Friday, June 29, 2012

beri bunga pasti akan dapat bunga

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, another Friday! :)

So last night Italy won? I don't see any difference, kecuali la kalau restoran2 Italy kat Malaysia ni bagi PROMOSI SEMPENA EURO 2012: ITALY BERJAYA KE FINAL: FREE PIZZA FOR EVERYONE!!! If this thing happen, teruje la jugek dok?

Tuan Kamil pulang ke rumah jam 6 pagi tadi. Tak pasti kerana bola or business dia, orang business sukar nak jangka. Tapi sampai rumah je dia tengok dah pukul 6, dia terus solat subuh. Lepas solat, dia siapkan sarapan dan teh O. Lepas tu sambung tidur.

Tuan Kamil memang macam tu, dia tak berkira dengan tugas2 rumah.. Mana2 yang dia boleh buat, dia buat.  Terharu aku bila fikir2 balik kebaikan Tuan Kamil. Tssskkk..

Sedikit sebanyak ada jugak perlahan lahan doa untuk dapat pasangan baik macam Tuan Kamil. Hihi.. Nak dapat baik, kene jadi baik jugak. Tengok la Cikgu Jamilah macam mana :)

Semoga Allah lanjutkan usia ibu bapaku, mengasihi dan merahmati mereka. Dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yg soleh yang akan masuk ke dalam syurgaMu ya Allah.. Aaaameeen...


Cikgu Jamilah, stunningly beautiful with black abaya. Costumer tetap ni. Hihi :)

Macam tu juga dengan kehidupan. Kadang2 kita tak tau kenapa orang tu tak boleh faham kita, tapi kita ni betul2 faham dia tak? Kadang2 kita nak orang tu ikut cara kita, tapi kita ikut cara dia tak? Kadang2 kita nak orang tu appreciate kite, tapi kite appreciate dia tak?

Dalam hidup ni ada give and take. Sifat saling memahami tu perlu ada. Kalau perkara tak jadi macam apa yang kita nak, cuba muhasabah diri kita balik. Kalau kita tuding 1 jari ke arah orang, 4 jari yg lain akan tertuding ke arah kita. Sebab tu, sebelum cari 10 alasan kesalahan orang, cari dulu 20 kesalahan diri sendiri.

Macam tu juga dakwah. Kadang2 kita tak faham, kita rasa kita dah cukup jujur dalam penyampaian, kadang2 dah rasa ikhlas, dah rasa buat sehabis baik dah. Tapi pelik kenapa orang tu tak terkesan dengan penyampaian kita. Boleh jadi amalan kita sendiri tak betul...

So jadilah macam Tuan Kamil dan Cikgu Jamilah, masing2 ikhlas, masing2 buat yg terbaik, masing2 tak berkira. Masing2 bahagia :)

Bila kita bahagia, orang sekeliling pun turut bahagia.. :)

Cewwahhh... Banyak benda tau boleh belajar dari orang terdekat ni. Hihi :p

Hmmm...

Tapi kadang2 kalau kita beri bunga seharum harumnya, orang tu tetap nak baling tahi, accane tu? Anggap je la tu ujian. Hidup, lazim la ujian. Bukan kehidupan lah kalau takde ujian.

Cuma kena ingat, kalau kita nak bunga, kita beri orang bunga. Kadang2 memberi tu lebih manis daripada menerima. Kan?

Tak setuju? Korang mesti jenis yang kalau orang datang restoran mintak derma, korang geleng2 buat muke ketat je.

Betul tak?

Kahkah.

Gurau je.

Aku pun dulu2 mcm tu, aku rasa diorang ni sindiket, patutnya diorang kene kerja, tak boleh meminta minta. Tapi Cikgu Jamilah tak macam tu. Dia tak pernah tak bagi kalau jumpa orang2 macam ni. Dia bagi RM1 je pon. And aku tengok rezeki dia tak pernah putus2. Ada je anugerah khas la, naik pangkat la. Secara tak lansung baru aku belajar, tak kira la orang tu siapa, kalau kita ikhlas memberi, insyaAllah Allah akan terima keikhlasan kita :)

Cikgu Jamilah cerita, kalau Hassan Animator, dia xkan bagi RM1. At least RM2. Katanya kalau RM1 macam gaya nak menghalau.

Haahaahaaa~ Aku tak pernah terfikir. lol.

So ikhlaskan diri dalam setiap perkara, hidup adalah ujian, yang pasti akhirat. Andai hari ni kita sedih, anggaplah kesedihan itu juga satu ujian. Allah nak gantikan kesedihan tu dengan senyuman kebahagiaan di akhirat. Haaa nak bahagia kat akhirat tak? So kena la kuat hadapi ujian!!! :)



And and and, kalau nak bunga, berikanlah bunga. Jangan nanti korang beli bunga ros merah sekuntum, bagi kat awek yg korang minat, tp awek tu tak bagi bunga kat korang, korang marah2 aku pulak. Maksud aku, kalau nak orang tu baik dengan kita, kita kenalah baik dengan dia :) Alah, kalaupun awek tu tak balas dengan bunga ros sekalipun, dia mesti baik ngan korang. Paling tak pun muka merah2 blushing, ha, kan comel tu awek blushing! kahkah.. Jangan korang dah ada makwe, tapi gatal nak bagi bunga ros kat anak dara orang, itu baik ada makna, memang layak kena lempang. Haha. Apa2 pun, back to basic lah, niat. Kalau korang buat baik dengan ramai orang tapi niat tak betul pun xkan jadi jugak...





Anyways, apapun rezeki kita, ianya akan berganda kalau kita tak lokek. Apapun attitude orang tu, dia akan buat baik kalau kita buat baik :)

K, dats all, happy Friday!

Juma'ah Mubarakah!

:)


1 comment: