu, grrrr... aku paling suka guna button choc chip, sebab choc chip tu besar, bila makan jadi chocolaty gila! tp tadi xde, dah habis :( kecik pun xpe, kite letak banyak3! mwahahaha :DDD


so dah packed untuk kak shaz...
satu lagi untuk makan dalam kereta :D or bagi kak cha, tengok la esok macam mana ^^

k, dats all. aku tau, korang pon mesti byk story pasal org kawin kan? musim kawin biasele~ aku ada 2 wedding yg x update, tp update abg zaki dulu, sebab dia punya gambar menarik! 

nyamuk pun dah makin banyak, esok pun mahu bangun awal, hari ni aku tak tidur siang tau, amazing nye rasa. banyak jugak benda amazing yang berlaku hari ni. hihi

alhamdulillah, thank you Allah, for every moment :) I love Allah <3

kbai, c ya!

wassalam :)

fascinating :)

Friday, June 22, 2012

Jom

Assalamualaikum

Selamat Hari Jumaat :)

As usual, Jumaat would always be my favorite, since kindergarten until now gitu.


Dulu time tadika, suke hari Jumaat sebab petang Jumaat tu ade kartun favorite aku.

Time skolah rendah suka Jumaat sebab balik awal, and hari Jumaat ada makcik jual home made air soya sedap depan masjid.

Sekolah Menengah suka hari Jumaat sebab breakfast nasi lemak, lambat sikit xpe, orang beratur panjaaaaaaaaaaaanngggg, kadang2 saje je lambat2.. kadang2 tapau nasi lemak kalau x sempat sangat, kadang2 memang sempat tapi saje tapau. pastu dalam kelas, bukak tepewer nak makan, harum semerbak satu kelas. hahaha :DDD kadang2 saje bukak tepewer walaupun ade cikgu, nak cuit sikit. ok itu bukan aku, tu Zana. atau Jaja. LOL. tengah hari lak makan nasik ayam yang kadang2 nasi dia lembik2 gitu. Jumaat memang DM masak sedap, sebab tu suka hari Jumaat. Plus kelas habis awal :)

Time kat kampus lak, suke hari Jumaat, sebab hujung minggu! Selalunya nak seronok2 join aktiviti, start hari Jumaatlah. Seronok2 perasaan gumbira~ excited dengan orang yang nak join aktiviti. selalunye azi la. sape lagi. haha. isnin ada test pon redah gak. pastu xboleh handle tension nangis sorang2. haha, klakanye aku. cikgu jamilah pon marah :( tp tu yg best, kenangan :) and and, kadang2 awl2 sem akan doa jadual sem hari Jumaat xde kelas. Tapi bila dapat tau je Jumaat ade kelas, mulelah rakan2 bising2 "alamak, aku ingat sem ni boleh balik rumah hujung minggu.. grrrr" or "tengok, Jumaat ade klas lagi, susah a nak balik, ni yg menyebabkan aku slalu overnight on Saturday nights niyyyy"

ceh. kadang2 diorang poyo2 je teww... aku tak kesah, aku tak rasa nak balik hujung minggu, jauh la penang-shah alam, penat dalam bus je :( haha.

Practical pon Jumaat gak palleng best, hari Merdeka untuk minggu tu :)

AND until now aku still suka hari Jumaat walaupun tiap2 hari aku cuti.. sebab.. Jumaat ada Mega Movie Friday...

oke, x excited sangat la, tv3 banyak potong scene pastu iklan je lebeh. slalunye aku end up download sendiri dan tonton di laptop, lagi best. xde masalah nak download, unifi shah alam laju. hehe

Apepon hari Jumaat tetap istimewa, sebab hari Jumaat hari raye untuk setiap minggu, will always be my favorite :)

hmmmmm

ekceli kan.. aku bukan nak cerita pasal hari Jumaat pon, tadi aku bagi Selamat Hari Jumaat awal2 tu kan? Amboi jauhnye melencong, hihi :p

panjang pulak, tak jadi nak cerita pasal Trip to Johor.

dah pukul brape ni, nak sambung tengok Hindustan smalam lah

Sebenarnya skarang aku jarang tengok hindustan, tp kalau aku tengok, mesti Shah Rukh Khan yg berlakon.

Macam citer hitam putih gak. Aku tgk yg P Ramlee punye movie je. Tapi tu aku slalu tengok hari Isnin kat TV2, so sah2 la P Ramlee yang berlakon. Tapi ade ke orang tgk movie hitam putih yg bukan P Ramlee eh?

Anyways, citer SRK ni worth watching. Kali terakhir aku tengok movie sampai sengih2 dalam hati berbunga-bunga ialah Disney Pixar's UP.

so kat sini aku letak sikit gambar2 dari filem tu...

sume google je ni. haha






comelkan watak SRK tuuu? hahaha. aku suka bila dia pegang watak lain dari lain.

Sinopsis pendek: lelaki ni pergi majlis kahwin anak professor dia, masa tu lelaki ni first time nampak anak perempuan professor tu, jatuh cinta pandang pertama. tapi sayangnya gadis tu dah nak kawin.. tiba2, nak dijadikan cerita, calon pengantin lelaki dan seluruh keluarganya accident. tiada yang selamat. Professor dia terus rebah, sakit jantung, time nak mati tu professor tu sampaikan hajat, nak lelaki ni and anak perempuan dia kawen. anak perempuan professor setuju demi menjaga hati ayahandanya. maka kahwinlah mereka...

ha... lepas tu start la cerita.. walaupun anak perempuan professor tu setuju, tapi sebab kenangan silam, dia dah x ada hati nak bercinta. dia just kahwin je. so ni la cerita dia, macam mana si husband yang jatuh cinta pandang pertama ni nak pikat isteri dia yang tertutup hati untuk bercinta sebab kisah percintaan yang terkubur di tengah jalan..

menarik kan kan?

ecewah.

klah, dats all, babai. wasalam.

eh. and don't forget, skarang dah 2 sya'aban :)


rejab(past)-sya'ban(present)-RAMADHAN (future)

warm up now :) 

ready?

jom.

Wednesday, June 20, 2012

ZAKIR NAIK IS COMING TO MALAYSIA 2012


SO EXCITED!

I'm not sure if it's true or not, the last time I heard, they said he's coming to Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. The news spreads through fb, so I asked a friend of mine to go and have a look at masjid if it's true or not. Turn out to be tak betul pun.

I was a bit dissapointed.

But this is what Info Majlis Ilmu Bangi said in their facebook page: 

Dr Zakir Naik, the world famous orator on Islam & Comparative Religion is coming to Malaysia in 2012. Below is the 'tentative' event schedule :

1) 28 Sept : Alor Setar
2) 29 Sept : UIA, KL
3) 30 Sept : Stadium Melawati, Shah Alam
4) 5 Oct : Kuantan (VVIP : YAB Menteri Besar Pahang)
5) 6 Oct : Dewan Persada, JB
6) 7 Oct : PWTC, KL (VVIP : Tun Dr. M)

All seats are FREE. Lectures would probably be shown live on PEACE TV channel, with 100 million viewership. Pls do not hesitate to contact us for further information.

Please VOTE on below 'Survey Poll' for which venue(s) u like to attend. Thank you.

I hope its true. I tried to google around and what I found is just people spreading the news through facebook and tumblr. Doa je lah :)

Tomorrow I'll try to ask my friends around UIA lah. Hihi

Wow, excitednye!

Owh, incase you don't have a clue who Dr Zakir Naik is, he is the expert of all major religions like Islam,, Christianity, Hindusim, Buddhism, Judaism, etc. I often watched his videos on youtube. Memang expert, hafal semua kitab, easily come out with chapters and verses from holy kitab of any religions. You can watch it here.

And this is my favorite :)


his answer towards shah rukh's question on the important to keep the beard and wear the cap 
simple, tapi semua boleh faham :)

okey, enough about Dr Zakir Naik, boleh tengok the rest of his videos on youtube. aku tau, ada video haters jugak, tapi biarlah, dr maza pon ada haters. yang aku tau, Zakir Naik hafaz banyak kitab, dia jadi senang nak bagi orang nampak kenapa ini betul, kenapa itu salah. Ingat senang nak hafal kitab? Al-Quran pun x hafaz keseluruhannya. 

Shame :(

takpe, improve2!!

okey, ini entry bahasa rojak, dah campur2 bahasa, lol

it's 4am, whattodo~

Actually I was finding some time to update about my latest adventure to Johor with my business partner. We were trying our best to get the best items and photoshoot, yada yada...

but been busy, answering costumer's questions, editing some photos, looking for our next items.

all I can say, business is one exciting experience

and I'll tell you more in my next entry

cewwwaaahh

takleh bla cek tim ni. hihi

may Allah ease. ameen 

dats all from now, see ya!

owh, n here's the link to our precious


cewah

still trying our best to improve

support us k!

happy shopping!

dats all, wassalam :)



*head up, ramadhan is coming! :)

Tuesday, June 12, 2012

coming soon :)



coming soon :)


***

I'm so excited! 

But we are still working on it, both Azi and I, so may Allah ease everything, ameen2 :)

so here's how everything started

since we didn't apply for any part time jobs

we were gossiping about stuffs and yada2 sambil2 masak, sapu sampah, basuh pinggan, n jemur kain (like normal suri rumah did) and sometimes when skype is not enough, I even called her, tm to tm free lah kan, theheee

and one day Azi was like "jomlah"

and I was like "why not?"

we started to plan for a business

bla bla bla

and just now, our first items arrived! hooray! alhamdulillah :)

thanks to kak cha, our supplier is somehow related to her, 

and thanks to our kindhearted supplier, she decided to send the items straight to my house, alhamdulillah :) jimat duit postage, hehe

I'm so excited, I'm done with 7 designs for our brand name

and many more to come insyaAllah :)

surprisingly i got my first costumer within an hour

n she bought two!! masyaAllah :)

and somehow, she too feel the excitement, she decided to sell others tomorrow~

alhamdulillah :)

she's actually cikgu jamilah, hihi

cikgu jamilah is so supportive, mane la nak dapat mak macam ni ;') i love u cikgu jam! u rocks! ewah~

so I labelled everything, the price and jenis kain..

cikgu jamilah said, if there's no label, she's not going to bring it to school tomorrow

okey mak, anything for you :)

we are still working to increase the numbers and varieties of items

and still working on the modelling part, so pictures of items will be uploaded soon, soon! everything will be uploaded in our facebook page. 

when everything's ready, I'll give you our facebook link, so support us okey!

owh, we're selling muslimah attire such as hijabs, abayas, and everything that is beautiful, modest and elegance :) 

so...

may Allah ease, ameen :)


wasalam :)

Friday, June 8, 2012

a short love story

assalamualaikum,

tadi aku try la usha tudung online, terjumpa fb page ni. pastu terjumpe blog pemilik page tu. blog boleh tahan, suke doodle2, memang aku stalk lah kan, haha. pastu terjumpa 1 entry mnarik ni. dia doodle pasal short love story.

ok mungkin ramai yang dah baca kisah ni, dan ramai la yg komen

"ouh romentiknya"
"wah dalamnya cinta jejaka tersebut"
"terharunya i baca.. i wish i could have one romantic bee ef like this.. awww.."

yada yada

to be honest, do you feel the same?

macam mana, seorang lelaki tu boleh dianggap romantic n sayang kepada kekasih dia kalau dia x reti buat pilihan kritikal dalam hidup? takkan la sebab sayang sanggup mati? ok lainla nak selamatkan nyawa perempuan tu kan. tapi.. kalau dia betul2 sayang, dia xnak hidup dengan orang yang dia sayang tu ke? tak contact sehari maksudnya mati? kenapa tak dia plan betul2 xcontact banyak hari pun xpe, sebab x halal lagi, so mujahadah lah lawan nafsu, ha kan Allah lagi suka, pastu plan kawin, Allah tambah suka, pastu kawin plan pulak berkeluarga, dapat anak bla bla bla teruskan kehidupan sampai hujung nyawa dengan ikhlas mendapatkan keredhaan ilahi kemudian sampai masa meninggal, masuk syurga hidup bersama selamanya~ ha kan bahagia~ ni la sayang.. hik :)

source: tumblr

"ala kemon la timah, cerita je kuuutttt"

cerita pun, tapi betul la aku cakap kan? ade ke macam ni romantik.. memang la kalau bercinta boleh buat seseorang buta, tapi bercinta takkan buat seseorang bodoh. unless orang tu tak matang. n aku rasa lelaki tu memang x matang. dan mungkin sebab tu la lelaki tu tak ada jodoh dngan perempuan tu, sebab dia tak reti untuk bertindak rasional dalam hidup. kan?

sebenarnya dari crita ni, kita patut ambil pengajaran penting..

kadang2 bila bercinta, kita akan ada possibility tinggi untuk bertindak mengikut emosi. mengikut hati dan perasaan. lantaklah nak jadi apa, aku memang sayang dia ni, sungguh! haa~~ don't make a permanent decision using temporary feeling. that's not good. ambil masa untuk tenang, fikir dulu, musyawarah, jangan sebab emosi, segalanya musnah... lelaki penting untuk mempunyai skill membuat pilihan dalam kehidupan. sebab dialah lelaki, dialah ketua. kalau benda penting pun x boleh fikir, susah nak nilai, payah la macam tu...

atau mungkin lelaki tu nak break relationship tapi xtau macam mana, so dia fake kan kematian dia? hahahahaha. fikir di luar kotak jap. haha.

yang penting nya, aku nak cakap kalau betul2 sayang, jangan jadi bodoh, tapi cerdikkan diri, cari akal cari jalan nak bahagiakan orang yang tersayang. ha macam tu.. itu barula romantik ;)

propose paling mahal ni :p 9gag pon kadang2 sweet jugak. hahaha

macam brader ni. penah jumpe x blog ni? aku baru jumpe tadi, kak tika share kat fesbuk dia. mana la nak jumpa lelaki macam ni lagi.. sob sob.. menangis aku baca.

http://abil4fauziah.blogspot.com

itu link dia aku bagi.

dan ini apa yang si penulis coretkan, mengapa dia wujudkan blog tu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.

dalam dia hadapi ujian tu, dalam dia sabar dan tabah jaga isteri dia sorang2, dalam dia tak kerja, Allah masih bantu dia ;)

terharunya bila baca.. semoga Allah permudahkan..

semoga isteri dia cepat sembuh, amin...

hmmm.. betul2 tabah.. ni baru betul2 romantik.. :)

ok lah saje je nak share. tapi kalau korang cakap cerita pertama tadi tu romantik pun xpe, ni pandangan aku je. semua orang ada pandangan masing2.. hehe :)

so selamat menyayangi insan yang tersayang~ aku pun xnak stop hug n kiss mak aku lah. biar dia tau anak perempuan dia yg sorang ni, sayang dia sangat sangat sangat sangat teramat sangat :p

ok nak makan rendang yg aku masak dengan mak. rendang mak sedap, resepi nenek, nanti aku pun akan masak rendang ni untuk menantu dia. bhahaha. cewah. kbai.

sekian wassalam..




* tapi bila fikir balik.. entah2 cerita short love story tu x habis diceritakan.. what if ending dia sebenarnya bukan tu? what if ending dia sebenarnya,
lelaki tu bangun dan buat surprise,
"chak! i saja je takutkan you, orang yang ramai2 datang ni, i jemput supaya mereka boleh jadi saksi" si jejaka kemudian melutut dan... "sayang, will you marry me?" -the end
ending macam ni ok skek ork? hahaha. mungkin org yang sampaikan cerita ni x cerita habis. mungkin. :)
*atau memang cerita dia macam tu.. sebab tu la short love story, sebab love story dia short je! make sense kan? aku xnak lah short love story, aku nak looooong. macam love story abilfauziah ni. tgk, suami dia ikhlas tolong isteri dia, Allah pun tlg dia, dalam kesusahan pun dia bahagia :) semoga Allah permudahkan, semoga isteri dia cepat sembuh, semoga bahagia sampai ke syurga, amin..
*dah pertengahan rejab.. cepatnya~ dah pertengahan jalan.. so kena lagi kuat. kena buat lebih sungguh2 tahun ni, nak buat yg terbaik, takut nanti x sempat ;( so jom semua letak target n work for it!  insyaAllah :)

source: tumblr

Thursday, June 7, 2012

her story and mine

assalamualaikum

hari tu masa wedding kazen kat johor, naza nama dia, aku tidur dengan bibik moksu aku. dia jenis bercerita, aku jenis layan, layan la dia punye cerita...

bibik moksu ni rupenye bukan calang2 orang.. dia punye kisah.. bersamamu pun kalah lah.

umur dia 30 tahun. soalan pertama aku "akak ada anak?" dia cakap ada.. mak dia yg jaga.. dia ada suami, tapi dah cerai.. dia hidup susah dari kecik..

masa kecik2 dulu, dia nak blaja pon xde buku.. dia dapat buku bila masuk pertandingan.. dia masuk pertandingan ape ntah aku x ingat.. hafazan rasanya.. menang, dapat nombor satu.. dapat la hadiah buku sebijik, tebal buku tu.

buku ni dia guna untuk 3 subjek... dia bahagi tiga.. satu hari, cikgu dari salah satu subjek tu suruh hantar buku, dia pun hantar.. bila hantar, buku xde. so cikgu subjek lain masuk suruh keluarkan buku, dia dah xde buku. kene la pukul dengan pembaris panjang.. cikgu pun suruh beli buku baru.

habis sekolah dia balik rumah jumpe nenek dia. dia kata dulu time kecik dia tinggal dengan nenek. dia cakap kat nenek dia nak duit sikit beli buku, sikit pun jadi la.. nenek xde duit :( nenek kerja jual sayur, hari tu nenek x kerja, nenek sakit :((

sebagai alternatif, dia kerja sawah kutip2 padi ke ape ntah dia cakap, ade barrier communication sikit. tapi weh kerja time kecik2 sek rendah semate mate nak beli buku nota. fulamak, aku cuti 4bulan ni pon x kerja :( shame.

source: tumblr

pastu kat sane, lepas periksa, kalau nak naik level, kene make sure bayar yuran, baru boleh tengok result periksa. kalau x tengok result periksa, xnaik la level... tapi cikgu tau masalah bibik, cikgu bibik baik hati. dia nak tolong bibik.. dia cakap kat bibik xpela, bagi seribu rupiah dulu pun xpe.. seribu je... (rate skarang 3000rupiah=rm1) bibik pun gembira la, excited. bibik balik jumpe nenek.. nenek cakap dia xde duit... duit yg ada x cukup pun seribu :( kecewanya bibik, sampai hari ni dia xtau result dia. sambil dia cerita, dia gelak2 je, aku gelak gak la ngan dia, tapi dalam hati sedih. aku cube bayangkan kalau aku ada kat tempat dia, time aku kecik2 dulu sebok merengek nak biskot fames ames kalau x dapat merajok. bibik pulak usaha cari duit sendiri nak dapatkan buku nota untuk belajar.

shame :(

sebab dia x boleh teruskan pengajian, dia pergi pesantren, kire sekolah pondok la.. blaja agama. dia kata dia suka kat situ. x silap aku mak dia ke, makcik dia yang tanggung dia kat sana. aku xnak tanye la kenapa x mintak je seribu rupiah kat diorang, bleh sambung study. mungkin dia suka blaja agama kot.. kot..

xlama blaja agama, mak dia suruh dia balik. dia pun binggung. dia balik rupanya mak dia suruh dia nikah dengan sorang calon.. dia xnak, tapi dia fikir mungkin ada la kot berkat kalau ikut cakap mak.. dia pun setuju. dia fikir mungkin dia boleh bahagia.

lain yang dia fikir, lain yang jadi. suami dia xnak kerja. jadi dia lah yang kerja. dia jual sayur. sayur dia letak dalam bakul, bakul tu dia jinjing atas kepala. dia pergi la kawasan yg cam rumah setinggan. jual. suami dia xnal jual, suami dia kata malu. sedihnye hati aku dengar, nak kawen tapi xcukup syarat, macam ni la jadi. so sesiapa yang rasa nak kawen, pastikan korang cukup syarat dulu ye. bertanggungjawab.

bibik kata memang susah la hidup dia, dia cari rezeki, kadang2 balik lewat, suami x ambik, terpaksa balik rumah jalan kaki.. balik dah sampai lewat ingat boleh rehat, rupenye suami dia marah dia, kata dia keluar dengan orang lain, cemburu. adeh.. tabahnye bibik. kat malaysia selalunye suami2 yang complain bende2 macam ni kan?

source: tumblr

pastu macam2 lagi la dia cerita. aku dengar je la.. dalam hati syukur x berhenti, alhamdulillah, aku lahir di sini. korang rasa bertuah x lepas dengar cerita bibik?

bibik kata dia bersyukur dapat datang sini, moksu n poksu layan dia baik. dia dapat pusing satu malaysia jalan2. yela pakcik makcik aku tu hardcore shaklee, memang pegi mana2 bawak anak2 skali, bawak la bibik skali nak jaga anak2.. dari hujung johor sampai ke hujung kelantan... bibik bangga dia dah nampak singapore. hahha "rupenye singapore tu dekat je dek. akak fikir semasa di indonesia, singapore tu jauuuhhh, lihat pun x nampak"

kadang2 comel jugak dengar bibik cerita. dia kata hari tu adik moksu blanje aiskrim. dia terharu.. "rupenye macam ni la rasa eskrem dik.. sedap" haha. aku xtau la betul ke x dia x pnah makan. tapi.. kalau betul, memang orang malaysia patut bersyukur sangat2 la nak compare dengan hidup org indon. bibik kata pizza tu pon first time dia rasa dari tong sampah. time kutip barang, dia jumpe piza. dia kata dia slalu gak bedal makanan yg orang tinggal kat mana2 :(

source: tumblr

***

banyak lagi la bibik cerita. hidup orang miskin kat indon, memang daif sangat lah.

aku cerita kisah ni.. sebab..

aku nak sedapkan hati...

phone aku hilang

aku sedih

sedih yg nangis dalam toilet, kluar toilet pegi penjuru nangis lagi, amek wuduk solat nangis atas sejadah, amek al Quran baca, tenang sikit la. tapi sedih ada lagi. naik atas nak tido, xboleh. tengah pejam2 mata tibe2 terdengar bunyi notification henfon yang hilang.

fulamak sedih habis, macam hilang anak lah. padahal hilang phone. 

nak compare dengan cerita bibik, langit ngan bumi la beza

tapi aku harap polis jumpe balik pencuri tu

ade harapan sebab aku hilang kat pos ofis, ada saksi, orang pos ofis cam pencuri, dia bagi nama penuh and alamat, sebab pencuri baru lepas bayar bil kat pos ofis.

orang sume cakap "xde rezeki la tu.." tapi dah lame aku pegang phone elok je, mane boleh xde rezeki kalau x cube. kalau anak hilang, boleh ke terus pasrah cakap "sabar la, xde rezeki la tu.."

selagi pencuri tu x dijumpai, dia xcakap dia jual ke phone aku, aku nak doa je. walaupun harapan tipis, tapi doa je la...

korang pon boleh doakan skali


sabar la timah, sabar sabar..

tu la, lain kali alert betul2! clumsy.
-.-

aku bukan apa, gambar2 sabah, practical, ramadhan tahun lepas, banyak la kenangan. aku x transfer pon lagi. ps2 yg pelik2, baru nak tunjuk :( aku xde la gambar yg x bertudung dalam tu, tp still ada BANYAK gambar lah. aku harap Allah lindungi aib aku n sesiapa yg dalam phone aku tu, amin.

aku x penah hilang phone. selame ni aku tengok kawan aku je bising2 "sedihla" bile hilang phone. bila dah rasa sendiri, baru tau. memang sedihnye. lagi2 phone yg sentimental value dia tinggi...

doa je la.. usaha dah buat...

lain kali cegah sebelum kena.

okay....

kite dah pertengahan rejab. ramadhan is getting nearer. selamat beramal :)

source: tumblr

kbai. wassalam.

*sebenarnya kesusahan mengajar kita erti ketabahan dan kesempitan mengajar kita erti kesyukuran :) tau la sedih timah, chill lah, ok? life is too short, so make it worth fatimah!!! ok? :)

Wednesday, June 6, 2012

onions and ninjas

source: tumblr

I always love seeing photos of old couples

because

"True love isn't Romeo and Juliet who died

 together. It's Grandma and Grandpa who grew

 old together"


tsskkk :')

Friday, June 1, 2012

review: cinta high class, cintaku kerana agamamu

bismillah



novel motivasi ni tak wajib baca, tapi kalau x baca rugi. 

***

"timah2 kawan kak cha penah jumpe fatimah syarha, time tu dia ada buku dr farhan hasben fatimah syarha. dia pun mintak la tanda tangan fatimah syarha.. dia cakap 'ustazah.. ni buku suami ustazah, boleh x nak tanda tangan?' fatimah syarha pun senyum, dia ambil buku tu then buka 1st page. pastu dia baru nak tanda tangan, dia belek last page. last page ada gambar suami dia, dr farhan. fatimah syarha nampak je gambar suami dia, dia tunjuk gambar tu, and senyum manis macam anak dara yang nampak kekasih dia"
-kak cha



kalau nak tau rahsia kebahagiaan dr farhan hadi dan fatimah syarha, baca. step untuk mendapat keluarga bahagia bermula sebelum jumpa calon, lepas jumpa calon, before nikah and lepas nikah. so sesuai untuk semua orang.

selamat membaca :)